Pages

Wednesday, 26 June 2013

Jangan pisahkan aku dan dia.

 

 

Akak kadang2 pelik dgn kucing2 ni. Ingatkan ada makanan ada tempat tido, okeylah kan. Happy. Tapi taaaaak jugak.

 

022

Si Kitteh ni. Pandai pulak nak tak de mood bila tak de Tomey. Dgn menan pun tak de napsu. Muka sediiiiiih je.

 

 

IMG_20130622_174947 

Hari tu sebelum balik siap kiss2 bagai. Camana husband akak tak saspek bukan2. Cer tengok tu. Ini gamba yang Miss Nisya amik guna tablet mama dia so adalah tak sharp tapi akak tabik budak ni. Baru 5 tahun dah pandai capture momen terbaik.

 

 

 

003

 Siaaaaaan Kitteh. Dah biasa tidur peluk2 dgn Tomey. Kali ni peluklaaaaah kotak tissue. Tragis sangat di situ.

 

 

022

Kadang2 peluk henbeg. Nak buat camano. Takkan nak poluk anak dagho duo ekor tu lak kan. Harommm hukum e. Hahaha.

 

 

001

Muka atak sinyuumm. Patutlah dulu masa mak akak masih ada, akak pernah nak kidnap Tomey atau Kitteh balik KL tapi mak akak tak bagi. Dia kata " Eh, tak buleh Da. Kucing tu tak buleh dipisah an. Adik boghadik tu. Tak tontu aghah sekor tu nanti. Sian. Jangan, jangan. Kalau nak bawak, bawak doduo skali. Tontulah kabar e."

 

Translation :  Whaaaaat! U want to bring one only a? No way man. Cannot separate one. Like siamese twin, the two brothers. You want, you bring both. Then only, you can story me.

 

24062013383

Tapi akak tak faham kenapa Kitteh nak sedih2. Adik dia si Tomey ni happy je duduk kampung. siap main mekap2 lagi dgn Nisya. Semalam akak dapat mms dari Alang. cer tengok tu. Atas kening ada blue eyeshadow, hidung pun letak blue eyeshadow. Haa, tengok tu Kitteh, ko mampu mekap2 ni? Adik ko selamba je. Haaiiihh nasiblah kau Tomey. Bila jerebu, banyak betul masa lapang bebudak ni kat rumah.

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu lagi

 

 

Dah 2 hari Arif tak sekolah. Anak2 akak dedua orang ada penyakit athma. Arif tak teruk sangat tapi Farah memang sangat sensitif. Keluar balcony rumah pun bahaya pada dia. Akak yang tak de athma ni pun rasa sesak nafas.

Wiken lepas akak balik PD. Memang jerebu kat PD paling teruk akak rasa. Dalam rumah pun memutiiiiiiih je asap masuk.

 

 

067

Laut pun tak nampak. Memang agak lengang jugak kat Dataran Kemang tu. Selalunya dari rumah akak boleh dengar bunyi speedboat kat pantai tu. Tapi kali ni senyap sunyi je.

 

 

098

Sampai kat hi-way lagi haru. Rasa lemas kejap.

 

 

168

Kalau tak de bau asap ke apa mesti boleh bayangkan gamba ni amik kat tempat sejuk kan. Sejuuuuuuuuuk sangat. Berkabus. SEJUKLAH SANGAT!!! Tak de maknanya pun adoiiiyaiiiii nyer pun! Rasa macam nak pakai topeng gas yang ada 2 corong tu baru lega kot.

 

 

020

 

Matahari pun nampak sakit. Tak boleh bayangkan masa gunung krakatoa di Indonesia meletup satu masa dulu. Ada documentary dia buat, tajuk 'A Year without Sun'. Kira masa tu jerebu hitam menyelubungi Pulau Jawa selama setahun. Gelap je. Ramai orang sakit dan kelaparan sebab tak boleh bercucuk tanam langsung.

