Pages

Monday 18 June 2012

Semoga di beri penyelesaian terbaik.

 

 

Entri akak hari ni adalah perit,  seperit tekak dan sepedih mata dgn cuaca jerebu yang melanda KL sekarang ni. Tapi camana pedih pun kena jugak diluahkan di sini. Kawan berborak dah pergi study jadi kat sini je lah akak bercakap sorang2. Kalau ada yang sudi mendengar, alhamdulillah.

026 

Sejak hari Rabu yang lalu memang perasaan akak sedikit risau dan terganggu. Banyak  sangat perkara yang mencuakkan hati berlaku. Yang paling buat akak tak lelap ialah masalah Arif.

Akak memang dah lama perasan yang Arif ni tak seceria dulu. Kalau sebelum ni dia jadi pak lawak tapi sejak lebih sebulan lalu dia makin pendiam dan selalu menyendiri. Arif ni orangnya sangat expressive. Kalau bab memeluk akak di rumah, dia memang tak kedekut. Nak pergi kedai tingkat bawah pun, dia datang cium dan peluk akak dulu. Kalau kucing2 kat rumah ni, toksah cakaplah. Dengar je suara Arif balik sekolah, diorang dah lari menyorok bawah katil. Mana yang tak sempat lari (atuk boroilah tuuu), teruklah dipeluk ketat2 sampai menjerit2 kucing tu.

Tapi semenjak dua menjak ni, bila dia balik dari sekolah, tak pulak dia menjengok akak dalam bilik. Balik sekolah, mandi, makan dan buat homework. Malamnya, sebelum pergi mengaji, dia peluk dan cium akak dulu tapi hati tu tak hadir sama. Dah namanya  makkan. Sikit pun akak dah notice.

Mula2 akak ingatkan sebab dia dah semakin dewasa. Suara pun dah mula bertukar sekarang. Rasa sedih jugak sebab akak rindu  dgn silliness dan goofiness dia tu.  Maklumlah pak lawak. Lepas tu akak pujuk je hati sendiri. Biarlah dia jadi matang. Nanti orang kata dia childish pulak. Asal dia tak berhenti peluk dan cium akak, tak pelah.

Tapi hari rabu lalu, barulah akak tahu citer sebenar. Macam biasa sejak Farah dah ke PALAM ni, Arif pergi dan balik sekolah naik van. Kesihatan akak kan tak menentu. Tak berani nak janji dgn dia yang akak akan jemput tiap hari. Walaupun kadang2 waktu sekolahnya habis pukul 2.15 pm, dia akan stay back sampai pukul 4.30 pm utk van dtg jemput sekali harung dgn budak sek agama. Akak pesan jugak dgn dia suruh siapkan homework masa stayback tu, jgn merayau keluar kawasan sekolah, jgn bergaul dgn budak2 nakal. Hati akak tu rasa macam tak sedap je, itulah sbb pesan macam2 kat dia. Dan akak jugak pesan suruh dia telefon akak setiap kali habis sekolah, masa tunggu van tu.

Hari Rabu tu macam biasa dia telefon akak. Dia cakap, kalau mama nak jemput Arif pun boleh jugak sebab boringlah duduk sini, kawan semua dah balik. Akak pun suruh dia tunggu dan pergi jemput dia. 

Sampai di sekolah, akak tengok dia muram je. Akak tanya kenapa. Dia masih menten citer sama, boring sbb kawan2 semua dah balik dan tinggal dia sorang yang stayback. Lepas tu akak tanya lagi; "Kenapa mama tengok Arif ni tak happy je. Ada problem ke? Cuba citer kat mama semuanya"

Jawapan dari Arif memang membuatkan akak nak berhentikan kereta je kat tepi jalan tu. Dia cakap tadi dia nyaris nak kena pukul ramai2 dgn kayu masa bengkel KHB. 3 orang budak pegang dia, 2 orang pegang tangan dan sorang pegang kaki dan si ketua ni tengah nak hayun kayu arah badan Arif. Alhamdulillah cikgu dtg dan diorang tak sempat pukul. Puncanya ialah Arif tak nak join melepak dgn group budak2 ni. Arif beritahu akak, dia tak nak lagi berkawan dgn diorang sejak si ketua tu mencadangkan pada kawan2nya utk jadikan Arif ni kuli diorang. Tukang belikan makanan, air, bagi pinjam duit semualah. Bila Arif menjauhkan diri, diorang pun panas hati dgn Arif.

