Pages

Thursday 31 January 2013

Gambar zaman muda.....

 

 

Minggu ni akak kurang sibuk dari minggu lepas. Akak dah jumpa tempat menyorok daun lobak putih tu. So insyaAllah, lepas ni dapatlah bekalan tetap untuk mak.

Oleh kerana itu dapatlah akak menyelak2 album gambar dalam laptop ni. Asiiiik amik gamba pastu masukkan dalam laptop. Jarang betul dapat tengok satu2.

Bila selak2 gambar tu jumpalah gambar bebudak ni masa kecik2.

 

 

015

Moli masa mula2 adopt. Kesian sangat. Dia ni akak jumpa bawah timbunan kayu kat belakang rumah. Orang buang. 4 hari dia mengiau. Yang dengar mak akak pulak tu. Padahal mak akak tu bukan boleh pun turun cari. Bila akak balik kampung wiken tu, akaklah yang pergi cari. Hari kedua cari barulah jumpa. Dah kurus kering dia. Lemah sangat nampak. Agaknya kalau tak jumpa mahu mati kebuluran kat celah2 kayu tu.

 

 

089

Seripah Moli sekarang. Title Seripah baru dianugerahkan oleh mak akak. Kemain diva lagi. Perasan model femes. Pagi2 keje dia tan kan badan kat tepi tingkap. Sekarang ni kalau bawak balik kampung, dah tak campur lagi dgn orang kampung. Lupa daratan gamaknya.

 

 

026 

Si Miki yang berkurap. Ini masa baru amik dari pasar Teluk Kemang. Kes akak kesian tak boleh blah. Mak akak pun pelik. "Manolah lotak e kiut kek kucing tu. Tak paham mak. Apo lak yang bokughap yang kau amik Da? Tak do ko laie yang cantik e kek pasa tu?", kata mak akak. Tapi nak buat camana kan. Dah rezeki Miki dan rezeki akak jugak nak bela dia.

Bil sepital dia ni yang paling tinggi. Makan ratus jugak masa dia kecik2 tu. Muka akak dah muka permanent kat Hospital haiwan UPM tu. Kadang2 sampai dua kali seminggu ne no, ne no....bawak dia pi sepital. 

 

 

043

 

Miki sekarang. Makin cantik hasil dari krim fer and lovely cap hospital UPM. Dah beratus habis, takkan tak cantik kan. Hahaha. Dia ni sekarang kemain mengembang dgn maju jaya. Terutama bahagian punggung. Kadang2 bila jalan laju depan kitorang, nampak punggung je. Tapi ada aku kesah. Tetap jugak makan dan makan. Vacum semua yang ada depan mata. Janji hepi.

 

 

 

P5220635

Ini yang paling kiut. Milo. Dia ni jiran kampung akak Mak cik Nam yang bagi. Mak dia mix siam dan burmese. Adik beradik ada 4 orang. Mak Cik Nam bagi akak sekor. Dari kecik dah tembam.

Lepas 4 tahun akak tak membela kucing, Milo lah yang pertama akak adopt. Masa mula kawen akak ada sekor persian cat. Tapi dia mati kena langgar. Masa tu Farah baru setahun. Lepas tu ada sekor kucing akak adopt. Bobbi namanya. Hilang pulak lepas akak bela dia 3 bulan. Semua ni pengalaman pahit sangat. Berhari2 akak menangis.

Milo ni memang kesayangan betul. Serik takut hilang, jadinya simpan dia dalam rumah sahaja. Nak pergi toilet pun dukung dan ada orang tukang cebok bagai. Kerrlasss sangat. Hehehe. 

 

 

P5220627

Milo 8 tahun kemudian. Masih berdukung untuk ke toilet. Kaki tak pernah jejak tanah. Dobot, sila jangan gelak. Nanti abangmu ini sentap.

 

 

 

116

Kesayangan semua. Pandai amik hati ni. Tapi sekarang sejak tak sihat, dia dah jadi kucing tua yang grumpy. Nak marah je. Sikit2 menyembur, sikit2 ngap orang.

 

 

001

Ini pulak akak masa umur 7 tahun. Saling tak tumpah rupa amoi jiran sebelah. Selalu was2 tentang asal keturunan masa ni. Adik badik pulak suka menyakat...cakap akak ni anak angkatlah, orang buanglah. Akak pulak sensitip sangat. Bila kena marah dgn mak mulalah bungkus baju nak lari. Paling jauh lari pun kat kandang kambing belakang rumah je. Habis tu. Camana nak lari jauh2. Naik bas pun tak reti. Gambar ni amik masa melaram jubah graduation abah. Orang dulu2 suka sangat buat macam ni kan. Konon macam bagi anak tu ada cita2 nak belajar tinggi2lah. Tetiba akak graduate dulu pun pakai jubah hijau jugak. Tapi UPM mari.

Nak tengok gambar akak sekarang?

