Pages

Tuesday 25 September 2012

Lepas elok demam...

 

 

Assalamualaikum.

Haaaiiiiyaaa! Wa manyiak soli aaa. Itu hali wa nemam kan, sulah baik maa. Alhamdulillah. Tapi wa mau ciakap aa, itu sakit lain ala latang wo. Itu malas punyia lasa lalam hati aa wa cakap lu....manyiak susah wo. Kasi on latop...sulah setingah jiam aa..itu celita tala latang wo. Haiiiyaa. Wa punyia mata lelip2 selupa amoi pagi2 mangun titon aa. Apa maciam?

Hehehe. Kalau korang semua tengok akak cakap ni kan, kompom boleh caya orang cina tau. Tang mata sepet tu yang paling tak tipu punya. Padahal bukan boleh berbahasa cina pun. Bila kazen cakap cina, akak melopong jugak. Yang akak faham sei fan je sebab penting sei fan tu. Maklumlah ajak makan.

Hari ni tak dapat citer panjang2 sebab minggu ni ialah minggu kemas rumah. Baru elok demam kan. Takkan nak pakai cadar lama tu. Kang balik semula demam pulak.  Hari ni baru sudah dalam bilik. Esok2 nak kemas luar pulak. Mintak2 adalah tenaga nak menyudahkan tugas2 ni. Juntaian abuk kat luar tu dah tak semenggah sangat rasanya. Macam krismas tree dah akak tengok kipas kat ruang tamu tu. Yang peliknya kemain melekat lagi tu. Kipas pusing pun dia tak jatuh. Haiiihh..abuk zaman sekarang ni....canggih betul.

 

015

027

Setiap kali akak tukar cadar, kucing2 ni lah yang paling suka. Ini gambar lama ni. Masa ni Milo masih geng lagi dgn kitorang. Sekarang dia dah tak geng lagi. Sentap yang dulu dah membeku dalam hati. Nak bagi cair susah sikit sebab kena rasuah dgn makanan dalam tin. Kalau tak rasuah, dia masam muka je sehari suntuk.

 

077

Kalau nak jumpa latuk ni, kena buat appointment dulu , pastu kena ada sorang khadam angkut dia masuk dalam bilik. Kalau tak kat luar ni je tempat dia membawak diri. Tak de makna nak masuk bilik sendiri macam dulu2. Kaki tu simpan buat pekasam je lah Milo, tak payah guna. Tempat landing dia kat luar tu pun baik punya tau.

 

 

079

Inilah pejabat baru YB Latuk Milo. Habis ditolaknya segala buku2 yang kita letak kat situ. Modem tu pun sikiiiit lagi nak jatuh. Sentap dan tak nak bagi mama online lagilah tu gamaknya. Berjam2 online ibarat kera di alam maya disusukan, kucing di rumah dibiar kelaparan, katanya.

Kelaparan? Cer tengok ukur lilit perut tu, Milo. Laparlah sangat. Lapar rasuah dia ni tau. Kompom pilihanraya lepas ni tak nak undi Milo lagi.

Okeylah akak nak ke dapur. Oleh kerana bizi kemas rumah hari ni, maka menu makan tengahari hanyalah nasi goreng cendawan. Sila pasrah wahai rakyat jelata ya. Hihihi.

19 comments:

Acik Erna said...

assalam Aidah..untunglah ado pembantu peribadi he he..rajin atuk milo nolong tukar kan cadar.
nasi goreng cendawan pun sodap aidah

Iz said...

Berlipar-lipar bawah pipi Milo. Hahaha. Mesti letih kalau nak menyikat tu kak. Saya kalau sikat Sookie, tensionlah jugak sebab badan dia berlipat-lipat. Sikat pun asyik tersangkuttttt je. Sebab jalan tak rata. Hahaha

Aidah said...

Alaikumsalam achik. Tak do makno dio nak tolong, achik. Kadang2 buat onar laiie kek ateh katil sey tu. Hehehe.
Menu paling sonang, nasi goreng.

Aidah said...

Iz,
Akak ingat nak hantar pergi Marie France, bagi tegang sikit kulit yang dah berkedut tu. Hahaha. Shhh... Kang kot buatnya dia dengar, mahu sentap empatploh kali ganda lagi.