Dah 3 hari, basah bantal akak menangis. Terutama bila Arif dah tidur. Kesian akak tengok. Terutama bila dia cakap " Alah mama, biasalah tu. Memanglah budak suka nak jadikan Arif kuli. Mama tengoklah badan Arif ni gemuk dan rupa pun macam orang bawahan je. Budak2 tu semua femes, hensem, ramai orang suka diorang."  Alahaiii anak. Punyalah payah akak mengandung dan melahirkan dia. Tak pernah sekali akak merasakan dia tidak sempurna, tak cantik. Kan ciptaan Allah. Tetiba dibuat begitu rupa pulak oleh kawan2 sekelas sendiri. Budak2 sama agama, sama keturunan pulak tu. Apalah nak jadi.

Jadi hari ini tadi akak dah pun ke sekolah. Berbincang dgn cikgu yang akak kenal yang kebetulan ada mengajar Arif untuk mintak pendapat dia. Akak takut kalau2 akak overeact. Anak2 yang nakal tu pun ada ibu ayah sendiri kan. Akak tak nak nanti jadi satu perkara besar pulak. Tapi cikgu tu kata, kalau pun tindakan mereka tu dianggap bergurau tapi tak sesuai. Kadang2 dari bergurau boleh jadi masalah buli maka kena cantas dari awal.

Kes Arif ni dah pun dibawak ke guru kaunseling. Dan tadi ada antara yang terlibat menyuruh Arif berbohong dan cover diorang kalau cikgu bertanya. Arif diam saja sebab dia dah pun disoal segala2nya oleh cikgu kaunseling. Dari A sampai Z semua dah diceritakan pada cikgu. Terima kasih sangat pada cikgu2 yang sangat memahami, membantu sedaya upaya dan memudahkan segala urusan.

Balik rumah tadi, Arif dah mampu gelak dengan ikhlas, bukan dibuat2. Makan pun dah berselera. Paling penting, dia dah pun peluk akak erat2 dgn sepenuh hati. Sebak sangat akak.

Awal pagi tadi sebelum subuh akak dah tunaikan solat isytikharah, mohon petunjuk dan restu Allah. Semoga keputusan akak utk membawa kes ni kepada cikgu, satu tindakan yang betul dan dirahmati Allah. Akak mohon pada Allah supaya anak2 tenang dalam usaha mereka menuntut ilmu dan kecemerlangan dunia dan akhirat, tiada halangan. Akak mohon pada Allah agar anak2 terpelihara dari segala kejahatan dunia walau di mana mereka berada terutamanya di kala mereka jauh dari akak. Semoga Allah makbulkan doa akak ini. Amin.

 

053

Errr..excuse the sunglasses ya. Mata i bengkak sebab layan nangis dgn mama tadi. Huhuhu.

Atuk Milo ni tak berubah dari dulu lagi, bila akak sedih, dia sentiasa ada dekat seolah memujuk. Dan macam biasa jilat muka dan tangan akak. Macamlah air liur dia tu magic sangat. Hahaha.

34 comments:

Nota Cikgu Anum said...

alahai siannya...itu la realiti bdk2 kita sekarang. yg baik slalu kena buli. sy tgk bdk2 laki ni ssh amat nk bgtau klu kena buli. bukan buli fizikal jer. emosi pon. kdg2 ternampak dgn mate kita, baru la kita tegur. cuma dh pesen bdk laki. dorg kn tanak kecoh2. nasib baik la Arif nk ckp. bg sy wpon org kata it's part of growing up, sy xleh terima budaya mcm ni. bkn ramai parent mcm Aidah. willing to come forward n discuss the matter. elok la kite sama2 put a stop to dis kind of thing. makan ati saya bc tulisan Aidah..u did the right thing dear.

