Pages

Tuesday 8 January 2013

Mari merebus: Sup Dr Tateishi dan lain-lain...

 

 

Assalamualaikum.

Ingatkan bila masuk tahun baru, gigihlah mengupdet kan. Rupanya lagi teruk dari tahun lepas.  Busy sangat lately, mengalahkan YB akak ni. Setiap hari kena keluar especially last week.

Hari tu akak ada citer pasal buat sup dr tateishi untuk mak kan. Kalau sape2 rajin google pasal kanser mesti pernah dengar pasal sup lima warna ni kan. Kalau tak pernah google, meh akak citer camana nak buat sup tu.

 

 

102

Bahan2 yg diperlukan untuk sup tu.

450g lobak putih

225g to 380g daun lobak putih. (susah sikit nak cari ni sebab tak de jual. Akak pegi jusco dan mintak ah so yang bungkus sayur organik tu untuk savekan akak daun lobak putih ni. biasanya diorang buang je)

225g to 280g carrots

225g fresh burdock root atau gobo kata orang jepun. (inipun susah nak cari. Selected supermarket je yang jual.)

3-5 japanese shitake yang dah kering tu. Kalau tak berkedut tak sah. Sila jemur supaya dia berkedut habis. Ini semua untuk pastikan Vit.D masuk dalam itu cindawan. Tapi MESTI japanese shitake. Tak mo cina mali ya.

Lebih afdol kalau beli yang organik saja ya.

 

 

105  

104

Inilah dua benda paling bertuah tu. Cukup susah akak nak cari. Habis semua supermarket area serdang, balakong, putrajaya akak redah. Last2 ke KLCC jugak dia nak menetap. Bodoh je si Gobo duduk situ. Yang cindawan jepun tu pulak sampai berkedut tunggu akak beli dia.

Anyway, gobo root tu murah je. Ada 2 jenis. Jepun mari adalah mahal sedikit. Yang shitake tu.....ummangggaiii.....mahal dari shitake cina mali. Lebih kurang 10 keping je sepaket dan harganya adalah RM38.88.

 

106

Cara2 nak buat sup tu pulak.

Mula2 basuh bersih2. JGN KUPAS sayur2an itu. Lepas tu potong kecik2 'bitesize'. Bite size standard manusia ya. Jangan ukur mulut gorilla belakang rumah pulak. (amboiii..bela gorilla belakang rumah iya..hahaha)

Lepas tu masuk dalam stainless steel pot. Yang ada tefal atau sepupu tefal tu tak boleh guna tau. Aluminium, emas, platinum ke lagi tak boleh.

 

 

109

 

Lepas tu isi air 3 kali ganda dari jumlah sayuran tadi. Biarkan mendidih. Dia mendidih je, sila kecikkan api dan biar sup tu mereneh sampai 2 jam. Dia merengek ke, menangis ke, buat tak tahu je tau. Dah 2 jam barulah pergi tutup api tu.

Haa cam tu je lah. Lepas tu tapis dan minum air sup ni. Sayuran tu pulak kalau nak tumis buat mix vege pun boleh. Air sup tu simpan dalam bekas kaca dan masuk dalam fridge.

 

 

118

 

Sekali minum adalah sebanyak 200ml. Dan minumlah sebanyak 3 kali. Dan JANGAN minum bersama teh. Kalau nak makan ubat pulak, sila jarakkan 2 jam sebelum dan selepas minum sup ni. Maknanya lepas makan apa2 ubat, tunggu 2 jam dulu before minum sup ni. Dan kalau dah minum sup tu pulak, 2 jam lepas tu baru boleh makan apa2 ubat. Clear tak akak explain. Ke makin serabut??

Sebelum try buat sup ni rujuk dulu kat SINI ya.

Katanya sup ini boleh merawat berbagai2 penyakit terutama kanser. Selain tu sup ni juga ialah detox soup. Buang semua yang tak perlu ada dalam badan kita.

Tapi paling penting semua ini adalah dgn izin Allah. Kalau DIA tak izinkan apa pun tak boleh, ye dok. 

Akak dgn Puan Alang pun minum jugak sup ni sama2 dgn mak. Kira bagi mak support jugak, disamping tu tumpang2 lah sikit kan rahmat Allah. Mudah2an semua pun sihat.

Hari ni masuk hari kedua minum. Rasa berpeluh2 jugak lepas tu. Dan kaki tu kadang2 ada rasa macam lepas buat urut dgn OSIM tu. Mak akak pulak rasa panas kat kaki. Mungkin blood circulation dia dah bertambah baik kot.

Dan kalau sape2 pernah buat program detox mesti ada rasa ringan badan dan happy je kan. Macam tu lah lebih kurang rasanya. Rasa macam cergas dan aktif semacam je rasa.

Akak masih try nak adapt dgn perasaan aktif ni sebab kepala ni macam tak mo ikut pulak cakap badan. Nampak katil, nak landing je.

Walaubagaimanapun pagi ni je akak dah kemaskan lemari Arif yang macam sarang kucing nak beranak tu. Punya banyak baju dia tapi semalam dia tidur dgn pyjamas koyak kat lutut. Bila akak tanya, dia cakap baju dia dah tak de. Padahal tiap hari akak basuh baju. Bila bukak je lemari dia tu macam gunung berapi meletop. Muntah segala baju, seluar dan boxers dia atas lantai. Kalau duduk asrama ni, masak kena leter dgn warden.

