Pages

Friday, 15 February 2013

Aktiviti saya di cuti CNY yang lalu.

 

Dalam banyak2 tajuk esei, yang ni paling senang. Hehehe.

 

 

Haaaaiiiiiihhhhh....mengeluh kejap. Bukan apa. Cuti ni rasa singkat sangat. Tak cukup. Akak balik kampung hari sabtu minggu lepas. Hari makan besar untuk orang cina. Jalan punyalah jem. Pukul 8 pagi tu dah jem dari memorial cina yang kat Nilai tu sampailah Seremban. Lalu asben akak terus melencong ke simpang KLIA. Naik kapalterbang sampai Teluk Kemang. Hahaha. You wish! Tak de maknanya. Ikut jalan alternatif sepang-lukut-pd. Elok lengang je tapi jauh sikitlah.

Pastu selama 4 hari duduk kampung, akak memerap je kat rumah mak atas bukit tu. Tak turun2. Jem teruk. Dari Teluk Kemang ke PD makan 2 jam. Pergi balik dah 4 jam. Ya ampun. Tok sah carik pasal.

Mak akak pun on off je sakitnya. Macam2 ikhtiar dah kami cuba. Yang terbaru ni macam ada tanda positif. Alhamdulillah.

Lepas tu pulak hari Selasa akak dah balik KL. Best wo KL time cuti ni. Jalan sunyi sepi. Selalu Mines ni mana nak dapat tengok jalan lengang. Masa akak balik tu, ada 2 kereta je kat traffic light. Siap boleh nampak sampah atas jalan.

Dah balik KL sibuk pulak dgn urusan tertangguh di sana sini. Hari ni baru duduk rumah. Dahlah akak demam dari hari Sabtu tu sampai hari Isnin. Batuk menjadi2. Dah elok batuk sakit tengkuk menyerang kembali. Dah mengeras je dari tengkuk sampai ke bahu ni haa. Hadoi. Tapi tetap alhamdulillah. Allah bagi dugaan maknanya Dia sayang. Takkan nak tolak kasih sayang Allah kan. 

Kekucing pulak. On the way balik dari kampung hari selasa tu, 2 ekor telah membuang dgn berjemaah dalam kete. Sekor kat stesyen minyak. Sekor lagi kat RnR. Hadoi darab ampatploh!! Yang buat hal......... si Seripah Moli dan atuk Milo. Rupanya atuk tu tak sedap perut. Mencherry berri je dia sampai semalam. Hari ni nampak dah okey sikit.

Oleh kerana akak sakit tengkuk jadinya terpaksalah slow down sikit dgn blogging ni termasuk bw. Sebeluk akak sign off, ada video sikit untuk semua. Sebab dia ni sekor je yang tak buat hal jadi kita bagi dia starring role okey.  

 

 

Masa memula dia buat camni, saspen jugak. Ingat kot nak membuang ke kan. Rupanya memang sipelik ni aktiviti masa lapang dia ialah menggali di mana2. Elok bawak carik harta karun ni. Lumayan. Oh ya, sila layan juga lagu feveret akak di background tu ya.

Okey, sampai jumpa lagi.

15 comments:

Murni Alfathunnisa said...

hehehe....teruk benor dia menggali...lawak pun ada! milo n moli silap makan kah..?

akak..bawak2 la berehat..jaga kesihatan diri. doa saya bersama akak dan mak akak..mudah2an sembuh seperti sediakala.

Dinas Aldi said...

Kihkihkih tak bleh tahan tengok dia dok menggali tu, adoyai! Sampai bila nak sudah tu :D

Saya doakan semoga akak cepat sembuh ya. Kalau bab trefik jem ni memangla, kat Penang kalau musim CNY, lebih baik takyah masuk pulau, tempat yg biasanya 20 minit boleh jadi 2 jam atau lebih.

NurNiezzaRiena said...

Lagu kegemaran akak sungguh romantik..

Bonda Ryan said...

usaha tangga kejayaan yer kak ida..hik3!! .semoga akk cepat sembuh dari semua penyakit yg datang. kasih sayang Allah swt datang dari pelbagai cara kan..alhamdulillah. kak..cer try bg mak akk makan b17 punya vitamin.bagus vitamin nih,untuk pertahanan tubuh.insyaAllah.semoga akk dan mak akk kedua2nya di bawah rahmat Allah swt hendaknya.

Nini D.. said...

Allah...jenuh menggali tapi xde hasil.meh dtg umah acik meh.byk kawasan lombong nak suh gali..hehehehehe


moga cpt baik sakit leher tu kak..nini dah start sakit tang ari-ari skrng nih.part nak membongkok tu mmg hazab!

~mrs azmi~ said...

seram bila stuck dalam jam.. nak-nak masa tu lampu tank minyak dah kelip2 mintak isi.. rela cari jalan jauh... biar jauh tapi hati tak sakit! hihi..

moga akak cepat sihat ye.. bila cuti2 ni anak bulus tu sume tak sporting langsung tgk mama cuti. pagi2 semua berkungfu atas katil.. T___T

Nieda ramly said...

Selalu prektis gali2 nati senang naj membuang

Nota Cikgu Anum said...

ni boleh suruh gali cendawan truffle

zaity zaliza said...

As Salam kak. Semoga mak akak semakin sehat.
Kak ada slip disc kat leher ke? or cuma spasm kat bahu tu.
Saya ada dua2 skali. tiap bulan apointment kat spital kerajaan. Yg spasm tu memang kalau salah gaya akan terasalah kesakitan nya. yg disc tu kalau menguap lelebeh macam nak cram rasa urat kat leher.
Semoga akak cepat sehat ye.

Isma said...

Hahaha saya syak bantal tu dia rasa busuk kot haha.. maybe dia ingat dia berak kat situ so cuba nak kambus. wahahahaha

makchaq said...

Itu untungnya menahan ber...dalam kete.. dpat jadi superstar...
tapi apa punya pengarah la ni... suruh galiiii lagi dan lagi..... lotih.....

Semoga Aidah cepat sembuh...

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah. Saya doakan semoga semuanya baik2 saja di sana..

tunfatimah said...

As salams,

Aidah, u ok ke? how's yr Mum n things? Hopefully semua2 ok....

kakinakl.com said...

as salam

semuga ibu kamu cepat sembuh

tak suka gak gi jejalan cuti panjang camni..tension jalan jem yang amat..seksa duk dlm keta..tambah tension bila rasa nak buang air besar...:(

Mak Wardah said...

Salam kenal. Apa yg digali bersungguh2 tu?