Acik Erna said...

Ya allah.hati ibu.acik pun ikut sedih..acik pernah mengalaminya masa anak sulung sekolah rendah..
semoga arif dan ibunya kembali ceria..

Aidah said...

Cikgu Anum,
Saya masih berdoa agar tindakan ini betul, cikgu. Bukan sentiasa anak2 ni berada depan mata. Saya risau bila mereka berjauhan. Berserah pada Allah je kan. Terimakasih cikgu kerana memahami perasaan saya.

Aidah said...

Achik,
Memang pedih, achik kan. Saya ni pulak sejak dah tuo2 asik nak cembeng yo. Bilo dah jadi canni, mulolah bongkak2 mato. Timo kasih achik atas doa tu yo.

Dinas Aldi said...

Allahu akbar, sedih sungguh saya baca kisah Arif ni. Bebudak remaja zaman sekarang ni mana2 yg nakal tu, ya Rabbi, kena banyak sabar. Bukan saja kawan2 sebaya ja yg kena buli, cikgu pun menangis jugak dibuatnya kak (itu kisah benar saya la tu, nanges kat sekolah.)

Saya doakan semoga Arif sentiasa berada dalam rahmat & perlindunganNya. Semoga perkara begitu takkan menimpa dia lagi.

marinahunny said...

ya allah budak2 zmn skrg ni mmg tak teduga dek akal kita. Sabar la kak wok, semoga Allah memberi petunjuk. Mujur juga gurunya memahami..

Aidah said...

Dinas,
Akak tumpang simpati, Dinas. Masa akak jadi guru sandaran dulu, ada jugak kes anak murid yang membuli cikgu ni. Tak dapat cikgu, kereta jadi mangsa. Kebanyakan bebudak tu datang dari keluarga yang kurang kasih sayang. Itulah yang buat akak fikir banyak2 kali nak bawak hal ni pada cikgu. Mungkin budak2 tu sendiri ada masalah lain di rumah. Tapi masih tak boleh benarkan benda tu berlalu begitu saja kan. Takut bernanah pulak nanti. Terima kasih atas doa tu, Dinas. Sebenarnya akak terfikir nak sms atau e-mail Dinas ttg masalah akak ni utk mintak pendapat Dinas tapi takut pulak ganggu. Lagi pun panjang lebar sgt nak citer. Akak ni mana reti nak ringkas2kan. Jawab komen ni pun dah berjela2. Hahaha.

~mrs azmi~ said...

hmmm kesian ariff.. nasib baik juga dia nak meluahkan masalah dia pada akak dan cikgu kaunseling. sebab ada yang budak memang tak nak cerita walau ditanya berpuluh kali..

moga - moga ariff terus kuat ye hadapi cabaran macam ni

Aidah said...

marinahunny,
Syukur alhamdulillah atas bantuan Allah pada akak. Mudah saja segala urusan hari tu dgn cikgu2 semua.
Entahlah kan. Budak2 zaman sekarang ni bergurau pun kasar. Tak faham akak di mana silapnya. Mungkin sbb orang dewasa pun ramai yang tak memberi teladan yang baik.

Aidah said...

mrs azmi,
Lama akak bertanya tu baru dia jawab. Susah jugak nak buat dia bercerita. Budak lelaki kan, beza dgn budak perempuan. Kakaknya tu balik sekolah tak sabar2 nak jumpa akak nak bercerita. Tapi adiknya tak pulak macam tu. Mintak2 lepas ni tak ada lah lagi episod buli ni.