Itulah kan bila Allah menduga. Dia nak suruh kita beringat......bumi ni tak lama mana pun umurnya. Bila jerebu, cuaca kering pulak. Nak benihkan awan pun tak boleh. Bila hujan, banjir pulak siap ribut lagi. Kita yang lemah ni tak mampu berbuat apa2 tanpa rahmat dan kasih sayang Allah. Allahuakbar.

 

 

057

Dan gamba Kitteh mengakhiri post hari ni. Kitteh yang rasa macam tak dak mood nak balik KL sebab si Tomey kena tinggal kampung. Sedih....dah macam tu aturan custody nya kan. Saba yo lah Teh. Nak buek canno kan.

Sunday, 23 June 2013

Jerebu terhebat katanya...

 

 

 

216 

Akak baru je balik dari kampung sebentar tadi. Tanjat tengok. Tasik Mines dah hilang?

 

 

013

Dua hari lepas sebelum balik kampung.....masih nampak lagi. Walaupun masa ni dah mula jerebu.

 

 

008

On a clear sunny day....macam ginilah ghopenye. Nampak segaaaaar je kan.

 

 

215

110

Cer bandingkan sendiri 2 gambar atas tu. Kejap ada kejap tak de.

 

 

213

Sesak napas......

 

 

001

Ahhhhhhh....segar dan nyaman. Bilalah lagi nak dapat ghope macam gini iye. Tak tahulah. Meh lah kita nadah tangan, Ya Allah, turunkanlah hujan bersama2 rahmatmu ke bumi ini. Dan hilangkanlah jerebu ini agar kami dapat terus menikmati pemandangan indah ciptaanMU ya Allah. Amin.

 

 

122

Mak aiiiiii.....dasatnya mama. Terral lah magic ni. Hilang terus tasik mines kan kan kan.

 

Sekadar berkongsi: Malam ni malam nisfu syaaban. Marilah kita berebut memanjatkan doa untuk segala hajat kita kepada Allah yang sentiasa menunggu doa2 kita. Semoga semua malaikat akan turut mengaminkan doa kita itu, insyaAllah.

Friday, 21 June 2013

Kenan anjing ke lembu ni.....

 

 

Merapukah tajuk akak pada hari ini? Macam biasa....read at your own risk. Hahaha.

Adalah sekor pompuan tu kan, cukup ganas. Pegi mana2 pakai seluar pendek dgn singlet je. Deddi pun dah tak koser nak pantau lagi.

 

132

Inilah dia budak pompuan tu. Setahun dah akak peratikan perangai dia. Pelik. Selalunya dgn orang luar yang dia tak berapa kenallah. Anak2 buah akak selalu jadi mangsa. Baru bukak pintu bilik sikit, dah meluru Miki ni ke pintu. Terkangkang2 pulak tu. Ingat kot garang sangat rupa dia. Padahal kecik je. Tapi menjerit2 jugaklah bebudak tu takut kena kejar dgn si Miki ni. Kejar siap dgn bunyi kucing nak berkelahi tu kan. Macam menyalak pun ada jugak.

 

 

145

Paling suka kalau orang gosok2 perut dia. Tapi dgn amaranlah. Kalau salah garu, ngap sekali. Sedekah jari satu. Hahaha. Taklah sampai macam tu tapi bertanda jugaklah kat jari tu.

 

 

060

061

Kak Peah selalu jadi mangsa dia. Asik terbaring je kalau kena attack. Tak de can langsung nak bangun. Kadang2 Miki ni buat bunyi yang mendengus tu. Bukan hissing tau macam bunyi lembu tu. Entahlah kompius akak. Dia ni kan datang dari pasar. Tak tahulah mak dia kenan anjing ke lembu masa mengandungkan dia. Pasar teluk kemang tu semua ada. Anjing bersepah. Lembu pun jadi pelanggan jugak kat situ sekali sekala.

