Pages

Thursday 1 August 2013

Please tell me how....

 

 

 

Raya dah dekat kan. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi.

Persiapan akak? Hmmm....tak berapa ada. To be exact tak de langsung. Tak tahu camana nak beraya sebenarnya. Memanglah kita wajib meraikan hari itu setelah sebulan berpuasa kan tapi akak tak de idea lagi camana nak menempuh hari itu.

Buat masa ini fikiran berbelah bagi. Ada rasa macam tak nak balik kampung langsung. Selalunya baru seminggu berpuasa, mak dah tanya bila akak nak balik beraya. Berapa lama cuti raya. Padahal akak hampir setiap minggu balik kampung. Hahaha. Kalau akak duduk lama di kampung, masa nak balik tu mak mesti menangis peluk dan cium akak.  "Puas mak manja dgn ida bila ida lama cuti tapi lepas ni mak sunyi balik", katanya. Tapi tak terucap pulak akak padanya bahawa akak pun sunyi bila balik KL dan tak dapat tidur baring sebelah mak lagi. Terkilan pulak rasa.

Nak masak untuk raya nanti pun tak tahu camana. Selalunya kalau akak masak rendang, maklah tukang merasa garam semua. Mak akak kan pakar rasa hujung2 lidah ni. Walaupun puasa tapi semua lauk tu sempurna rasanya, cukup segala rasa. 

Kadang2 bila dah beli daging tu dia suruh akak siang daging depan dia sebab dia nak tengok. Sambil2 tu mulalah dia tolong akak kupas bawang, halia kunyit bagai. Seronok je masak sebab paling best bila dapat approval dari mak. Hilang letih seharian.

Dulu masa mak masih boleh turun ke dapur, akaklah yang bawak dia pergi beli daging sehari sebelum raya tu. Selalunya lepas solat subuh je, kitorang dah keluar. Gelap lagi. Orang jual daging tu pun pakai lampu generator.  Lepas tu bila dia dah makin kurang sihat, akaklah yang selalu pergi cari daging dgn husband.  Kalaupun dia tak boleh masak, dia tetap temankan akak di dapur.

Tapi sejak 2 tahun lepas, akak tak benarkan lagi mak turun ke dapur sebab nanti dia mesti nak tolong jugak. Lagipun bukan senang nanti nak naik semula ke atas. Kadang2 macam merangkak dia naik setiap anak tangga tu. Arif dan Farah lah tukang bawak sesudu rendang tu untuk mak rasa garamnya cukup ke tidak. Kadang2 amik gambar dalam camcorder lagi sebab nak tunjuk kat dia warna rendang tu. Mak akak memang sangat teliti bab masak rendang ni. Akak tak boleh bayangkan tahun ni akak akan masak rendang tanpa mak. Rasa macam tak kena je.

Kalau boleh nak ramadhan je sampai bila2. Tenang je rasa hati walaupun akak menangis hampir tiap hari di bulan ramadhan ni. Setiap kali lepas solat mesti meleleh2 airmata. 

Hari tu Alang citer dgn akak, ada sorang patient datang klinik dia. Umurnya sama dgn mak, cara jalan cara bercakap macam mak. Masa dia check mak cik tu, tak sedar airmata dia mengalir. Sampai anak mak cik tu pun nangis sebak. Padahal dia tak tahu pun kenapa Alang menangis. Bila dia citer pada mak cik tu dgn anak nya, terus mak cik tu cium dan peluk Alang. Alang cakap bila mak cik tu peluk dia,  terasa hilang rindu pada mak. Macam seolah2 peluk mak, katanya. Teringin pulak akak nak jumpa mak cik tu.

So far akak belum pernah lagi mimpi mak. Tiap malam mintak dipertemukan dgn mak dalam mimpi. Belum ada rezeki lagi agaknya.

Makin dekat nak raya, makin akak rasa serba salah. Sebelum ni akak jugak pernah kehilangan abah dan abang tapi tak seberat kehilangan mak ni. Rindu pada mak ni terlalu berat bagi akak. Tak sanggup rasanya. Tapi Allah Maha Mengetahui. Dugaan yang Dia beri hanya pada orang yang kuat menanggung dugaan tu kan. Akak masih mencari2 kekuatan itu sebenarnya. Lemah sangat rasanya menjelang raya ni.

Jadi boleh tak sesiapa tolong akak......kot2 ada sesapa yang ada cara terbaik untuk akak menempuh hari raya ni. Kali ni akak betul2 buntu. 

14 comments:

Acik Erna said...