 

 

                                                                  II

 

                                                                  II

 

                                                                  II

 

                                                                  II

 

                                                                 II

 

 

 

144

Ni haa....gambar akak sekarang. Siap dialog lagi akak bagi, "Errrr, Cikgu Kadimah, boleh tak cikgu siapkan minit mesyuarat PIBG tu. Lepas tu hantar ke bilik saya ya. Errr...cikgu Romli, jadi tak nak bawak budak2 berpeknik di Port Dixon tu minggu ni?" Macam tu lah lebih kurang. Hahaha.

Tah pesal bila tengok gambar ni je teringat watak gurubesar dalam drama swasta tu. Gurubesar konon. Pffttt. Padahal akak ni memerap je kat rumah jadi guru tadika kucing2 tak mesra alam ni. Ada hati nak bawak watak gurubesar. Hahaha.

PEMBERITAHUAN : Sebenarnya rupa akak tak sama pun macam dalam gambar tu. Tang spek tu dengan dabelchin je yang sama. Yang lain semua ke laut. Memang tak boleh buat rujukan pun. Harap maklum.

32 comments:

Irfa said...

akak ni kan..last2 mesti buat saya senyum ;)

kat meja kengkawan semua ada gambar lukisan karikatur ni..rugi saya sbb masa pelukis tu dtg opis..saya takde
huhu

So Shy Lady (SSL) said...

guru tadika kucing2 hehehe klaka akak neh....
rindu akak tau! n kucing2 tu skali

kasihibu said...

alololo...tomei tomie tucin dan tuan tucin masa kekecip (",)

Dinas Aldi said...

Syahdu betoi tengok gambaq perubahan semua meow tu dari dulu sampai sekarang. Jauh beza betoi. Tak bleh tahan baca bab Milo pi toilet pun berdukung bercebok bagai :D

Yg paling comei dah tentulah yg pakai jubah tu & dialog tu kelakar tak hengat, kahkah!

~mrs azmi~ said...

alahai kiut miut je semua... kucing ni kalau bersih memang cantik... tak payah beli kucing rege beribu pun boleh nampak mahal

Aidah said...

Irfa,
Akak malu sebenarnya nak duduk depan pelukis tu, Irfa. Tak tau nak buat muka seposen ke doploh sen. Penyudahnya jadi macam tu.

Aidah said...

SSL,
Akak pun rindu kat SSL dgn anak2 yang comel2 tu. Apa khabar, dik. Terimakasih atas doa. Semoga Allah jua merahmati adik sekeluarga. Amin.

Aidah said...

Kasihibu,
Sama je akak naik dgn kucin2 tu kan. Semakin makmur terutama bab pewut dan punggung.

Aidah said...

Dinas,
Kan. Kejap je dah besar. Dulu muka memasing kemain comot especially Miki. Tak sangka boleh putih muka tu. Hahaha.
Opps...yang pakai jubah tu comel ke? *sipu2* Gurubesar cikgu Romli tu pulak? Hahaha.

Acik Erna said...

Aidah..kok terjumpo kek jusco ko kek somban duo ko..tak konal acik kek aidah do...gambar umo 7 tahun ..he he..kok nampak acik tu..joghit la yo aidah..boleh yo kito bughak2...

NF said...

salam...kak, sy nak tanya sikit...saya ade 3 ekor kucing...1 jantan 2 betina...jantan dgn sekor betina saya baru je lapas kasi kan...then mase kasi tu, dua2 tido klinik...n yang lagi sekor betina yg belum kasi tu tinggal sorang dekat sangkar dia.. siang td saya amik 2 ekor yang kena kasi tu n saya letak sekali dengan yang belum kasi tu (letak mcm biase b4 kena kasi)...then yg belum kasi tu dia macam nyembur dekat 2 ekor tu...kenapa ye?

AnisSyakirah said...

Aunty you are too adorable :) Farah tu, asyik buat cerita tak habis saja dekat blog dia =.='.. The suspenseful reader-Anis

Aidah said...

Acik,
Hahaha. Kelakarlah acik ni. Nak joghit yo. Polik lak kang oghang len nengok e. Apo lak hal pompuan ghupo macam gubosa(nak gurubesar yo) ni tojoghit....buek macam ghumah sendoghi yo. Kahkahkah.
Saya pun teringin jumpo ngan acik ni. Tapi apakan daya omputih cakap, so near yet so far. InsyaAllah acik.

Aidah said...

Evil Witch,
Memang macam tu selalunya dik. Akak saspek sebab bau kucing lain kat klinik tu lekat kat kucing yang tidur kat klinik ni. Dulu2 si Miki tu pun macam tak kenal dgn Moli bila Moli balik klinik. Siap cium2 lepas tu sembur. Tapi bila dah 2 3 hari, insyaAllah okey. Biasanya jadi macam ni kat kucing2 yang ala2 teenagers je. Dgn kucing veteran macam Milo tak pernah jadi pun. Rilek je member tu.
Kalau dah seminggu masih tak kenal, akak sarankan bawak jumpa pakar pemulih ingatan. Hehehe. Gurau je dik. Jangan marah.

Aidah said...

Anis,
Wahhh, I'm so excited to hear from you lah, my dear. Lamaaaaa tak jumpa.
Btw anis, you're the only one who knows what I really look like. Shhhhh...Hehehe. Tak sama ngan gamba last tu kan, kan.
Hmmm...Farah rajin updet sebab dia tahu anis bacalah tu. Kalau tidak nak dapat setahun satu pun susah.