 

 

 

001

Dgn the jantan brothers tu dah macam ngam sangat. Tak de segan2 lagi dah. Oh ya, status dah tukar......no longer boyfren/girlfren. Lebih sesuai berkawan katanya. Tak tahu pulak akak kategori kawan biasa atau teman tapi mesra. Yang penting akak boleh tarik napas lega sebab dedua ni dah dispay/neuter. Fuhhhh....lega.

Wednesday, 19 June 2013

Bromance

 

Hari ni kita layan gamba dgn video je ya. Tak dak mood nak citer panjang pasal tengah puasa. Tekak kering. Hahaha.

 

043

Husband akak selalu tanya, " Kucing ni jantan ke betina ni Da? Lain macam je I tengok."

Musykil di situ sebab pantang jumpa dua badik ni. Mesti nak jilat each other lepas tu peluk2. Tidur pun sama2 peluk2.

 

 

044 

Akak pun jawab pada husband, " No, definitely bukan  yang U fikir tu lah. This is what we called bromance." Hahaha. Kejap je sayang menyayang ni pastu gaduh2 dan gigit2 balik. So not to worry. Tak de sumbang mahram yang berlaku di rumah ini.

 

 

 

 

 

 

Okey tu je dari akak yang sangat lemau pada hari rabu.

Monday, 17 June 2013

Emergency kejap.

 

 

 

DSC_0229

Hari Jumaat malam, akak singgah sini kejap. Columbia Hospital Cheras.

Sebab musababnya ialah si Farah yang dah keracunan makanan. Dari lepas isya' tu dia muntah2 tak berhenti. Akak bagi makan ubat pun muntah semula. Keluar segala ubat. Lepas tu dah rasa tak sedap hati sebab dia nampak resah semacam je dengan perut memulas. Masa tu dah pukul 11.00pm. Lalu akak tukar baju capai kunci kete dan terus drive ke Balakong nun bawak Farah.

Alhamdulillah keracunan makanan je dan bukan sebab virus kencing tikus tu. Sekarang ni memang kena berjaga2 tau. Sebab hari tu pun Alang kena pergi taklimat tentang virus ni di Hospital S'ban. Memang ramai orang kena virus ni. Simptomnya muntah, demam dan menggigil kata MO kat Columbia tu. Tapi akak duduk kat rumah merpati ni jarang jumpa tikus. Dulu masa duduk rumah bawah memang ada. Hari tu akak pergi supermarket kat Midvalley tu pun jumpa tikus melintas depan mata. Besar. Macam besar si Miki ni.

 

Balik pada citer farah tadi. Lepas masuk air sebotol dan masuk ubat, alhamdulillah boleh discharge. Dan hasil dari menumpang agak2 sejam dua di katil emergency, dapatlah bil RM156. Haha. Syukur jugak lagi tak kena admit kan. Dan pukul 1.30 pagi sampai umah dengan sebeban ubat.

 

DSC_0213

Sebut pasal sepital ni, meh lah kita citer sikit pasal Atuk Milo. Dia dah bertambah uzur sekarang. Akak saspek ada organ dalam badan yang dah tak berfungsi dgn baik. Nak bawak gi sepital UPM tu, kesian pulak. Nanti macam2 test doktor tu buat. Masuk wad memang kompomlah. Stress lagi dia.

 

DSC_0217

Bekfes in bed. Bukan beskfes je, lunch dan dinner pun kadang2 in bed jugak. Sekarang ni kami cuba bagi dia seselesa yang boleh. Itu je yang dapat kami buat untuk Milo yang sangat2 kami sayang. Forever and ever.

Thursday, 13 June 2013

Ombak besar di Penang, Podeksen pun sama....

