Pages

Monday, 17 June 2013

Emergency kejap.

 

 

 

DSC_0229

Hari Jumaat malam, akak singgah sini kejap. Columbia Hospital Cheras.

Sebab musababnya ialah si Farah yang dah keracunan makanan. Dari lepas isya' tu dia muntah2 tak berhenti. Akak bagi makan ubat pun muntah semula. Keluar segala ubat. Lepas tu dah rasa tak sedap hati sebab dia nampak resah semacam je dengan perut memulas. Masa tu dah pukul 11.00pm. Lalu akak tukar baju capai kunci kete dan terus drive ke Balakong nun bawak Farah.

Alhamdulillah keracunan makanan je dan bukan sebab virus kencing tikus tu. Sekarang ni memang kena berjaga2 tau. Sebab hari tu pun Alang kena pergi taklimat tentang virus ni di Hospital S'ban. Memang ramai orang kena virus ni. Simptomnya muntah, demam dan menggigil kata MO kat Columbia tu. Tapi akak duduk kat rumah merpati ni jarang jumpa tikus. Dulu masa duduk rumah bawah memang ada. Hari tu akak pergi supermarket kat Midvalley tu pun jumpa tikus melintas depan mata. Besar. Macam besar si Miki ni.

 

Balik pada citer farah tadi. Lepas masuk air sebotol dan masuk ubat, alhamdulillah boleh discharge. Dan hasil dari menumpang agak2 sejam dua di katil emergency, dapatlah bil RM156. Haha. Syukur jugak lagi tak kena admit kan. Dan pukul 1.30 pagi sampai umah dengan sebeban ubat.

 

DSC_0213

Sebut pasal sepital ni, meh lah kita citer sikit pasal Atuk Milo. Dia dah bertambah uzur sekarang. Akak saspek ada organ dalam badan yang dah tak berfungsi dgn baik. Nak bawak gi sepital UPM tu, kesian pulak. Nanti macam2 test doktor tu buat. Masuk wad memang kompomlah. Stress lagi dia.

 

DSC_0217

Bekfes in bed. Bukan beskfes je, lunch dan dinner pun kadang2 in bed jugak. Sekarang ni kami cuba bagi dia seselesa yang boleh. Itu je yang dapat kami buat untuk Milo yang sangat2 kami sayang. Forever and ever.

20 comments:

Naz said...

Kesian Milo..semoga Farah dan Milo sihat cepat ye.

tunfatimah said...

la....nsb baik farah x de apa2. MMg now ni careful dgn apa yg di makan esp dr luar...
So sedih tgk Milo....dh nak nangis ni.....tula....takutnya klu sakit...tp at least he is still eating.....i doakan all of u n the bulu2 sihat sentiasa

Acik Erna said...

Assalam aidah..alhamdulillah farah dah okharap2 atok milo pun akan baik pulak nanti

Nota Cikgu Anum said...

Nk nanges..sian Milo :(

Nota Cikgu Anum said...

Nk nanges..sian Milo :(

Aidah said...

Naz,
Betul, dik. Memang kesian tengok Milo sekarang.

Aidah said...

tun fatimah,
Ha ah. Macam2 virus nowadays. TB pun boleh ada semula. Masalah si Farah ni sebab dia makan leftover food yang i masak. Lepas tu dia panaskan tak betul dan makan sampai petang. Itulah sebab kena bakteria. Alhamdulillah selera Milo masih ada. Tapi kejap2 dia nak ayam rebus, kejap2 nak canned food. Layankan je lah...

Aidah said...

Acik,
Alhamdulillah kejap je dah elok, acik. Risau gak saya malam tu.

Aidah said...

Cikgu Anum,
Memang. Hari tu I nampak dia weak sangat. Terus I bacakan yassin bagi dia dengar. Meleleh2 airmata I. Alhamdulillah lepas tu dia okey balik. Tak tahu berapa lama lagi Allah bagi pinjam dia pada I. *nangis*

Nini D.. said...

Allah...Allah...
bakal menantu teman ni.mmg nampak sgt uzurnya..bulu pon macam sakit..
sabar sayang ye...bertahanlah selagi mampu..kesian kat mama & umie kat sini..kami sayangkan dobot..eh,silap nama pulak..kami sayangkan milo..

Dils said...

Kurus dah Milo. Sedih tengok. Takpela Kak, at least betul, die ade selera makan. Saya ade ikut blog mat salleh ni 2 hari sekali kena injek kucing die. Kenkadang kite ni sanggup buat ape saja la untuk kekucing ni. Takpe la Milo asalkan makan yek. Walaupon breakfast in bed. Mana port die rehat sekarang Kak? Kat bilik dengan akak ke?

Aidah said...

Nini,
Nangis akak baca komen nini. Nini faham apa yang akak rasa. Sedih sangat. Bila tengok dia bergenang airmata.

Aidah said...

Dils,
Memang dah kurus. Dan paling sedih dia tak nak melepak dgn akak lagi. Selalunya dia cari tempat tersorok. Selalu kan kucing macam ni. Bila tak sihat dia akan bawak diri. Tapi ada masa akak bawak jugak dia tidur atas katil akak. Tapi kena alas sikitlah. Airliur dia meleleh je sampai basah kaki dia semua. Nak lap, dia tak mahu...menggigit lagi.

~mrs azmi~ said...

sedihnya tgk milo..... nanges... T___T

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah Farah tak apa2. Lega sangat bukan penyakit yg sangat ditakuti sekarang tu, Allahu akbar.

Atuk Milo..sedih..

Cik Kiah said...

Semoga Milo dilindungi Allah dari segala kesakitan dan diberikan keselesaan. Dan semoga Akak bertabah..

hmylieen said...

kak aidah, di doakan atok milo cepat sembuh dan bersemangat untuk hidup sihat...sian lak tengok mcm orang dlm pantang mkn atas tilam gitu heheheh

hmylieen said...

tak lupa jugak utk farah anak akak get well soon ya!

Cikda said...

alhamdulillah farah tak apa2.. harap dia dah makin ok

tgk keadaan atuk milo tu memang nampak uzur betul..

Iz said...

Kesian Milo.. nampak dia kurus dah. Apa sakit dia sebenar kak? Aritu pasal gigi kan?