Akma_cikyong said...

huish..panjang nyer cite akk nie..melebihi 360 pth perkataan dalam format karangan BM stndard SPM nie..hihi
akma dlu penah jgk kne buli kak..masa darjah 1 xsilap akma..abg 2 sik nak membuli akma aje..akma citer ngan mak akma..dan abah pun pindahkan cikyong ke sekolah lain..dan kesan drpd kes 2,cikyong agak takot ngan orang botak..huhu
btul kata akk..anak pompuan balik umh jer truih nk p gosip ngan mak dia..klau anak lelaki dah ditny ngan bru diceritanya..

* mmaf kak,terbuat new entry dl komen akk nie..haha

Nini D.. said...

nin terpaksa pinjam bulu gebus dobot nk lap air mata..tak dapat bayangkan cmne nini nak handle masalah ni kalo cikmat ditmpt arif..sedangkan dobot kene buli dgn kucing lain pon,nini dah hambat diaorg dengan penyapu...

moga cikgu2 di sekolah arif dpt cari jalan penyelesaian yg terbaik..sape yg tak sayangkan anak kak...kita cuma nak yang terbaik utk anak kita...tak lebih..tak kurang...

meh kita merepek 18sx sikit ~~..
kalo nini ada kuasa sakti..kompem dah nini belasah sampai lunyai bebudak yg nak belasah arif tu..baru diaorg tau,..tak padan dgn k**e baru sejemput,ada hati nak belasah anak org lain.!

Anonymous said...

AsSalam Pn. Aidah,
Simpati nya saya pada Puan dan anak Puan! Berbanyak2lah berdoa ya, doa ibu kan tiada hijab, pasti dimakbulkanNya. Stay positive ya :)

Iz said...

Saya baca cerita akak, saya pun mengalir air mata. Akak nasihatkan Arif, jangan rendah diri. Sebab bila dia rendah diri tu yang orang buli tu. Saya mmg takde pengalaman kena buli, tapi apa yang saya perhatikan, kalau budak tu jenis menyendiri takde kawan rapat, dan selalu rendah diri dgn fizikal, memang selalu jd mangsa. Cuba suruh Arif cari sorang atau dua orang kawan baik. At least bila ada kawan, orang tak berani nak buli sgt..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Kak...benda2 mcm ni plg sy risau kat sekolah... anak lelaki ke anak pompuan ke memang mcm2 hal akan berlaku.... hr2 sy doa anak sy selamat dan jauh dari perkara2 macam ni terutama kes buli kat sekolah... kata seorang teman kalau baik pun anak kita anak orang pulak yg cari hal...mintak di jauhkan semua tu dr anak2 kita yea kak!

Dils said...

Saya pon berharap yang Arif will be able to belajar at the school dengan tenang and happy lepas ni.

Risau dengar bebudak sekarang ni macam ni.

Insya Allah, Arif will be OK. Saya harap bebudak ni pon sedar akan kesalahan die orang.

Murni Alfathunnisa said...

Selalu saya mai blog kak aidah ni gelak-gelak saja..hari ni bila baca entry akak tak pasal2 bergenang air mata saya...teringat kat mak & arwah abah...protective like u.

saya rasa semua mak pun macam akak..nak yang terbaik utk anak2..nak anak2 happy..sekilas perubahan anak pun dah dapat hidu. alhamdulillah la akak dah jumpa cikgu bagai..itu la yang lebih afdhal. kesian arif, tapi pesan dia..dont even think in such a way anymore naah...no good..no good..hehe..selalu la berfikiran positif...jangan anggap diri kita tak berguna...ingat tu.

makchaq said...

Sedih makchaq baca entri ni..

Alhamdullillah Aidah cepat bertindak, semoga budak2 tu sedar kesilapan dia orang dan Arif ceria semula..

Suara Kalbu said...

Kak,

Saya belum ada anak ..mungkin tidak sepenuhnya dapat menyelami hati seorang ibu tetapi saya percaya semua ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anaknya walaupun kadangkala anak-anak tak paham apa yang parents mereka buat tu sebenarnya utk kebaikan mereka.

