Pages

Monday 21 January 2013

Me and my boipren

 

 

 

Hari ni akak masih lagi ke sana sini mencari daun lobak putih organik. Adooiiiyaiii...susah betul nak mencarinya. Kat Jusco Cheras Selatan tu dah seminggu lebih tak de. Ah Soh yang dah macam best pren akak tu pun macam serba salah je bila lobak putih tu tak dihantar lori Zenxin Organic tu.

Pagi tadi akak ke warehouse Zenxin kat Seri Kembangan. Pun tak ada jugak. Macam nak pergi Cameron Highland je nampak gaya ni. Tak pun pergi organic farm kat Kluang tu. Mak pulak memang tak boleh putus bekalan ubat ni. Kena minum sup tu tiap hari. Bila berhenti kejap atau kalau guna sayur tak organik, dia punya growth tu nampak besar balik. So minggu ni akak akan teruskan misi akak untuk mak dapat constant supply of the soup.

Oleh kerana terlalu busy, jadi akak apdet citer basi jelah ya.

 

012

 

Tahun lepas.

Kucing KL : Jom skodeng skodeng sotong kurita kat suming pul. I faham badan U berat sikit, tak dapat naik atas kerusi tu. Tak pe. Dapat sama2 jengok kepala pun cukup. Cantik kan sotong2 kurita tu. U suka yang made in Mongolia ke Kazakhstan? Ke you suka yang China mali. Pilih, pilih....

Kucing kampung : Meeeeeooooowwwww.... (maklumlah tak pernah masuk sekolah, jadinya kurang sikitlah fasih berbahasa melayu)

 

 

 

037

 

Kucing KL : Meh I belanja you makan Fussie cat. Kesian pulak I tengok U makan, habis licin. U tak pernah rasa ke makanan macam ni?  Kitorang kat KL selalu makan camni. (stetmen eksen + riak)

 

Kucing Kampung : Meeeeeoooowwwwww.....(masih lagi tak reti bercakap)

 

 

061

 

Kucing KL : U ni hemsemlah. Sekali tengok macam bradd pitt. Dua kali tengok macam Hafiz awan nano tu. Cute. Eh you tau tak, father I bradd pitt tau. Tapi dia dah pencen. Sekarang ni dia atuk Milo je, duk rumah diam2, no more bradd pitt.

Kucing Kampung : Prrrrrrrrreeeeoooowwwww  (masih tak reti bercakap tapi menggatal tu kompom reti)

 

 

045 

Macam tu lah citer boipren and girlpren ni tahun lepas. Tidur pun atas selimut yang sama. Sehati sejiwa sangat kannn.

 

 

 

050

 

Siap kiss kiss lagik. Nampak tak ada elemen terlebih gatal kat kucing KL tu. Ini citer masa belum spay ni, yang sikampung tu pun belum khatan lagi. Macam ada harapan je akak nak berkitten2 di rumah ni. Hmmmm...tak de maknanya punn...adouiiyaii. Apa nak stoli lagi, dua2 parents tak setuju. Datuk Milo dan Tan sri Wahau tak restu maklumlah musuh ketat.

 

 

 

113

 

Haaa, ini pulak citer last wiken. Nampak tak sikucing KL punya muka tu. Kemain garang macam tak pernah kenal pulak. Padahal boipren lama kan.

 

 

 

115 

Bila tersentuh sikit dek Uteh, kemain melompat dia lari. Masa ni macam muslimah pilihan pulak dia. Siap betulkan tudung lagi. Padahal dulu, dialah yang terlebih gatal.

Macam tu lah sekarang status relationship dua ekor ni. No longer dating, no longer friends.

Kucing KL: Uteh? Sapa tu? Tak kenallah? Is that a name or colour? I'm confuse! (pertanyaan bertalu2 yang sgt eksen, nyampah dengar)

 

 

033 

Kucing kampung : Tak po lah. Kalau ekau tak kona den. Den ni namo yo duduk kampung tapi ghoman den ni ghoman omputeh. Tak nampak ko? Jangan main2. Ramai aweks nak kek den ni. Potik jaghi yo, soploh datang! Nanti den blaja potik jaghi dulu yo.

