Pages

Monday 4 February 2013

Menu sedar diri.....

 

 

Last wiken akak balik kampung. Balik kampung membawa cendawan gumbira di dalam kereta. Punyalah payah nak cari shiitake original dari jepun. Balik2 yang cina mali je berlambak kat supermarket. Pergi kedai yang jual cendawan tu amoi tu cakap, " Kita tala impot itu Jepun punya. Manyiak mahai oo. Olang pun tak mau beli ma. Satu kotak ini maciam a, selatut libih! Manyiiiaak mahai."

Aduuoiiyaii amoi. Setiap kali dia stress perkataan 'mahai' tu, ngilu otak. Tapi nak buat camana, dah ubat mak perlukan yang original shiitake dari Jepun. Tak pe....yang penting Allah berkati usaha kami dan jadikan sup tu penawar untuk mak. Amin.

Last2 akak tepon supplier yang hantar shiitake tu kat Isetan. Memula dia tak nak jual sebab katanya bukan polisi syarikat untuk jual pada orang perseorangan. Company dia hanya import barang jepun khas untuk Isetan. Lepas explain penyakit mak semua, alhamdulillah Mr Loh , general manager dia tu setuju. Dapat beli murah lagi dari Isetan. Rezeki. Dan ada rezeki jugak nak belikan untuk Acik 2 bungkus. Alhamdulillah.

Updet mak akak pulak, so far banyak improvement, alhamdulillah. Tapi penyakit dia ni pelik jugak akak tengok. Minggu lepas tetiba timbul bengkak di mata kiri dia tu. Within two days, dah separuh muka dia bengkak. Mulut dia pun senget. Menangis akak dgn Alang. Tapi taklah menangis depan dia. Kami menangis sama2 dalam tepon. Tetiba je masing2 diam lepas tu dah teresak2 pulak berdua beradik.

Last wiken akak balik tengok semua dah okey. bengkak pun dah surut. Cuma yang kat leher tu ambik masa sikit. InsyaAllah mak, insyaAllah penyakit mak ini akan pergi.

Dan biasalah mak akak. Dia yang sakit tapi dia yang risaukan kesihatan akak. Siap suruh akak minum sup tu jugak tiap2 hari. Akak pulak dah bertambah makmur badan. Logiklah lutut pun mengeluh nak membawak sebongkah badan tiap hari kan. Itu yang keluar sound efek seram lutut setiap kali akak berjalan. Meraung menjerit semualah silutut. Bilalah tuan aku yang sangat membongkah ni nak turunkan berat badan.

 

003

Jadi menu hari ni ialah sup sayur + cindawan + kitam. Segala macam cindawan akak letak dalam tu. Termasuk cendawan shiitake yang akak dah buat sup Tateishi tu. Airnya diminum dan shitake tu dikutip dan masukkan dalam sup sayur. Takkan nak buang kan. Dahlah manyiiiaak mahai.

 

 

009

Si polan yang manyiiaaaak mahai katanya. Kat Isetan jual sebungkus RM38.00. Kat supplier tu dia jual RM30 saja.

 

 

 

008

 

Ini pulak enoki mushroom. Sedap...kenyal2 rasanya. Letak dalam megi pun best.

 

 

 

007

Ini pun akak letak dalam sup sayur tu jugak. Nama tak pasti pulak apa dia. Tapi mak akak kata cendawan Uteh. Bukan putih tau. UTEH.

 

 

035

Sebaaaaab mak akak kata cendawan tu rupa budak ni. Gewwwwammmm. Rasa nak geget je dia ni. Bam bam sangat sekarang ni.

 

 

004

Begitulah kekdah menu sedar diri akak. Maklumlah sekarang ni ukur jalan kat sopin kompeleks pun dah mengah. Orang lain mengah, tapi lepas 9 bulan ada jugak hasilnya. Akak pulak? Mengah tapi yillek, boliau. Perut je makin kedepan. Acaner tu?

 

 

041

Semoga kesedaranmu bersifat istiqomah, kata Lebai Saguah. Iyolaaah lobai.....

11 comments:

Acik Erna said...

assalam Aidah..he he..acik yo yang lambek bona nak soda diri..walaupun lutut dah mintak ampun tak tedayo bawak boban laie..tapi minta maaf yo la kek lutut ngan tumit acik ni Aidah..malam2 acik sapu an minyak
amboi..bulat e mato putih ni nebgok kamera he he..aidah kalau gomoi siputih ni tak do ko yang jeles aidah

Acik Erna said...

asek bebel lupo lak..acik harap dengan usaha aidah ni..mak aidah copek baik yo aidah..

Aidah said...

Acik,
Malam ni kang, sayo pun nak mintak maaf kek lutut. Siap yo lah minyak ughut. Haha.
Kojap yo sayo ni soda acik. Ontah2 haghi ni yo. Esok2 balik bolomak.
Terimakasih atas doa, acik. Acik, kalau acik minum sup tu, ikut botul2 macam dalam blog happyhomemaker88 yang saya bagi link tu ya. Lagi satu sayo nak posan, nanti acik akan ghaso sakit kek tompek yang ado masalah tu. Tapi dalam 2 3 haghilah. Lopeh tu, insyaAllah ok.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah keadaan mak kak Aidah bertambah baik. Semoga dgn usaha berterusan minum sup tu, akan bertambah baik lagi kesihatan dia. Saya dah baca Acik cerita pasal Milo dalam kereta tu, kihkih..

Aidah said...

Dinas,
Akak memang saspens minggu lepas tu, dinas. Tu sebab akak emel dinas jugak. Takut betul akak mengenangkan kesihatan mak tetiba jadi teruk pulak. Alhamdulillah sekarang bengkak kat mata tu surut. Terimakasih atas doa, dinas.
Hahaha. Acik memang kelakar.

Nini D.. said...

Hahaha...mujur lebai saguah aje yg bg tazkirah.kalo latuk wahau join sama,sama2 kita fitam kak.kehkehkeh..

Nini pon dah semakin makmur kak.seluar tracksuit sumer sangkut bila lalu kat perot.makanya terpaksalah loan seluar 3suku boypren tu utk pakai kat umah.tp jgn hrplah dia nk kasik nini pinjam yg cun2...tang getah pinggang yg longgar jo dio bg pinjam..!!!!!

fird@Station said...

mohon mak akak beransur pulih dengan izinNya.

... tapi kak, serius tak tahan gelak tetiba terjengul gambar lebai saguah tu. macam kena aje dialog dengan muka dia tu, hehe. akak ni ada bakat tulis skrip drama le. kelaka...

Suara Kalbu said...

HUhuhuhuhuhuhu...sedapnya sup-sup dalam gambar ni. Antar sini sikit kak :-)

tunfatimah said...

As salams Aidah,

I pun dh cek dgn pos laju....they all ni mmg...bole dikatanya tuan rumah refuse nak amik the package....aduss....terkedu i dengar....br ingat kang nak btau u...tup2 u dh btau. Sorry aidah ...sian u nak kene p pej pos kajang....nxt time pki swasta punya courier....tak de nyusah kan pun...kita cuba je....mudah2an bole membantu Mak u....klu u tak dpt...u let me know eh...

~mrs azmi~ said...

sedapnya sup tu.. meleleh air liur.. dasar die hard fans cendawan..

Murni Alfathunnisa said...

alhamdulillah bengkak tu dah surut kan kak...cendawan jadi penawar.

nasib baik la GM tu ada budi bicara jugak nak menolong kan..

enoki tu memang sedap letak dalam megi...kadang-kadang masuk dalam tomyam...sedapppp.

akak...take care naa..