Saya setuju tindakan akak mengadu masalah ini pada guru di sekolah Arif. Akak mengadu secara baik dah berhemah. Saya kira itu lebih baik daripada sesetengah parents yang serang guru sekolah membabi buta kerna terlampau protective anak tanpa usul periksa. Untung Arif ada ibu macam akak. Jadi ibu saya juga boleh tak ? :-)

Semoga Ariff akan terus happy dan menjadi Ariff yang dulu. Dan semoga keluarga akak juga terus happy dan dilindungi dari sebarang perkara yg tidak baik. Amin

Anonymous said...

betabah la akak n arif jugak ek...

eeiii budak sekolah skang ni.... perangai tah pa per la... dah duk sekolah tu... blaja je la... kang dah keje kang.. gedik2 teringat zaman sekolah ...baru teringat nk blaja sesungguh bagai... heshh...

Semuga arif dapat belajar ngan aman... n akk tak susah hati lagi
Semoga Allah permudahkan semuanya:)

neway... milo ni mmg tak kesah kena dress up kan? giler chomel.. sy buat gmba profile FB boley tak kak... gmbo milo tuh... hehehe

So Shy Lady (SSL) said...

salam akk....rindunya kt akk, byk n3 akk sy dah miss huhu

akhlak bdk2 skrg mmng teruk. sy pon risau gak dgn kslamatn ank2 kat sek. tawakkal sajalah n bdoa t.putus


suruh arif amalkn bc Ya Allahu Ya Aziz 41x t.lbih n t.kurang

Isteri Encek Bard said...

alahai kesiannyerrr arif.. saya yang Insya Allah bakal menjadi ibu tak lama lagi ni pun terasa takut dibuatnya... mudah-mudahan segalanya dijauhkan.. Amin...

p/s : sis sy dah lama jadi silent reader, blog sis.. Saya terjah kesini sebba si atuk gemuk (Milo) dan anak2nya yang comey tu.. saya ngan kawan sy teringin sgt nak jumper atuk ngan anak2nya.. hari2 ternanti2entry dari blog sis sebab nak baca kisah mereka, sis duduk dimana yer, tengok jambatan tu cam jambatan putrajaya.. rumah sis berdekatan ngan putrajaya ker??

Aidah said...

Akma,
Memang panjang akma. Senapas tu sambil nangis lagi. Sibbaik ada gamba 2 ketul. Hehehe.

Nini,
Haa betul apa Nini cakap tu. Belum pun akil baligh dah macam2 dibuatnya. Agaknya penangan hormon yang tak terkawal. Jadi ibu ni, itulah salah satu cabarannya. Nak jaga anak dari kena buli atau dari membuli orang. Kadang2 kita tak tahu mana satu yang lebih mempengaruhi dia. Mintak yang elok2 je lah kan Nini utk anak2 akak dan utk cik mat juga.

Aidah said...

Wan,
Tak putus2 akak berdoa utk anak2. Itulah saja usaha buat masa ni. Berserah pada Allah adalah yang sebaik2nya.

Aidah said...

Iz,
Dia ada sorang kawan ni tapi kawan dia tu duduk jauh, selalu ada transport problem. Kebetulan hari kejadian, budak ni tak dtg sekolah. Teruklah Arif. Tapi kan Iz, sebelum ni bebudak yang nakal tu tak pulak membuli. Bila dah masuk sorang taiko ganas ni ke kelas diorang jadi ganas pulak bebudak yg lain tu. Taiko tu pun sebenarnya tak dpt masuk kelas tu sebab result dia tak bagus tapi dlm sukan dia active, itu yang gurubesar bagi can dia masuk kelas tu. Tapi lain pulak dibuatnya. Bukan nak belajar. Semoga bebudak ni sedar, Iz, dan jadi budak baik. Jauh lagi perjalanan hidup diorang tu.

Aidah said...

CT NoArIzAh ArIs,
Memang. Akak selalu bekalkan doa je kat budak2 ni. Itulah pasal tak percaya diorang duduk asrama. Biarlah duduk depan mata akak. Kdg2 rasa selfish pulak. Akak dulu pun sekolah asrama. Tapi zaman dulu tak sama dgn zaman sekarang kan.

