Pages

Monday 10 December 2012

Melaka @ Hatten Hotel.

 

 

Mintak mahap ya sebab ni citer dah basi tapi akak tak kira....nak citer jugak.

Kejadiannya ialah bulan lepas. 18 Nov kalau tak silap. Mulanya tak ada perancangan pun nak bercuti tapi atas permintaan mak.....kami turutkan jua. Ececeh...macam bagus je. Padahal bila mak cakap jom bercuti je dah menggeletis masing2. Belum sempat habis ayat jom bercuti ke Melaka, kami dah siap packing barang masuk kete. Melampau tau.

 

108

371

Kami tinggal di Hatten Hotel yang letaknya di sebelah Dataran Pahlawan. Hotel ni baru dibuka kalau tak silap awal tahun ni. Rate masih dalam introduction lagi. Lebih kurang RM250 semalam.

 

 

096

 

098  

Setiap bilik ada 1 katil King size atau 2 Twin size bed. Dan setiap bilik jugak ada living room with 1 sofa dan LCD TV. Dalam bedroom ni pun ada 1 LCD TV jugak. Makanya ada dua TV gitu. Pastu ada partition kat tengah2 tu macam cermin dan boleh ditutup kalau nak privacy lagi.

 

 

101

100

View tingkap pulak ialah Selat Melaka dan kalau pandang kanan sikit lagi ialah orang2 sakit yang tengah makan ubat atau tengah tidur atas katil masing2. Sebab hotel ni berdepan dgn Mahkota Medical Centre. Tapi akak tak pulak tangkap gamba diorang tu. Kang tak pasal2 kena marah.

 

 

145

 

Paling best duduk hotel ni ialah swimming pool dia. Cer tengok kerusi pool tu. Siap letak dalam air lagi. Best kan. Kalau nak baring situ sambil tangan celup2 dalam air pun boleh.

Akak kalau pergi swimming pool memang teringin jugak bawak kerusi masuk dalam air, kan. Tapi kat hotel ni dia dah siap2 buat macam tu. Jangan risau, guard tak marah punya.

 

 

117

103

 

Yang ni pool budak2. Orang besar yang tak boleh berenang boleh jugak berendam kat sini. Cakaplah nak temankan anak mandi kan. Tak de lah segan sangat walaupun dah serupa badak berendam dalam tu. Hahaha.

 

 

133

Budak kecik ni paling susah nak control. Asik nak terjun dalam pool orang dewasa je dia. Macam dah terlebih makan gula je akak tengok. Siap nama sendiri pun dah tak kenal lagi. Kita panggil, Nisya, nisya....dia buat derk je. Nasib baik ada Farah yang rajin melayan.

Okey, bilik best, swimming pool best...apa yang tak best?

 

 

094

Yang ni tak best. Citer dia camni. Masa akak check in tu kan, dahlah dapat bilik selepas pukul 2 petang. Itupun 1 bilik je dia kasi. Yang lagi 2 bilik tu dekat pukul 3.30 baru dapat. Lepas tu bila akak masuk bilik tu, bau hancing kemain kuat. Bukan bau kencing baby tu tau. Ini bau kencing orang besar jenis minum air kencing setan tu. Busuk sangat.

Akak pun panggil housekeeping mintak dia datang bersihkan toilet tu. Lepas tu datang pekerja dia dengan air freshener. Air freshener je?? Macamana pulak akak nak ambik air sembahyang nanti kalau dah tak tahu kawasan mana punca bau hancing tu. Nak tidur pun tak lelap. Menusuk sampai hidung. Lepas tu akak suruh dia cuci toilet tu. Dia buat muka blur dan terus keluar. Tak lama tu supervisor dia datang jengok di living room. Katanya, " Kami dah cuci bathroom ni tadi.

Lepas tu akak cakap, " Okey, tapi cuba you masuk dalam dulu. Bau tak? 

Lepas tu baru dia cakap dgn akak yang bilik air tu memang ada problem dengan plumbing. Bau tu datang dari drain dekat toilet tu. Lepas minta maaf semua, dia cakap dia akan tanya front desk camana nak buat.

