Pages

Monday, 19 August 2013

Citer raya kite

 

 

Hari ni dah masuk hari ke 12 raya kot. Rasa2nya belum lambat lagi nak ucap selamat hari raya pada semua kan sebab kat Mesia ni kita kan raya sebulan kekdahnya. Jadinya selamat hari raya dan semoga segala ibadat kita di bulan ramadhan lalu diterima Allah. Dan paling penting semoga Allah panjangkan umur kita untuk beribadat lagi dan berjumpa dgn ramadhan tahun depan pulak. Amin.

Walaupun sebelum raya hari tu akak lebih banyak cembeng dari gumbira tapi akak tetap jugak balik kampung awal. Hari Ahad tu dah balik PD sebab Alang dah keluar perintah suruh balik. Dia nak ajak buka puasa kat luar. So berduyun-duyunlah manusia dgn geng haiwan ni balik kampung.

 

080 

Sampai2 je depan umah nampak kolam ikan ni. Abang ipar akak yang buat masa awal ramadhan dulu. Akak pun dah lama tak balik. Tetiba balik je nampak tempat best nak lepak sambil menyakat si Tomey bam bam.

 

 

121

Si Tomey ni memang sukaaaaaa sangat lepak dalam bilik mandi. Kadang2 bila kita nak masuk mandi, dia pulak yang berebut2 sekali. So meh lah kita celup sikit tangan dia dalam kolam. Muahahaha.

 

 

127

Dengan serta merta amarah melanda. Kuangjaq sangat tau!

Ellleh...macamlah kita takut dgn amarah dia tu. Dahlah misai jarang2. Bukan hari pertama kat kampung je sesi menyakat ni tau. Adalah jugak beberapa hari. Buat masa ni to be continued je lah ya.

 

 

072 

Sehari sebelum raya tu sempat jugak melemang. Ini jabatan abang ipar dgn Alang. Sampai 39 batang melemang. Dapatlah sedekah sikit kat jiran tetangga kan.

 

 

067

Akak pulak masih macam dulu. Merendang dan.....

 

146

menggolek hayam dan juga......

 

147

merebus nasi himpit.

 

159

166 

Alhamdulillah. Inilah juadah berbuka puasa hari terakhir ramadhan.  Yang dalam bekas plastik tu jiran sebelah yang bagi, sambal tumis. Memang kaw.

 

Citer raya pulak. Hari raya pertama akak round satu nismilan. Momulo daghi Podeksen ko Jolobu. Lopeh tu ko Seghoting, lopeh tu Tanjung Ipoh, toghuih pulak ko Paghoi Jaya. Dah dokek nak maghrib kek Kampung Baghu Podeksen. Lotih litak badan dibuek e. Haa camtulah lobih kughang ghayo potamo. Mintak mahap kalau tak paham. Mesin  translator akak cuti raya sebulan. Hehehe.

 

181

Di jelebu, sempat jugak akak ziarah kubur my eldest sister yang meninggal masa dia umur 4 tahun. Sebelah tu pulak kubur wan akak sebelah abah. Selalunya tak berkesempatan sebab nak cepat balik PD semula. Maklumlah mak akak selalu tak balik kampung sama2 sebab dia dah uzur kan.  Takkan nak tinggalkan dia sorang2 lama2 kat PD tu kan. Tapi tahun ni lain sikit so bolehlah seharian menziarah saudara yang boleh terima kehadiran kami dua beradik.

Kubur mak, abah dan arwah angah akak tak pergi masa raya pertama sebab tak sanggup. Nanti silap haribulan terus lemah longlai kat situ. Akak hanya baca yassin dan doa dari rumah je masa lepas subuh tu. Raya keempat baru ada kekuatan nak pergi. Alhamdulillah raya pertama tu cuma sekali je akak bergenang airmata. Tak boleh nak layan sangat sebab akak ni kalau dah menangis cukup susah nak stop. Terkeluar segala rupa buruk dengan hingus meleleh bagai. Malu. Hehe. Terima kasih pada yang komen entri akak sebelum ni. Memang memberi akak kekuatan sebenarnya. Semoga Allah mengurniakan kebahagian dan kasih sayang pada semua yang ambil berat tentang akak. Mekasih sangat.

