Pages

Wednesday, 5 June 2013

Rojak seram...

 

 

 

Kejaaaap je dah hari Rabu. Tinggal lagi 4 hari nak bukak sekolah semula. Haaaiiihh...kejapnya rasa. Walaupun tak pi cuti memana pun. Duduk umah pun rasa sekejap masa berlalu.

Tapi duduk umah ni sebenarnya akak sgtlah occupied dgn citer2 baru di internet. Sekarang ni tengah pulun tengok citer Nashville dan Scandal.  Tak sangka lagu2 country dalam citer Nashville tu sedap2 jugak.  Boleh layan jugaklah kiranya. Lepas tu akak baru habis tengok Bates Motel. Ada sesapa pernah tengok citer Psycho? Alah yang pasal Norman Bates yang kidnap sorang reporter lepas tu torture pompuan tu. Citer Bates Motel ni pasal si Norman dgn mak dia tu lah. Citer masa dia masih teenager lagi. Saspen jugak. Dari episod 1 sampai 10.......saspen manjang. Ada je orang kena bunuhlah, kena kejarlah. Yang paling menakutkan si norman bates ni lah. Mula2 macam innocent je pastu makin lama makin pelik perangai dia. Tetiba je nak snap dan tukar watak. Tu lah pasal, bila dah habis 1 season Bates Motel akak pulun, kenalah tengok Nashville yang light2 and easy je kan. Kalau tak mahu je membuntang mata.....tak boleh tidur malam. Itu belum tengok citer American Horror Story. Orang cakap lagi power. Tapi akak cakap, jangan cari pasal. Dahlah akak ni sensitip sikit bab2 ghaib ni. Kang tak pasal2 ada yang mintak tumpang. 

Kat bilik akak ni malam2 kadang2 ada je expose mistik. Orang kata duduk rumah apartment jarang dengar apa2 kan. Taaaaaaak jugak. Ada je dengar orang seret kerusi dan lemari pukul 2, 3 pagi kat tingkat atas. Tu belum lagi dengar krrrrioook krrrrriok.......... bunyi pintu yang  tak letak minyak mesin singer tu. Seram kot dengar bunyi pintu orang tingkat atas ni. Dan unit atas akak ni ownernya jarang ada di rumah. Haaa cer jawab........sapekah gerangan yang suka sangat main pintu dan seret2 kerusi tu.

Tapi sejak akak selalu bukak surah al baqarah kat dalam rumah ni, jarang jugaklah dengar benda yang bukan2. Mak akak, masa dia sakit dulu dia pernah dengar. Bising sangat macam bunyi orang bertukang, katanya. Sekarang ni alhamdulillah kurang sikit. At least rumah sendiri tak de gangguan. Rumah orang tu payah sikitlah kan. Takkan nak pasang kuat2 surah albaqarah tu sampai boleh cover 2 tingkat sekali gus.

 

DSC_0088

Ni pun satu citer. Ada jeeee yang nak menyakat. Kira macam citer seram ala2 Alfred Hitchcock punya femes 'shower scene' tu.

 

 

006 

Peah ni haaa sebenarnya. Suka sangat buat citer seram balik tingkap. Kadang2 tengah rilek2, tetiba je dia buat muka pelik pastu pandang arah pintu. Siap pakej kembang bulu dengan ekor tu. Macam takut sangat kan. Geram akak tau. Tak pasal2 kita pulak yang meremang bulu roma.

Dahlah tu. Cukup2 lah expose mistik ni. Banyak sebenarnya yang akak dah experience secara direct atau indirect tapi tak yah lah kan.

Oh ya, tajuk atas tu memang tak boleh blah macam selalu. Hahaha.

10 comments:

Acik Erna said...

yo la aiidah..baco tajuk..ingat kan rojak seram cam no la ghupo e..kot rojak tu..mesti rojak ayam ko..rojak mee ko..rupo bukan rojak yang boleh makan he he

Dils said...

