Pages

Wednesday, 3 April 2013

Mak......semoga mak tenang dan bahagia di sana.

 

 

 

119 Gambar yang akak sempat ambil masa hari2 pertama mak tinggal bersama akak.

 

Hari Sabtu....... akak mulakan dgn rutin biasa. Setiap kali sedar dari tidur, tak kira pukul berapa akak akan bangun jengok mak di biliknya. Hari sabtu itu lebih kurang pukul 1 pagi akak terbangun. Bantal peluk mak jatuh ke lantai. Sebahagian selimut pun dah berjuntai dari katil. Lalu perlahan2 akak letak bantal peluk di kakinya dan selimutkan mak semula. Mak bukak matanya dan senyum bila nampak akak.

"Sejuk ya , mak. Ida tutup aircon ni ya." Mak mengangguk dan tidur semula. Sebelum tidur dia suruh akak kecikkan sikit volume tv. Kemudian akak masuk semula ke bilik akak dan tidur.

5.20 pagi akak bangun untuk uruskan mak mandi dan solat subuh. Walaupun mak akak boleh mandi sendiri, tapi sekali sekala mak masih perlu dibantu terutama untuk pakaikan baju lepas mandi dan telekung untuk solat. Tapi pagi tu mak seperti terlalu lemah untuk bangun. Selalunya pukul 5 pagi dia dah duduk tepi katil. Kali ni akak jengok, mak masih tidur. Akak pun terus ke dapur siapkan mushroom soup mak. Memang sebelum tu dia mintakkan breakfast macam tu dgn akak. Tambahan pulak pagi tu akak akan ke HUKM. Mak akak dah dapat appointment untuk chemo pada hari Isnin 1 april. Akak perlu pastikan jalan terdekat dan tak jam untuk ke HUKM agar mak selesa sepanjang perjalanan.

Sebelum akak keluar pagi tu, mak pesan suruh elok2 bawak kete. Arif tinggal di rumah, menemankan Uwannya. Pagi itu pulak Uwan manja betul dgn Arif. Asik mintak diurut kaki dan belakangnya. Setiap kali diurut, Uwannya lena tidur. Begitulah sepanjang Arif cuti sekolah seminggu ini. Manja sangat mak dgn cucunya sorang yang ada di rumah ni.

Alhamdulillah segala urusan akak pun mudah pagi itu dan akak sempat ke pasar membeli ayam untuk buat rendang, telur itik, belimbing buluh hijau (kegemaran mak) untuk akak masak. Mintak2 selera makan mak ok sebab dah berapa hari dia hanya makan 2, 3 suap nasi sahaja.

Selesai akak masak, akak terus bagi mak makan. Terperanjat dia bila tahu akak masak lauk kegemaran dia. Alhamdulillah berselera dia makan. Sempat berseloroh dgn Arif agar jangan habiskan lauk tu sebab malam nanti Uwan nak makan lagi, katanya.

Lebih kurang pukul 12 pm, Alang sampai dari PD. Riang mak bila dapat lepaskan rindu pada Alang dan cucu2nya. Malam sebelumnya dia kata dia nampak Nisya dan Thaqif (anak2 Alang) tidur sama2 dgn dia. Dua malam sebelumnya pulak dia kata dia nampak Farah tidur belakang dia sambil urut2 badan dia yang sakit. Akak cakap, " Mak, mana ada Farah balik. Kan dia tengah final exam ni." Mak akak beriya2 cakap, " Laa..betul Da, mak nampak Farah tadi. Sedap rasa dia urut belakang mak." Sambil cakap tu mak akak ketawa sebab dia pun tahu itu semua bayangan dia sahaja. Mungkin dia terlalu rindu pada cucu2nya.

Selesai solat zuhur mak akak baring semula. Akak pun yang keletihan masak dari pagi, terlelap di bilik akak. Sedar2 Arif kejut pukul 3 pm, katanya Uwannya mintak akak masakkan cekodok bilis. Akak pun bangun pergi ke bilik mak. "Tak pe lah Da, tidurlah dulu. Petang nantilah baru goreng kuih tu.", kata mak akak. Sambil tu dia letakkan tangannya atas kaki akak seolah2 cuba mengurut untuk hilangkan keletihan akak. Akak terus ke dapur sebab entah macamana rasa tak boleh nak lelap semula.

