Maaf kalau n3 ni sangat panjang. Kiranya ni macam buat bekal seminggu untuk orang yang rajin singgah blog akak. Kalau penat baca, akak mintak maaf awal2 ya.
Assalamualaikum.
Ada jugak rezeki kita jumpa lagi minggu ni kan. Alhamdulillah. Akak bukan nak review felem Afdlin Shauki tu tau. Tapi hari ni akak dah balik KL tapi untuk 3 hari sahaja. Hari ni Arif sekolah setelah diberi cuti Isnin dan Selasa utk bebudak PMR. Hari Khamis pun kena pergi jugak secara sukarela untuk buat kerja PBS dia yang dah tertinggal. Dan hari Jumaat pulak akak kena pergi jemput Farah yang balik cuti first sem. Sementara tu akak nak curi2 sikit masa yang ada untuk kemas rumah yang asyik kena tinggal je sejak akhir2 ni daaaaaan jugak untuk tidurrrrr....kalau boleh.
Mak akak pulak. Hmmm susah nak cakap. Bila akak tanya, dia kata ada improvement tapi bila sakit tu datang kesian sungguh akak tengok. Kadang2 nampak menggigil2 bibir mak tahan sakit. Dan akak perasan setiap hari ada saja lebam baru yang muncul di tempat yang sakit tu. Bila sakit, mak akan mintak kami gosok2 perlahan belakang badan dia. Itulah yang kami mampu tolong. Dan bila digosok sakitnya tu akan reda perlahan2. Kadang2 sampai sejam lebih jugak baru reda sakitnya tu.
Dari minggu lepas, hampir setiap malam, mak akan kejutkan akak tengah2 malam untuk tolong gosok badan dia. Kadang2 akak bergilir dgn Alang jugak. Tapi mengenangkan dia pun bekerja, akak selalu suruh dia tidur je. Bila mak dah lelap barulah akak masuk bilik akak, sambung tidur.
Menjaga mak atau ayah ketika sakit ni memang ada banyak cabaran dan dugaan sebenarnya. Bukan macam dalam drama TV tu kan. Macam bagus je. Orang sakit ni kadang2 cepat marah. Sebabnya syaitan cukup suka pada orang yang sakit. Jadiknya kenalah banyak sabar. Terutama kalau terpaksa pakaikan dia pampers semua. Mak akak sedih jugak bila kena pakai pampers tapi dia pun dah tak larat nak ulang alik bilik air. Kalau akak lambat sikit uruskan dia tu, mulalah dia marah sikit. Sikit je pun. Tapi bila badan dah letih, yang sikit pun rasa macam dah kena cubit dgn mak. Hihihi.
Rutin akak seharian pulak, paginya azan subuh je mak dah mintak uruskan dia. Terhuyung hayang akak berjalan macam orang mabuk je terutamanya kalau baru sejam dua tidur. Lepas mandikan dia dan ambilkan wudhu', mak akan mintak baring dulu sebelum pakai baju. Sakit sangat. Masa ni lah akak bekerja macam video difast forwardkan. Lap badan dia, ambil bedak, ambil krim ruam, sapu belakang dia dgn tiger balm. Kalau dia sakit sangat, kena gosokkan dulu belakang dia tu. Lepas tu bila mak dah boleh duduk, pakaikan baju dan telekung. Sementara dia solat subuh akak akan uruskan diri akak pulak. Selesai mak sembahyang, akak ambilkan Quran nipis yang 1 jilid 1 jus tu untuk dia baca sebelum minum air yang ustaz bagi. Dah selesai semua barulah pakaikan pampers. Masa ni kan mak dah lama sangat duduk. So kalau akak lambat, kena soundlah suruh cepat sikit sebab dia dah sakit sangat. Alah kita pun masa baby dulu suka jugak buat mak stress. Bila mak lambat sikit salin pampers atau bagi minum susu ke, mulalah kita merahang melalak bagai kan. So setakat seminggu kena uruskan mak, silalah bersabar kalau kena sound. Sapa suruh jadi baby banyak songeh masa dulu2.