Haha.. memula bukak entry ni, saya expect nak tengok rojak yang bebetul. Nak tengok rupa rojak seram camne... rojak yg pedas kee. Hahahhaha.

Tapi mak saya pon selalu pesan dulu, baca al baqarah sebelom masuk rumah dan nak elakkan mende2 yang bertapa tu continue bertapa. Saya ni dulu duduk sensorang kat rumah 3 tingkat ... kalau dengar pepelik.. assume jiran je la. Haha. Malas nak pikir panjang.

Tapi tak penah la pulak kucing buat drama sekali kekonon nampak mende. Kalau saya pon serammmmm.

Nini D.. said...

hadeiii la...stress aii dengan tajuk entry yang takde kene mengena dgn cerita entry.hakhakhak...sasau jap!

Dinas Aldi said...

Aiseh, saspensfuls la ada bunyi2 kat atas padahal tuan rumah jarang ada..ni tak sedap nih. Rumah setinggan saya ni kalau ada bunyi kat atas, kadang2 kucing. Haritu depa bergaduh berkejar2an atas siling sampai tercabut wayar tepon/internet saya, terpaksa panggil orang betulkan, haisy..

Aidah said...

Acik,
Hahaha. Mintak mahap acik. Otak blur lah hari ni nak pikir tajuk.

Aidah said...

Dils,
Kucing akak memang suka buat drama seram dik. Selalunya kalau akak tinggal sorang2, akak suruh kucing2 ni tidur je. Aman sikit. Kalau dia buat rupa pelik tu, akak pun takut.

Aidah said...

Nini.
Nak buat camana, dik. Akak pun lembap sikit hari ni nak pikir tajuk. Last2 keluar tajuk tak semenggah. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Memang saspens. Tapi sekarang dah jarang dengar. Memula pindah dulu selalu jugak. Dulu masa akak duduk umah bawah, tupai selalu main kejar2 atas siling. Kadang2 dia dok cakar2 atas tu....akak kat dalam umah dah siap berpeluh, takut.

Cik Kiah said...

Kak,

My mum's ustaz kata, setiap rumah ada jin yg dok kat bumbung rumah. Kalau rumah org tak solat, baca quran etc., dia pun suka nak menumpang sama. Yg pasal seret2 perabot tu, it's their way of mengacau. Actuallynya, kalau tuan rumah atas tu ada pun, kita akan still dengar but tuan rumah atas tu takkan dengar apa2 bec. 'dia' tu memang nak sakat kita. Kat rumah saya, memalam saya selalu dengar macam jiran tumbuk sambal. But apa jadahnya kul 2-3pagi kan? Pernah saya dok kat satu hotel di PD ni, tak habis2 penghuni kat atas susun perabot. Memula tu saya tak perasan, ingatkan macam org nak rapatkan katil ke...but it went on and on. Bila saya terperasan, saya cakap pelan je, 'dah2 la tu, kita dengar'. Terus dia senyap. Baru2 ni saya dok hotel and dengar benda yg sama jugak (in PD also..hehe). Saya baca ayat qursi dlm hati, dia pun stop. Thinking of it kan, puak2 'diaorg' ni suka tengok kita kecoh2 and gaduh kut. My friend cakap yg neighbour sebelah rumah dia gaduh dgn neighbour atas tuduh napa org tu suka bertukang or tumbuk sambal malam2. Padahal yg neighbour atas org laki bujang, masak kat rumah pun idak and jarang balik rumah. Sorry kak, panjang pulak saya bercerita...

Aidah said...

Cik Kiah,
Ha ah...betul tu dik. Akak sekarang ni dah jarang dengar. Dulu masa baru2 pindah selalu sangat. Akak ni pulak mmg sensitip dgn benda2 halus ni. Kadang2 orang tak rasa existence benda tu di satu2 tempat tapi akak sorang je rasa.
Kat PD tu mmg banyak hotel yang berpenunggu, dik. Akak tahu tu. Setakat muncul tepi tingkap tu biasa sangat. Hehehe.