Pages

Wednesday, 12 June 2013

Nak nangis....

 

 

 

Huwwwaaaaaahhhh.....akak sangat tension. Sebab charger bateri kamera akak hilang! Selama ni ada je tercongok kat sebelah socket tempat akak charge tu. Tapi malam tadi masa nak charge bateri.....tengok dah tak de.

 

D3100_18_55_Battery2

 

Cam nilah lebih kurang rupa charger tu, gedabak jugak. Kemain susah nak masuk dalam beg kamera akak yang kiut tu. Jadiknya memanglah jarang akak bawak jalan. Selalunya charge kat umah siap2. Tapi.....hilang jugaaaaaaak!!! Huhuhu.....sedih.

Tadi tengok dalam internet, harganya kalau nak beli lain RM198. Punya terkilan rasa. Duit banyak tu boleh buat belanja pasar 2 minggu tau. Tapi takkan nak biar je kamera tu berhabuk tak berpakai kan. Tunggulah.....pikir lagi. Harap2 dalam masa akak pikir ni muncullah semula charger bertuah tu. Ke ada sapa2 yang ada second hand punya nak jual kat akak.

 

 

 

hbo-bringing-back-game-of-thrones-for-a-third-chapter

 Okey letak tepi dulu hal charger ni. Kesat airmata jap. Tapi kan........ini pun satu hal jugak yang buat akak nak nangis. Akak memang peminat citer ni sejak season 1 lagi. Gigih tengok kat HBO mula2 tu. Bila dah tak sabar nak tunggu next episode punya, siap beli dvd box. Lepas tu bila dah habis season 1 tak sabar nak tunggu season 2 pulak....siap carik buku dia.

 

 

 

069

Beria carik dan beli kat Kinokuniya. Pas tu belum sampai suku membacanya daaaaah letak balik.

 

 

 

070

Sebaaaaaab kemain tebal hokey! Dahlah tulisan kecik (akak ni dah tua....rabun tapi masih tak nak ngaku sebab reading glass amatlah tak cun) dan mukasuratnya pulak 873!! Nak pegang pun lenguh tangan. (alasan!) Belum sempat sambung baca balik daaaah keluar season 2. Maka akak pun tengok kat tv je lah.

Lepas tu baru2 ni keluar season 3. Akak pun tengok kat internet yang dah download. Ni nak citer sikit. Pak cik George R R Martin ni punya pandai....sesuka hati dia je nak bunuh seberapa banyak hero dalam citer tu. Sape yang baik2 semua  go die die die! Masa season 1 bapak hero, Ned Stark kena penggal kepala. Season 3 ni anak dia Robb Stark pulak. Dahlah hensem hero tu....tetiba pendek umur pulak. Menangis akak di situ. Punyalah lama akak menunggu Robb Stark ni nak naik takhta. Tetiba belum sempat nak menang war, dah mati katak kena ambush. Tak sangka tau. Itulah kan. Sape suruh tak baca buku tu dulu. Lepas ni akak nak baca buku untuk season 4 siap2. Kalau tak silap tajuknya 'A feast for crows'. Memang ada jual kat MPH....lebih kurang RM35. At least kalau dah baca tu taklah terkejut badak sambil melopong depan laptop. Buruk benar rupanya.

 

 

 

361

Okeylah. Kejap lagi nak sambung carik charger tu. Rumah akak ni nama je ramai tapi yang boleh disuruh carik barang hanya dua tiga kerat je. Yang bertiga ni paling tak boleh blah. Asik tiduuuurrrr je siang2 buta ni. Malam kang marathon lari berhalangan. Hadoiii!!

12 comments:

mama maman aka yana said...

kak.. sy punya pun lebih kurang.. tp utk kamera la.. hihi

Naz said...

yg jantan berpeluk, yg gegirl terbungkang

Cikda said...

bab charger tu - mesti ada tu.. tup2 malam kang muncul balik..hehhee.. tah2 kerja 3 ekor tu kot..

bab hero mati lom sempat naik tahta tu.. akekekkeke.. cikda pun kempunan. tapi cikda tak tgk season 1 n 2. paktip yg layan..

Aidah said...

Yana,
Mana kan ku cari ganti jawabnya akak ni haa. Tak tahu dah nak carik kat mana. Huhu.

Aidah said...

Naz,
Memang tak de kesopanan dan kesusilaan akak cakap. Always like dat. Haha.

Dinas Aldi said...

Cari jugak kak tempat favret kucen2 tu, akak. Mana la tau ada yg seret benda tu masuk dalam bakul ka apa, buat bahan main. Belakang curtain tempat hang out favret ka, bawah sofa ka, bawah katil ka..kan?

Aidah said...

Cik da,
Amin, amin. Mintak2 muncullah semula.
Kempunan kan. Akak dah terbayang2 (over tau) Robb tu jadi ruler yang adil dan saksama. Yang si King Jeoffery tu bongkak sungguh. Hingus belum kering...nak ekseen. Geraaam tengok. Tetiba mati pulak Robb. Terkedu kejap.

Aidah said...

Dinas,
Akak sebenarnya takut masuk dalam tong sampah je, dik. Mana tahu terjatuh dalam tong sampah dan tak perasan. Alamat kena beli barulah agaknya ni. Terimakasih doakan akak, dinas.

Dils said...

Amboi.. tidur berpelukan. Gerams je. Sian YB Peah. Disisihkan ye.

Kak.. tapi kak kena baca jugak buku A Clash of King tu. sebab cerita die tak habis kat series tu, rasenye die sambung kat next season lak... e.g. Joffrey kahwin kat buku 3 tu lagi.

Kang nanti akak start A Feast of Crows nganga pulak, missed out banyak plot points.

iqbal said...

salam

senang saja cikkak...kalo charger ilang kan boleh charge direct kat camera tuh pakai usb...cucuk saja kat laptop ka pc ka...tapi make sure bateri ada dlm kamera...senang tuh bah

Nini D.. said...

kak..yg tepi sekali tu,...atuk milo kan?...mak aiii...ghindu btol dgn dia!!

Acik Erna said...

Aidah..musykil acik ni..camno dok dalam gumah boleh hilang he he..harap2 jumpo yo aidah..sayang kan