Citer raya geng haiwan pulak esok2 ya.

25 comments:

tunfatimah said...

alhamdulillah...at last ....dpt dgr citer u....Selamat Hari Raya ye

Dils said...

Selamat Hari Raya kak. Sodap nampak rendang

Bonda Ryan said...

selamat hari raya gak kak ida, sama lah kito yo. mintak mahap jika ada terkasar bahasa dan terguris perasaan, atok milo apo kabar eh? lamo sonyap dah..sesekali kasik interframe sikit yo..hak! >:O

mama maman aka yana said...

akak.. selamat hari raya..:-)


sodap nmpk rendang ngan ayam golek akak.. hihi

Murni Alfathunnisa said...

selamat hari raya kak aidah.. :-)
tertunggu-tunggu entry kakak saya ni..alhamdulillah..hari ni dah ada entry baru.

alhamdulillah..raya akak banyak juga berziarah sedara mara. saya tumpang happy. tak mau sedih2 sangat ya kak..doa yang kita iringi buat mereka yang telah meninggalkan kita tu sebenarnya kegembiraan buat mereka. kannn. :-)

uih..suka la chek tengok kolam tu..port lepak petang2 sambil hiqup kopi ngan cucoq panaih2 ni..sempoi! erk...mesin translator utaqa chek pulak tak berfungsi dengan baik..haha

zeeda said...

salam kak nk tanye...rendang akak tu masuk daun puding kan..bunge puding jenis cane kak ek cbe eksplain ngan gambanyo skali leh x?...teringin lak nk rase..org ramai kte sodap tp leh dapek kek nismilan yo..

hmylieen said...

selamat hari raya maaf zahir batin kak...sedapnya makanan rayo akak tu ayam golek tu ada resepi tak?hehehehhe selera tengok!

zeeda said...

Salam kak..lme dh kite usha blog akak tp x pnh komen pon..lme tggu akk upadte utk raye..Alhamdulillah ado pon..hik2..Kak terminat lak tgk rendang akk tuh..ade letak daun puding eh..org nismilan yo pandai buek ngondang mcm tu..puding jenis ape kak ek klo org nismilan buh..t klo senang2 akk buh le pic jenis puding tuh mne tau kot2 ade jek kt keliling umah itew..ley try buat

Nini D.. said...

setelah 2 minggu menunggu tajuk entry baru...akhirnya dia muncul!!!!! mesin translator cuti lg kak,eh? tp xpo..ese paham apo akak tulih.hikhikhik


Selamat Hari Raya AidilFitri kak.Ampun maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata time nini mengomen di entry2 blog akak...

Alhamdulillah..DIA makbulkan doa & solat sunat nini utk diberikan akak lebih kekuatan dipagi raya.

Aidah said...

tun fatimah,
Hehehe. Agak lembs lah I mengupdet. Sori my fren.

Aidah said...

Dils,
Selamat hari raya to you too and that cute boy, ajis. Banyak dapat angpow tak budak tecik tu?

Aidah said...

Bonda Ryan,
Perit kan dik bila berhari raya tanpa mak ni. Tapi insyaAllah akak redha. Atuk Milo tak suka dgn kamera lagi. Dah kena banned dari masuk bilik dia. Nanti akak upah paparazzi ya. Haha.

Aidah said...

Yana,
Selamat hari raya jugak dik. Maafkan kesalahan akak ya. Resipi turun temurun tu, dik.

Aidah said...

Murni,
Inilah akibat mengambil cuti raya terlampau panjang. Otak beku dah masuk freezer. Haha. Akak cuba jugak menten tak menangis especially depan orang. Selalunya akk nangis lam bilik mandi je atau lepas solat. Memang tak boleh tahan airmata bila mengadu pada Yang Maha Pengasih.
Tak pa...insyaAllah akak boleh faham walaupun translator tak dak. Haha.

