Ini citer dua hari lepas. Citer pergi gunting rambut. Cuaca kemain panas lagi sejak akhir2 ni kan. Asik rasa nak pergi mandi je. Dan untuk menjimatkan shampoo dan waktu mandi, maka akak pun buat keputusan nak potong pendek. Sampai kedai terus belek2 majalah amoi tu.
Amoi : Mau potong apa stail?
Akak : Kasi potong pendek macam budak sekolah haa.
Amoi : Haiiya, you punya muka manyiak besar, nanti potong pendek, you pun tak suka ma. Tak sesuai lor.
Hadooiii! Hakikat pedih dari Amoi Salun Seri Kembangan. Memang. Akak tahu sebenarnya. Kalau potong pendek, nampak muka je yang selambak ketembamannya. Rambut tah kemana. Lalu akak serahkan saja pada amoi tu nak buat stail apa asal pendek. Alhamdulillah semua okey dan akak pun suka je. Rasa ringan kepala.
Dan kosnya pun tak mahal sangat. RM20 saja untuk gunting. Hari tu akak pergi midvalley, ada satu salun tu kan, untuk budak bawah 3 tahun pun dia caj RM30. Budak 3 tahun banyak mana je lah rambut atas kepala kan. Buat duit betul. Untuk orang dewasa pulak RM90 ke atas. Lepas tu ada pulak kategori junior stylistlah, professional stylistlah. Kalau yang professional stylist tu lain pulak harganya. Tak de maknanya nak gunting rambut kat situ. Kang tetiba yang gunting tu lelaki, lagilah pulak hadoii!
Dulu rambut anak2, akak potong sendiri je. Nak2 masa diorang kecik2 dulu. Mak akaklah marah. "Tak eloklah Da. Tah hapo2 mama ni kan, Farah. Senget benget dipotong e. Lain kali bawak kodai amoi batu ompek tu ha. Kek tompek biaso mak potong ghambut tu. Toksah mandai2 potong ghambut budak ni. Tak lawa cucu den. Macam kono gigit tikuih ghambut budak ni haa!"
...bila gugel fesyen rambut gigit tikus, keluar gambar dia ni....
Cam nilah lebih kurang rambut Farah masa tu. Ya lah, masa dulu tak 'in' lagi pesen rambut gigit tikuih ni. Tapi akak dah advance. Dulu lagi dah gunting rambut anak, stail Victoria Bekam. Hebat kan. Hahahaha....
Semalam akak balik kampung kejap, jemput si Wahau ni. Alang nak ke Cameron Highland so Wahau tinggal dengan akak sampai hari Ahad. Hari ni akak operasi mandikan dia dan kasi gunting bulu yang dah berketul2 tu. Ini pun salah satu pesan mak jugak ni. Dia cukup sayang dgn Wahau ni.
Masa hari mak akak meninggal, Wahau tidur sebelah mak sehari suntuk. Tak mahu langsung dia jauh dari mak. Semalam masa baru sampai, dia terus tuju bilik mak sambil mengiau2. Akak pun apa lagi, meleleh2 air mata. Sedih sangat tengok. Mesti dia rindu dgn mak macam kami jugak. Dari semalam dia duduk dalam bilik ni je. Nak beritahu tak faham pulak nanti. Tapi akak yakin dia tahu mak dah tak de lagi cuma mungkin rindu kot.
Minggu ni akak rasa hepi sikit sebab ada 6 ekor kucing tinggal rumah akak. Meriah sangat. Alhamdulillah.
17 comments:
kak, takziah ya.. moga arwah mak akak ditempatkan bersama orang2 soleh
selalu kucing2 ni macam makhluk magic yang boleh redakan rasa sedih kita... kurang rasa stress bila tengok dorang main2..
tapinye klu dah ramai.. kekadang boleh jadi raksasa juga geram tengok dorang! hahaha
sabar ye Wahau
Slm sis,
Takziah diatas kehilangan arwah(semoga dicucuri rahmat dan ditemptkan digolongan soleh/solehah)..
Sya ni ur silent reader,terperanjat baca arwah dh xde,sya suka slang n9 arwah bila sis cerita,selalu ketawa sorang2 dgn lawak arwah ,betul2 menghiburkan..(sebaknya rasa hati)..
