Pages

Wednesday 23 January 2013

Kalau tuan ke Ikea, tapaukan hamba meatballs 1 set.

 

 

Haa? Tapau? Boleh tapau ke makanan kat Ikea tu?

Boleh...cam gini caranya.

 

017 

Sila bawak sendiri tupperware dari rumah ya, adik2. Lepas tu beratur macam biasa. Sampai kat tempat orang tukang senduk tu, hulurkan saja tupperware berwarna warni anda. Lepas tu kasi senyum manis lebih sikit sambil cakap, "Gravy lebih ya, bang."

 

 

 

002

007

 

Makanan tapauan yang telah dimasuk dalam tapawer. Lepas tu pergi dekat cashier dan bayar macam biasa. Harga tetap sama walaupun pakai bekas sendiri.

 

 

 

021 

Sampai rumah atau masuk kete, terus ngap. Sedapnyaaaaa. Tengok gambar ni pun boleh meleleh airliur. Last time pergi bulan lepas kot. Tak tahulah bila nak mentapau lagi agaknya.

 

Sekian tutorial akak untuk tapau meatball Ikea. melampau sangat kan. Nampak sangat tak de modal nak citer. Nak tapau meatballs siap tutorial. Hahaha. Terimakasih kerana melayan tutorial akak. Tutoriallah sangat!!

 

Sebenarnya akak ni lebih selesa tapau makanan sejak 5 tahun lepas. Semuanya berpunca dari perangai akak yang sikit2 pitam, sikit2 pitam. Baru order makanan, kepala dah rasa lain macam. Tapi itu dululah paling teruk. Sekarang ni okey sikit tapi kadang2 tu ada jugak buat hal. Yang peliknya tu, kalau shopping baju ke, handbag ke, okey pulak. Asal order makanan je nak pitam, asal pitam je order makanan. Apa cerita? Jadi solutionnya ialah tapau. Cukup jarang kami satu family keluar makan di kedai. Kat kampung pun kami selalu bungkus bawak balik. Makan jemaah dgn mak yang sememangnya tak larat nak keluar. Macam tu lah citernya lebih kurang.

Alhamdulillah hari ni akak dapat beli lobak putih daikon organic cap Zenxin dengan daun2nya sekali. Dan dah selamat pun hantar balik kampung kejap tadi. Dapat jugak melepaskan rindu kat mak walaupun sekadar sejam dua. Dah balik KL ni, rinduuuu balik. Canno tu?

 

Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah saw  pada semua.

18 comments:

SYANI said...

Boleh tapau rupanya... baru tahu..

fadz said...

hi kak aidah.. fuyooo terliuq aiihh tgk meatballs tu... aarrggghhh ikea kenapo laa ekau jauh di mata den haa... uuuwwwaaaa :'(

Irfa said...

saya selalu baca org citer ttg kesedapan meatball ikea tu tp tekak sendiri x penah lagi merasa.kesiannya saya kan?

baru duk dlm mesia dah rindu2an
kalau duk guatemala mcm mana ye?

fird@Station said...

tergugat nengoknya... kalau takde aral, raya cina ni balik shah alam, nyinggah makan meat ball dulu neh.

zard said...

As salam my fren. Adeh ini udah bikin gue laparr.. lama I tak pi Ikea.. jadi kepingin ni..

Aidah, dah pi check kenapa you selalu pitam bila order makan? Keanehan betul..

Moga your mom kembali pulih. Aaminn.

Dinas Aldi said...

Dah banyak blog saya baca pasai mitbol kak Ikeah ni tapi sekalipun saya tak pernah merasa lagik. Kat Penang takdak kak Ikeah, kot, saya pun tak tau, kahkahkah teruk la saya ni dalam hal gini.
Bagus bawak bekas dari rumah untuk tapau, very environmental friendly, saya suka :)

Acik Erna said...

assalam Aidah..acik tak pernah makan yang beli dikea nya aidah..ikea pun tak pernah sampai teruk kan he he
hari ni acik nak round la..nak tengok2 sekali belum habis separuh jalan..dah pusing balik aidah..sabo je la kita ni kan..sampai la acik dapat kumpulkan semua bahan2 nak buat sup tu..masaalahnya acik tak boleh nak jalan2 sangat sekarang ni..tapi minggu ni ngan minggu depan..acik nak pergi kenduri jugak..kasi lawan sama dia kan aidah..

Nini D.. said...

nini blom merasa laghik mkn meatball kat ikea nun..nanti nk jgk lah pegi merasa sekali.

Aidah said...

Syani,
Boleh dik tapi dgn syarat bawak bekas sendiri. Akak kalau ikut kan, semua menu kat situ nak tapau. Sedap.

Aidah said...

Fadz,
Sedap tau. Tapi akak sejak dia dah sah dapat sijil halal ni barulah jadi pengunjung tetap. Kalau tak, tak berani wo.

Aidah said...

Irfa,
Dekat je Ikea tu. Hari tu akak jumpa kawan yang duduk Paroi Jaya, Seremban bekfes kat Ikea. Ikut Kerinci link pun dekat jugak.
Memang akak ni suka sangat duduk bawah ketiak mak walaupun dah tua. Hehehe.

Aidah said...

fird,
Tang gravy dia tu yang buat sedap melampau kan. Meatball pun boleh tahan gaklah.

Aidah said...

Zard,
Alaikumsalam. Hahaha. I dgn segala keanehan dan kepelikans. Agak2 layak tak masuk muzium Ripleys ni.
Sebenarnya suasana hiruk pikuk tu yang selalu buat I rasa macam nak pitam. Kadang2 lighting dalam restoran tu pun boleh buat pening kepala jugak. Jumpa doktor, kompom kena tazkirah panjang lebar. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Dinas turun KL, pastu kita jumpa kat Ikeah, nak. Sedap memang sedap tapi dah 4 series macam akak ni kena makan berpada2 mitbol tu. Takut jugak. Hehehe.

Aidah said...

Acik,
Saya masih belum dapat mengumpulkan stok tetap untuk mak. Masih tercari2 jugak acik. Pagi tadi saya pergi Sunway Damansara pulak cari company yang import shitake dari Jepun tu. Tapi hari ni cuti jadi cari jalan dulu supaya tak sesat. Maklumlah area tu memang jam semedang bila hari keje.
Saya doakan acik dipermudahkan untuk dapat semua bahan2 untuk buat sup tu ya. Jaga kesihatan ya, acik.

Aidah said...

Nini,
Nanti turun KL bolehlah ajak cik abang ke Ikea. Sambil2 tu boleh beli perabut jugak sebab cik abang nini pandai pasang sendiri perabut kan. Akak punya cik abang paling tak suka pasang sendiri ni. Nak mengamuk je dia. Jadi jarang dapat beli perabut kat situ walaupun murah2.

AtieYusof said...

wah...sedap je tgk meat ball tu..
best jugak kan boleh tapau ni..
Salam Maulidur Rasul Kak...
salam kenal..singgah follow sni #72:)

Murni Alfathunnisa said...

kak aidah..jangan la kijam sangat..tayang itu meatball di saat perut tengah kelaparan dan berpikir-pikir nak lunch apa pulak hari ni..

masyaallah..gravy tu tak menahan saya tengok..nak kuar pi cari lunch lah! sentapp...

p/s..mak akak macammana keadaannya. mudah-mudahan beransur baik..amin.