Tomey dah balik!! Yeay, yeay!!
Selepas hampir 2 minggu di kampung, akhirnya Tomey balik jugak ke KL. Alang pergi bercuti lagi, kali ni ke Genting Highland pulak. Mak cik tu kalau bercuti, manjang ke highlaaaaaaaand je. Hari tu ke Cameron Highland. Itupun dah kali ke berapa tah.
Anyway, si Tomey ni selepas duduk di kampung.........perlakuannya berubah pulak akak tengok. Kemain eksyen lagi. Jalan pun macam berlagak sangat. Si kitteh tu kemain lagi menjilat2 Tomey. Kawan tu buat tak retiiiii je. Eksyen akak cakap!
Bersidai kat tepi tingkap pun dah rupa macam mat rempit.
Cer tengok. Hilang segala kesopanan dan kesusilaan yang pernah diajar selama ni. Ni mesti hari2 merempit kat kampung dgn motor Lebai Saguah. Agaknya pakai singlet, seluar pendek dan berkaki ayam je. Ish ish ish.
Yang paling tak boleh diterima.........akak terjumpa sekor kutu khinzir kat tepi telinga dia uolls. Ya kutu babs itu. Sangat gemuk, bulat dan berkilat. Terus akak tindas dgn tisu.......kemain banyak darah keluar. Eiiiiii. Itulah dia bila balik kampung dan tak de undang2. Jadi penternak kutu vavi pulak.
Kejap lagi nak pergi sental dia dgn syampu.
Hari tu akak pergi Metrojaya punya warehouse sale, ada pulak jual syampu kucing ni. Murah sangat. 2000ml dgn harga RM18. Wangi pulak tu. Yang akak beli ni di inspire dari perfume Jean Paul Gaultier tu. Lepas mandi kan kucing, bukan saja bulu dia lebih soft, wanginya uuumanggggaaaih.......macam nak pergi parti dansa tari menari tau. Hahaha. Over akak disitu. Tapi betul.....memang wangi sangat. Kalah bau sabun mandi kita. Rasa nak pakai je untuk diri sendiri. Tapi takut lak kang tetiba keluar ekor tumbuh bulu lebat pulak.
Kejap lagilah mandikan dia. Kesian pulak tengok dia tidur walaupun terkangkang dan tak de kesopanan langsung. Haissh.......tak tahu nak cakap apa. Tapi tengok sekali imbas memang ada rupa tokey ladang kutu @#&! pulak kan. Hahaha.
18 comments:
OOOHHHMAAAIII...mmg kamu gojess walaupon tido kangkang macam tu...
sebut pasal kutu,..makcik dobot pon selalu jugak nini jumpa kutu vavi kat telinga dia..ate,nak buat macam mana kak...YB asyik melawan kawasan ari2..xberapa lekat duk umah.
assalam aidah..kemain lagi gayo tidur e..semulojadi tu aidah..kok sajo2 nak ngikut buek cam tu..tak monjadi tu he he
Ya Allah ...gambar last dia tu rasa nk p kernyam2 je...punyala membadak n cumil sgt......:) :)
La...dh ada kutu bab eh....biasala ntah mana dia merayap tu kat kg...fav tempat ternakan kutu bab apa.....cer u tgk kat celah2 bulu...kdg2 ada dia dh lekat kat isi badan....mengemukkan badan isap darah kucing kita...
Tp dia ok tak dgn yg lain? masih nak kawan ke dh action2...??
eiii... sebut pasal kutu2 ni mesti rase nak garu2 pala sendiri. Wahhh. Comelnye En Tomey ni, tapi sampai hati turn up nose kat adik Utey die yek.
Eh Metrojaya ade ke jual barangan kucing? Saya tak tahu pon...
comeynye die tido lagu tu =)
Mak datuk, sakan si Tomey terkangkang, kahkahkah! Tapi nampak macam merana ja posisi dok tepi tingkap tu, rindu kat kampung kot..
Nini,
Tak pe, nini. Industri ternak kutu vavi ni boleh maju kalau kita gigih. Kahkahkah. Kim salam ngan YB ya.
Acik,
Alaikumsalam acik. Memang polik2 gayo tido momasing. Kongkadang golak gak nengok eh.
tun fatimah,
Lepas baca your comment ni kan, terus I selak2 bulu dia. Takuuuut. Tapi alhamdulillah tak de. Isolated case je lah gamaknya. Hahaha. Tak lama dia eksen tu pun, la ni dah tidur peluk2 dgn Kitteh.
Dils,
Memang. Bila kita tengok kutu bertenggek kat tepi telinga tu rasa macam kita pulak yang kena gigit.
Akak rasa kat warehouse sale je MJ jual shampoo kucing ni. Sebelum ni akak tak pernah jumpa pun.
Kak Nah,
The two brothers ni memang comel dan lain dari yang lain. Kalau dengar dia mngiau pun pelik sikit dari kucing2 lain.
Dinas,
Tomey tu kan, dinas, dia bukan rindu kat kampung tapi rindu nak tengok sotong kurita kat summing pul. Hahaha.
ya allah Aidah. klu dkt2 ni mau kena gomol si Kitteh tu. Debab semangkuk
OMG...........walaupun tak sopannn tetap comelll!! geramnyaaa rasa nak geget geget jerrrr dak sekor niii
humang aiii!! bergaya sungguh posed itu kak. tapi penternak kutu vavi yang berjaya ker? ades lahhhh...;)
Cikgu Anum,
Silap cikgu. Tu Tomey si adik. Hehehe. Dia memang super kiut.
hmylieen,
Macam tokey pakai singlet pagoda tu kan. Selalu kena gomol kat rumah ni dik. Sian....asik kena buli je. Haha.
Bonda Ryan,
Nak buat camana dik, dah balik kampung seminggu, ni lah padahnya. Bebas pegi kebun bagai dengar2nya. Tapi semua kutu vavi dah ditindas dgn jayanya bila balik KL. Hehehe.
Post a Comment