Aidah said...

Zeeda,
Alaikumsalam dik. Terima kasihlah jadi pengusha blog akak walaupun akak agak lembs mengupdet.
Ha ah, rendang tu letak daun puding. Pokoknya memang besar, lagi tinggi dari akak. Daun dia pulak purple kehitaman macam tu. Nanti akak balik kampung akak amik gamba ya. Rasa rendang tu lebih kaw lagi bila letak daun puding tu. Sedap.

zard said...

Salam 14 Syawal. Hi Aidah, maaf zahir batin. wah dah ada kolamlah.. you tak baik tau sakat tomey camgitu..rendam2 tangan dia.. apakata bagi dia berenang.. sure muka tu lagi dasat amarah nya.. hehe..
rendang negeri 9 dgn rendang minang lain ea.. sbb tak pernah dgr or rasa or tenguk (skrg dah tgk lah) rendang yang letak daun puding.. apa-apa pun best dah ada entry baru!! woo haa

juls julie said...

selamat hari raya kak..semoga akak tabah menghadapi hari2 mendatang..

saya tak dapat membayangkan mcm mana la raya saya kalau mak dah tak de nnt... dah 12 tahun ayah pergi... mcm baru semalam jer dia membebel2 kat kitorg tiap kali pagi raya.. bila baca entry akak, rasa laju jer air mata nih nak mengalir.. ape2 pun saya doakan moga roh mak akak ditempatkan dalam golongan hamba2Nya yg beriman. Amin..

:'(

Dils said...

Budak kecik memang banyak dapat angpow. Tu pon ade lagi tempat perlu dikutip ni.

makchaq said...

Sup gear box tu memang favourite tu.... Nampak gambaq dah terasa kesedapannya...

Kalau makchaq jadi si tomey kena dera lagu tu memang tak kan ku maafkan sampai bila2.. Nanti kalau aku jadi orang korang pulak jadi kucing.. Nanti aku selam terus kepala korang dalam ayaq tu...

Acik Erna said...

Aidah..rupanya komen acik tak dek ye..masa komen tu..guna telefon..tu la dia..hilang mana ntah..Aidah sihat ye

Aidah said...

zard,
Hajat hati nak bagi dia berenang sebab dia ni spesies kucing suka air. I ada baca majalah kucing, katanya kalau nak disiplinkan kucing sembur dgn air kan. Tak jalan Na. Dia lagi suka I sembur air kat badan dia. Hahaha.
My sister yang suruh letak daun puding tu sebab mertua dia selalu buat camtu. Rendang tu rasanya lebih sedap, bau pun wangi dan lain sikit dari rendang yang letak daun kunyit. Cubalah.

Aidah said...

juls julie,
Alaikumsalam dik. Amiiiin. Memang berat dugaan hilang mak ni. Sampai sekarang akak masih ternampak2 dia dgn tongkat kaki empat tu. Baju dia dalam beg yang dia bawak masa datang umah akak tu masih tak sanggup akak nak keluarkan. Baru nak kemas je dah rasa sesak dada menahan tangis. Selalu2lah bermanja dgn mak di kala umurnya masih ada dik. Dan jangan lupa manjakan mak jugak ya, tentu dia suka. Sampaikan salam akak pada mak ya.

Aidah said...

Dils,
Betul tu, dik. Boleh cecah ribuan tau. Nak nak kalau tengok senyuman ajis. Lumayan. Hahaha.

Aidah said...

mak chaq,
Sup gearbox memang boleh dapat time raya je kat umah saya mak chaq. Supnya tu saya selalu buat mee hailam. Mengancam.
Tu lah mak chaq. Tapi di pagi raya, saya dah insof dan bermaaf maafan dgn Tomey bambam ni. Dia cakap no hal lah. Hehehe.

Aidah said...

Acik,
Dah hilanglah agak e tu sobab memang tak do pun, acik. Tak po acik, kito boghak kat hp pun buleh gak. Alhamdulillah buek maso ni sihat. Timo kasih acik amik borat.