Sebolom aidah tulih n3 ni..hari2 acik totanyo2 sendiri..macam mano aidah rayo ni..balik kampong ko tak.kok tak balik sian kek alang.

NenetPenne (NP) said...

sedih laa pulak.. :(

Dinas Aldi said...

Saya nanti tak tau la camana kak..

mrs. nazri said...

salam..

sedih baca entry nih... saya juga kehilangan mak pada 11 ramadhan 7 thn lalu... sampai sekarang nih rindu masih terasa...

Tasha said...

emm...sejak kecik nenek yg jaga...skrg sy tumpang kaseh nenek kawan2 je sis...

Nini D.. said...

takde kata & tips dapat saya kongsikan kak...
membaca luahan ni aje dah cukup buat saya menyelami perasan akak...air mata? jangan tanya.u know it better..
apa yang dapat saya kata..hadapi raya ini seadanya kak walaupon DIA aje yang tahu rasa dalam hati..selagi terdaya menahan air mata..tahanlah kak..tapi bila dah tak tertahan,..sujudlah padaNYA mohon diberikan lebih kekuatan...

mama maman aka yana said...

sabar kak.. mmg perit kehilangan insan tersayang.. akak kena tabah.. ingat insan2 lain cam anak2 akak nak beraya.. cuba la buat sikit2.. janji beraya.. sabar yer kak

Dils said...

Sedihnye kak.

Mungkin akak boleh beraya dengan Alang.. unless Alang beraya ke rumah husband famili die. Sebab kalau lagi beramai2 , lagi sibuk lagi kurang sedih.

iqajalil said...

sayunya baca.. akak sibuk2 kan lah diri.. teringat tu biasa la kak..banyak2 ingat kat dia sambil niatkan sedekah pahala untuk dia bila baca quran...tapi jangan sampai akak sedih sangat.. saya pun dah dua tahun tak beraya dengan family sebab belajar jauh, mungkin sebab selalu teringat kat parents, selalu je diorang muncul dalam mimpi.. so bila bangun pagi tu terasa macam baru je lepas jumpa diorang.. take care, salam dari manchester :)

tunfatimah said...

sayu hati...bergenang air mata.....mmg tak tau nak cakap bila kehilangan ni kan.....hari tu i mimpi arwah Abah dlm rumah...so bila sedar rasa mcm dia masih ada....then bila msk bilik baru realize..it is just a dream....mmg after the loss raya rasa tak best wpun dia bukan la beraya sgt pun....tp his presence tu tak in reality...rasa kehilangan. Mmg it wont be the same lagi kan...but DEAR..sabar m redha....ingat dia sentiasa n sedekahkan seberapa yg mampu. Al Fatihah.....

Murni Alfathunnisa said...

sedih baca entry kak aidah ni..sabaq ya kak. kita sama2 kehilangan orang tersayang..yang rapat pula tu dengan kita. tahun ni raya kami sekeluarga pun tak meriah..dah tak seindah dulu.
apa pun..kehidupan mesti diteruskan. sambutlah walaupun ala-kadar bagi meraikan kemenangan di bulan barakah. kadang2 saya pun terfikir..kan bagus kalau ramadhan ni berpanjangan je...terdidik jiwa ni rasanya.

selamat hari raya, maaf zahir batin..akak sekeluarga.

Bonda Ryan said...

Terlewat baca entry kak ida kali ni.

Urm..this year second year as beraya tanpa ibu. Genap setahun ibu pergi jatuh pada 1syawal ni. Setahun ni as hidup hanya memandang pada suami dan anak2, mereka pguat semangat. Bila kesedihan tuh datang terjah pintu hati ni, cepat2 amik wuduk. tadah tgn doa kat arwah ibu. Suka atau tak kita kena lalui, sentiasa bersangka baik. Percaya yg arwah ibu2 kita dah bahagia di sana berbanding di depan mata kita.InsyaALLAH kak.

Al fatihah buat ibu saya dan mak kak ida..

AnggunAyu said...

Sabar dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah di kala ida terlalu merindui arwah. Memang pilu menusuk kalbu kalo teringatkan org yg tak ada lagi di dunia ini lebih2 lagi ia adalah mak kita. Selamat Hari Raya.

tunfatimah said...

as salams Aidah....Selamat Hari Raya...how are u ? Lama tak dengar citer...saje tanya kabar..be strong ye....dugaan yg dtg kat kita ada dlm mcm2 bentuk....in sya Allah kita redha sebaik2 mungkin....take care dear fren