Alhamdulillah sekali lagi mak berselera makan. "Sedap Da. 3 keping habis mak makan. Penuh rasa perut mak ni.", katanya. Akak pun habiskan kuih yang tinggal dalam pinggan mak tu. Sambil2 tu berbual dgn mak pasal urusan HUKM hari Isnin nanti. Mak akak sangat positif tentang prosedur chemo yang pertama ni. Sebelum tu mak macam reluctant dan takut. Katanya dia takut dia tak boleh bertahan. Tapi pagi sabtu itu mak cakap, "InsyaAllah tak de apa2 mak ni nanti Da. Okey rasanya."

Lepas berbual tu  akak kemaskan pinggan mak dan jus epal yang tak habis diminumnya untuk di bawa ke dapur. Sepuluh minit akak di dapur, mak berseorangan di biliknya. Tak lama tu, Alang lalu tepi bilik mak. Dia nampak badan mak separuh dalam keadaan berbaring. Kaki masih berjuntai di katil seperti duduk. Bimbang mak jatuh, Alang masuk kejutkan mak agar mak baring betul2 atas katil. Masa tu lah, mak sudah tak memberi apa2 respon lagi.

Bila Alang jerit panggil akak di dapur, akak dah rasa sesuatu. Berlari2 akak ke bilik mak. Alang masih cuba kejutkan mak. Kami memang mengharapkan mak hanya tertidur atau pengsan seketika. Tapi.............mak dah tak sedar lagi. Nadinya lemah sangat. Alang ambik torchlight, check pupil pun dah dilated. Lemahnya badan akak masa tu. Baru sangat akak berbual dgn mak. Tak mungkin mak pergi begitu sahaja. Tapi itulah janji Allah pada hambaNYA. Tidak sesaat kurang.....tidak sesaat lebih. Tepat waktu yang tertulis, DIA akan menjemput hambaNYA pulang. Ambulans datang dari hospital Serdang setengah jam selepas itu untuk sahkan mak dah tiada lagi pada pukul 5.47 petang Sabtu 30 Mac 2013.

Menggigil2 badan akak. Susahnya rasa nak menghadapi. Beratnya rasa dugaan ini ya Allah. Belum cukup khidmat akak pada mak. Belum puas akak memeluk mencium dia. Lemahnya rasa badan. 

Mak dah selamat kami uruskan persemadiannya di perkuburan sama dgn abah dan angah (abang akak) pada pukul 1 pagi Ahad. Hajat mak untuk disegerakan urusan terakhirnya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

DSC00504  

Mak, walau berat mana rindu Ida pada mak.....Ida redha dgn perpisahan ini. Perancangan Allah sangat sempurna. Sayangnya DIA pada mak sampai tak sanggup DIA melihat mak derita lagi. Kasih sayang Allah pada mak tiada tolok bandingnya. Rehatlah mak, bahagialah mak di sisiNYA. Sampai waktunya nanti, ida akan bertemu mak jua. Lepaslah rindu kita nanti ya, mak.

Ya Allah, tempatkan ibuku di sisiMU bersama para mukmin dan muttaqin. Ampunkan dosa ibuku. Selesakanlah ibuku sepertimana seorang permaisuri sedang berehat di tempat beradunya. Ameen.

 

Terimakasih pada sahabat2 yang mengirim takziah pada akak. Terimakasih pada yang menghantar sms memberi kata2 semangat pada akak. InsyaAllah dgn sokongan sahabat2 semua, akak akan dapat melalui dugaan ini dan menjadi kuat kembali satu hari nanti.

36 comments:

Dils said...

Takziah pada kak dan sekeluarga. Al Fatihah untuk arwah mak akak, Insya Allah saya sedekahkan.

mama maman aka yana said...

takziah kak.. moga roh aruah mak akan bahagia disampingNYA..