 

 

Semalam akak tengok berita pasal fenomena ombak besar sekarang ni di Penang kan. Ingatkan belah utara je. Rupa-rupanya kat PD pun sama. Alang cakap memang ombak besar sekarang ni. Minggu kedua cuti sekolah dulu, ada 3 orang mati lemas di batu 8, Teluk Kemang tu. Salah sorangnya ialah orang yang selalu bawak banana boat tu. Life jacket yang dia pakai pun tercabut. Kesian. Entah macamana hari tu dia teringin nak naik banana boat tu. Selalunya dia bawak boat yang tarik banana tu je. Kesian. Lagi 2 orang yang meninggal tu tak silap akak kanak2. Bapak dia suruh anak2 dia tunggu dulu tepi pantai sementara dia pergi beli nasi lemak. Tapi budak2 kan. Manalah boleh sabar tengok air laut. Baru je masuk dalam air dah kena tarik ombak dan lemas. Sedih sangat dengar.

 

483 

Lama dah akak tak balik PD. Dah sebulan lebih. Rindu nak ziarah kubur mak. Ini gambar yang akak ambil tahun lepas. Masa tu, ombak besar jugak. Sampai melempah ke jalan. Silap haribulan memang kena kereta.

 

 

492

Nampak tak tembok tu basah. Masa tu ombak baru je melempah ke jalan. Pekan PD memang mudah banjir kalau air pasang besar dan hujan pun turun dgn lebat. Akak pernah terperangkap dalam pekan PD tu sebab banjir. Nak balik rumah di Teluk Kemang pun tak boleh. Tunggu air surut dulu baru boleh jalan kereta.

 

 

 

485

Bila ombak besar macam ni, air laut tu memang kotor. Segala sampah sarap keluar. Kalau mandi laut masa ni mesti gatal2 badan. Akak ni dah bertahun tak mandi laut. Selalunya lepak tepi pantai feveret akak tu sambil tengok ombak dan laut. Tenang je rasa. Tunggulah. Mungkin next wiken kot.

Anyway, berhati2lah ya pada sape2 yang nak pergi berkelah.

Wednesday, 12 June 2013

Nak nangis....

 

 

 

Huwwwaaaaaahhhh.....akak sangat tension. Sebab charger bateri kamera akak hilang! Selama ni ada je tercongok kat sebelah socket tempat akak charge tu. Tapi malam tadi masa nak charge bateri.....tengok dah tak de.

 

D3100_18_55_Battery2

 

Cam nilah lebih kurang rupa charger tu, gedabak jugak. Kemain susah nak masuk dalam beg kamera akak yang kiut tu. Jadiknya memanglah jarang akak bawak jalan. Selalunya charge kat umah siap2. Tapi.....hilang jugaaaaaaak!!! Huhuhu.....sedih.

Tadi tengok dalam internet, harganya kalau nak beli lain RM198. Punya terkilan rasa. Duit banyak tu boleh buat belanja pasar 2 minggu tau. Tapi takkan nak biar je kamera tu berhabuk tak berpakai kan. Tunggulah.....pikir lagi. Harap2 dalam masa akak pikir ni muncullah semula charger bertuah tu. Ke ada sapa2 yang ada second hand punya nak jual kat akak.

 

 

 

hbo-bringing-back-game-of-thrones-for-a-third-chapter

 Okey letak tepi dulu hal charger ni. Kesat airmata jap. Tapi kan........ini pun satu hal jugak yang buat akak nak nangis. Akak memang peminat citer ni sejak season 1 lagi. Gigih tengok kat HBO mula2 tu. Bila dah tak sabar nak tunggu next episode punya, siap beli dvd box. Lepas tu bila dah habis season 1 tak sabar nak tunggu season 2 pulak....siap carik buku dia.

 

 

 

069

Beria carik dan beli kat Kinokuniya. Pas tu belum sampai suku membacanya daaaaah letak balik.

 

 

 

070

Sebaaaaaab kemain tebal hokey! Dahlah tulisan kecik (akak ni dah tua....rabun tapi masih tak nak ngaku sebab reading glass amatlah tak cun) dan mukasuratnya pulak 873!! Nak pegang pun lenguh tangan. (alasan!) Belum sempat sambung baca balik daaaah keluar season 2. Maka akak pun tengok kat tv je lah.

