Pages

Sunday 16 September 2012

Demam jugaaaaak....

 

 

Assalamualaikum.....

Lamanya akak menyepi kali ni. Tak dak berita lansung. Terkeluar terus dari radar.

Mintak mahaaaaaplah ya. Akak demam sebenarnya. Mulanya Farah yang tak sihat hari sabtu minggu lepas. Lepas tu hari Ahad hantar dia balik Palam. Sebelum balik, dah tanya bebetul, okey ke tak? Dia cakap dah okey.

Tetiba hari Isnin tu dah pucat2 muka masa lecture. Siap lemah badan sampai nak pergi klinik pun tak larat. Temperature memang tinggilah masa tu. Lalu akak dan suami pun pecutlah ke sana dan bawak dia balik setelah doktor kat Palam tu bagi mc 2 hari kat dia.

Daaaaaan esoknya giliran akak dan Arif pulak menggigil2 sampai pucat2 muka. Demam. Sangat luarbiasa demam kali ni. Seluruh badan macam baru habis wrestling seround dua dgn pompuan badan ketak2 macam lelaki tu. Nak tarik nafas pun sakit satu badan. Mencungap2 je rasanya. Kadang2 takut jugak kalau dah nak habis umur  ke kan. Amal ibadat pun tak banyak mana.

Masa tu zikir panjang2 pun tak lepas. Hanya Allah...Allah je yang dapat. Macam tu lah dalam dua hari tu. Tak kebah2. Setiap 3 jam, temperature naik melampau. Masuk hari ketiga barulah berpeluh sikit bila makan ubat. 2 hari sebelum tu, ubat tu macam tak de makna langsung. Macam makan gula2 je pulak. Alahaiii.. Tapi itulah. Ubat tu hanya ikhtiar. Kalau Allah tak izinkan, tak de pun ubat tu jadi penawar, kan.

 

061

Inilah dia sebahagian ikhtiar akak. Alhamdulillah ada jugak nampak ciri2 nak sembuh tu. Walaupun lambaaaaat sangat dari biasa. Batuk ni je nampaknya yang sangat degil nak tinggalkan akak. Dahlah tu kan. Tak boleh nak komplen lebih2. Nanti fail pulak exam ni. Lepas ni akak nak try madu dengan lemon. Kalau tak jalan jugak nak embunkan pulak air rebusan beras dgn gula batu, semalaman kat balcony tu. Mudah2an sembuh.

Tima kasihlah pada yang sudi singgah tanya khabar akak. Sayang sangat pada adik2 akak ni tau. (you know who you are, my darling sisters. Semoga Allah beri rahmat pada kalian sentiasa. Amin)

 

 

055

Tima kasih jugak pada Atuk Milo. Sebab niat nak menolong updet blog tu ada. Cuma idea nak berciter tu tak datang2.

 

 

058

Penyudahnyaaa.....dia lelap depan laptop. Tak pa lah Milo. InsyaAllah peminat2 Milo tak lupa kat Milo walaupun lama sangat blog ni sunyi sepi. Hihihi. Takut hilang peminat konooonn. Hang sapa? Retis fofular? 

29 comments:

Dinas Aldi said...

Akak, risau tau saya seminggu ni, fikir macam2. Alhamdulillah dah ada kabar akak ni haa. Tak payah blogwalk dulu, jaga kesihatan diri, itu lebih penting. Saya doakan semoga akak akan terus pulih, rehat betul2, ok.

Atuk Milo, kalau tolong update tu, citernya bior senonoh na, hehe..

fadz said...

hi kak aidah,
miss u so much.. alahai kesiannya demam... fadz pun baru je sembuh dari demam.. seminggu gak laa demam panas + batuk... may u get well soon.. kesian atuk milo.. dia pun sedih je kak aidah n family sakit2... hope u n all ur family will be in pink of health :)

mama maman aka yana said...

akak... sejibik style demam kit a... hehe.. hazab to kit a sabar Jew... nih pun Ada sakit2 sikit LG... huh

Acik Erna said...

Assalam Aidah..Alhamdulillah..dah sihat..acik pun tertanyo tanyo yo mano poie Aidah ni..lom ponah lamo bona tak do cerito baru..nak tanyo tak tau tau mano dan dirabo an..no.talipun pun tak..email pun tak do..Alhamdulillah..banyak minum air yo aidah..bia copek lari e sumo ponyakit tu.jago diri ..jago kosihatan yo

fird@Station said...

cepat baik ye kak :)

zard said...

Hi Aidah,
Kami doakan Aidah cepat2 sembuh. Tentang batuk yang tak mahu kurang tu, cuba Aidah makan ubat batuk Hurix Gamat & Madu insya Allah kurang. Itu pun my friend yang syorkan masa saya batuk ala2 batuk kokol..alhamdullilah kurang.

Hugs and kisses to Milo & anak2 :)

makchaq said...

Alhamdulillah dah sembuh..
Tengok update bakal besan (bakal mak mertua atuk Milo) pun deman sekeluarga...memang kuat jodoh tu..

Kalalau deman biasa tak pe la, takut denggi ke hapa kan.. Anak makchaq tahun lepas demam macam ni la, panas cepat naik.. Makan ubat pun tak lut.. Lepas tu bila panas dah mula kurang sikit, badan naik lebam2... Rupanya denggi berdarah....kritikal jugak, masuk hospital seminggu. Alhamdulillah x jadi apa2..

Sian atuk Milo..dah tua2 idea slow nak datang.. Tapi niat baik tu dah kira la tu...

Bonda Ryan said...

miss u kak ida..akhirnya dapat gak tgk atok n baca celoteh kak ida yang mmg buat tegang urat perut. Ilmu kak ida tak perabih turun lagik kat milo kot..tuh pasal idea dia tak mai2..adeh!! cubaan yang bagus lah milo even pastu awok lolap kat depan lappy tuh :P

tunfatimah said...

