Pages

Friday 11 January 2013

Merci mon amie...

 

 

Alhamdulillah. Hari jumaat lepas memang penuh barakah. Dari awal pagi akak dah dapat rezeki dari seorang sahabat. Tak pernah pun jumpa. Hanya kenal melalui blog je pun. Tapi dah rezeki akak nak dapat kawan yang baik2 belaka. Kecik tapak tangan, akak combine tapak tangan kucings dalam rumah ni tadahkan lagi.

 

074 

Akak pelik betul dengan kucing2 akak ni. Setiap kali akak dapat parcel, dia pun sebok cium sana sini.

 

 

073

Dekat seploh minit nak clear check kastam ni.

 

 

078

Dah bawak keluar barang pun masih tak puas hati. Yang peliknya paperdoll grace kelly tu cukup lama diciumnya. Apa barang?

Terimakasih sangat2 pada my dear friend, Zaphrina. Banyak betul ole-ole dari kampung. Sukaaaaa sangat kita ini menerima hadiah itew.

Merci d'etre mon amie. J'espere que notre amitie` durera pour toujours. (sekali sekala bercakap loghat orang kampung pe salahnya. Kalau broken, harap maaf ya. Hihihi. Jgn lari maksud sudah.)

 

 

100

Dan satu lagi yang buat akak happy sangat dgn rahmat Allah hari tu ialah dapat melengkapkan bahan2 untuk buat sup lima warna mak. Akhirnya berjaya jugak mencari  si Goboh dan kawannya En. Shitake yang bermastautin di Isetan. Alhamdulillah atas segala rahmat dan rezeki Allah.

 

Alhamdulillah bengkak di leher mak akak juga dah mula hilang. Semalam puan Alang hantar mms, nampak macam almost gone. Tinggal kat rahang dia tu je yang nampak masih bengkak. Terimakasih kepada semua yang mendoakan mak akak. Semoga kalian juga dirahmati Allah selalu. Amin.

17 comments:

~mrs azmi~ said...

hamboih kemain detail lagi 'pegawai kastam' tu ye?!

salam hari jumaat kak!

Murni Alfathunnisa said...

Alhamdulillah. lega dapat khabar mak akak dah kurang sikit bengkaknya tu. insyaallah kak..teruskan ikhtiar.
mudah2an..speed recovery.

rezeki tu kak...banyak dapat hadiah..seronotnyaaaa... :-)

kami adik2 ni tak pandai bahasa kampung akak tu..mohon translate kak..hehe..nak tau jugak...

Nini D.. said...

Alhamdulillah acik dah semakin sembuh :)

Dinas Aldi said...

Rezeki, alhamdulillah. Dasat jugak pemeriksaan kastam tu eh, kihkih!

Acik Erna said...

Alhamdulillah aidah..moga mak aidah sembuh sepenuhnya

zard said...

Je suis sans voix. merci pour l'appréciation. J'espère moi aussi que notre amitié restera pour toujours. aminn. amboiihh cakap loghat kampung ye..

Alhamdullillah, senang rasa hati dengar perkabaran gembira tentang your mom. :)

cikguAnum said...

alhamdulillah..usaha sudah dan bertawakal lah. Allah maha pengasih. pesan prof Kamil minta dan jgn jemu meminta dariNya. minta dgn bersungguh2. sepenuh hati seluruh jiwa. YA Allah kau sembuhkan bengkak dan sakit di bahagian leher ibu ku ini. doa yg spesifik dan penuh pengharapan. In sha Allah..hanya Dia yg tahu apa yg terbaik

Aidah said...

mrs azmi,
Cam tu lah kalau akak dapat apa2 parcel dan bila akak balik dari beli barang. Mesti dia periksa beg plastik akak semua. Lama pulak tu.

Aidah said...

siti murni,
Nak translate ya. Boleh. Maksudnya, timo kasihlah sobab ekau sudi jadi kawan den. Somogo posahabatan kito ni last poeber. Camtulah dik, lebih kurang. Hehehe. Akak punya french pun berkarat jugak, maklumlah dah puluh tahun tinggalkan sekolah.

Aidah said...

Nini,
Terimakasih kerana doakan kami, dik.

Aidah said...

Dinas,
Kastam ni strict, dinas. Tak lepas barang2 yang berbau macam belacan atau tempoyak. Tapi kalau catfood tu jalan je. Hahaha.

Aidah said...

Acik,
Alhamdulillah. Terimakasih acik kerana selalu bagi sokongan moral dan doa untuk kami.

Aidah said...

zard,
Gelabah jugak bila sekali sekala cakap macam orang kampung tu. Hehehe. Like I said before, thank you very much, my dear friend. Hari Jumaat tu memang hari paling hepi dalam minggu tu.

Aidah said...

cikgu Anum.
Amin amin ya rabbal alamin. Terimakasih atas doa. Memang kami ni sentiasa mengharapkan ehsan dan kasih sayang Allah. Begitulah lumrah hidup sebagai hambaNYA.

Iz said...

test test

Iz said...

Amboiiiii.. rupanya laptop kita dah boleh comment kat blog akak. Tu yang komen test test je tadi.. takut dah tulis panjang kang takleh pulak macam minggu minggu lepas hehehe.. Rupanya laptop saya ni MALWARE. Monyet betul. Tadi lepas install malware antivirus, baru lah okey, hehehe.. boleh la komen blog akak semula pasni.. yay!

kasihibu said...

Tumpang gembira kesihatan mak akak
mudah mudahan akan segera sembuh sampaikan salam sya pd mak ye