Lepas tu baru2 ni keluar season 3. Akak pun tengok kat internet yang dah download. Ni nak citer sikit. Pak cik George R R Martin ni punya pandai....sesuka hati dia je nak bunuh seberapa banyak hero dalam citer tu. Sape yang baik2 semua  go die die die! Masa season 1 bapak hero, Ned Stark kena penggal kepala. Season 3 ni anak dia Robb Stark pulak. Dahlah hensem hero tu....tetiba pendek umur pulak. Menangis akak di situ. Punyalah lama akak menunggu Robb Stark ni nak naik takhta. Tetiba belum sempat nak menang war, dah mati katak kena ambush. Tak sangka tau. Itulah kan. Sape suruh tak baca buku tu dulu. Lepas ni akak nak baca buku untuk season 4 siap2. Kalau tak silap tajuknya 'A feast for crows'. Memang ada jual kat MPH....lebih kurang RM35. At least kalau dah baca tu taklah terkejut badak sambil melopong depan laptop. Buruk benar rupanya.

 

 

 

361

Okeylah. Kejap lagi nak sambung carik charger tu. Rumah akak ni nama je ramai tapi yang boleh disuruh carik barang hanya dua tiga kerat je. Yang bertiga ni paling tak boleh blah. Asik tiduuuurrrr je siang2 buta ni. Malam kang marathon lari berhalangan. Hadoiii!!

Monday, 10 June 2013

Fobia dgn escalator

 

 

Masa akak kecik2, akak duduk di kampung je. Kat kampung mana ada escalator. Kedai pun setakat kedai runcit kecik2 je. Apahal nak berescalator kan. Paling besar pun kedai menan yang biasa akak pergi lepas dapat duit raya. Dari depan sampai belakang penuh menan. Kagum sangat. Lagi satu kedai besar ialah kedai jual kain. Silk store ke namanya. Bergulung2 kain. Tapi itu pun setingkat je.

Abah akak ada jugak bawak pi jalan Seremban sekali sekala. Masa tu pi emporium kat tengah pekan Seremban tu. Itupun tak de jugak escalator. Menapaklah naik tangga. Kadang2 kalau ada urusan ziarah tu jauh jugak perjalanan......sampai KL. Haa kat KL memang ada bendalah tangga bergerak ni. Masa tu kat Ampang Parklah. Takut tau nak memijak escalator tu. Gigil2 kaki. Hahaha.

Sekarang ni dah tak heran sangat. Kat mana2 je ada escalator ni. Bila tak de mulalah rasa nak pitam menapak naik tangga. Tak reti dah naik tangga ni. Rasa macam ' eh pe hal tak buat escalator kedai  ni.....tak logik'. Haa kemain kan. Nak menapak setakat setingkat pun dah mengeluh. Kalau boleh kat rumah pun nak pasang satu. Haha.

Tapi kan akak ni bukannya mesra alam sangat dgn escalator ni. Masa akak peknen anak kedua, pernah jatuh kat escalator. Masa tu kat stesyen LRT. Punya tinggi escalator tu. Mulanya mak akak, dia macam lost balance. Akak dah naik dulu. Lepas tu akak dengar dia macam panik kat belakang. Akak pusing nampak dia macam lost balance. Husband akak kat belakang tengah tahan dia dari jatuh tapi mak macam susah sangat nak pegang escalator tu. Akak pun turun kebawah nak tolong mak, macam kira lawan aruslah sebab escalator tu menaik kan. Baru 3 anak tangga escalator tu akak langkah, tetiba akak jatuh. Dahlah sarat mengandung. Memang tak dapat bangun langsung. Setiap kali escalator tu lalu belakang badan akak, akak terasa macam kena lambung. Siap mak akak pun lalu tepi akak dan dia pun tak dapat tolong sebab mak akak pun dipimpin oleh husband akak masa tu. Tetiba ada hamba Allah ni datang dan cakap, "let go off the rail, grab my hand". Akak pun pegang tangan dia, barulah boleh berdiri. Rupanya kalau kita pegang railing tu memang kita tak boleh naik keatas pun. Asik kat situ je dan dilambung2 oleh anak tangga escalator tu. Sampai malam pun takkan boleh bangun punya. Lepas tu belum sempat akak cakap terimakasih, hamba Allah ni dah hilang tak tahu pergi mana. Muka dia pun akak tak nampak. Esoknya akak terus ke sepital check up. Manalah tahu kan. Lebam2 jugak kat kaki dan peha akak. Alhamdulillah kandungan tak apa2.

