Pages

Monday 26 August 2013

Citer raya the bebulus gang part one.

 

 

Tahun ni memang kelakar betul kekdah mengupdet citer raya akak ni. Seminggu satu je keluarnya. Macam sembelit pun ada jugak. Lama termenung sampai dekat setengah jam, keluarnya ciput je. Hahaha. Banyak sangat makan daging ni. Otak jammed.......mood pun tersangkut.

Minggu lepas dah janji nak citer pasal sekawan haiwan beraya di kampung kan. Hari ni baru tertunai janjinya.

 

011

Muka boring sebab dah tak betah duduk KL.  Bilalaaaaah nak balik kampung gamaknya. Tak sabar2 nak kutip hasil di celah2 semak belakang rumah.

 

301

Dalam kete on the way balik kampung tu mat dua ekor ni tidur dalam carrier jumbo ni. Diorang ni tak dapat lesen nak duduk first class sebab tak de disiplin. Dibuatnya kete tu macam duduk umah sendiri. Ke depan ke belakang ikut sukati dia je. Itu tak pe lagi. Yang buat karaoke 20 lagu berturut2 tanpa henti tu paling tak boleh tahan. Sampai kampung, manusia pun dah boleh faham lirik lagu dia.

 

159

3 ekor ni je dapat tiket first class. Peah tu perasan datin sri. Nak upgred lagi seat dia. Tak kiralah sape yang kena pijak. Akak ingat lenkali nak tarik balik status vip Peah ni. Eksyen sangat. Orang eksyen pun boleh kena tarik balik privilege tau. Biar dia muhasabah diri dulu.

 

028

Sampai kampung je kemain hepi lagi sebab dapat jumpa ayahanda Wahau. Setelah sebulan deddi kesunyian kan. Dengar2 citer ada janda beranak 8 nak kenen2 dgn deddi Wahau ni. Tak tahulah jadi ke tak. Anak2 pun dah besar2 kan....pesalahnya deddi membina hidup baru di kampung dgn mak janda. Hikhikhik.

 

135

Atuk Milo tak kesah pun. Sebab di hari raya tahun ni sibuk layan perasaan sedih, sentap, hiba...semua kasi taruk. Baca sokkabar pun tahun lepas punya.

Badan pun dah tak berapa sihat kan. Kadang2 ingatan tu pun lari jugak alignment. Ditambah pulak lagi dgn kehilangan best fren foebernya, Lebai Saguah. Iya....Lebai Saguah dah hilang. Hari tu ada orang datang servis ekon bilik mak akak. Tah bila masa si Saguah ni menyelinap keluar. Sampai ke malam tak balik2. Sehari suntuk Alang mencari sampai ke rumah mak cik Nam, rumah Pak cik Baharom belakang rumah. Tak jugak nampak kelibat Saguah. Menangis jugak akak kat KL ni bila dapat berita. Sedih. Akak yang selamatkan dia dari kedai Aci depan sepital PD tu. Aci tu nak lelong je Saguah tu sebab antara ramai adik badiknya dia yang paling tak betul. Akak kesian tengok.....langsung bawak balik.

 

 

042

Dah dekat 8 tahun jugak bela. Akhirnya dia hilang tanpa berita. Dia ni pun tak berapa sihat sebenarnya. Masa muda2 dulu suka buat tebiat kunyah selipar jepun. Pantang nampak. Sampai dekat separuh selipar tu hilang. Memang tuk moyang dia ada simpan dendam dgn askar Jepun agaknya.

Masa akak bawak gi klinik doktor pun pernah cakap, Saguah ni punya buah pinggang dah tak berapa nak function lagi. Sebelah dah mengeras, tinggal sebelah je lagi. Selera makan okey cuma badan tu kurus macam penagih dadah sikit. Tapi dia ni kemain setia dgn mak akak. Kalau mak akak duduk kat balcony bilik dia tu pagi2, Saguah ni duduk atas kaki mak. Nak bagi panas kaki mak akak. Baik dia ni.

Alamak tetiba tersedih pulak. Mula2 updet tadi tak berniat pun nak amik tema sedih. Last2 terjebak jugak. Bila dah sedih2 camana nak citer pasal Tomey Bam Bam, Miki Ferbulus, Peah YB merangkap Datin Sri dan Kitteh Juling? Dah tak masuk tema pulak. Esok2 je lah akak citer ya. Hari ni kita bagi laluan pada yang tua2 je dulu.

20 comments:

Suara Kalbu said...

Salam Kak,

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Penah hilang kucing dulu tapi jumpa balik. Sedih dan nangis tak leh nak citer lah :-(

Semoga dia dapat cari jalan balik ke rumah

Aidah said...

Suara Kalbu,
Alaikumsalam. Selamat Hari raya dik. Mohon maaf jika akak ada mengguris perasaan selama kita kenal ya.
Tu lah yang sedih. Dia dah tua, tak sihat pulak tu. Akak risau sangat sebab kawasan rumah mak akak tu banyak anjing liar. Akak doakan dia selamat je dik.