Aidah said...

Dils,
Itulah harapan akak jugak. Satu je matlamat ke sekolah, menuntut ilmu. Bawak amanat dari Allah dan ibu ayah. Harap2 budak2 ni termasuk anak2 akak tak lupa tujuan mereka ke sekolah.

Aidah said...

Murni,
Bagus betul motivation dari kak Murni ni. Harap Arif dengar dan ingat pesan ni sampai bila2.
Dah namanya mak, dik. Itu pasal akak tak faham bila ibu kandung benci anak sendiri. Kalau kita tak sayang anak sendiri, siapa yang nak sayang dia unconditionally. Kesian terutamanya pada yang dibuang sejak lahir. Akak ni, anak orang pun akak sayang. Sesuka hati je nak peluk2 baby orang. Kihkihkih.

Aidah said...

mak chaq,
Dalam 4 hari jugak saya berfikir tu. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Takut pulak kalau tindakan saya mengeruhkan lagi keadaan. Tak boleh dibiarkan. Takut anak saya tak suka dgn sekolah pulak nanti.

Aidah said...

Suara Kalbu,
Terima kasih atas doa tu ya, ida. Boleh je jadi anak akak. InsyaAllah riba akak ni empuk je, boleh tumpang sekaki. Hehehe.
Akak banyak merujuk pada Allah. Mohon Allah dorong akak buat keputusan terbaik. Ada jugak orang nasihatkan tukar sekolah. Tapi bagi akak, masalah tak selesai kalau kita lari. Akak yakin Allah akan pelihara anak2 akak. Diorang anak2 yang baik, ida. Masa akak tak sihat, budak 2 orang ni lah yang jaga makan minum akak. Bila berjalan nak melangkah tangga tu, dipimpinnya akak takut akak jatuh. Kdg2 Arif ni tak malu pegangkan henbeg akak bila akak dah tak larat dan jalan jauh sangat. Padahal budak lelaki tu, bawak henbeg pompuan pulak. Dia cuma malu bila akak cium dan peluk dia depan kawan2. Hihihi.

Aidah said...

naisnpriti,
Memang. Bila dah besar nanti menyesal jugak. Tapi harap2 diorang ni sedar sbb masih awal. Baru form 1.
Milo tu dah demuk sangat jadi dia kurang aktif sikit. Itulah dia diam je bila pakaikan macam2. Kalau masa muda2 dulu badan ketak2 mahu dibahamnya tangan akak kalau di dress up semua. Hahaha. Amiklah gamba Milo tu. Tak pe. Milo angguk je ni haa.

Aidah said...

SSL,
Terima kasihlah bagi amalan tu. Nanti akak suruh Arif amalkan. Selama ni akak suruh dia baca 3 Qul je dan ayat kursiy. Bila dia rasa nervous ke, akak suruh dia selawat bebanyak. Bila dah jauh dari mata kita, hanya ini je lah kita dapat bekalkan utk anak2 kan.

Aidah said...

Isteri Encek Bard,
Dugaan, dik. Ada hikmahnya pada setiap kejadian. Sentiasa mohon pada Allah utk jadikan kita ibu yang cemerlang dan soleh. Tapi memang betul cabaran jadi ibu sekarang lebih banyak dari zaman dulu. Zaman dulu mak akak tak de lah payah nak jaga sangat anak2 dia. Okey je semuanya. Alhamdulillah. Agaknya zaman sekarang ni makanan pun dah macam2. Dulu semua tanam sendiri, ternak sendiri kan.
Terimakasihlah baca blog akak ni. Tah hape2 je yang akak tulis. Malu pulak rasa kadang2.

Irfa said...

kak..
saya yg baca pun bergenang air mata
itula yg merisaukan saya bila bab anak2 ni.mintak jauh dr malapetaka dn org2 yg berniat jahat