Pages

Thursday, 26 January 2012

Haiiii! Lamanyaaaaa cuti!

 

 

Assalamualaikum,

Fullamak cuti panjang akak ya. Tengok kawan2 gigih update. Ahkak jugak yang terbabas cuti padahal dah balik KL pun. Cuma agak malas sejak akhir2 ni dan badan pun agak kurang sihat.

 

021

Cuti hari tu akak balik kampung jugak dari hari Sabtu sampai hari Selasa. Hari Sabtu tu bertolak pukul 7.15 am tapi highway S'ban KL dah sesak  dengan kereta. Berensot jugak tapi masih bergerak, Alhamdulillah.

Sampai PD terus memerap duduk rumah sebab jam yang tiap2 hari dihadap dek orang KL tu dah berpindah pulak ke PD. Hari Ahad tu akak keluar jugak pagi2 pergi Giant. Perjalanan balik rumah semula sampai dekat 2 jam. Padahal hanya lebih kurang 12 km je. Menanges disitu.

Jadinya kali ni, nak berjalan sepoi2 manja exercise tepi pantai pun akak tak dapat buat. Hanya makan tidur, makan tidur macam.............

 

112

Macam si tembam atas tu. Tak de maknanya dia nak duduk bersantai dgn kucing2 lain kat luar tu. Pot baiiiiik punya dalam bilik atas katil bawah ekon. Yang anak ni pun asik nak berkepit dengan daddy debab tu sebab kalau balik kampung bertambah jakun si Moli tu. Semua benda pelik. Semua benda nak disemburnya. Orang gelakkan dia pun disemburnya. Kelakar betul. Dah tak kenal dia dgn tempat asalnya. Dasar lupa daratan betul.

 

 

041046

Kat rumah mak akak ni ada 3 ekor kucing yang sangat suspicious di mata Moli. Antara ramai2 tu, inilah yang paling ditakuti Moli. Ketua mafia cawangan Teluk Kemang, Wahau.

 

 

143142

Sebab apa dia takut? Sebab Wahau ni ada kuasa luar biasa tau. KUASA HIMPITAN BERAPI!!!! Tak de lah berapi sangat pun. Hanya berbulu je dan mungkin Moli takut lemas dgn bulu Wahau ni kot. Menjerit2 dia panggil  Daddi! Daddi! Help meeee!!!

 

 

P6140867

Tapi Wahau tu harap muka je garang, hati lembut macam span. Daaaan Wahau juga sangat takuuuut pada ketua gangster cawangan Seri Kembangan ni. Muahahaha. Tak boleh lawan ganasnya, der. Masa kat kampung hari tu sempat jugak dia melempang Wahau. Berterbangan bulu Wahau akak tengok atas simen balkoni tu. Dan Mak akak telah menggunakan kuasa veto dan mengarahkan Milo dibawak masuk bilik akak, jauh dari Wahau.

 

 

P4240045

Jawab Milo, " Lagiiiii aku suka sebab dapat tidur bawah ekon. Hahaha ......zzzzzzzz."

Friday, 20 January 2012

Pilihlah Hari Jumaat

 

 

 

 

129

Pagi Jumaat yang penuh barakah, insyaAllah, sebab seawal 6.30 pagi hujan turun dengan lebat.

 

 

nikon2 130

Setahu akak waktu hujan adalah antara waktu mustajab untuk berdoa, apatah lagi bila ia turun pada hari terbaik iaitu hari Jumaat. Yaaa, akak faham bila hujan, jalan mulalah jam. Nak2 nya hari Jumaat yang kalau tak hujan pun jam teruk dari hari biasa kan. Tapi tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2 sambil dalam hati menyebut Subhanallah. Semoga hari ini ialah hari Jumaat yang penuh barakah buat semua. Amin.

 

 

028 

Konon nak ambik gambar titisan air atas kelopak ros tu tapi apakan daya akak tak de makro lens pun. Tapi syukur dapat jugak pakai kamera kan.

Dah terlanjur bagi gambar bunga ros merah ni, akak bagi tahu jugaklah peristiwa yang pernah berlaku hari Jumaat.

Dari pengetahuan akak, banyak perkahwinan2 penting berlaku pada hari istimewa ini. Seperti perkahwinan antara Rasulullah saw dan Khadijah, Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha dan perkahwinan pertama sekali iaitu antara Nabi Adam a.s dan Hawa. Dan sesape nak kahwin, kalau tak keberatan pilihlah hari Jumaat ya. Semoga perkahwinan itu dirahmati. diberkati dan bahagia dengan zuriat2 yang soleh.