Nizs
assalam aidah..memang elok la wahau dok ngan kakak aidah..kot tak aidah ngan wahau asek sedih je..
Akak, sayu la tengok si Wahau dok atas katil arwah mak akak tu..tengok muka dia pun dah tau dia rasa sedih..
Al-Fatihah buat arwah mak akak.
Saya masa kecik dulupun pernah mak potongkan rambut. Gambaq yg saya guna untuk profile photo blogger ni, kalau tengok dekat2, rambut kat depan memang senget benget, kehkehkeh..
Aduhaii siannya kat wahau.. Rindu dia kat arwah
hahaha..rambut gigit tikus?
saya pun potong sendiri rmbut anak2 dara saya..letak atas mangkuk jamban tu basahkan sikat dulu dan potong..dahlah semua rambut kiting dah kering terus bergulung,jadi pendek.sbb rambut x lurus.anak lelaki kena hantar kedai la,tak reti nak wat sendiri
kak..
nak tanya kak dinas dah private blog dia ke?saya xleh masuk.huhu
YB Wahau...rindu dengan kamu..
Wahau pon tahu kan erti rindu...mesti dia tercari-cari mak dia...
sabarlah Wahau..DIA lebih sayang mak..dan pastinya mak aman disana..
Wahau tumpang kasih Mama Aidah & Mama Alang dulu k..
Wahau.. apesal awak buat airmata saya ngalir laju-laju pagi ni ? Sedih tengok awak tido merindu dendam atas katil macam tu :-(
As salams Aidah,
Actually hari tu tergerak hati nak tanya Wahau mcm mana, tapi tak sampai hati ...
Tup2 hari ni u citer dia....well i yg tak pernah jumpa Wahau pun rasa sayu hati tgk dia baring kat katil Mak u.....sure dia ghindu and cari arwah kan....
Sabar...tu la je yg mampu kita nasihat....at least u all still have each other
Take care
haiwan pun tahu kasih sayangkan kak... x sedar air mata meleleh jugak masa baca.
wahau akk nih comel macam milo kan? tapi nampak belia sikit dari milo.eh milo mano? sonyap yoo..masih mood sentap eh? takpe faham..hik3!!. Al fatihah buat bidadari2 kita.
kucing ni lagi memahami dari manusia. sebak saya baca para last tu. kesian wahau. nasib baik la dia dok dengan alang akak..ada jugak tempat mengadu.
si wahau tu dengan penoh redho je saya tengok...menyerah diri sungguh diperlakukan begitu oleh akak...haha.
bab potong rambut, baru ni saya kena leter kat saloon..potong pendek jugak..tapi kena leter sebab selalu saya sikat rambut belah tengah..amoi tu cakap tak cantik, tak sesuai dengan muka. bior le kan...kita bertudung apa nak kesah stail segala...malas nak bertekak,saya anggukkan je la.
Sian wahau.. Teringat cerita jepun yg anjing tu tunggu tuan dia hari2 kat stesen keretapi...
Makchaq pun potong sendiri rambut anak2, depa yg suruh pasaii malas nak pi kedai, rambut makchaq pun makchaq potong sendiri jugak, ikat ponytail... pastu potong lebih sikit dari getah, hat depan dokdepan cermin potong.. he he.. terror dak?
tersentuh ati baca entry ni dah entry2 sblm ni dari mula2 akak ckp mak akak sakit sampai la ninggal.
takziah buat akak sekluarga atas pemergian mak akak. semoga arwah ditempatkan dihalangan roh2 hambaNya yg beriman..
nak komen kat entry sblm ni, saya x kuat hati...hati menangis memikirkan kehilangan tu..ssaya faham ape yg akak rasa... semoga akak bertambah kuat yer... klu dekat, dah lama saya peluk akak kuat2.. sayang akak.>!!
as salam. Hi Aidah. bila baca and tenguk foto.. meleleh airmata i.. sebak sangat.. moga all of you tabah dan sabar.
Wahau rindu mak akak la tu. Tak dapat tengok orangnya, dpt baring atas tempat tidurnya pun jadik la melepas rindu. Macam kami jugak, hari-hari sebelum keluar gate, babai kubur Kiko. Selalu rindu..
Post a Comment