Acik Erna said...

Assalam Aidah..sedih..tapi Aidah yang menanggungnya..lagi merasakan kesedihan ditinggalkan..Al-Fatihah

fird@Station said...

kak aidah;tabahkan hati. Dikalangan orang yang beriman di tempatnya mak akak, dengan izinNya.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un".


.: yUhAiSya :. said...

Innalillahiwainnailaihiraajiun...

Al Fatihah utk mak akak. moga rohnya sentiasa dalam rahmat Ilhai. ameen...

harap akak kuat...ameen...

hmylieen said...

alfatihah, salam takziah untuk akak dan keluarga...

tunfatimah said...

Aidah...

Takziah. Sabar ye....apa lagi yg i mampu ckp....kuatkan hati...dia tetap ada dgn kita sentiasa....dlm hati, dlm minda....u cuma kene tahankan rindu tak jumpa dia physically.

Sorry...i pun tumpang kesedihan u..n its not easy, in sya Allah, arwah ditempatkan bersama2 dgn yg disayangiNYA...

Take care Aidah..

AlFatihah

Murni Alfathunnisa said...

takziah kak. saya dapat berita dari kak dinas. terkejut sebenarnya sebab baru saja baca entry kak sebelum ni.

kita sama2 merasai kehilangan. hati mana tak sedih, tapi kehilangan mereka elok lah direlakan..semoga mereka beroleh ketenangan di sana dan dikumpulkan bersama orang yang beriman.

al-fatihah.

NurNiezzaRiena said...

Tak ziah Akak.. semoga roh mak Akak sebaris dengan orang-orang yang beriman.. :)

Isma said...

Takziah kak aidah. Saya cuti hari ni lepas tu dpt msg dari kak rozi. Kata dia mak akak dah meninggal. Terus saya berhenti tepi jalan sebab masa tu tgh driving. Berhenti dan baca terus blog akak. Berjurai air mata tapi dalam masa sama syukur sebab mak akak pergi dengan mudah. Dan dapat makan semua yang dia nak sebelum dia meninggal. Bila deal dengan kematian, tak kisah la manusia ke haiwan, sama je sedihnya kak. Sebab kita terlalu sayang pada dia. Moga mak akak ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Tijah said...

Takziah kak. Alfatihah!

makchaq said...

Ameen..

Senang arwah pergi..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Takziah buat akak sekeluarga dan Al-fatihah buat roh mak akak... semoga dia aman disana dengan kiriman doa2 dari anak2 yg soleh.

zard said...

Takziah Aidah, stay strong. Moga roh bonda Aidah di dalam limpahan kasih sayang Allah sentiasa. Aaminn.

Naz said...

Takziah.

ain said...

akak....nak peluk akak kuat2.. T__T takziah akak & keluarga..kuatkan semangat ye..

Nini D.. said...

Takziah buat akak sekeluarga..

berat mata kami menahan air mata yang nak mengalir..berat lagi bahu akak memikul beban perasaan kehilangan seorang mak.

bahagialah makcik di alam sana kak..

kuatkan iman,..kuatkan semangat kak.InsyaAllah.

Dinas Aldi said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, amin amin ya rabbal a'lamin. Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ini.

ila said...

Takziah kak.. Semoga Mak akk ditempatkan di kalangan org2 yg soleh. jom sama2 sedekah fatihah untuk mak akk... T_T

Nieda Ramly said...

al fatihah.
salam takziah.

kasihibu said...

takziah kak..

pu3 said...

takziah kak..alfatihah

Teddy Akmal said...

salam takziah.....

NenetPenne (NP) said...

sedih nih...
apapun Alfatihah untuk mak...

Bonda Ryan said...

Takziah sekali lagi kak.lepas jer dapat bercakap dgn akk tempohari, saya tau akk perlukan ruang utk bersendiri. tapi hati nih meronta2 nak call back or send message. tabahkan hati kak, mak2 kita dah berada di bawah kasih sayang yang tak mampu kita tandingi. Biarlah mak kita rehat selepas berjuang untuk hidup sekian lama..penat dah mereka. Semoga roh mak akk dcucuri rahmat serta belas di sana.dlapangkan kuburnya ibarat taman2 syurga.Al fatihah...