Akak tak dapat pun nikah hari Jumaat dulu sebab tak cuti dan satu lagi tak tahu. Sekarang baru tahu.

Thursday, 19 January 2012

Masih jakun

 

 

Bulan depan, Moli ni nak masuk 5 bulan. Lagi sebulan lagi bolehlah hantar ke vet untuk proses spay. Tapi masih macam budak anak kucing kecik perangai dia.

 

006

Ni masa orang datang servis aircond hari tu. Punyalah buntang mata takut. Lepas tu menyorok belakang daddi dia. Protector lah sangat si boroi tu, padahal kalau ada orang nak serang dia, terlentang je lah yang dia pakar. Diri sendiri pun tak boleh nak protect. Kahkahkah.

 

 

004

Ni muka Milo masa org indon tu buat keje. Selamba je macam kengkonon, "Alah apa nak takut, biaselah orang serbis aircond. Kawan lama je semua orang ni. Dah banyak kali jumpa pun. Kau ni gayatlah, Moli."  Padahal akak rasa kalau orang tu pegi dekat dia mesti dia larik takut. Buat2 berani konon macam nak jaga status kan. Pooodah!

 

 

019

Tapi memang patut pun Milo panggil Moli jakun sebab memang dia menjakuuuun sepanjang 4 bulan bersama kami ni. Bawak naik kereta pun  buntang je mata. Tengok kereta, lori dan motor yang lalu macam , "WHOA Daddy, that monster is very humungous!"

 

 

017

Milo pulak buat tak kesah, leeek je duduk kat tengah tu dalam cushion empuk dia. Lepas tu cakap kat Moli, "Tu lorilah, bongok! Meh sini, tidur. Lambaaaat lagi nak sampai."

Memanjang ajak tiduuuur je Milo ni tau. Penternak lemak yang sangat tegar.

 

 

001

Kalau tengok diri sendiri dalam cermin memanglah sangat jakun. Kadang2 lama dia duduk depan cermin tu bergurau2 dan tampar diri sendiri sampai kembang2 bulu dia.

 

 

028

Macam ni lah muka Milo, boring je dgn kejakunan Moli. "Manalah orang ni kutip budak kecik ni agaknya. Aku saspek ada penyakit mental nih. Tak habis2 menjakuuuuun je. Lemas ai. Kalau buat nya penyakit mental tu berjangkit, tak ke haru di situ"

Sabar je lah Milo.

Wednesday, 18 January 2012

Mari memanjakan lemak.

 

 

052 

Hari Ahad lepas, akak ke sini lagi dengan family. Sukeeee sangat sampai tak sedar hampir 2 jam melepak kat dalam tu padahal banyak lagi urusan lain.

 

 

047

Sebelum tu pekena pulak nasi lemak kat kopitiam level 4, Rasa tu. Akak tengok kat KLCC ni cop Halal Jakim kat kopitiam ni cukup besar dipampangnya. So tak de lah rasa was-was, insyaAllah. Hmmmm....minggu ni nampaknya dah 2 kali akak makan nasi lemak. Ini dah kira bukan kes teringin ni. Ini namanya lemak menari-nari di bawah pohon beringin. Huaaaaaa...... Tapi Alhamdulillah sedap terutamanya teh o ais limau tu. Haiik! Takkan air je sedap kan, statement guilty lah tew.

 

049

048

Dah byk tanglung digantung kat KLCC tapi akak rasa tak cantik sgtlah deco nya. Macam simple je, mungkin nak jimat duit kot. Tak tahulah kalau dragon emas kat bawah tu memang tulen kan. Kalau tulen, memang akak akan pergi tiap hari dan kikis sikit2 dragon tu. Dapat agak2 penuh handbag cukuplah. Hihi.

 

 

055 

Kami sampai awal, kedai pun belum bukak lagi. Akak memang camni. Kalau pegi memana memang nak pegi awal2 sebab malas betul nak redah jam. Lagi satu kalau pegi awal dapat parking baiiiiik punya kat depan pintu escalator tu. Maklumlah akak kan sayang lemak. Kihkihkih.

 

 

061

Mari kita tengok hasil tanggukan dan hasil kelip2 mata dgn En.AHBY di Kinokuniya.

Semua buku2 tu sangaaaaaat bessst. Yang Arabic for beginner tu bukan akak punya tapi si Arif ni yang kena ambik bahasa Arab utk sek men. Buku Ellen tu akak dah ada 2 dan ini the latest. Sangat kelakar daripada kulit  ke kulit tau.  Tina Fey tu pulak baru first time tulis buku kot. Akak memang suka beli buku kat section humor tapi sangat mahal. Susah nak cari yang berharga bawah RM45. Jadi tak selalu lah dapat membeli. Cuma bila EN.AHBY terkesima dgn kelipan mata akak yang sepet ni, barulah dpt kaut dua tiga buah. Heheh.

