Pages

Wednesday, 27 March 2013

Mak, let's fight it together.

 

 

Assalamualaikum. Lama jugak nak kembali menulis. Antara rutin harian yang sibuk, akak selitkan jugak sedikit masa untuk memblog.

Sebelum apa2, akak nak mintak maaf pada segala komen yang akak tak sempat jawab. Akak sayang sangat pada semua yang tak putus2 mengirim doa dan kata2 semangat. Sungguh....sungguh akak cakap, kata2 semangat tu memberi akak keceriaan setiap hari. Terima kasih sangat pada semua.

Mak.....kadang2 dia ok. Tapi bila dia tak ok, mandi, pakaikan baju, sikat rambut, bubuh bedak......semua akak buatkan untuk dia. Makan juga perlu disuap. Tapi selera makan mak sejak akhir2 ni merudum sangat. Satu hari boleh kira dgn sebelah tangan berapa suap nasi yang masuk dalam perutnya. Semalam dia teringin makan satay. Bila dibeli 3 cucuk je yang dia makan. Tak apalah....at least ada jugak nasi impit masuk sekali.

Result biopsi mak akak dah keluar. Setelah lebih seminggu......siap dapat call lagi sebelum tu. Katanya kanser mak akak tu kompleks sikit. Kena buat lagi 5 markers baru boleh determine what type of cancer it is. Dan diagnosa nya ialah Diffuse Large B cell Tonsillar lymphoma. Sejenis non-Hodgkin lymphoma dan memang sangat agresif. Patutlah within 2 months, ketumbuhan di leher mak menjadi2 besarnya.

Innalilahi wainna lillahi ro ji 'un. Allah nak menduga.........kami redho. Siapalah kami ni, hanya hamba yang dipinjamkan segala kebahagiaan, kesihatan dan segala2nya. Semuanya milik Allah. Bila Dia kata nak ambil balik, itu hak Allah. Semoga Allah terus merahmati kami dgn kesabaran dan keimanan yang tak berbelah bahagi padaNya.

 

017

Rutin mak setiap pukul 9.30 pagi, kalau kesihatan mengizinkan.....duduk di balcony untuk cahaya matahari pagi. Sambil2 tu hirup oksigen sebanyak yang boleh sebab sel kanser memang lemas dgn oksigen yang banyak.

 

 

003  

Hari-hari yang kesihatan sangat baik pulak, ke suming pul kitaaaa! Tapi pagi2lah masa sotong2 kurita masih diulit mimpi. Hehehe.

Macam tu lah rutin mak akak. Akak pulak. Hmmm...banyaaaaak sangat dugaannya. Boleh caya tak dalam masa 3 minggu, 2 kali tayar kete pancit.

 

094

 

Mula2 kejadian, sebelah kiri belakang. Lepas tu sebelah kanan belakang. Dua2nya sebab paku. Adoouiiyaiii. Di saat2 kewangan tengah perit. Menangis jugaklah. Husband akak pulak masih tak berhasil dalam pencarian kejenya. Umur pun dah nak masuk 60 kan. Peluang pun makin tipis. Mohon Allah beri kami rezeki agar salah sorang antara kami dapat keje tak lama lagi. Tapi tu lah, kalau akak bekerja, sape pulak nak jaga mak. Kami memang tak de bibik. Tapi tak pe, itu kita fikir kendian.

Sekarang ni, kita sama2 lawan itu kanser jahat. Sesi chemo mak akan dibuat di HUKM. Tak tahu bila mula. Sementara tu akak kena persiapkan mak dan diri akak sendiri agar kami kuat.

Oh ya, tak sah kalau tak citer pasal gossip hangat kat rumah akak ni.

 

 

001   

Cinta 3 segi. Si Uteh ni memang kasanova terhangat. Dua2 dia mau. Peah nak, minah pun dia nak. Last2 si Peah dan minah ni macam perang dingin pulak sekarang ni. Kalau angin baik bolehlah gurau. Tiba angin puting beliung mari, bercakaran dua beradik lain mak lain bapak ni.

Okeylah itu je setakat ni. Ada masa kalu, akak write lagi yek. Salam rinduuuuu pada semua.

16 comments:

Acik Erna said...

assalam aidah..nak tulis..pun tak tau apa..hanya aidah aja yang tu perasaan tu kan..

Aidah said...

Acik Erna,
Alaikumsalam acik. Tak pe acik. Acik jengah blog saya ni pun dah cukup. Saya sangat bersyukur ada sahabat macam acik ni. Alhamdulillah.

makchaq said...

Salam Aidah
Makchaq doakan dipermudahkan segala urusan untuk Aidah sekeluarga.. dimurahkan rezeki dan mak Aidah diringankan bebanan sakitnya..

EviL WiTcH said...

semoga akak tabah..insyaallah akan datang segalanya akan pulih...kita doa je la...

Dinas Aldi said...

Semoga semua urusan kak Aidah sekeluarga dipermudahkan olehNya. Doa saya sentiasa bersama akak..

Nini D.. said...

Ya Allah..besar dugaan akak.moga Allah permudahkan segalanya kak.insyaAllah,..doa nini tak putus untuk akak sekeluarga.

Nota Cikgu Anum said...

Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran yg tk terhingga kpd sahabatku ini.

Nota Cikgu Anum said...

eh hilang ke komen td. xpe lg skali. doa sy agar Allah berikan kekuatan dan kesabaran yg x terhingga utk Aidah

Dils said...

Besar dugaan akak. Dugaan Tuhan datang dengan pelbagai cara dan dalam masa yang betul2 menguji kita. Dari situ terbentuk peribadi dan ketentuan if we would be the better Muslim from this. Itu kata2 kakak saya.

Saya akan doakan yang terbaik untuk family kakak. Murahkan la rezeki akak , permudahkan urusan harian, kurangkan kesakitan emak akak. Amin.

Murni Alfathunnisa said...

sabaq ya kak aidah..doa kami sentiasa bersama kak & keluarga. semoga semua urusan dipermudahkanNya, serta dimurahkan rezeki..in shaa allah. banyak kan berdoa dan bertawakal ya..don't be sad..Allah ada.

ckLah @xiiinam said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun...
Salam takziah buat seisi keluarga.

makchaq said...

Salam Aidah,
dapat berita dari blog Dinas

Takziah untuk Aidah sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.. dan

Semoga roh mak Aidah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

tunfatimah said...

as salams Aidah,

I kan dh berapa kali tulis tp tak leh nak post....geram betul.
Anyway....Aidah...as everybody mention, kami ni mampu tlg doakan u n family esp ur Mak. Semuga semua dipermudahkan and dia semakin sihat. As for u, mudah2an u sihat n sentiasa tabah menghadapi dugaan. Klu u rasa need any kind of assistance, please share, manala tau i mampu nak bantu.....
Sentiasa berdoa ( in sya Allah kami akan bersama2 tlg doakan )...n take care...u pun jaga kesihatan ye

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

kak, terkejut dengar berita.

Innalillahiwainnailaihirajiuun.

takziah buat akak sekeluarga. Allah lebih menyayangi bonda akak.

saya doakan rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg beriman..

Al-Fatihah :'(

kasihibu said...

assalamualaikum dan salam takziah dari sya
semoga roh emak akak disatukan di dalam kelompok muslimin muslimat yang berada di salah satu jalan dan pintu raudatul jannah amin

Ct NoArizah Aris said...
This comment has been removed by the author.