Pages

Sunday, 9 October 2011

Ketawa Sang Ayam

 

Alahaiii......baru je semalam brisk walk di tepi pantai. Lemak yang bergayut-gayutan kat badan ni belum sempat pun nak bergegar. Terbakar, jauh sekalilah kan.

 

004 Hari ini akak dah membedal nasi lemak dengan anak2 di tepi pantai. Ditemani angin sepoi2 bahasa dan diiringi pulak dengan bunyi deruan ombak. Huuiiish memang mantap rasa nasi lemak tu dikunyah2 dan ditelan. Nasib baik beli saja, kalau buat sendiri mahu berpinggan2 akak melantak. Nasib baik akak pemalas nak tanak nasi lemak sendiri. Kahkahkah. Ada gak eloknya malas ni yek.

 

007Budak ni ada kesedaran sendiri nampaknya. Alhamdulillah. Bila dah makan nasi lemak sebungkus, dia pun lari2 keliling tempat kami berkelah tu. Konon nak bakar lemak. Pelikkan, selalunya orang yang slim2 je yang ada kesedaran camni sementara yang gebus2 ni asik melayan sendawa sambil urut2 perut. Amat tak semenggah rupanya.

 

011  Lepas makan, main2 air kejap. Pagi ni air laut pasang, ombak pun lebih besar dari semalam.

 

006Budak2 main air, akak merenung jauh ke hujung lagun tu. Terdengar2 ketawa sang ayam. Terkekek2 bunyinya. Bangga betul ayam tu sebab.......tahinya lagi hangat dari azam akak nak turunkan berat badan. Uhuks. 

Saturday, 8 October 2011

Dari Teluk Kemang ke Blue Lagoon.

 

Pagi tadi akak gi turun bawah nun, Dataran Kemang. Hajat hati nak berjogginglah tapi kalau dah berderet2 ngikut maka gaya larian akak pun jadi lari2 anak jelah. Bak kata orang kampung akak, brisk walk.

Tapi pagi2 kul 7.30 am tu pun orang dah ramai di Teluk Kemang ni. Parking yang mengadap laut tu pun dah mula nak penuh. Rupa2nya ada event kat atas pentas tu untuk weekend ni. Tak tahulah akak, apa ke nama eventnya.

Baru je 3 rounds, dah dengar suara bebudak ni mengeluh2. Penatlah, panaslah, laparlah dan macam2 lagi songehnya.

 

008Bukan orang je memenuhi pantai teluk kemang ni, kucing juga. Yang kelabu tu cantik mukanya.

 

010  Siap pandang straight kat kamera akak.

 

013 Pantai teluk kemang ni pasirnya kemerah2an sikit dan kasar2. Pantainya pun tak landai jadi sangat bahaya juga kalau kita mandi di sini. Agak2 15 m dari pantai, air dah mula dalam tiba2. Masa akak mula2 pindah di sini, 30 tahun lepas, selalu terbau hanyir darah bila malam2. Selalunya masa musim tengkujuhlah. Kadang2 nak tidur pun rasa semacam. Abah akak kata, bau tu datang dari laut di teluk kemang ni, sebab dia dah lama tak dapat nyawa orang. Tak tahulah kebetulan ke apa, tapi tak lama lepas tu adalah terdengar orang mati lemas. Lepas tu bau hanyir tu pun turut hilang.

 

016 Dah ada surau baru rupanya tepi pantai ni. Senanglah orang nak sembahyang.

 

036 Lepas tu akak gi Blue Lagoon pulak.  Blue Lagoon ni jauhnya lebih kurang 3 km dari teluk kemang. Masa dulu, ni lah tempat akak berkelah sebab airnya sangat jernih. Boleh nampak ikan berenang2 lagi kat kaki kita. Dulu di sini cuma ada bungalow maybank dan beberapa bungalow syarikat korporat yang lain. Hotel tada, sebab tu lah macam private beach je rupanya.

 

025 Pasirnya putih dan lebih halus.

 

028  Sekarang dah ada gerai makan yang cantik di sini.

 

032 Pantainya landai. Nampak tak orang yang kat tetengah tu. Air laut hanya sampai perut diorang je. Tapi dalam dengkat2 tu ada gak orang yang lemas kat sini cuma jarang sekali. Kalau di pantai cermin yang terletak opposite dari blue lagoon ni memang agak ganas lautnya. Selalu je nak makan orang. Abah akak selalu pasang jaring ikan disini. Dari one end yang berbatu dan pokok2 tu hinggalah to another end. Lumayanlah jugak ikan dan ketam yang kitorang dapat. Arwah abah akak memang suka sangat memancing, menjaring ikan dan memburu. Tapi masa dia cuti je lah dia layan hobi dia tu.