#3kali saya berenti baca entry nih, sedih sangat rasanya..

pB said...

Semoga Ida dan keluarga terus tabah menghadapi kehilangan ini.

Yang pasti , rindu itu tidak akan hilang

Sara said...

Salam takziah kak ida. Sara selalu jenguk blog akak untuk baca kisah arwah mak k ida & kucing2.
Nasib kita sama, diberi ujian dari Allah yg maha esa menemani ibu yg mengidap kanser. Ummi sara yg mengidap kanser paru2 stage 4 telah pergi menghadap ilahi pada 5 march baru ni. Sesungguhnya kak ida, sara juga terlalu amat rindu pada arwah, tak tergambar perasaan rindu tu. Sama2 lah kita doa moga kedua mak kita diampunkan dosa & ditempatkan di sisi orang2 yg beriman. Tak lupa juga moga k ida jua terus tabah yerr

zaity zaliza said...

Takziah buat akak dan keluarga. Alfatihah buat arwah mak akak.

Mak Wardah said...

Takziah dan saya juga pernah mengalaminya...sedih dan terkesan sampai ke hari ini. Alfatihah...moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh dan solehah. Sabarlah...

NF said...

takziah kak...

Unknown said...

Takziah pada akak sekeluarga yea..Al Fatihah pada arwah mak akak

Nota Cikgu Anum said...

Innalillah..semoga bahagia bonda di sama. Al fatihah..

Suara Kalbu said...

Salam Kak Aidah,

Takziah untuk akak dan keluarga. Baru terbaca entry akak ni. Semoga arwah mak akak tenang dan ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang dijanjikan syurga.

Semoga akak dan keluarga terus tabah dan tenang menghadapi semuanya

Lady Windsor said...

Salam Kak Aidah,
Takziah, semoga arwah mak Kak Aidah mendapat rahmat Allah SWT. Saya dah baca kat blog kak dinas beberapa hari lalu, baru kini dapat bw ke sini. Teringat saya kepada arwah mak saya..hamper serupa keadaannya dan wajah pun hampir nak sama kak. Rasa belum puas, malah tak sempat puas pun manage dia masa hayatnya. Pagi2 bangun mandikan dia, tukar pampers n bagi makan. Arwah mak saya masa akhir hayatnya memang hanya berbaring saja kami menguruskan semua even dia makan pun guna tiub..sampai akhir hayat pun dia tak menyusahkan saya, dan macam arwah mak kak aidah juga, masa seminggu sebelum dia koma, anak matanya dah tak berfungsi, hanya pandangan kosong tapi saya pula tak begitu tahu mengenai keadaan berkenaan. Dah hampir HUKM baru doc cakap mak dah critical. kalau boleh putar balik masa, saya nak supaya saya berada di tempat dia..dan aturan Allah itu memang x lambat dan x cepat, dia hembus nafas depan saya akibat massive intracranial bleeding, kalau tak silap saya pendarahan akut dalam otak akibat aspirin dan doc pun tak pasti sebab pendarahan yang memenuhi ruang otak tu.. dah nak masuk 2 tahun..tengok gambar arwah mak kak aidah ni saya rasa macam dia ada kat bilik dia dirumah saya. rasa nak g jenguk bilik dia dan lihat dia duduk di birai katil tunggu saya balik kerja untuk bagi dia susu..alangkah...
AlFatihah untuk mereka..semoga sentiasa dirahmati Allah..
Maaf panjang pula perkongsian ini..

Irfa said...

alfatihah,,maaf kak saya lambat tahu
baca entri ni teringat nenek di kg
yg akhir2 ini selalu terbaring je
semoga Mak aman disana

Cikda said...

salam kak Aidah,

mudah2an Mak ditempatkan bersama org2 yang beriman. Alfatihah.