Citer semalam pun satu hal.

 

 

027     

Memula layan gamba dulu. Kitteh yang dah fedup sebab asik ada je papparazi amik gamba. Semalam ada sale kat kedai ni. Akak belikan barang kecik2 si Farah tu. Bayangkan selai bra tu bagi off RM40. Discount untuk semua bra dalam kedai tu. Katanya brand ni tahan lama sikit kan walaupun mahal. Kalau harga biasa tak dapeklah nak beli tapi bila dah potong RM40 tu maknanya selai dapatlah lebih kurang RM39. Lepas tu dapat lagi kad scratch yang bagi additional RM10 off. Tapi itu yang type mahal lagilah.

 

 

018

Tapi kan, nampak tak beg kertas yang dah koyak rabak tu. Bukan Kitteh yang buat tau. Eskalator yang buat. Masa Farah turun tangga tu, dah sampai bawah dah pun, tetiba beg ni tertarik oleh railing escalator tu. Memula sikit lepas tu nak tarik kemain susah dan makin banyak pulak tu yang disedutnya. Akak yang dah kedepan ni dengar suara Farah. Tak sedar lutut sakit...terus akak bongkok dan tarik sekuat hati. Sampai rabak beg kertas tu. Alhamdulillah barang yang dibeli tak masuk sekali ditelan escalator tu. Bahaya sangat. Patutlah akak selalu dengar jari budak kecik tersepit di tepi eskalator tu. Kesian kan. Memang kuat dia menarik. Kalau kudrat budak kecik memang tak lepas. Rupanya kat tepi tu lah yang bahaya. Akak tak sangka rupanya railing tempat kita pegang tu pun boleh buat tersepit jugak. Selama ni fokus kat anak tangga escalator tu je. Hati2 lah ya. Especially kalau kita pakai dress labuh atau jubah kain nipis dan ringan. Boleh je terselit kat tepi tu. Selalunya akak pakai seluar kain lembut tu pun akak kepit jugak kat kaki.

Lepas ni nak naik lif pulak kot. Tapi lif pun ada jugak citernya dgn akak. Haihhh.... macam2. Bilalah lutut ni nak elok agaknya.

Thursday, 6 June 2013

Gaduh adik badik

 

 

Kontrobesi tajuk akak. Tak, tak de sapa pun gaduh. Akak dgn Alang okey je. Dah tinggal kami berdua je kan. Sandar menyandarlah kami sama2.

 

 

Yang selalu gaduh dan masuk kategori adik badik satu mak (bapak tak tahu hujung pangkal sape) ialah......

124

....ni haaa, Tomey dan Kitteh.

 

 

 

016

Masa kecik2 okey lagi. Gigi pun belum tumbuh kan. At least tak de lah ngeri sangat tengok dia wrestling.

 

 

069 

Bila dah besar ni memang ganas lain macam akak tengok. Mula2 Kitteh kunyah muka Tomey.

 

 

120

Lepas tu Tomey pulak baham muka Kitteh. Anggota badan lain tak main. Asik mukaaaa je yang kena attack. Tak tahu ke dia muka tu muka carik makan dalam blog ni kan. Hahaha.

 

 

 

006

Cer tengok bendalah ni haa. Itulah dia misai Tomey. Ni baru satu akak dapat kutip dari gelanggang wrestling. Sebenarnya banyaaaaak lagi yang dah tercampak kat mana2.

 

 

 

003

Tengok tu. Almost gone. Tinggal yang pendek2 baru nak tumbuh. Yang spesies Datuk K punya misai tu dah tak dak.