 

034 Di Blue Lagoon ni pun sesuai untuk pasang khemah bagi yang nak rasa tidur di bawah bulan dan bintang kan. Shower room pun ada disediakan.

 

035 Blue Lagoon ni memang pot akak dan family berkelah satu masa dulu sebabnya tak ramai orang tahu tempat ni, jadi sangatlah private pantainya. Hotel ni pun tak ada. Yang ada cuma bungalow kayu kepunyaan sorang mat saleh tua dan isterinya. Tapi bungalow tu dah tak de lagi sekarang ni. Couple mat saleh tu pun tak tahu kemana perginya. 

 

030 Budak 3 orang ni tak lepaskan peluang main air kat pantai tu. Muka macam nak mintak mandi je tapi, not todaylah, lutut mama dah longuh ni. Poghut pun dah lapar. Jomlah kito layan tokak dulu yo! Next time hokey!

Friday, 7 October 2011

Happy belated birthday, Nisya.

 

Nisya ni anak saudara akak yang paling bongsu. Tapi dia sangat rapat dengan akak. 2 Minggu pertama dia lahir, dia tidur dengan akak sebabnya mak dia ada problem sikit dengan stitchings di c-section tu kan. So akak took over dan menjaga Nisya selama 2 minggu. Sejak dari tu memang dia dengan akak saja setiap kali akak balik PD. Kalau akak dah lama tak balik, dia akan call tanya, nape lama sangat tak balik tengok dia. Kalau dah balik PD tu, kena acknowledge dia dulu. Dia mesti jadi orang pertama yang akak peluk dan cium dulu, kalau tak dia akan merajuk. Tapi itu masa dia kekeciklah. Sekarang ni dia dah sempoilah kononnya, tak lagi merajuk tapi akak akan tetap peluk dia dulu.

022 Baru2 ni 23 september adalah hari lahir Mizz Nisya yang ke ampat tahun. Cam biaselah, kepulangan atehnya dinanti2 sebab bawak besday plezen. Itu baju kelawar purple tu beli khas untuk dia sebab dia sukeeee sangat nak pakai baju kelawar macam mama dia pakai. Hehe.

 

 

006

Peminat tegar Dora budak ni. Jadi kitorang belikanlah dia tray makan Dora, bekas air Dora dan set mekap warna pink.

 

028   Tenyehlah banyak mana pun aishedo tu, bukan ada kaler pun, plastik je. Dia siap sengih lagi bila kitorang cakap warna biru dah kelopak matanya.

 

029 Penuh perasaan tu letak lishtik. Ini pun dia percaya abis yang bibirnya dah merah. Kahkahkah.

 

030 Lepas tu blow dry rambut lak.

 

031 Lassssst sekali, pakai subang munge2.

 

033Okeyyy, I dah siap nak dine dgn Dora.

Hmmm, this weekend akak akan balik PD, insyaAllah. Kali ni nak pegi pantailah pulak. Dah lamaaaaa sangat tak berlari2 anak kat tepi pantai macam video clip tu. Kihkihkih.

Thursday, 6 October 2011

Kucing tembamlah pulak

 

Mana boleh akak sorang jee yang sakit2 satu badan exercise kan. Oleh kerana dengki, maka Milo pun akak paksa jugak exercise.

014 Macam orang tualah pulak tu. Terbongkok2 bila kita suruh dia jalan.

 

 013

Baru dua tiga langkah, dia dah buat derrrrk je. Terjelepoh dengan penuh ketembaman di situ nampaknya. Penyudahnya, tangan akak jugak lenguh nak mendukung bawak balik rumah.

Adoooiiiyaiii Milo, lagi dua bulan nak jumpa vet ni. Boleh ke turun berat badan tu. Ke akak yang kena beli penyumbat telinga, tak sanggup nak kena leter dgn vet tu nanti.

 

001 Balik umah, terus  terbaring depan TV. Padahal tak de lah exercise mana pun. Tangan akak pulak yang sakit macam baru  lepas angkat weight. Lantaklah Milo.

Wednesday, 5 October 2011

Insap

 

Dah bertahun ditinggalkan. Dah lama tak menjengah. Bukan tak sayang, bukan tak sedar. Ahkak sedar ahkak gebus2 di sana sini. Tapiiiiiii.......

Aaaahhh! Hari ni tak mo alasan2 lagi. No more excuses, hokey!

 

 

019

Inilah keje akak pagi ni. Bermula dari hari ini akak berazam untuk tidak lagi memanjakan lemak di badan, bergolek2 atas katil. Mula2 makan pisang sebiji, bukak TV, cerita kartun peberet akak, Spongebob Squarepants. Lepas tu suruh Milo jadi cheerleader kat depan. Bermulalah  sesi aerobik ala2 Selamat Pagi Malaysia dari akak. Kalau berkesan nanti, akak buat DVD pulak ya. Korang bolehlah beli ramai2.