As salams Aidah....dah agak mesti ada yg tak kene ni...lama sgt u menyepi.....mudah2an sembuh spt sedia kala....klu 1 family kene mmg la parah.....mmg rindu sgt2 dgn u n anak2 bulus tu....u all take care, insyaAllah, i will tlg doakan sama....

Dils said...

Semoga akak sekeluarga cepat sihat. Amin.

Deddi Milo tak keruan la tu tengok laptop pikirkam hurup mana nak kena type. Tahu jawi je kut

Nini D.. said...

Demam kitaorg kat sini dah berjangkit pada akak ke? Aduiiiiii...moga cepat sembuh kak.nini kat sini masih lagik bercinta dengan batuk.sesi muntah dahberansur ok.harapnya cepatlah badan ni segar kembalj.take care kak.

So Shy Lady (SSL) said...

salam kak. i miss u!!!! mcm2 ujian mlanda lenkali ssl citer ok. ank2 pon rindu kat milo n moli tau

take care kak. sy doakn akk cpat smbuh

Nota Cikgu Anum said...

get well soon dear..

Aidah said...

Dinas,
Akak pun rasa mesti dinas risau sebab memang tak dapat langsung pergi jengah dinas atau blog lain. Lemah sangat badan. Thanks dik kerana selalu ambil berat hal akak. Sangat2 menghargainya.

Aidah said...

Fadz,
Memang musim agaknya kan. Di sana sini akak tengok org updet pasal demam. Ada jugak yang masuk sepital. Alhamdulillah akak dah ok sikit. Thanx, Fadz.

Aidah said...

zard,
Lepas je saya baca komen zard ni terus mintak tolong en.suami belikan Hurix tu. Alhamdulillah, dgn izinNya saya serasi jugak dgn ubat tu. Bolehlah tidur malamnya tu. Terima kasih banyak2, zard. Hanya Allah dapat membalas.

Aidah said...

Mak chaq,
Itulah kan. Nini pun demam jugak. Memang musim demam raya ni agaknya. Tapi kira teruk jugak kali ni. Hari tu kakak saya pun dah tanya, ada tak timbul bintik2 kat badan. Sbb dia pun bimbang denggi jugak. Alhamdulillah bukan denggi tapi dia kata viral fever.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Milo tu eksen je lebih. Kalau akak tak on laptop, siap dia boleh tidur atas laptop tu. Macam badan dia ringan. Bila dah on laptop, blur pulak dia. Ingatkan pandai sangat nak updet. Kihkihkih.

Aidah said...

tun fatimah,
Alaikumsalam tun. Fuhh..dasat kali ni demam ni, tun. Lemah betul badan. Sejak dah berumur ni memang payah betul nak recover. Yang buat i saspen tu, bila terlampau panas i rasa macam nak pass out. Nyaris masuk hospital. Alhamdulillah Allah beri peluang lagi pada i utk tambah ibadat lagi. Terima kasih atas doa, tun.

Aidah said...

fird,
Thanx fird. Akak dah beransur pulih. Cuma pelan2 kayuh macam dinas dulu jugak.

Aidah said...

dils,
Terimakasih atas doa, dik. But you take care of yourself dan baby tau. Sekarang ni musim demam. Amik vitamins okey.
Ha ah kan. Ya tak ya jugak. Mungkin dia nak cari huruf jawi agaknya. Hihihi.

Aidah said...

Nini,
Itulah kan. Demam pun nak berjanji jugak. Hihihi. Kesian akak dgn nini. Nak tolong tapi tak tahu camana. Banyakkan rehat, dik. Tak payah jengah akak pun tak pa. Akak sentiasa doakan nini dan semuanya dalam lindungan Allah dan sihat selalu. Amin.

Aidah said...

SSL,
Akak selalu teringatkan SSL dan anak2 esp si adik yang mata bulat tu. Hehehe. Ujian dari Dia Yang sangat menyayangi kita. Sabar ya, dik. Semoga Dia beri kekuatan pada SSL menghadapi segala ujian. Amin.

Aidah said...

Nota Cikgu Anum,
Lamanya saya tak dengar khabar cikgu. Kadang2 risau pulak hati. Cuma mampu saya berdoa agar cikgu sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Thanx cikgu. Btw macamana dgn anak2 bulus tu. Dah besar ke?

Aidah said...

Mama maman,
Tengoklah efek demam akak. Komen pun berterabur je akak jawab. Semoga cepat sembuh, dik.

Aidah said...

Achik,
Alaikumsalam achik. Memang toghuk domam kali ni, achik. Lomah longlai. Molepek ateh katil duo haghi, tak bongka. Timo kasihlah achik, ambik boghat pasa sey ni haa. Sodihlah raso e...

Iz said...

Get well soon akak. Saya ni pun, semenjak raya haritu macam tak dapat lagi weekend yang bebetul rehat. Dengan kucing demam silih berganti, hadoi letihnya rasa. Doa banyak banyak jangan saya pulak yang demam. Tak sanggup :(

Murni Alfathunnisa said...

Yalah...risau dan tertanya-tanya...mana la pegi nya akak saya ni..sunyi sepi...huhuhu...

betoi tu..yang penting jaga kesihatan diri dulu.

milo jangan pandai2 apdet blog...kalau tak, saya nanti pengsan, sedar dan pengsan semula...haha....

Suara Kalbu said...

Mak oiiiiiiiiiiiiiiii ubat.... akak, cepat sihat tau. Nanti bleh update blog lagi.

Milo mana bleh update blog. Tangan dia besau tak bleh tekan keyboard hihihi