Pages

Tuesday, 4 October 2011

Tempat jatuh lagi dikenang.....

 

Masa raya hari tu, akak ada balik Jelebu, tempat akak dilahirkan Walaupun mak dan abah dah berhijrah ke PD, hari raya kami tetap akan pulang ke K.Klawang, Jelebu.

166Nak ke Jelebu, kena tempuh bukit tangga. Jalan adalah bengkak bengkok. Masa akak kecik, jalannya sangat sempit, hanya 2 lane, naik dan turun. Sekarang ni jalan dah besar. Kalau dulu terpaksa berensot2 mengekor lori2 balak, sekarang ni dah ada lane untuk memotong. Selesa tapi masih ngeri jugak sebab kat bawah tu gaungnya sangat dalam, adalah beratus2 kaki. Bukit tangga ni masa akak kekecik, orang tua2 cakap kediaman orang bunian. Adalah jugak yang dah jumpa terutama kalau lalu malam2.

 

 

161

  Inilah rumah akak dilahirkan, terletak di pekan Kuala Klawang, Jelebu. Sekarang ni orang lain dah beli. Sedih. Dulu hanya ada rumah induk yang beratap kelabu tu je. Owner sekarang ni dah tambah bahagian yang beratap biru tu. Masa dulu akak rasa macam besar sangat rumah ni. Laman tu tempat akak merempit dengan basikal chopper. Selagi tak cukup doploh rounds, tak nak masuk mandi. Mak pula suka tanam orkid. Di sekeliling pagar tu penuh dengan 'tiger orchids'.  Halaman tu pulak ada pokok mangga dan di dapur tu ada pokok limau abung. Abah akak siap buat buai di pokok tu. Seronoknya masa kecik dulu. Ada je aktiviti  luar rumah. Pendekata, bekalan vit. D tu sentiasa cukuplah. Tak macam bebudak sekarang, asik main e-games saja. Dah macam keturunan vampire lak, gamaknya.

Kat belakang tu memang luas kawasannya. Masa dulu, abah ada bela ayam, itik dan kambing. Pagi2 akak suka sangat kutip telur itik. Itik ni memang suka sorok telur2 dia. Macam treasure hunt pulak jadinya. Petang2 pulak bagi susu kat anak2 kambing. Anak2 kambing akak minum susu botol tau. Kalau dia nampak kita bawak botol mesti dikejarnya. Sebelum maghrib, kami adik beradik akan halau kambing masuk kandangnya, lepas tu buat unggun api bawah kandang tu. Tak tahu sebab apa, mungkin tak nak bagi kambing2 tu kena gigit nyamuk kot.

Banyak tempat2 kenangan di rumah ni, teringin nak tunjuk kat anak2. Tapi nak buat camana kan, rumah ni terpaksa dijual atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Tinggal kenangan ajelah.

8 comments:

Dinas Aldi said...

Sayunya, dapat tengok dari jauh saja..Indahnya semua kenangan zaman kanak2 tu. Takpalah, ada hikmah di sebalik semua kejadian. Kita redha sajalah.

Aidah said...

Memang sedih. Akak mintak En.AHBY berhentikan kete kat tepi jalan sebab nak amik gamba bagi mak tengok. Kami selalu mimpikan rumah ni, Dinas.

Petani Hijau said...

Salam. Ni rumah dkt dgn Petronas kan? Sebelah rumah besar?

Nak tanya sikit... ada ke (atau ada tau ke) tanah/property lain kat Klawang yg untuk dijual? :)

Aidah said...

Alaikumussalam. Iyaa, memang betul. Sebelah sana tu ada sekolah kebangsaan Kuala Klawang. Dulu semua tanah tu dari rumah sampai belakang, mak akak yang punya. Sekarang ni dah jual dan kami dah berhijrah ke PD. Maaflah akak tak tahu pasal property di KK yang nak dijual. Dah lama tak balik.

Petani Hijau said...

Oh ok ..terima kasih. Sebenarnya memang minat kat rumah tu juga. Bila turun Klawang selalu nampak senyap aje mcm takder org duduk. Dah la dekat sgt dgn Petronas. Lokasi memang best.

Wassalam :)

CT NoArIzAh ArIs said...

Assalammualaikum..sy baru terjumpa blog akak ni..(akak ke?)..sy pun org jolobu... rumah tu bersebelahan dgn rumah cikgu rehana ke...dpn jln raya bosar tu kan?

Kalu sy tersilap sy mintak maaf.

salam kenal dari orang UK(ulu klawang :D )

Aidah said...

CT NoArlzah Arls,
Alaikumsalam. Jumpo gak akak ngan oghang kampung. Akak tak tingga ghumah tu laiie. Lahir dan mombosar sampai darjah onam kek situ. Lopeh tu abah pindah2 sobab cikgu kan. Last sekali abah boli tanah kek Podeksen, buek ghumah. Sampai sokaghang situlah ghumah akak. Ghumah klawang tu dah jua kek cikgu rehana. (sodagho akak gak tu)

Abdul Hamid Hussin said...

Sey ingat lai umah ni dan pasangan yg memiliki nya......tapi dah lamo.....sey tingga kan Jelobu tahun 1970......semoga sejahtera sekeluarga.....Abdul Hamid Hussin