Masa pakai pampers tu kelakar jugak. Akak belikan pampers yang pakai sarung macam baby punya drypants tu. Senang sikit. Mak akak berdiri kat tepi katil. Akak pulak kena mencangkung sebab mak bukan boleh angkat kaki tinggi. Masa mencangkung ni segala bunyi krrup kraaap keluar. Maklumlah lutut dah tak de minyak. Haaiiihhh..yang tukang uruskan mak ni pun dua kali lima jugak. Kadang2 lepas uruskan mak, akak jalan pun dah terbongkok2 macam nenek kebayan. Tukar watak pulak. Tak sesuai betul. Tapi nak buat camana. Ini pun hanya bakti yang berapa persen je. Tak cukup nak balas segala susu mak, kasih sayang mak, doa mak dan pengorbanan mak selama ini.
Dah siap semua, akak buatkan sarapan dia. Sementara dia makan, akak kemaskan bilik dia. Mak akak ni perfectionist. Masa dia sakit ni lah, bilik kena kemas teratur. Kalau bersepah, lagi bertambah sakitnya. Lagi satu perfume memang kena letak tiap hari. Selama tak sihat ni, dia nak sembur Poison by Christian Dior sahaja. Sebabnya, itulah perfume pertama yang arwah abah hadiahkan untuknya.
Mak akak jamakkan sahaja solatnya jadi tengahari tu sekali lagi uruskan dia di bilik mandi. Dan waktu maghrib sekali lagi. Kalau nak membuang tu kira bonuslah untuk hari tu. Macam Prof Muhaya cakap, semua ni bagai ladang pahala untuk kita. Rajin2lah menanam dan menuai.
Bukan anak2 je yang cuba meringankan sakit mak. Tan Sri wahau pun. Tu kononnya buat pose super cute lah tew. Supaya mak terhibur sikit. Ni baru lepas dimandikan oleh Alang ni. Nampak tak bulu dada dia macam perang2 tu. Puas gosok tapi tak mahu jugak bersih. Pasrah je lah. Tan Sri berbulu dada blond, ko ada? Macam Tan Sri gatal sudah. Hehehe.
Gambar mak yang terbaru. Macam tu lah dia. Baring pun macam tu je yang dia dapat. Nak terlentang tak boleh. Nak baring atas rusuk kanan pun tak boleh sebab yang kanan tu paling sakit dan paling banyak tanda lebam. Tapi tangan tetap pegang perut Wahau. Hehehe.
Pagi tadi pukul 4.30 am akak bertolak balik ke KL. Pukul 3.15 am tu dia kejutkan akak mintak gosok belakang badan dan tukar pampers. Bila akak cium dan usap rambut dia, beritahu akak nak balik KL, mak diam je. Macam sentap pun ya jugak. Tapi akak terpaksa balik KL kejap untuk uruskan anak2. Harap sangat2 mak faham. Dan Ya Allah, tolonglah Ya Allah, permudahkan urusan ibuku ini, permudahkan ibuku sembuh dan tabahkan hatinya dan hati kami juga dalam melalui dugaan ini. Kami redha kerana kami hanyalah hambaMU yang lemah, hamba yang setiap saat memerlukan rahmatMU, Ya Allah, Ya Rabbal'alamin. Amin.
Walaupun untuk tiga hari, tapi akak rasa macam lambat betul waktu berjalan. Airmata pun dah beberapa kali menitis, rindu pada mak. Tadi akak dapat lelap sekejap, itupun mimpi mak bawak kereta bawak kami anak2nya jalan2 macam masa kami kecik2 dulu. Rindunya pada mak, tak sabar nak tunggu weekend.
Terima kasih pada sahabat yang tak putus2 doa untuk mak akak. Sangat bersyukur bila akak ada ramai sahabat baik macam ni. Mohon kalian doakan kami lagi bila berkesempatan ya. Mohon maaf sebab akak tak sempat nak blogwalking sekarang ni. InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi di blog ni minggu depan okey.
Sebelum sign off, nak jugak bagi tahu. Orang tua Milo ni sentap jugak. Terpaksa akak beli bakul tidur dia kat Giant PD. Itu je pun size paling besar. Punuh dan bolat sahaja di dalam itu.
3 beranak jakun yang tak pernah tengok daun pandan. Maklumlah orang Key Ell. Nyampahs orang kampung tengok. Pagi tadi dah berderet2 semula balik KL. Lagi 3 hari berderet2 semula balik kampung. Lama2 pandai pulak kucing akak ni bawak kereta. Hahaha.