Tak lama lepas tu barulah dia bagi akak bilik lain. Alhamdulillah dan terimakasih kerana memahami.

 

362

Makanan buffet okey jugaklah. Yang tak okey ialah staff yang masih kurang pengalaman. Tapi kita maafkan je lah. Maklumlah hotel baru bukak. Tentulah ada kurang sana sini. Hopefully lepas ni Hatten Hotel yang berbintang 4 ni pun datang dgn service yang 4 bintang jugaklah ya. Barulah best.

Okey, esok2 akak citer aktiviti kami kat Melaka pulak ya.

14 comments:

zard said...

aii bau hancing nak bagi hilang dengan air-freshener je.. ecececeh. tapi hotel tu cantik lah Aidah.. ada sekali i duduk kat thistle hotel kat JB..kat bilik air dia ada pokok cendawan dalam 2 rumpun ..pokok dekorasi kot..hahaha

Nini D.. said...

cantik hotelnyer kak....4 bintang eh?
agak2kan...lampu yg kemain cantik bergantung tu...diaorg jual x?..kihkihkih

Dinas Aldi said...

Cun la hotel ni, pool pun best tapi tang hancing tu tak berkenan tu. Ada ka pakai mai semboq2 air freshener ja, mana boleh jadi, cis! Kalau kita yg dok kena cuci sendiri, baik takyah dok hotel, dok kat rumah sendiri ja. Lagipun apa kes kita plak yg nak kena pi cuci bau hancing bekas orang lain tinggai tu, hiyerrr!

Aidah said...

Zard,
Hehehe. Pokok cendawan ya. Cam tulah Na kalau duduk hotel ni. Nasib baik semua okey je. Kalau nasib tak baik, siap ada penunggu lagi. Sereeemm gitu.

Aidah said...

Nini,
Kalau boleh kidnap, dah akak kidnap seketul bawak balik. Tapi memang ada tau yang kidnap mentol lampu kat hotel bawak balik. Akak pernah baca dalam buku. Hehehe.

Aidah said...

Dinas,
Kan. Kalau tak dapat tukar bilik, memang akak ajak asben balik rumah je. Tak pun cari hotel lain. Tak boleh tahan bau dia. First time akak dapat bad experience macam ni. Tapi bilik dia memang cantiklah.

makchaq said...

Klu keluarga kecik macam Aidah memang cukup l bilik ja la kan.. nasib dpt tukar bilik kan.. tak kan nak tahan bau hancing sepanjang malam...

MulutPayau said...

cantik hotel tu..biliknya pun memang ok sangat...
Tapi bab bau hncing tu yg tak tahan...nasib baik boleh tukar bilik...

Aidah said...

Makchaq,
Ha ah. Kalau satu family memang jarang ambil bilik extra tapi bila pergi sama mak dan family kakak, terpaksa ambil 3 bilik. Nasib baik promotional rate.

Aidah said...

Mulutpayau,
Tu lah kan. Semua best kecuali yang tu saja. Tapi akak tetap recommend hotel ni sebab dekat dgn semua attraction yang best di Melaka.

p/s T.kasih singgah dan tinggalkan komen ya, dik.

Bonda Ryan said...

kak aida..part mak bapak berendam kat kolam budak2 tuh as sentap..haha!!, terasa2 pulak..terhiris i tau, kih3!!. cantik hotelnya kak aidah, haa!! kerusi dalam air..owh! itu sangat awesome kalau dapat di cuba. eeerrr...atok milo tak poie ko?

Murni Alfathunnisa said...

pool dia best...waaaa!! rasa nak lepak situ ja...release tension sambil main celup2 kaki tangan dalam air.

kak aidah..i owe u more visit..banyak tertinggai cerita..nanti dah free sikit chek mai baca cerita2 sebelum ni naa...

Aidah said...

Bonda Ryan,
Alahai dik. Mintak mahaplah yo. Akak pun sobona e camtu gak kekdah boghondam. Bukan buleh boghonang pun. Hehehe.
Atuk Milo tingga kek asrama.

Aidah said...

Murni,
Tak pa dik. Take your time. Entry akak ni banyak merapu ja pun, dik. Hehehe.