Pages

Thursday, 13 October 2011

My essentials.

 

 

060

Dua beg kecik ni memang selalu akak bawak kalau pegi travelling memana, waima balik kampung sekali pun. Yang warna pink tu isinya ialah ubat2an iaitu pills. Fisherman's friend tu pulak untuk hilangkan rasa loya terutama kalau dah banyak telan ubat. Kalau tak bawak 2 beg ni memang naru (naya+haru) jadinya.

 

061 Dalam beg biru tu pulak penuh dengan segala minyak angin dan balms dan juga ada vicks. Yang bulat leper tu pulak cermin kecik untuk akak menelek muka yang pucat ke apa sebab banyak telan ubat. Hehehe.

 

063 Ini pulak handbag akak zaman sekarang. Macam bag budak memuda je kan. Terpaksalah camtu sebab dah ada camera gedabak ni. Dalam beg tu yang wajib ada ialah tiger balm kecik, satu plastik ubat, tissue dan purse. Akak memang sangat jarang mekap, lipstick secalit pun susah nak lukis kat muka ni. Tak tahulah kenapa. Bolehlah bayangkan muka pucat akak ni kalau keluar jalan2 gi supermarket, sibbaiklah tak de sape kenal. Hehe.

Mak akak dulu penah gak sound, " Canno oghang tak cakap kau tuo, pucaaaaaat yo muko tu den nengok. Cubolah ubuh lipstick ko, mak ni dok ghumah yo pun bobodak foundation mo. Kau slalu kluar, tapi muko tu tak semonggah den nengok eh. Sibbaik lawa!"  (okeylah....bab cakap lawa tu akak yang tambah2 sendiri. Hehe)

Terjemahan: "Oh ya, ibu sudah tahu kenapa orang memanggilmu kakak tua, wahai anakku. Wajahmu tidak menampilkan usiamu yang sebenar. Alangkah elok jika usiamu boleh dimudakan sedikit dengan secalit solekan? Ibumu ni bukan artis glemer tapi masih tahu memakai foundation L'oreal. Kenapakah anakku tak mahu mengikut bakat ibu bersolek? Tapi jangan risau kerna kamu mempunyai kecantikan semulajadi."

 

 PA131140

Maka semuanya nak disumbat kat dalam tu. Tak boleh berat sangat sebab nanti sakit bahu dan sakit belakang. Dah tak larat nak telan ubat lagi.

 

P/S  Mesin translator akak baru balik dari kampungnya, Switzerland. Lepas tu gi kursus pulak kat Dewan Bahasa tapi macam tak de makna je gi kursus tu kan.

6 comments:

So Shy Lady said...

kihkihkih translation tu mmng t.boleh blah!

handbag sy pun kak mmng t bgaya langsung. sgala mak nenek sy sumbat

hebat la makcik, duk rumah pun pkai foundation...nk smbung gelak lg

Tijah said...

nak datang umah akak kek pd buleh? hehehe

Aidah said...

SSL,
Cam tu lah mak akak. Dia memang biasa mekap ni dari muda lagi. Rambut siap pegi set lagi esp kalau nak gi umah orang kawen. Hehe.

Tijah,
Buleh, tak do salah eh doh. Tapi bilo nak datang roger2 lah akak yo! Akak 2 minggu ni kek Kolumpo, tak balik kampung.

Dinas Aldi said...

Sama laaa mak kitaaaa! Mak saya pun mekap dari zaman muda sampai sekarang pun masih mekap lagi!

Saya plak tak bleh dipisahkan dengan lipstick. Yg lain tu tak penting sgt pada saya.

Saya pun minat tiger balm! Mesti ada dalam henbeg. Henbeg saya pun ala2 farmasi bergerak gitu. Yg herannya, orang selalu cakap dema tak suka bergantung pada balm tu balm ni tapi bila pening kepala, mai kat saya jugak mintak tiger balm. Hmm.

anamizu said...

wow beg akak mantap! hehe




luv,
cik ana

Aidah said...

Dinas,
Ha ah memang farmasi bergerak pun. Kalau gi memana, my sister yang keje doktor tu pun mintak kat akak ubat bila dia pening kepala. Sendiri tak nak bawak, dalam beg akak jugak tersumbat segala. Hihi.

Ana,
Kat manalah letak kemantopan tu agaknya. Macam mak ganas je akak tengok. Hehe.