 

 

065 

Tapi kaaaan, buku ini paling menarik untuk akak yang curious sangat nak tahu pasal royalty Brunei ni. Ini memoir Jillian Lauren yang pernah tinggal selama 18 bulan di 'harem' adik Sultan Brunei yang namanya Prince Jefri tu. Alah, yang baru2 ni kecoh cerita pasal dia simpan sculpture tak senonoh diri sendiri dgn mistress dia di sekeliling rumah tu. Akak ada dgr abang dia kerugian berjuta2 dolar sebab adik dia ni satu masa dulu. Tak tahulah sbb bad investment ke apa kan, sebab dah lupa dah.

Jillian Lauren ni macam ahli kelab escort service tu, lebih kurang. Memula dia ingat pegi Singapore rupa2nya ke Brunei yang dia tak tahu pun kat mana. Biasalah omputih ni manjang tak tahu pasal kewujudan negara2 Melayu ni. Padahal negara paling kaya tuh. Menarik jugak citernya tapi dia ni bukanlah type 'tipah tertipu' tu. Akak rasa dia dah tahu pun apa yang dia akan lalui. Dpd citer dia, akak tahu yang Sultan Brunei tu ada nama western, Martin. Adik dia yang Prince Jefri tu, Robin. Daaaan segala perabutnya bersalut emas, uols. Kalau boleh buat lawatan mahu saja akak mengkikis emas kat perabut tu. (tak abes2 nak kikis kan)

Setakat tu je yang akak dah baca. Okey jugak tapi tak tahulah ada elemen tokok tambah ke tidak, dia ni. Akak baca pun bukan nak pikir serius sgt cuma saja mengisi masa lapang sementara tunggu lam kereta anak balik sekolah tu kan. 

Okey lah ya. Akak nak sambung baca buku balik dan memanjakan lemak. Ya lah, takkan nak baca buku sambil jogging kan. Tentulah duduk dendiam atas kerusi ataupun terbaring. Kalau sape ada tips nak exercise sambil baca buku, boleh bagi tahu akak ya. Sebab dah melampau na rasanya lemak ni bila dimanjakan. Makin ngade2 hokey!

Tuesday, 17 January 2012

Setelah 4 bulan berlalu....

 

 

Bulan Oktober 2011, akak pungut dia yang kesejukan di belakang rumah. Ketakutan sangat dia masa tu, menggigil bila akak pegang. Badan pun kurus sebab maklumlah rasanya dah 4 hari mak akak dengar suara anak kucing di belakang rumah tu. Lalu akak pun buat keputusan nak bela dia senyap2 sebab En.AHBY dah cakap yang dia akan benarkan utk bela sekor je. Tapi takkan akak nak biar je anak kucing ni mati kesejukan dan kelaparan sebab masa tu tiap malam hujan.

 

Masa nak balik KL, Moli diam je dalam kereta. Pandai dia, tak nak bagi En.AHBY dengar. Hehehe. Tapi sampai je kat rumah nak sorok kat mana lak kan. Jadi akak pun pepelahan lah bagi tahu En.AHBY. Sikit lagi nak meletus perang dunia ketiga tuh. Tapi akak rasa dalam marah2 tu tentu dia ada serba sedikit rasa kesian kat anak kucing ni. Alhamdulillah dia boleh terima tapi masih tak suka Moli duduk dekat dia. Milo tu tak pe pulak. Eksyen Milo taw, sebab En.AHBY tu boleh tahanlah suka kat dia, kengkadang akak dengar jugak dia tegur Milo tu. Siap ada panggilan manja lagi taw, En.AHBY panggil Milo, Mr. Shake Leg. Kengkonon macam nama red indian lah. Hihihi.

 

025

Kecik je  Moli masa mula2 sampai tu. Bulu pun tak semenggah, tegak2 je macam kucing banyak cacing tu.

 

 

087

And this is Moli today. Lebih tembam, bulu pun dah cantik, time kasih Royal Canine Hair and Skin. Hehehe. Tapi walau besar panjang macamana pun akak saspek dia ni akan masih berkepiiiiiit je dgn daddi debab dia, Milo tu. Maklumlah anak tunggal, manja terlebey lah kaaaann.

Monday, 16 January 2012

Sejuk macam Kutub Utara....