♚ wonderFURRworld ♚ said...

selamat hari raya kak..x jemu baca blog akak... heheh ;)

Bonda Ryan said...

hak3!! apa2 pun mesti nak gelak dulu masuk ruang akk nih. hati sedih jadik terhibur baca entry akk. sokabar lama pun lama lah..org tua mmg gitu, janji ada bnda nak baca kan milo kan? takpe..bonda with u. luv milo! xsabar nak tunggu sambungan nih...cepat sikit kak ida! caiyok! ^_^

Nini D.. said...

hilang pulak dah..aduhhh,dkt2 nak raya ni la dia nak larik.org sibuk balik kg..dia sibuk nk ukur jalan..harapnya selamatla Saguah tu walau dekat mana pon dia..atok milo nampak dah sehat sikit ye,kak?

Murni Alfathunnisa said...

kalau kat blog akak ni, saya selalu ada persepsi, watak2 strong dalam pilem ni adalah atuk milo, ayahanda wahau..dan madam saguah. sebab cerita2 akak pasal diorang ni sangat terkesan di hati saya. evergreen gitu! peah tu kira pelakon pelapis laa..baru nak menempa nama gitu! ahaks!

akak, akak lepas diorang roaming dalam keta tu...tak kaco drebar ke kak..?

Acik Erna said...

assalam Aidah..saguah bawak diri gak e tu..orang kato kucing kalau dah nak sampai maso e..memang bawak diri deh..acik pun tak tau yo ko tak..

makchaq said...

Mkchaq raya baru ni balik bawak 3 budak bulu yg belum pandai cari makan, sepanjang jalan putrajaya aloq setaq meraung sampai serak.. Sampai kena berenti 2 3 kali bagi depa beriadah atas rumput..dan rehat2 tekak.. Kalau tak berenti entah2 sampai aloq setaq dah rosak peti suara..

Walaupun depa cuma kucing yang mai dok tumpang makan, kesian pulak nak tinggai sebab depa kecik lagi..la ni langsung tak mau pi mana dah..

Dinas Aldi said...

Jangan dibiaq Peah tu, kak. Kalau dia dok buat eksen pijak2 sana sini, masuk ja dia dalam carrier tu, biaq dia tau sket.

Saguah hilang? Dah saya dok terfikir pulak mana dia pi...awat dia tak balik..

Iz said...

Selamat hari raya kak!! Maap zahir batin dari bebudak nakal dari Kuantan. Kalau datang sini jangan lupa buat lawatan rasmi hehe.. Agaknya Lebai Saguah tu rindu mak akak kot. Bila mak akak meninggal, dia pun nak bawak diri. Sob sob. Harap2 ada la orang yang baik jumpa dan tolong jagakan dia..

zard said...

mana gak lah Lebai Saguah tu pi ea? kat rumah i plak, my spy cat Zorro dah lama tak bertandang..rindu sangat kat dia.. dia je yang rajin tanya kabar kami.. huhu.. Aidah, bila projek bisnes nak start.. buat tau..i doa kan you berjaya!! aamiin

Naz said...

adat bela kucing jntan gitu la..manjang hilang

Aidah said...

wonderfurrworld,
Alhamdulillah ada jugak orang suka dengar akak merepek. Hihihi.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Milo tu kan dik, kadang2 macam nyanyuk tau. Hari tu anak akak, Farah panggil dia dari dapur, dia pergi toleh ke ruang tamu pulak. Kurang pendengaran pun ya jugak tu. Tak pe lah kan, asalkan dia sihat.

Aidah said...

Murni,
Dik, samalah dgn akak. Akak kat umah ni selalu buat citer dgn anak2 akak. Kengkonon Peah tu bekas model tapi tak dapat meneruskan karier kat Europe pasal bapaknya, Milo panggil balik. Tu yang sekarang ni Peah tak berapa baik dgn Milo. Hahaha. Apa saja untuk hilangkan stress dan sunyi kan.

Aidah said...

Acik,
Betullah acik. Alang pun cakap camtu gak. Sebab Saguah ni nampak uzur sangat lepas mak saya meninggal. Rasa sedih sangat, acik.

Aidah said...

Dinas,
Peah tu macam tak dak geng kat umah ni, Dinas. Dgn Kitteh dan Tomey tak boleh bertemu langsung. Kalau akak letak satu carrier mahu tunggang langgang nanti. Silap2 sampai PD dah botak semua kucing. Hahaha.
Ha ah, dik. Saguah dah hilang. sedih akak bila Alang beritahu.

Aidah said...

Iz,
Selamat Hari raya Iz. Akak nak mintak maaf jika pernah menyinggung perasaan Iz ya.
Akak sedih sangat bila tahu Saguah hilang. Dia memang rapat dgn mak akak walaupun tak pernah tidur dalam rumah pun. Sebab mak akak care sangat dgn dia. Masa akak bawak mak duduk dgn akak, bila dia tepon cucu2nya di PD mesti pesan suruh topup makanan dan air Saguah. Sedih. Mintak2 dia selamatlah kan.

Aidah said...

Na,
Musim raya ni macam banyak pulak kucing MIA kan. Ada alien amik ke apa. Tapi memang I sedih sangat Na. I tahu macamana my mother sayang kat semua kucing dia.
Terimakasih Na, doakan I. I memang harap sangat doa you. Projek kecik I tu akan start this friday, at last. Setelah permission diberi oleh management comm. dan building manager. Semoga Allah beri rezeki melalui projek ni dan semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Aidah said...

Naz,
Betullah, naz. Selalunya kalau dia keluar, petang or malam mesti balik. Tapi kali ni tak, dik. Sedih akak.