( Haa, ambik sekali. Stetmen straight to the point untuk ex gurlpren KL. Eksen sangat! )

Oh ya, kucing kampung dah pandai cakap sebab tiap hari tadika kat kampung. Gurubesar tadika ialah mak akak sendiri. Hehehe. Tiap hari dia bercakap dgn kucing2 dia ni. Kelakar.

* Ghoman tu loghat NS untuk rupa, kalau ada yang nak tahu. *

17 comments:

~mrs azmi~ said...

alah2 comel je budak2 tu..

serupala kat umah ni.. lepas semua dah disunatkan masing2 jadi lagi samseng! ingatkan jadi manja sikit.. nan hado!


Irfa said...

kalau rasa stres dtg blog akak ni konfem gelak smpai sakit perut ;)

Bonda Ryan said...

haha!! hilang rasa sedih bila singgah sini tau.kucing pom tau suka dan benci kan. nasib tak kawen larik pasal tentangan kluaga, kalau tak mau haru akk :P

makchaq said...

Salam Aidah
Daun lobak putih tu macam mana.. selalu makchaq tengok lobak putih tak jual sekali daun, ada la seinci kot batang hijau atas lobak tu..

Kat putrajaya pun ada jual sayur organic, kalau makchaq kenai yang mana satu boleh jugak tolong tengokkan..

Nini D.. said...

hahah...semenjak dah kene ikat nih,kemain terus jadik muslimah dia kak ye..sentuh sikit pong tak boley!

Dinas Aldi said...

Kahkahkah dialog! Akak saya suka gambaq last tu, comel sangat!
Semoga akak akan dapat constant supply untuk buat sup tu. Risau jugak kalau tak jumpa walau satu bahan kan. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, amin.

Aidah said...

mrs azmi,
Ha ah kan. Pelik pulak akak. Ingatkan kot dah tak de napsu ngorat, bolehlah dia manja ngan kita. Tak de maknanya pun.

Aidah said...

Irfa,
Akak pun hilang stress bila korang sume gelak2 dgn akak. Lupa jap masalah problem. Hehehe.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Memang. Nasib baik kecik lagi, belum kenal merayap. Kalau tak dah kawen dalam semak samun belakang rumah tu agak e.

Aidah said...

Mak chaq,
Alaikumsalam mak chaq. Lobak putih ni ada 2 jenis. Satu yang berdaun macam sawi, besar2 dan panjang2 daunnya. Yang ni kita tak boleh guna. Yang kita nak, yang berdaun kecil2 dan ada sikit kerinting2 kat tepi2 tu. Itu daun yang betul. Hari tu kakak saya guna daun yang salah, tak jalan pun, mak chaq. Tak menjadi sup tu. Rasa pun lain. Nanti saya cuba gugel dan tayang kat blog ya.

Aidah said...

Nini,
Itulah pasal. Sikit2 haram. Stress akak. Macam baguss dia ni. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Minah tu dah tak kenal boipren lama, dinas. Sedih tau macam drama hindustan pulak. Boipren tu siap golek2 atas katil. Hahaha.
Amin. Tq dik. Akak tiap2 hari merayap ke shopping mall macam treasure hunt pulak, mencarik.

Acik Erna said...

assalam Aidah..susah jugak nak dapat rupanya ye.moga aidah tak kan putus bekalan bahan2 untuk buat sup ni..acik masih belum dapat mencari bahan lagi Aidah..dah sms kawan kat jepun tu.katanya kalau shitake freh tu takut tak segar masa dia sampai sini nanti..sebab dia singgah thai dulu..lepas tu katanya nak pos pulak takut tak lepas .

Unknown said...

comey2nya kucing gumuk2 semuanya..
suka kucing tapi tak boleh bela sebab anak ada asthama

Iz said...

Alololo sian dak Uteh. Bilanya nak neuter dak Uteh tu kak? kang ada yang menconteng arang ke muka tan sri wahau kang kalo membuntingkan anak dara orang hehe

tunfatimah said...

salams Aidah....sorry lambat sgt hantar yg i janjikan tu...i baru set up kan 1 company baru untuk my client..so bz la konon2nya...bila kat sana ...suma nya lum ada....tu yg payah...nak pesan kat budak ofis ..madang lupanya....so ni i baru antar...Pos Laju...by esok or lusa in sya Allah sampai kot....

zard said...

Hensem nya Uteh.. Pakkal dah banyak makhluk comel kat rumah ni, if not mau gak pinjam Uteh seminggu dua..haha..