Pages

Friday 26 April 2013

Perfect.

 

 

Sesungguhnya DIA  yang maha sempurna.

 

 

075

Setiap kelopak tersusun dengan kemas tanpa cacat cela.

 

029

Cantik walaupun masih belum berkembang.

 

 

036

Walaupun sudah tidak segar, bagi akak ini pun sempurna cantiknya.

 

 

052

Apatah lagi yang ini. Cantiknyaaaa.

 

 

 

026

Yang ini lagi pulak. Rasa nak geget je. Sungguh sempurna ciptaan Allah.

Dan DIA jugalah perancang paling sempurna. Perginya mak memang memberi kesan yang amat berat pada kami dua beradik. Sebelum ni akak pernah beritahu pada mereka yang rapat dgn akak bahawa akak tak boleh hilang mak. Tak boleh sangat. Setiap saat akak memerlukan dia. Maklah yang memberi support pada akak atas apa juga tindakan yang akak ambil sepanjang hidup. Tak kira buruk ke baik, tak kira anak dia ni busuk ke wangi, mak tetap ada dgn pelukannya menunggu akak bila akak memerlukan. Mak lah tunjang kekuatan akak dan Alang selama ni.

Tapi kini dia dah tak de. How do we cope?  Allah perancang yang sangat sempurna. Sebelum mak meninggal, 3 minggu dia tinggal bersama akak. Masa 3 minggu tu lah, Alang menyesuaikan diri menguruskan kehidupan di PD tanpa mak. Dan 3 minggu itulah akak berkhidmat sepenuhnya dgn mak. Satu perkara yang ingin akak lakukan dari dulu lagi. Dah lama akak nak bawak dia tinggal sama, tapi dia keberatan tinggalkan rumah PD.

Takdir Allah bila Alang sakit tiba2. Mak yang tak mahu membebankan Alang, bersetuju tinggal dgn akak. But her main concern is the cats. "Camano kau nak bawak mak KL Da. Kucing mak ni haa. Sapo nak jago..." Lalu akak cakap pada dia, " Mak, Ida ni kan memang sayang kek kucing tu, kan. Tak po. Bia lah bawak sokali KL. Po salah e."

Syukur pada Allah kerana bagi peluang pada akak jaga mak sepenuhnya di akhir hayat arwah. Mak memang manja sangat masa dia tinggal dgn akak. Puas hati dapat manjakan dia. Apa dia nak makan, akak sediakan. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri. Dapat saja kami mencari walaupun kadang2 nampak sukar.

Aturan Allah amat sempurna. Sekarang ni, bila mak dah tak de, akak selalu merasakan dia ada di PD. Alang pulak selalu merasakan dia ada di rumah akak. Biarlah perasaan seperti itu yang mengisi hati. Kami cuba tak terlalu mengenang mak. Cuma bila baca doa tu, air mata pasti mengalir. Tapi untuk bayangkan wajah mak......saat2 akhir bersama mak..........masih belum sanggup.

 Al Fatihah. Semoga mak diletakkan di makam istimewa di sisi Allah. Amin.

11 comments:

~mrs azmi~ said...

perancangan Allah pasti yang terbaik untuk kita kan. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun agak berat bagi kita sebagai hamba

selamat hari jumaat kak aidah!

Acik Erna said...

AlFatihah,,amin..acik akan rasa sonang ati bila dapek baco n3 aidah..

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat arwah makcik Wok. Perancangannya memang sangat sempurna, kak. Semoga akak terus tabah. Kalau saya..

Cantik sungguh gambar2 bunga mawar tu semua kak, terpegun saya tengok..

Sara said...

Subahannallah kak... Sara pun kdg2 cuba t'bayangkan arwah ummi sara ketika ni ada di kg..

Al-fatihah..

Murni Alfathunnisa said...

Al-fatihah.

bila rindu..titipkan lah doa buat mereka yang telah meninggalkan kita.

tunfatimah said...

Sabar Aidah...setiap kehilangan tu akan memberikan kesan yg mendalam pd kita. Senang bagi kami nak nsihat...tp tentu sukar bagiorg yg mengalami. Tp kita...as kita always..kene sentiasa kuat n redha..sampai bila2 kita tak akan lupa...n i believe mmg kita tetap akan menangis bila rindu or teringatkan dia....
Take care. AlFatihah...

B-ha said...

Salam..Selama ni saya tk byk komen pun kat blog akak, hanya baca saja..
seronok citer psl kucing dan saya juga penggemar kucing..

Saya ucapkan takziah atas kehilangan ibu akak..semoga dia tenang di sana

B-ha said...

Salam..Selama ni saya tk byk komen pun kat blog akak, hanya baca saja..
seronok citer psl kucing dan saya juga penggemar kucing..

Saya ucapkan takziah atas kehilangan ibu akak..semoga dia tenang di sana

B-ha said...

Salam..Selama ni saya tk byk komen pun kat blog akak, hanya baca saja..
seronok citer psl kucing dan saya juga penggemar kucing..

Saya ucapkan takziah atas kehilangan ibu akak..semoga dia tenang di sana

zard said...

aaminn... in shaa Allah your mom will always be in Allah's blessings. truthfully, bukan you as anak sayang kat your mom, i yg hanya kenal your mom melalui blog you pun sayang kat dia. i know you are strong but if you need a shoulder to lean, in shaa Allah you can have mine.

hugs!

p.s. geram betullah tenguk si uteh ni.. macam anak omputih..

Cikda said...

alfatihah. insyaallah mak bahagia di sana. kita jugak akan ke sana satu hari nanti..

jgn putus kirim doa..