Sejak akhir2 ni memang susah sangat akak nak cari masa nak hapdet belog. Ahkak sebuuuk sahngattt.
Sekarang ni aktiviti mencebok kucing haruslah dipikul oleh akak dan Muhammad Arif tu. Tapi memandangkan si Arif ni ingat2 lupa kadang2, maka akak terpaksalah cover sekali. Yang dua ekor kategori lightweight tu senang baito. Pikul je atas bahu dan letak di jamban dia di luar rumah. Dah membuang, amik poop bag tu, kaut dan buang. Kalau atuk yang masuk kategori heavyweight tu payahlah sikit. Sakit pinggang akak nak memikul. Salah pikul kang, mulalah dia melalak dgn suara ramli sarip tu. Yang atuk ni memang akak sub kat Arif je.
Tapi kalau nak sub pastikan kontraktor tu bertauliah jugak tau. Arif ni kadang2 sesuka hati stail robot je dia urus hal menjamban atuk tu. Bukannya dia pastikan atuk tu dah siap ke belum. Letak agak2 seminit dua, terus angkat dan basuh. Atuk ni kan dah tua. Nak tunggu datang gesa nak memerut tu satu hal. Lambat. Nak gali pun satu hal lagi. Penyudahnya...adalah sekali dua atuk ter accident di alas kaki rumah akak dan di atas comforter. Haru sungguh.
Muka sebelum memerut. Tensi tahap gaban.
Sedang melangkah ke jamban. Iyaaa..melangkah sendiri jeee. Melampau pulak kalau nak kena dukung bagai.
Takkan itu je pun aktiviti akak kan sampai blog pun terabai. Kata sibuk sangat. Untuk orang tua macam akak ni kira sibuklah tu.
Every Friday pulak, kalau tak balik kampung, akak ke Puncak Alam menjemput Farah. Penat woo menempuh jem. Pondok tol je sampai 4 dari Sunway sampai Meru tu. Tapi sebab rindukan anak punya pasal, tak pe lah. Ku tempuh jua segala bapak jem ni.
Kadang2 pagi2 lagi akak dah sampai. Puncak Alam pun masih berkabus. Sebelum tu kena tempuh Pekan Meru dulu. Pekan kecik je tapi best sebab masih ada suasana kampung. Tapi masuk bab jalan memang hazab sikit. Melambung2 macam roller coaster. Manhole pun membonjol je kat tengah jalan. Sampai je rumah sakit2 badan akak. Tapi alhamdulillah dapat peluk dan cium anak, hilang segala sakit.
Minggu depan ni mungkin balik kampung jumpa mak, insyaAllah. Maka berangkutlah sekali rombongan atuk Milo lengkap dgn Puteri Peah dan Cik Minah Kaktus.
Atuk ni senang sebab pakai troli je. Tak larat nak memikul. Sambil2 tu share jugak troli dgn perkakas makanan dia. Sebab kat kampung pun dia nak makan pakai mangkuk sendiri. Diva sungguh.
Itu yang tarik troli tu akaklah tu. Akak sekarang ni pegi memana pun pakai kaftan lengan panjang tu je. Tak kose nak pakai blouse dgn seluar bagai. Memang sudah serupa orang tua je akak ni. Rupa tua tak pe asal hati sentiasa mudeee, kan, kan. Tak de maknanyaaaa tuu, adik2 sekelian. Camana nak feeling muda bila berjalan jauh , naik tangga sikit, siap satu rombongan dgn geng sound effect cik lutut dan cik pinggang. Krrup krraap kruuup kraaap. Dah macam bunyi okestera bila naik tangga tu. Kihkihkih.
Dengan itu mintak mahaaaaplah kalau selow benar akak menghupdet ya. Dan terima kasih sesangat pada yang sudi menunggu updet dari akak walaupun kaedahnya macam kura2 tercekik. I olls love u olls veli veli much!!