Pages

Tuesday 15 January 2013

Mainan kucing

 

 

Busy,busy,busy....kali ni mencari daun lobak putih pulak. Semalam sempat akak ke Jusco Balakong, jumpa ah soh yang bungkus sayur organik tu. Dapatlah 2 bungkus, alhamdulillah. Lepas tu dgn lajunya ke Jusco Seremban pulak, jumpa Alang...pass kan kat dia untuk buat sup mak. Lepas tu balik KL, jemput Arif dari sekolah. Fuuh, penat. 

Sekarang ni memang akak selalu merayau ke supermarket kat area rumah ni dan KL. Di samping mencari bahan2 sup mak tu, sempat jugaklah menyimpang. Tapi akak selalu menyimpang ke tempat pets tu je. Tengok menan2 kucing, baju ke.

Akak selalu jugak beli mainan kucing ni. Tapi tak de lah yang mahal2 tu. Sekadar yang bawah RM10 je. Itupun tak selalu. Kalau akak balik kedai, mesti kucing2 ni suka sangat mengorek2 plastik bag yang akak bawak balik. Nak usha permainan barulah tu.

 

026

Cukup susah nak amik gamba. Ada je yang nak enteprem. Dia paling tak sabar tengok kita susun2 menan dia dengan banyak sekaligus. Rambang mata nak pilih ni.

 

027

 

Setakat ni adalah jugak 8 ke 9 tangkai jugak. Ada jugak yang dah arwah. Permainan ni pantang disepah2kan. Kalau kita tak simpan, beberapa saat je dah lesap dibawak lari dek Puteri Peah. Siap sorok bawah katil lagi tu.

 

 

 

054

 Sama je perangai kucing2 ni. Asal dapat je bawak lari bawah katil.

 

 

028

 

Cer tengok tu. Asalnya panjang gebu je. Dibawak lari dek Peah, terus jadi nazak, nyawa2 ikan .  Kalu tengok kat bawah katil memang nampaklah bukti pembunuhan beramai2 menan ni oleh Peah dan geng.

 

 

 

025

 

So selalunya akak simpan dalam laci bila dah puas main dan bagi diorang exercise setiap hari. Bila dengar je akak bukak laci tu, dua ekor ni terus datang nak bizibodi jengok2 kat dalam tu. Bukan setakat mainan kucing je ada dalam ni. Mainan manusia macam DS dan PSP pun akak simpan jugak. Masa sekolah mana boleh main kan. Tunggu bila sekolah cuti hujung tahun nanti baru boleh main.

Tapi kucing2 ni kan, memang bertuah. Dah dibeli mainan pun.....

 

 

 

003 

.......masih jugaaaak suka main beg plastik,

 

016

tutup botol daaaaan

 

042

 

getah. Ini memang turun temurun nih. Atuk tu dulu masa muda2 juara baling getah. Elok je masuk dalam botol ubat akak kat rumah kalau dia membaling. Kalau bawak pegi funfair ni, kompom lumayan hadiah. Hihihi. Bolehlah kalau nak banding ngan akak ni haa. Tong sampah sejengkal jaraknya pun tak masuk balingan.

Tapi atuk memang pencinta sejati kotak. Dia tak pandang menan yang beli kat kedai ni. Maklumlah generasi lama. Macam akak dulu jugak, main upih kelapa, main wheelbarrow abah, main panjat pokok. Semua yang ada di sekeliling rumah. Tak kenal pun menan kedai ni

 

 

047

 

Lagi satu kotak. Atuk Milo paling suka bab ni. Pantang nampak kotak. Masa bakal mentua hantar kuih raya hari tu, dia yang lebih2 masuk dalam kotak tu. Jadi anjing kastam pulak dia. Tercium2. Rindu kat Dobot lettew.

 

 

 013

011

 

Lagi satu yang dia paling suka ialah kotak Pak Donal ni. Dah naik rabak dibuatnya. Tak muat pun sebenarnya tapi diusahakan jugak. Sardin je muka tu masuk lepas tu tak nak keluar. Siap nak tidur lagi.

 

 

303

 

Asal nampak kotak je, Milo lah yang paling happy. Tapi kan, itu dulu. Sekarang ni dia tak de mood nak main2 dalam kotak lagi. Tengok kotak pun tak bernapsu.

 

 

084

Sekarang ni turn Peah........

 

 

097

 

dan minah kaktus ni pulak main dalam kotak. Tak pe lah. Time akak sibuk ni, kucing2 pandai layan diri sendiri. Lepas main, pandai kemas balik. Hehehe. Bidaah sangat tew. Tak de lah IQ tinggi sangat cam gitu. Kalau kucing akak seghope itu, NASA pun nak tempah satu hantar outer sepes kan.

14 comments:

makchaq said...

Macam Nafisah pulak depa ni..suka masuk dalam kotak...
lepas tu konon2 duduk dalam bot la, kereta la..
entah2 depa ni pun masuk kotak nak kenen tuan dia bawak pi berjalan kot..

Unknown said...

hahahaha..best giler kucin2 akak ni...ooh~~rindunye nak bela kucing tp huby azie xbg..huhuhu

Dinas Aldi said...

Adoi, saya tergelak kaw2 tengok gambaq atuk Milo & the geng dalam kotak. Tapi yg paling saya suka tengok ialah atuk Milo la. Selamba ja dalam kotak tu, terutama sekali kotak pak donal tu haa, kahkahkah!

mama maman aka yana said...

cumilnya la.. :)

Dils said...

haha. Kucing memang suke betul plastik dengan kotak. Dibelikan mainan yg ditumpunye plastik mainan die. Ces.

Comel sgt la Milo dalam kotak. Tu gamba lama ke. Alahai. Rase nak hug je. Tapi makin bambam ye minah kaktus ni... bukan main comel lagi. Kalau tengok rupa masa memula sampai rumah akak mesti tak kenal.

kasihibu said...

Jimat kan atok main kotak
sama dgn anak kecik sya koyak rabak kotak di buat kereta katanya

Murni Alfathunnisa said...

hehehehe...sooooo cute tengok depa dalam kotak tu..
peah bergaya hebat persis model!

milo suka kotak pak donal eh...inilah namanya ukur kotak tidak di body sendiri..hehehe..sabo aje lah!

Unknown said...

heheh... comelnya kucing2 main dalam kotak... yang paling comel yang masuk dalam kotak pak donal tu... geram je.. rasa nak peluk2...

Jatuh hati dengan Shaklee

Suara Kalbu said...

Auwwwwwwwwwwwwwww..super duper comel diorang semua ni kak. Rasa nak pijak-pijak jer hihihihi

Acik Erna said...

comel yo muko e dok relax lam kotak tu Aidah..

Iz said...

Mainan bulu-bulu yang hancur dikejekan Peah tu kan, fevret kekenit ni. Saya beli kaler putih. Masing-masing suka jilat. Agaknye depa pikir tu Hime agaknye. Hime kan bangsa suka tonyoh kepala kat muka depa mintak jilat hahaha.. Yang suka bawak lari menan, si Hachiko. kadang dia kumpul semua toys dia, bawak naik atas katil. baru dia tidur. gahahaha

amacatlover said...

comel nye kucing2 akak especially yg paling gebu si Milo... gebu n bulu cantik... akak bagi makan pe ek?? pastu slalu hantar grooming ye??

Bonda Ryan said...

adess lah!! teringinnya nak bela kucing balik, tapi anak2 ada semput dan ayahnya pulak ada resdung.

Nini D.. said...

atok...atok..eloklah tu..gepren,boypren perangai sama.suka duduk dalam kotak.