Pages

Sunday, 23 October 2011

Jalan2 hujung minggu

 

Semalam akak ke KLCC. Dah lama sangat tak ke sana sebab tak de keperluan pun kan. Lagi pun kalau pergi nanti mesti habis ratus2 jugak . Tapi kali ni terpaksa pergi untuk claim voucher Isetan. Tak claim rugi sebab tarikh valid dia sampai hujung bulan ni, kalau tak silap.

 

052  Memula pegi isi minyak dulu di tingkat 4. Makan nasi lemak ayam di Kopitiam. Sangat mengancam selera dan perut. Sedaaaaap.

 

054 Lepas tu duduk bertapa kat sini  carik buku idaman. Inilah favourite place akak dan Farah. Arif tak berapa suka. Dia nak melekat je kat luar tu macam spiderman buat sarang. Kemudian sibuk nak masuk Studio R kat sebelah tu. Dah tukar nama rupanya, Stadium pulak namanya sekarang.

 

070 Inilah hasil tangkapan akak. Sangat berpuas hati dengan buku2 tu. Bila dah start baca tak boleh berhenti. Majalah pun akak sambar sekali. Tapi sekarang ni kinokuniya ada promo stamp card. For every Rm50 dapat 1 cop. Kalau lengkap 10 cop dalam card tu, kita akan dapat voucher RM50. Dan akak dah pun dapat 4 cop semalam.

 

057 Banyak betul kedai baru bukak di KLCC ni. Kedai kasut ni paling best untuk orang yang suka ballet flats.

 

059 Lama no akak tak ke KLCC sampai tak perasan yang supermarket dah pindah ke concourse.

 

061  Yang paling best di Isetan ialah sushi nya. Sangat fresh. So far yang paling sedap kalau banding dengan sushi di Carrefour dan Jusco. Pilihan akak selalunya mini california roll tu, ebiko, baby octopus dan salmon with mayo. Dah lama tak makan macam mengidam pulak jadinya. Dulu akak nak beli, husband tak bagi sebab masa tu Jepun kan baru gempa bumi dan ada pulak kes reaktor nuklear tu kan. Dia takut kot2 bini dia tetiba tumbuh tangan kat kepala ke kan. Puas akak bagi reason nak beli, dia berkeras tak bagi. Sebagai isteri yang patuh, akak pun telan air liur je lah. Tapi kali ni akak puas hati sebab dapat makan.

 

065Yang ini pulak nachos untuk anak2 makan sambil jalan2. Cheese dip tu yang buat bebudak ni menjilat jari. Akak tak buleh tahan, nak jugak merasa walaupun allergic.

Bila dah selesai menghabiskan duit dan vouchers, akak pun baliklah ke rumah sambil tersenyum lebar. En. Ahby je yang serius mukanya sebab wallet dah ringan. Hehehe.

4 comments:

Dinas Aldi said...

Haaa akhirnya dapat gak kat kak Aidah buku A Clash of Kings tu naa! Saya pun kalau pi Kinokuniya memang ringan wallet, huhu..

siti murni said...

kedai jual ballerina flats tu nampak menarik lah! hari tu pi KLCC tak sempat pusing abis pun...haih..mau dua tiga kali lawatan lagi nih..

amboi2...milo tu..syiok dia posing dengan buku2 akak eh....sama la saya..kalau dah masuk bookstore mau berjam-jam kat dalam tu..best jugak diorang buat promo cop stamp tu..

Aidah said...

Dinas,
Sejak 2, 3 hari ni akak asik ngadap buku ja. Tanah dah berlalang ni. Lagi pun kat kampung ni wi fi asik breakdown je. Semalam dan ahad hari tu tak dpt lansung nak online. Sedih.

Siti Murni,
Akak pun sejak dah tua2 ni tak dapat pun round semua tmpt kalau ke KLCC. Masa dulu tawaf dua tiga kali pun boleh.

So Shy Lady said...

kami pun plan nk ke klcc esok, harap2 jadi ;D