Pages

Friday, 1 March 2013

Nak pinjam.......

 

 

Assalamualaikum. Mintak maaf sebab lama tak updet. Entah mana nak mula citer......

Banyak yang terjadi. Allah sedang menguji kami sekeluarga dengan ujian yang hebat kali ni. Bukan sedikit. Adakala rasa macam nak tersungkur je tapi akak kuatkan kaki balik untuk berjalan terus ke hadapan.

Buat masa ni akak berulang alik PD-KL. Merempit tiap pukul 4 pagi. Malas nak fikir power bateri yang tinggal dalam badan akak ni. Husband tak boleh bawak kete malam2 sebab dia kurang nampak. Alhamdulillah akak masih kekal berdiri walau dilanda seribu satu macam masalah.

Kawan2. Itulah saja yang selalu cajkan bateri dalam badan akak. Semua yang sering beri semangat pada akak. Kawan2. Baik di alam blog mahupun di luar.Itu saja yang akak ada di samping Allah yang akak serahkan diri sepenuhnya setiap kali solat. Terasa dipeluk olehNYA setiap kali sujud.

Kawan2 akak semua yang paling akak sayang. Akak nak pinjam semangat dan kekuatan, boleh tak? Semoga kekuatan kamu semua boleh jadi bekalan semangat untuk akak meneruskan perjuangan untuk terus kekal berdiri demi mak dan Alang. Doakan kami ya.

Akak jugak nak mintak maaf kalau akak ada berdosa dengan kalian semua. Manalah tahu ada dosa yang tak sedar akak lakukan. Maafkan akak ya.

Kalau ada kesempatan, akak akan menulis semula. Maaf jugak sebab tak sempat ziarah blog yang selalu akak ziarah. Rindu sebenarnya. Semoga ada rezeki untuk kita jumpa lagi.

 

 

038 2 beradik lain mak lain ayah yang turut sama merempit setiap 4 pagi dari PD ke KL. Atuk? Dia tunggu rumah dengan uwan. Orang tua dah tak larat nak merempit. Hehehe.

13 comments:

Acik Erna said...

Assalam Aidah.lega acik bil aidah muncul disini..kuatkan semangat..insyaallah tuhar bersama aidah..kawan2 juga turut sama mendoakan aidah dan keluarga..jangan lupa sms acik ye..no phone tak dapat cari dalam phone lama tu

tunfatimah said...

as salams.....

Whatever it is....kuatkan hati, cekalkan semangat....kami ni mampu tolong berdoa agar suma dipermudahkan....tp if anything that u rasa need a hand do share....in sya Allah klu mampu bole sama2 kongsi masalah ....take care ye

Wan said...

AsSalam sis Aidah..semoga dipermudahkanNya dalam segala urusan, Ameen. Saya sedih kerana sis sedang menghadapai masa2 susah :(. Semoga dapat bertahan lagi.

fatiha mazlam said...

Semoga Allah sentiasa lindungi akak sekeluarga dan diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan ini. Mudah mudahan emak akak akan cepat sembuh. Amin.

Nota Cikgu Anum said...

semoga Allah permudahkan segala nya buat Aidah

Dinas Aldi said...

Takpa kak Aidah, keluarga lebih penting dari blog. Akak konsentret pada apa yg lebih penting dulu. Blog boleh tunggu. Kami semua doakan kak Aidah ya. Take care kak.

Tihara said...

moga semuanya dimudahkan urusan oleh Nya..insha Allah, kuatkan semangat :)

Murni Alfathunnisa said...

bertabah ya kak aidah...hope for the best. mudah2an semuanya akan pulih seperti biasa. kesihatan diri jangan dilupa..kami kat sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik utk akak sekeluarga...go go bebeh..kakak saya kuat!

muslimah rempit said...

Semoga Allah memudahkan segala urusan dan moga-moga Allah memberikan kesihatan yng baik dalam mengharungi ujian yang kecil ini....

Selamat merempit dan semoga jaga diri selalu...

Bonda Ryan said...

As salam kak aidah. saya doakan yang baik2 sahaja singgah dalam kehidupan akk sekeluaga. Semoga perjalanan akak yang masih jauh diberkati serta dirahmati hendaknya. Allah swt menguji kerana kasih sayangNYA pada kita. Akak jangan pernah mengalah, kerana sebagai orang islam..Al Quran sudah cukup jelas sebagai pembimbing kita. Teruskan melangkah dan percaya bahawa semua perkara yang berlaku punya hikmah yang lebih baik dari hari ini. Rindu akak kat blog saya...:(

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

kak, bertabahlah yer.. Allah sentiasa bersama2 dengan akak. Sbb Dia sayang akak, dia uji akak sekeluarga.

Semoga dipermudahkan semua urusan akak. Amin

Izzy Pets said...

Sabar kak. Saya rasa thn 2013 ni ramai betul orang2 yg saya kena, diberi ujian Allah. termasuk la diri saya sendiri yang teruji sejak tahun lepas lagi. Pastu mulakan tahun 2013 dengan kematian Kiko lagi. Malam tadi tengok gambar kenangan terakhir dia dengan kami, menangis sorang-sorang :(

Apa pun saya harap akak kuat. Kalau nak bandingkan saya dgn akak, ujian akak terima lagi berat :(

suw said...

take care kak.. semoga selamat semuanya :)