NF said...

ooo...mmg macam tu ye...terima kasih...takut jugak sebab si bubu tu tibe2 je garang dengan 2 ekor tu...saya nak pegang pun dier siap cakar lagi...

tunfatimah said...

as salams AIdah.....lupa nak tanya u dh dpt tak virgin cocunut oil tu? dah seminggu i kot i courier.....

Aidah said...

Evil Witch,
Hope after 2 weeks, okeylah kucing tu ya.

Aidah said...

tun fatimah,
Alaikumsalam tun. I tak dapat lagi. Nak beritahu U tapi tak dak phone no. Masa hari yang U cakap dah hantar tu, I tunggu je the next day dan hari2 seterusnya tapi tak de. Harap2 sampailah nanti.

NF said...

tuh la...tapi...yang bubu tuh kena letak sekali dengan 2 ekor tu ke...sbb sy try letak sekali...si bubu tu mcm nk terkam 2 ekor tu mase dorunk nk turun mkn n buang hajat...so, sy keluarkan bubu tu dr sangkar tu la...until 2 ekor tu dah ok...mcm mane ye? nk biarkan tiga2 sekali ke?

Dils said...

Alahai comelnye Moli masa kecik. Best je kan tengok gamba2 lama. Rase kiut jeewww. Rase nak gegettt.

Puas hati pon ye tengok gamba kecik2 yg punye la teruk keadaan dulu, sekarang dah sihat.

Aidah said...

Evil Witch,
Akak rasa elok letakkan separate dari 2 ekor tu. Slow2 introduce balik, bagi main sama2 sekejap2 dalam 1 hari. Tengok macamana. Bahaya jugak bila dah kes hilang ingatan ni. Nak kata alzheimer, kecik lagi. Hahaha. Kesian bubu. Stress dia.

Aidah said...

Dils,
Betul dik. Akak bila kucing2 ni dah besar mulalah rasa gatal nak adopt lil kitten balik.
Yang paling nampak perubahan mestilah sikurap tu. Boleh buat testimoni ni. Putih melepak dia sekarang. Tapi nak sampai jadi putih tu, teruk jugak berkorban masa dan tenaga. Kena committed betul kan.

zard said...

Aaaaaaaa...comelnya semuaaaa dari purrlings sampai ke puan darlingnya... Yg tak menahan siap ada watak guru besar hahaha.. Aidah, you kalau tinggal dekat dgn rumah kami, I ajak you sama tolong bela my 8 kittens tuuuu.. Now so aktif.. thanks to your du'a for Tuah..Alhamdullillah makin aktif cuma nak bagi dia lagi berisi sikit.. Apa2pun all of you really adorable lh.. :D

Nini D.. said...

oh,...entry nih adalah sangat best!!!...like 100kali like.nasib tak jumpa butang like dalam entry nih..kalo x,..kompem yg ada like 100kali tu nini.

kak,..tak kesahlah double chin ker..spek tebal ker...i tetap sayang you!!!!

makchaq said...

Memang beruntung depa ni dapat mak angkat penyayang dan dan kisah berabis untuk kecantikan anak2nya..

Milo ni makin tua makin wise rupanya.. mas amuda2 nampak biasa2 ja.. bila dah tua macam robert redfort pulak...hehe

Anonymous said...

alolo.. comelnya Milo masa baby, hehehe.. akak pun comel masa 'baby' hehehe.. tulah kalau dah sayang kan, nak berak pun sanggup dukung dan cebokkan. Nasib baik la anak beranak akak semua sanggup buat semua tu, hehehe

Iz said...

wahahaha rasanya saya terkomen pakai akaun kare.malaysia. Sory kak. kui kui

Aidah said...

zard,
Puan gubesar drama swasta pun comel gak ke? Hahaha. Memang betul Na. I ni teringin nak tengok kucing2 U. Syurga dunia....
Alhamdulillah Tuah dah okey. Alhamdulillah jugak because tuannya made the right decision. Selamat membambam kan tuah ya.

Aidah said...

Nini,
Terharu akak dik. Macam menang award pulak tapi award kat blog sendiri je lah. Tapi tadi nampaklah Dobot senyum simpul pasal stetmen atuk tak pernah jejak tanah tu. Nampak tau. Hihihi.

Aidah said...

mak chaq,
Mak chaq, atuk milo kimsalam mmmuahmmmmuah. Dia kata nak belanja makan tuna setin kat mak chaq. Hahaha. Saya pun suka gak robert redford. Zaman sekarang hero semua tak hensem kan, mak chaq.

Aidah said...

Iz,
Iz selalu buat akak terkejut dalam lena tau. Ingat kan sapalah wakil KARE yang baca blog akak yang suam2 kuku ni. Rupanya Iz aka Isma aka KARE. Hahaha.
Anak2 akak dah baca ikrar sebelum adopt kucing 8 tahun lepas. Siap sign aggreement lagi. Sayang punya pasal, Iz.