Pages

Wednesday 5 September 2012

Rupa2nya banjir......

 

 

Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan sejak pukul 4.30 petang sehingga banjir. Macam tu lah citer yang berlaku semalam di kawasan berhampiran rumah akak ni. Alhamdulillah kami tak terlibat. Tapi memandang ke bawah pada orang2 yang terkesan dgn banjir ni, akak sangat simpati.

 

079

Gambar ni akak ambil masa pukul 6.10 petang semalam di highway selepas tol sg. besi. Teruk sangat jem. Memang ada jugak berlaku jem macam ni tapi kali ni agak luar biasa sebab bergerak pun dua tiga inci setiap 5 minit.

 

 

083

Masa ni baru pukul 6.20 petang tapi langit gelap macam dah dekat nak maghrib. Hujan yang tadinya turun sejak 4.30 ptg dah reda tapi nampaknya isi awan tu masih banyak lagi nak tumpah ke bumi.

 

 

096

Masa ni lebih kurang pukul 9 malam. Dah banyak kereta berhenti sebab nak buat apa kan. Kereta bergerak hanya setiap 10 atau 15 minit. Itupun ciput je...setakat seinci dua. Akak ingat kat depan tu mesti ada accident teruk sebab sebelum tu dengar siren ambulan bertali arus menuju ke selatan.

 

 

099

Nampak tak ambulans tu. Dekat setengah jam dengar sirens, barulah muncul di tengah2 lautan kereta tu. Punyalah susah nak lalu.

 

 

110

Gambar ni akak tangkap masa lebih kurang pukul 10.30 malam. Dah dekat 4 jam berlalu. Jalan masih sesak. Kereta dah almost tak bergerak. Bukak twitter plus, tengok2 ada banjir di km 303.8 iaitu dari UPM ke Kajang. Highway pun boleh banjir zaman sekarang ni.

Perasan tak cuaca yang semakin pelik sekarang ni. Kalau panas, terlampau panas sampai rasa nak pengsan. Dan bila hujan pulak sekejap je dah banjir sampai tempat tak pernah naik air pun boleh banjir besar.

Kawasan Sri Serdang paling teruk. Sekolah anak akak pun naik air. Alhamdulillah Arif tak terlibat sebab dia sekolah sesi pagi. Simpati betul pada mereka yang terperangkap sampai pukul 8 malam. Kereta cikgu pun habis tenggelam dalam banjir. Banjir besar macam ni pernah berlaku tahun 2006 kalau tak silap. Air naik sampai paras dada. Kalau budak darjah satu, memang sangat bahayalah kan.

 

 

082

Dah tua betul umur dunia ni kan. Takut betul bila tengok musibah yang melanda. Akak pulak sejak ramadhan dah berlalu ni kemain liat bangun qiamulaill. Sedap je nak berselimut. Kalau tak boleh tidur pun masih malas nak bangun. Maka ustajah Peah mewakili bapaknya Milo dah bagi tazkirah kat akak tadi. Bawak2lah rajin bangun mama oooiii. Tengok deddi ku itu. Tak pernah ponteng tau.

Hihihi. Milo sekarang ni lepas akak selesai solat isya' je dia dah mengadap pintu mintak keluar. Peah cakap dia buat qiamulaill kat surau. Kang pagi subuh baru mintak masuk bilik akak. Bagus kan. Kucing sapalah agaknya tu.....(lawak je, okey. Manalah ada kucing buat qiam. Tapi akak pernah terdengar orang beritahu akak yang kucing ni sebenarnya berzikir pada Allah dgn caranya tersendiri iaitu dgn hidup di atas muka bumi ini mengikut fitrahnya sebagai seekor kucing)

 

 

117

Ini gambar pagi tadi. Berkabus je selepas semalaman kecoh akibat banjir. Syukur alhamdulillah kita diberi peluang untuk bernafas dan menambah amalan kita lagi pada hari ini.

11 comments:

Saleha said...

dunia dah semakin tua kak..
Alhamdulillah akak rajin buat qiamullai, saya ni selalu pasang niat tapi tak pernah bangun.. tiap kali nak bangun rasa macam ditindih batu besar.. payahnyalah..

Aidah said...

Saleha,
Akak tak rajin mana pun, dik. Masa ramadhan je bersemangat. Habis ramadhan, hanya bangun bila ada hajat je. Buruk betul perangai kan. Astaghfirullah...

Bonda Ryan said...

enterprame jugak c peah..bertudung lagik, calon yang sesuai utk djadikan mnantu nih..mwahahaha!!!.nasib saya dah tak duk kl kak..klu tak mau masa 22 jam kat jalan..kih3!!

Iz said...

alolo comelnya Ustajah Peah. Kakak Aoi ngan Hime tu jangankan nak bertudung, berbaju pun dia malas. Rajin pegi clubbing tu. Tapi clubbing dia petang-petang. Time kak iz bawak dia jalan-jalan petang tu, hilanglah dia. Entah clubbing dekat mana. Nak tunggu kakaknye ni terpekik-pekik panggil balik, barulah dia nampak jalan balik rumah. Itu pun nasib baiklah dah mandul. Kalau tidak, entah dah berdozen anak luar nikah kotnye, hehehe

tunfatimah said...

i tak tau pun ada banjir....punyala tertutup duniaku...alhamdulillah area i tak kene...siannya sape2 yg involved kan....
salute la u rajin qiamullai.....alhamdulillah, kita ni baru nak posa....
dpt gak tgk si Peah, setelah bercuti raya......tembam milo n si bongsu kaktus apa kabar....
U take care ye

Aidah said...

Bonda Ryan,
Kalau bawak kete time hujan kat KL ni, akak saspens je dik. Dahlah kete sensitip. Macam2 doa akak baca mintak selamat sampai rumah.
Haa? Nak buat menantu? Ada harapan double wedding ni. Hahaha.

Aidah said...

Iz,
Dia pernah keje GRO kot sebelum iz jumpa dia dulu. Hihihi. Tak sangka datin Aoi rajin clubbing. Kelab dangdut ke datin? Hahaha.

Aidah said...

tun fatimah,
I tak rajin sebenarnya qiamulail tun. Kadang2 setakat berzikir je kalau terjaga di tengah malam. Punyalah malas nak amik wudhu' dan solat. Padahal bukan boleh tidur pun. Entah kenapa susah nak beramal, padahal i ni dah berguni2 buat dosa. Janganlah Allah murka hendaknya.
Atuk Milo sekarang ni dia dah menjauhkan diri dari i. Tak tahu kenapa. Si minah cactus, macam biasa suka dengar orang berborak. Tetiba dah menyelit sebelah kita.

Dinas Aldi said...

Sejuk hati tengok si Peah tu haa, mithali betoi rupanya..kahkahkah! Adoyai..

Kita yg tengok dari jauh pun dah rasa serabut, inikan pulak orang2 yg terlibat dalam traffic jam tu ha. Tah ka sakit perut, lapaq bagai la dalam keta tu, ya Allah..

Murni Alfathunnisa said...

Kesian la haih yang terperangkap dalam jem tu. Kadang2 hujan sikit, banjir yang lebih. Dalam sedap kita berselimut dek kerana hujan, sama2 la kita renungkan...mungkin di sebalik bersenang-senang, ini pun tanda dan peringatan kpd kita.

adik sepupu pun sekolah sri serdang..sesi petang..ntah camna la mok ayah dia gi jemput petang semalam.

Unknown said...

nasib baiklah anak naik motor ..kalau naik keta memang tak baliklah sampai larut malam