Bonda Ryan said...

as salam kak ida...mwahaha!! gelak lu lah, lindu nya wa sama itu latok milo!! best2!! rasa nak dmam dah rindu kamu atok oooiii..takpe milo kan, kaki tuh saja tak moh guna..nnt kotor. Sapa kn jilat?? aiii jugaks!! kata atok ler...kih3!!

Dils said...

Alahai Milo ni. Jeling kat tukang amik gamba ye..

Kadang2 manja sgt rasenye disuakan selalu makanan tin, tapi suke tengok kucing2 ni eksaited.

Dinas Aldi said...

Tang part dia tolak habes semua buku ke bawah sebab dia nak melepak kat situ yg tak bleh tahan tu :D

Aidah said...

Bonda Ryan,
Dia memang malas botul nak guno kaki e tu. Sabar yo lah. Tapiii kalau panggil ke dapur nak amik makanan dalam tin tu, boleh pulak dia terkinja2. Sangat drama...

Aidah said...

Bonda Ryan,
Oppss lupa, alaikumsalam dik.

Aidah said...

Dils,
Kalau akak tak bagi wet food tu dia mogok lapar, dik. Stress akak tengok perangai Milo sejak akhir2 ni. Maka akak turutkan je lah kegedikan dia yang melampau itu.

Aidah said...

Dinas,
Dia memang tak kira, dinas. Nasib baiklah rumah akak ni tak de pasu2 perhiasan pun. Kalau tidak habis pecah. Kot badan tu comel tak pe jugak. Hihihi.
Dinas, jangan risau ya. Akak sentiasa doakan che G segera pulih. Semoga Allah makbulkan doa kita, ya dik.

Dils said...

Saya dulu ade kucing camtu gak. So ape yg saya buat wet food tu saya gaul dgn dry kibbles die. Akak ade try ke camtu?
Kalu tak bangkrap la nak bagi die tin je

Aidah said...

Dils,
Akak dah try buat macam tu tapi dia melengong je dik. Langsung tak di sentuhnya semua makanan tu. Lepas tu dia pergi meroyan cakar2 sofa akak. Macam gangster je lagak Milo sekarang ni. Kesian sofa akak jadi tebusan dia. Tak pe lah, akak bajet satu hari satu paket wetfood je utk dia. Kalau lapar, pandai2 lah dia makan dry food tu. Thanks dik for the advice.

fadz said...

hi kak aidah,
hope u getting better now... wahh bukan main ek si milo tu.. makin eksyen plak dia.. tapi tang perangai suka tolak2 barang tu sama laa macam bocheh kami ni haa... bukan kira apa dah.. habis barang terbalik kalau dia nak dok kat area favourite dia.. tak pasal2 kita plak yg kena ubah barang kita.. chehhh... huhuhu kalau dukung milo hari2.. tu bleh tumbuh muscle.. heheheh :P

zard said...

As salam Aidah,

Alhamdullilah sbb dah sembuh. Ya Rabb.. makin bobot Milo.. ini kucen heavy weight champion ni..kena tunjuk kat Abboud saya, tenguk betapa gebu nya Milo .. hehehe.. keep on writing and take care ye..

makchaq said...

Salam Aidah,

Alhamdulillah dah sembuh..

Orang tua kalau merajuk memang panjaaang... tambah bila merajuk pasa cemburu.. depa ni sensitip sikit..he..he..

Jangan la marah dia nak wet food tu.. bukan apa gigi dah mula longgaq, makan hat keras2 takut luruh pulak semuanya.. nanti kena perli .. atuk..sudah tua... giginya tinggal dua...

tunfatimah said...

As salams Aidah,

Alhamdulillah u dh sihat......mtk2 bila sihat bole la selalu cerita ceriti....heheeee......amboi Milo, kalah YB eh....dh la tembam, action lak tu.....yg 2 ekor bulus kecik tu apa kabar? mesti makin naughty kan....

U take care eh...

Nini D.. said...

nasi goreng cendawan?....
dengar nama pon dah tau lazatnya.....

Murni Alfathunnisa said...

alhamdulillah...dah baik 'lemam'. pelan2 ye kak ngemas rumah tu...janji beres jugak..tak payah macam lipas kudung. susah2 mintak je atuk milo tolong....asik melepak je atuk yb tu..patutnya nak dekat election ni kena rajin turun padang...

tengok atuk milo terus teringat nico..semalam dapat sms adik..bagitau nico hilang...sampai sekarang belum balik rumah lagi.....tengah sedih ni.