 

 

Eh, dah sampai ke kat sana, boleh tahu pulak rasa sejuk camane kat

Kutub Utara tu.

Sekali lagi tajuk macam bagussss je. Sebenarnya sajeeee je nak

compare sebab akhirnyaaa..........

 

 

002

 

Aircond akak di service jugak hari Jumaat lepas. Punyalah berkeladak

hitam air yang keluar bila dia sembur dgn water jet tu. Gas pun dah

kering kontang ya. Patutlah bahang panas je yang keluar bila on

aircond tu. Badan akak ni dahlah gebu kentang. Baru lepas mandi pun

panas.

 

Kali ni yang datang servis semuanya pekerja indon. Last time ada

jugak tauke china tu dtg. Diorang buat keje okey je tapi tang muka

memasing tu suspicious sikitlah. Mata macam melilau tengok sana

sini. Dahlah akak tinggal berdua dgn Farah je pagi Jumaat tu.

Bukanlah nak syak wasangka sebab kebanyakan mereka masuk sini

nak cari rejeki kan tapi ada jugak yang buat dajai kat Mesia ni. Tapi tu

lah kan, dulu diorang dtg sini buat keje kasar je, sekarang ni bab letrik

dan teknikal ni pun diorang expert gak kan. Apa-apa pun semua alright

je dan macam biasa caj semuanya RM260. Mahal jugaklah, akak rasa.

Masa akak duduk rumah lama kat Selayang dulu biasanya servis dan

taruk gas sekali hanya RM160. Sekarang ni gas kira lain pulak. Kalau

letak penuh 80 psi, kena caj RM2.50 utk 1 psi. Servis pulak RM90.

Aduuiiimak aiii, macam air water jet tu, duit keluar. Macam tu lah nilai

duit sekarang.

 

 

 

009

 

Yang paling menikmati kesejukan melampau dalam bilik akak ni ialah

2 ekor ni. Bergelung tidur sehari suntuk. Kejut macamana pun, macam

magnet dia berpaut dgn selimut akak tu. Tak nak berpisah dari selimut

dan katil dan aircond. Dan dua tiga hari ni Milo asik tiduuuuuuur je

sepanjang hari, lepas tu malam2 pukul 2 pagi dia mengiau2 dan

cakar pintu nak keluar buat qiamulaill. Haiiiih. Akak pulak cam tak

cukup tidur.

Patutnya bangun jugaklah kan, qiamulaill. Kucing dah insaf, yang si

manusia ni bila lagiiiii? Hehehe.

 

P/S   Akak baru tukar template baru dan semuanya macam bercelaru lagi so mintak mahaplah ya. Maklumlah akak ni bukan canggih sangat bahagian ni semua. Zaman dulu pergi computer lab pun takut nak usik komputer dalam tu, takut meletop. Hahaha.

Friday, 13 January 2012

King Milo

 

 

039                                                                            The baby in me.

Tengok tuh, tak malu nyot nyot kat selimut akak taw. Ini cerita pagi tadi masa orang semua sibuk dgn urusan nak keluar rumah, dia selamba je buat keje tak semenggah atas katil. Tapi Milo pandai cover tau. Bila Moli tak de je dia buat cam ni. Kalau Moli datang, cepat2 dia buat lelap tidur atas selimut tu. Kadang2 kesian pulak tengok dia, maklumlah tak dpt kasih sayang mak. Kecik lagi dah di give away kan.

 

001

Yang kucing kecik ni pulak sangat memahami. Kesiannnnn daddy, katanya. Dan inilaaaah keje dia tiap pagi, memandikan Milo dgn air liurnya. Being the one yang perasan King of the House, Milo dgn rela hati mengkulikan Moli. Kasi jilat sampai berkilat, katanya.

 

 

008

Punyalah banyak luas permukaan dia ni. Dia ingat senang ke nak menjilat tuh. Akak rasa lepas jilat ni, lidah Moli tu kena pi hantar overhaul agaknya.

 

 

032

Tapiii kan inilah hasilnya kalau suruh budak kucing kecik basuh bas sekolah (bas sekolah taw, melampau perbandingan akak di situ). Cer tengok, bulu Milo tu. Ada yang naik ke atas, ada yang kebarat, ke selatan bagai. Dah rupe kusut masai je Milo ni. Hahahaha. Sangatlah tak semenggahnya. Air liur pulak tu tak reti nak control si Moli ni, ada jugak tempat yang selebet basah terlebih kat badan Milo tu. Macam tu lah kalau pakai kuli free. Hehehehe.