Keinsapan ni bukan ape, ada ke patut baju kelawar akak dah mula nak mengetat kat bahagian lengan tu. Biar betul. Melampau tuuuhh! Bukan ke baju kelawar ni untuk buat lemak rasa ala2 bebas. Tak boleh jadi cam ni. Lalu akak pun insaplah. Untuk berapa lama? Hehehe.

Mula2 start slow. Lopeh tu gi gym lak kot. Dah lamaaaaaaa sangat tak ke situ. Bukan jauh sangat, adalah doploh tapak kot. Tapi berat hati nak pegi, keee... berat badan? (stetmen adalah cuba untuk mengutuk diri sendiri, tough love kononnya)

 

017 Treadmill umah akak ni dah berlipat dan berabuk. Sekarang ni jadi tempat sangkut baju lepas iron. Siaaaan. Sejak kena rasuk ni cam tulah nasibnya. Dulu akak pernah citer kan yang treadmill ni buat hal, tetiba je laju sampai nak tersungkur kita dibuatnya.

Okeylah, akak nak sambung balik exercise. Lapan lagi...........satu  dua  tiga  empat........kempis perut, lepas, kempiiiis, lepas......kempiiis, lepas..... 

Tuesday, 4 October 2011

Tempat jatuh lagi dikenang.....

 

Masa raya hari tu, akak ada balik Jelebu, tempat akak dilahirkan Walaupun mak dan abah dah berhijrah ke PD, hari raya kami tetap akan pulang ke K.Klawang, Jelebu.

166Nak ke Jelebu, kena tempuh bukit tangga. Jalan adalah bengkak bengkok. Masa akak kecik, jalannya sangat sempit, hanya 2 lane, naik dan turun. Sekarang ni jalan dah besar. Kalau dulu terpaksa berensot2 mengekor lori2 balak, sekarang ni dah ada lane untuk memotong. Selesa tapi masih ngeri jugak sebab kat bawah tu gaungnya sangat dalam, adalah beratus2 kaki. Bukit tangga ni masa akak kekecik, orang tua2 cakap kediaman orang bunian. Adalah jugak yang dah jumpa terutama kalau lalu malam2.

 

 

161

  Inilah rumah akak dilahirkan, terletak di pekan Kuala Klawang, Jelebu. Sekarang ni orang lain dah beli. Sedih. Dulu hanya ada rumah induk yang beratap kelabu tu je. Owner sekarang ni dah tambah bahagian yang beratap biru tu. Masa dulu akak rasa macam besar sangat rumah ni. Laman tu tempat akak merempit dengan basikal chopper. Selagi tak cukup doploh rounds, tak nak masuk mandi. Mak pula suka tanam orkid. Di sekeliling pagar tu penuh dengan 'tiger orchids'.  Halaman tu pulak ada pokok mangga dan di dapur tu ada pokok limau abung. Abah akak siap buat buai di pokok tu. Seronoknya masa kecik dulu. Ada je aktiviti  luar rumah. Pendekata, bekalan vit. D tu sentiasa cukuplah. Tak macam bebudak sekarang, asik main e-games saja. Dah macam keturunan vampire lak, gamaknya.

Kat belakang tu memang luas kawasannya. Masa dulu, abah ada bela ayam, itik dan kambing. Pagi2 akak suka sangat kutip telur itik. Itik ni memang suka sorok telur2 dia. Macam treasure hunt pulak jadinya. Petang2 pulak bagi susu kat anak2 kambing. Anak2 kambing akak minum susu botol tau. Kalau dia nampak kita bawak botol mesti dikejarnya. Sebelum maghrib, kami adik beradik akan halau kambing masuk kandangnya, lepas tu buat unggun api bawah kandang tu. Tak tahu sebab apa, mungkin tak nak bagi kambing2 tu kena gigit nyamuk kot.

Banyak tempat2 kenangan di rumah ni, teringin nak tunjuk kat anak2. Tapi nak buat camana kan, rumah ni terpaksa dijual atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Tinggal kenangan ajelah.

Sunday, 2 October 2011

Buang tebiat.

 

 

020

Sejak akhir2 ni , Milo dah berubah perangai.

 

019

Tak tahulah sebab ketakstabilan hormon ke apa.  Maklumlah dah veteran, dah spayed pulak tu.

 

007

Ini kalau hari siang. Panjat lagi nak dapat clear view.

Yaa, Milo dah jadi kaki skodeng. Gatai oghang tua ni sekarang tau! Lately ni banyak pulak sotong kurita kat swimming ful tu. Milo pun apa lagi. Tak padan boroi tuu. Biar betul kucing ni.

Haaaaiiii istighfar panjang Pak Lebai Arif. Bilo nak insap ni, Milo?