Gambar yang akak sempat ambil masa hari2 pertama mak tinggal bersama akak.
Hari Sabtu....... akak mulakan dgn rutin biasa. Setiap kali sedar dari tidur, tak kira pukul berapa akak akan bangun jengok mak di biliknya. Hari sabtu itu lebih kurang pukul 1 pagi akak terbangun. Bantal peluk mak jatuh ke lantai. Sebahagian selimut pun dah berjuntai dari katil. Lalu perlahan2 akak letak bantal peluk di kakinya dan selimutkan mak semula. Mak bukak matanya dan senyum bila nampak akak.
"Sejuk ya , mak. Ida tutup aircon ni ya." Mak mengangguk dan tidur semula. Sebelum tidur dia suruh akak kecikkan sikit volume tv. Kemudian akak masuk semula ke bilik akak dan tidur.
5.20 pagi akak bangun untuk uruskan mak mandi dan solat subuh. Walaupun mak akak boleh mandi sendiri, tapi sekali sekala mak masih perlu dibantu terutama untuk pakaikan baju lepas mandi dan telekung untuk solat. Tapi pagi tu mak seperti terlalu lemah untuk bangun. Selalunya pukul 5 pagi dia dah duduk tepi katil. Kali ni akak jengok, mak masih tidur. Akak pun terus ke dapur siapkan mushroom soup mak. Memang sebelum tu dia mintakkan breakfast macam tu dgn akak. Tambahan pulak pagi tu akak akan ke HUKM. Mak akak dah dapat appointment untuk chemo pada hari Isnin 1 april. Akak perlu pastikan jalan terdekat dan tak jam untuk ke HUKM agar mak selesa sepanjang perjalanan.
Sebelum akak keluar pagi tu, mak pesan suruh elok2 bawak kete. Arif tinggal di rumah, menemankan Uwannya. Pagi itu pulak Uwan manja betul dgn Arif. Asik mintak diurut kaki dan belakangnya. Setiap kali diurut, Uwannya lena tidur. Begitulah sepanjang Arif cuti sekolah seminggu ini. Manja sangat mak dgn cucunya sorang yang ada di rumah ni.
Alhamdulillah segala urusan akak pun mudah pagi itu dan akak sempat ke pasar membeli ayam untuk buat rendang, telur itik, belimbing buluh hijau (kegemaran mak) untuk akak masak. Mintak2 selera makan mak ok sebab dah berapa hari dia hanya makan 2, 3 suap nasi sahaja.
Selesai akak masak, akak terus bagi mak makan. Terperanjat dia bila tahu akak masak lauk kegemaran dia. Alhamdulillah berselera dia makan. Sempat berseloroh dgn Arif agar jangan habiskan lauk tu sebab malam nanti Uwan nak makan lagi, katanya.
Lebih kurang pukul 12 pm, Alang sampai dari PD. Riang mak bila dapat lepaskan rindu pada Alang dan cucu2nya. Malam sebelumnya dia kata dia nampak Nisya dan Thaqif (anak2 Alang) tidur sama2 dgn dia. Dua malam sebelumnya pulak dia kata dia nampak Farah tidur belakang dia sambil urut2 badan dia yang sakit. Akak cakap, " Mak, mana ada Farah balik. Kan dia tengah final exam ni." Mak akak beriya2 cakap, " Laa..betul Da, mak nampak Farah tadi. Sedap rasa dia urut belakang mak." Sambil cakap tu mak akak ketawa sebab dia pun tahu itu semua bayangan dia sahaja. Mungkin dia terlalu rindu pada cucu2nya.
Selesai solat zuhur mak akak baring semula. Akak pun yang keletihan masak dari pagi, terlelap di bilik akak. Sedar2 Arif kejut pukul 3 pm, katanya Uwannya mintak akak masakkan cekodok bilis. Akak pun bangun pergi ke bilik mak. "Tak pe lah Da, tidurlah dulu. Petang nantilah baru goreng kuih tu.", kata mak akak. Sambil tu dia letakkan tangannya atas kaki akak seolah2 cuba mengurut untuk hilangkan keletihan akak. Akak terus ke dapur sebab entah macamana rasa tak boleh nak lelap semula.
Alhamdulillah sekali lagi mak berselera makan. "Sedap Da. 3 keping habis mak makan. Penuh rasa perut mak ni.", katanya. Akak pun habiskan kuih yang tinggal dalam pinggan mak tu. Sambil2 tu berbual dgn mak pasal urusan HUKM hari Isnin nanti. Mak akak sangat positif tentang prosedur chemo yang pertama ni. Sebelum tu mak macam reluctant dan takut. Katanya dia takut dia tak boleh bertahan. Tapi pagi sabtu itu mak cakap, "InsyaAllah tak de apa2 mak ni nanti Da. Okey rasanya."
Lepas berbual tu akak kemaskan pinggan mak dan jus epal yang tak habis diminumnya untuk di bawa ke dapur. Sepuluh minit akak di dapur, mak berseorangan di biliknya. Tak lama tu, Alang lalu tepi bilik mak. Dia nampak badan mak separuh dalam keadaan berbaring. Kaki masih berjuntai di katil seperti duduk. Bimbang mak jatuh, Alang masuk kejutkan mak agar mak baring betul2 atas katil. Masa tu lah, mak sudah tak memberi apa2 respon lagi.
Bila Alang jerit panggil akak di dapur, akak dah rasa sesuatu. Berlari2 akak ke bilik mak. Alang masih cuba kejutkan mak. Kami memang mengharapkan mak hanya tertidur atau pengsan seketika. Tapi.............mak dah tak sedar lagi. Nadinya lemah sangat. Alang ambik torchlight, check pupil pun dah dilated. Lemahnya badan akak masa tu. Baru sangat akak berbual dgn mak. Tak mungkin mak pergi begitu sahaja. Tapi itulah janji Allah pada hambaNYA. Tidak sesaat kurang.....tidak sesaat lebih. Tepat waktu yang tertulis, DIA akan menjemput hambaNYA pulang. Ambulans datang dari hospital Serdang setengah jam selepas itu untuk sahkan mak dah tiada lagi pada pukul 5.47 petang Sabtu 30 Mac 2013.
Menggigil2 badan akak. Susahnya rasa nak menghadapi. Beratnya rasa dugaan ini ya Allah. Belum cukup khidmat akak pada mak. Belum puas akak memeluk mencium dia. Lemahnya rasa badan.
Mak dah selamat kami uruskan persemadiannya di perkuburan sama dgn abah dan angah (abang akak) pada pukul 1 pagi Ahad. Hajat mak untuk disegerakan urusan terakhirnya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.
Mak, walau berat mana rindu Ida pada mak.....Ida redha dgn perpisahan ini. Perancangan Allah sangat sempurna. Sayangnya DIA pada mak sampai tak sanggup DIA melihat mak derita lagi. Kasih sayang Allah pada mak tiada tolok bandingnya. Rehatlah mak, bahagialah mak di sisiNYA. Sampai waktunya nanti, ida akan bertemu mak jua. Lepaslah rindu kita nanti ya, mak.
Ya Allah, tempatkan ibuku di sisiMU bersama para mukmin dan muttaqin. Ampunkan dosa ibuku. Selesakanlah ibuku sepertimana seorang permaisuri sedang berehat di tempat beradunya. Ameen.
Terimakasih pada sahabat2 yang mengirim takziah pada akak. Terimakasih pada yang menghantar sms memberi kata2 semangat pada akak. InsyaAllah dgn sokongan sahabat2 semua, akak akan dapat melalui dugaan ini dan menjadi kuat kembali satu hari nanti.