Pages

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu lagi

 

 

Dah 2 hari Arif tak sekolah. Anak2 akak dedua orang ada penyakit athma. Arif tak teruk sangat tapi Farah memang sangat sensitif. Keluar balcony rumah pun bahaya pada dia. Akak yang tak de athma ni pun rasa sesak nafas.

Wiken lepas akak balik PD. Memang jerebu kat PD paling teruk akak rasa. Dalam rumah pun memutiiiiiiih je asap masuk.

 

 

067

Laut pun tak nampak. Memang agak lengang jugak kat Dataran Kemang tu. Selalunya dari rumah akak boleh dengar bunyi speedboat kat pantai tu. Tapi kali ni senyap sunyi je.

 

 

098

Sampai kat hi-way lagi haru. Rasa lemas kejap.

 

 

168

Kalau tak de bau asap ke apa mesti boleh bayangkan gamba ni amik kat tempat sejuk kan. Sejuuuuuuuuuk sangat. Berkabus. SEJUKLAH SANGAT!!! Tak de maknanya pun adoiiiyaiiiii nyer pun! Rasa macam nak pakai topeng gas yang ada 2 corong tu baru lega kot.

 

 

020

 

Matahari pun nampak sakit. Tak boleh bayangkan masa gunung krakatoa di Indonesia meletup satu masa dulu. Ada documentary dia buat, tajuk 'A Year without Sun'. Kira masa tu jerebu hitam menyelubungi Pulau Jawa selama setahun. Gelap je. Ramai orang sakit dan kelaparan sebab tak boleh bercucuk tanam langsung.

Itulah kan bila Allah menduga. Dia nak suruh kita beringat......bumi ni tak lama mana pun umurnya. Bila jerebu, cuaca kering pulak. Nak benihkan awan pun tak boleh. Bila hujan, banjir pulak siap ribut lagi. Kita yang lemah ni tak mampu berbuat apa2 tanpa rahmat dan kasih sayang Allah. Allahuakbar.

 

 

057

Dan gamba Kitteh mengakhiri post hari ni. Kitteh yang rasa macam tak dak mood nak balik KL sebab si Tomey kena tinggal kampung. Sedih....dah macam tu aturan custody nya kan. Saba yo lah Teh. Nak buek canno kan.

10 comments:

Nini D.. said...

btol kak..taiping pon dah start tebal jerebunya..cikmat dah dapat arahan berkurung dari ayah..no more cycling bicycle..no more playing football..just stay at home & make your umie crazy! hahahaha

Cikda said...

wah.. tengok gambar pun rasa sesak napas. Moga semua ni cepat berlalu.

Acik Erna said...

tu la aidah..acik pun tegok kek tv tu..kek pd sampai 200 lobeh..tapi hari dah turun jadi 190 lobeh kato e..
acik pun rasa sempit nak bernapeh..kulit pun gatal2 jadi e aidah.
aidah..nampak sodeh bona muko kiteh tu..tak soba dio nak nunggu balik pd laie tu kan aidah

Aidah said...

Nini,
Bab kacau ummie tu paling best. Jerubu je mata ummie tengok cik mat nanti. Besar kecik besar kecik je kan. Hahaha.

Aidah said...

Cik Da,
Betul tu dik. Akak pun rasa semacam je dada ngan tekak ni. Macam nak athma pulak.

Aidah said...

Acik Erna,
Memang acik. Risau kan. Tadi ingat an bangun pagi dah toghang. Tapi momutih gak laiie. Tapi takkan tak kluar ghumah langsung. Nak makan apo lak anak2 ni. Tak skolah ni, poghut e bolubang yo masing2. Haha.

Nini D.. said...

btol dah tu kak...bukan lagi kocik bosar...kocik besar..raso nak telan pon ado! ahahahahaha

Iz said...

Sama la kak, kat sini pun jerebu kemain. Kekenit tu dari Jumaat lepas tak keluar. Semalam baru kasik chance kuar sejam. Cukup la tu, kasik hilang gian. Kitteh rindu Tomey la tuuu.. cian la diorang :(

Dinas Aldi said...

Sedih la tengok cuaca jerebu camtu kak. Kat Penang ni, semalam baru start jerebu. Pagi tadi, hujan sikit, maka bolehla nampak bukit belakang sekolah saya tu. Mintak2 hujan lebat2 kasi cuci udara kat sini & seluruh Malaysia..

Murni Alfathunnisa said...

kitteh mood down sebab jerebu gak tu. tak boleh nak enjoy tengok pemandangan sepanjang perjalanan, terasa seperti di bumi asing, feeling2 oversi gitu! ahaks.

apa pun, alhamdulillah..banyak tempat dah hujan malam ni. harapnya esok suasana semakin baik.

saya pun tak berapa sihat..dah memang sedia tak sihat, ditambah pulak jerebu...menjadi-jadi la tekak ni. Penang tahap jerebu tak teruk sangat..nasib baik la jugak.