Tak pe, dia balik sekolah ni akak nak rebus segala leter akak dan tuang dalam telinga dia. Hahaha.

16 comments:

Dils said...

Fuh. Macam mana la rasenye yek. Bagus jugak. Saya lagi prefer home remedy (buat sendiri) dari beli kat store ni.

Semoga makin sembuh la mak akak, Insya Allah.

Nak aje suggest sua sikit kat Deddi Milo, tapi makin sentap pulak kalau kena sua air2 unsur vege ni.

Nini D.. said...

hahahha...akak buat dulu rebusan tu.kalo mujarab pada Arif..Nini nak jugak buat untuk dobot,cikmat & boypren Nini tu ha..

Irfa said...

oh kena tulis ni semua bahan2 yg nak kena cari.utk detox ye?emm

igt masa gi cameron..gila besar/fresh lobak putih dgn daun2nya itu

Acik Erna said...

assalam aidah..penign jugak kalau acik nak cari bahan2 tu

SITI NOARIZAH ARIS said...

Suka resepi rebusan sayur-sayuran tu :))

Sama gak dgn anak sy katanya tak do baju tapi bila selongkar lemari dia ha hambik kau melambak2 keluarnya.... pasal tak bersusun elok2 mana nak jumpa.

fening...fening!!

Dinas Aldi said...

Demi orang yg amat kita sayang, sanggup cari semua benda yg payah nak jumpa tu untuk buat sup, asalkan kita usaha, lepas tu tawakal padaNya.

Saya doakan mak kak Aidah akan sembuh dari penyakit tu, amin.

zard said...

walaweyyy macam sedap je soup tu.. nanti bila senang (tah bila) nak try buat gak lah..hehe..

moga Allah berkati usaha Aidah serta saudara dan pulihkan lah your mother dari penyakit tersebut. aamiin..

i kalau bukak lemari bukan macam sarang kucing beranak tapi memang kucing bersarang kat situ, puas dah tarbiah.. Arif, baik picit kaki mama or bahu mama cepat..hehehe..

Aidah said...

Dils,
Hmm..rasa dia ada macam manis sayur tu tapi bau dia memang busuk sikit sebab ada lobak kan. Kalau tak tahan, tutup hidung masa minum. Hehehe.
Selera Milo ni pelik sikit sekarang ni, dik. Tapi sentap tu mesti. Tiap hari bajet sentap seploh kali.

Aidah said...

Nini,
Dobot pun masuk jemaah ke, nini? Hehehe. Takat hari ni masih bertahan lagi lemari Arif tu. Jadi sup leter akak masuk dalam freezer dulu. Kalau berulang balik perangai lama memang akak bagi dia cukup2. Hahaha.

Aidah said...

Irfa,
Memang utk detox, Irfa. Aktiviti di toilet jadi lebih mudah lepas minum tu.
Ada pesakit kanser yang kirim sayur dgn orang yang selalu ulang alik CH. Especially lobak putih dgn daun dia tu.

Aidah said...

Ct NoArizah,
Akak tak pernah tahu pasal gobo tu. Yang lobak tu mak akak selalu buat kari. Tapi kan memang rasa segar badan lepas minum tau. InsyaAllah.
Kan. Memang lah budak2 ni. Asik hilang je baju dia ditelan lemari yang macam monster.

Aidah said...

Acik Erna,
Memang susah sikit nak cari bahan2 dia tu. Saya pergi supermarket Isetan, baru jumpa sebab kompom kat situ banyak barangan jepun kan.
Kami anggap ini dugaan acik. Nak buat ubat kan, memang susah sikit nak cari. Sakit mak pun bukan sakit biasa. Mohon Allah permudahkan segalanya.

Aidah said...

Dinas,
Terimakasih atas doa, dik. Alhamdulillah. Bengkak dileher dia tu dah makin kecik dan almost gone. Tinggal kat tepi rahang dia tu je.
Dinas pun apa kurangnya. Sangat tak berkira demi mak. Akak kagum.

Aidah said...

zard,
Sedap jugak rasanya tapi bau tu lah kureeeeng sikit. InsyaAllah badan rasa segar bila minum sup ni, na. Try lah. Tapi you rujuk dulu kat website yang i link kan tu ya. Sebab ada a few pantang larang.
Kalau Milo dapat masuk dalam lemari Arif tu, berbulan tak nak keluar. Dah macam tempat bertapa kucing dah.

Iz said...

Sorry kak, muka saya lagi komen. Marathon komen bagi hilang gian hahaha.. Punya lama saya taktau apa problem laptop ni sebelum ni. Huhuh. Dari aritu saya nak tanya, sup tu takleh ke kita letak sup bunjut tu, bagi sedap skit hehehe.. garam apa seme memang tayah letak ke apa? hehe

Aidah said...

Iz,
Tak pe Iz. Komen je banyak mana pun. Sebenarnya kan Iz, sup ni tak boleh letak apa2 pun perasa samada garam atau sup bunjut. Rebus macam tu aje. Kalau untuk ubat memang dia tak bagi kita letak apa2. Tapi rasa dia tu dah cukup segala manis semua. Akak pun minum jugak. Tapi reaction dia lepas 2 minggu memang kuat jugak dgn badan kita. Akak ni kan banyak sakit2 kan. Memang masuk minggu kedua tu siap sakit kaki, bahu semua. Rasa macam terseliuh dan mencucuk2. Kena tahan jugaklah. Tapi insyaAllah badan rasa segar dan bertenaga.