Raya dah dekat kan. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi.
Persiapan akak? Hmmm....tak berapa ada. To be exact tak de langsung. Tak tahu camana nak beraya sebenarnya. Memanglah kita wajib meraikan hari itu setelah sebulan berpuasa kan tapi akak tak de idea lagi camana nak menempuh hari itu.
Buat masa ini fikiran berbelah bagi. Ada rasa macam tak nak balik kampung langsung. Selalunya baru seminggu berpuasa, mak dah tanya bila akak nak balik beraya. Berapa lama cuti raya. Padahal akak hampir setiap minggu balik kampung. Hahaha. Kalau akak duduk lama di kampung, masa nak balik tu mak mesti menangis peluk dan cium akak. "Puas mak manja dgn ida bila ida lama cuti tapi lepas ni mak sunyi balik", katanya. Tapi tak terucap pulak akak padanya bahawa akak pun sunyi bila balik KL dan tak dapat tidur baring sebelah mak lagi. Terkilan pulak rasa.
Nak masak untuk raya nanti pun tak tahu camana. Selalunya kalau akak masak rendang, maklah tukang merasa garam semua. Mak akak kan pakar rasa hujung2 lidah ni. Walaupun puasa tapi semua lauk tu sempurna rasanya, cukup segala rasa.
Kadang2 bila dah beli daging tu dia suruh akak siang daging depan dia sebab dia nak tengok. Sambil2 tu mulalah dia tolong akak kupas bawang, halia kunyit bagai. Seronok je masak sebab paling best bila dapat approval dari mak. Hilang letih seharian.
Dulu masa mak masih boleh turun ke dapur, akaklah yang bawak dia pergi beli daging sehari sebelum raya tu. Selalunya lepas solat subuh je, kitorang dah keluar. Gelap lagi. Orang jual daging tu pun pakai lampu generator. Lepas tu bila dia dah makin kurang sihat, akaklah yang selalu pergi cari daging dgn husband. Kalaupun dia tak boleh masak, dia tetap temankan akak di dapur.
Tapi sejak 2 tahun lepas, akak tak benarkan lagi mak turun ke dapur sebab nanti dia mesti nak tolong jugak. Lagipun bukan senang nanti nak naik semula ke atas. Kadang2 macam merangkak dia naik setiap anak tangga tu. Arif dan Farah lah tukang bawak sesudu rendang tu untuk mak rasa garamnya cukup ke tidak. Kadang2 amik gambar dalam camcorder lagi sebab nak tunjuk kat dia warna rendang tu. Mak akak memang sangat teliti bab masak rendang ni. Akak tak boleh bayangkan tahun ni akak akan masak rendang tanpa mak. Rasa macam tak kena je.
Kalau boleh nak ramadhan je sampai bila2. Tenang je rasa hati walaupun akak menangis hampir tiap hari di bulan ramadhan ni. Setiap kali lepas solat mesti meleleh2 airmata.
Hari tu Alang citer dgn akak, ada sorang patient datang klinik dia. Umurnya sama dgn mak, cara jalan cara bercakap macam mak. Masa dia check mak cik tu, tak sedar airmata dia mengalir. Sampai anak mak cik tu pun nangis sebak. Padahal dia tak tahu pun kenapa Alang menangis. Bila dia citer pada mak cik tu dgn anak nya, terus mak cik tu cium dan peluk Alang. Alang cakap bila mak cik tu peluk dia, terasa hilang rindu pada mak. Macam seolah2 peluk mak, katanya. Teringin pulak akak nak jumpa mak cik tu.
So far akak belum pernah lagi mimpi mak. Tiap malam mintak dipertemukan dgn mak dalam mimpi. Belum ada rezeki lagi agaknya.
Makin dekat nak raya, makin akak rasa serba salah. Sebelum ni akak jugak pernah kehilangan abah dan abang tapi tak seberat kehilangan mak ni. Rindu pada mak ni terlalu berat bagi akak. Tak sanggup rasanya. Tapi Allah Maha Mengetahui. Dugaan yang Dia beri hanya pada orang yang kuat menanggung dugaan tu kan. Akak masih mencari2 kekuatan itu sebenarnya. Lemah sangat rasanya menjelang raya ni.
Jadi boleh tak sesiapa tolong akak......kot2 ada sesapa yang ada cara terbaik untuk akak menempuh hari raya ni. Kali ni akak betul2 buntu.