 

 

 

004

Yang si Kitteh ni punya elok, intact je. Adoooiiiyaaiiii....camanalah kucing2 ni. Baru ingat nak bawak carik makan, berlakon iklan ke kan. Hahaha.

Wednesday, 5 June 2013

Rojak seram...

 

 

 

Kejaaaap je dah hari Rabu. Tinggal lagi 4 hari nak bukak sekolah semula. Haaaiiihh...kejapnya rasa. Walaupun tak pi cuti memana pun. Duduk umah pun rasa sekejap masa berlalu.

Tapi duduk umah ni sebenarnya akak sgtlah occupied dgn citer2 baru di internet. Sekarang ni tengah pulun tengok citer Nashville dan Scandal.  Tak sangka lagu2 country dalam citer Nashville tu sedap2 jugak.  Boleh layan jugaklah kiranya. Lepas tu akak baru habis tengok Bates Motel. Ada sesapa pernah tengok citer Psycho? Alah yang pasal Norman Bates yang kidnap sorang reporter lepas tu torture pompuan tu. Citer Bates Motel ni pasal si Norman dgn mak dia tu lah. Citer masa dia masih teenager lagi. Saspen jugak. Dari episod 1 sampai 10.......saspen manjang. Ada je orang kena bunuhlah, kena kejarlah. Yang paling menakutkan si norman bates ni lah. Mula2 macam innocent je pastu makin lama makin pelik perangai dia. Tetiba je nak snap dan tukar watak. Tu lah pasal, bila dah habis 1 season Bates Motel akak pulun, kenalah tengok Nashville yang light2 and easy je kan. Kalau tak mahu je membuntang mata.....tak boleh tidur malam. Itu belum tengok citer American Horror Story. Orang cakap lagi power. Tapi akak cakap, jangan cari pasal. Dahlah akak ni sensitip sikit bab2 ghaib ni. Kang tak pasal2 ada yang mintak tumpang. 

Kat bilik akak ni malam2 kadang2 ada je expose mistik. Orang kata duduk rumah apartment jarang dengar apa2 kan. Taaaaaaak jugak. Ada je dengar orang seret kerusi dan lemari pukul 2, 3 pagi kat tingkat atas. Tu belum lagi dengar krrrrioook krrrrriok.......... bunyi pintu yang  tak letak minyak mesin singer tu. Seram kot dengar bunyi pintu orang tingkat atas ni. Dan unit atas akak ni ownernya jarang ada di rumah. Haaa cer jawab........sapekah gerangan yang suka sangat main pintu dan seret2 kerusi tu.

Tapi sejak akak selalu bukak surah al baqarah kat dalam rumah ni, jarang jugaklah dengar benda yang bukan2. Mak akak, masa dia sakit dulu dia pernah dengar. Bising sangat macam bunyi orang bertukang, katanya. Sekarang ni alhamdulillah kurang sikit. At least rumah sendiri tak de gangguan. Rumah orang tu payah sikitlah kan. Takkan nak pasang kuat2 surah albaqarah tu sampai boleh cover 2 tingkat sekali gus.

 

DSC_0088

Ni pun satu citer. Ada jeeee yang nak menyakat. Kira macam citer seram ala2 Alfred Hitchcock punya femes 'shower scene' tu.

 

 

006 

Peah ni haaa sebenarnya. Suka sangat buat citer seram balik tingkap. Kadang2 tengah rilek2, tetiba je dia buat muka pelik pastu pandang arah pintu. Siap pakej kembang bulu dengan ekor tu. Macam takut sangat kan. Geram akak tau. Tak pasal2 kita pulak yang meremang bulu roma.

Dahlah tu. Cukup2 lah expose mistik ni. Banyak sebenarnya yang akak dah experience secara direct atau indirect tapi tak yah lah kan.

Oh ya, tajuk atas tu memang tak boleh blah macam selalu. Hahaha.