Masa akak kecik2, akak duduk di kampung je. Kat kampung mana ada escalator. Kedai pun setakat kedai runcit kecik2 je. Apahal nak berescalator kan. Paling besar pun kedai menan yang biasa akak pergi lepas dapat duit raya. Dari depan sampai belakang penuh menan. Kagum sangat. Lagi satu kedai besar ialah kedai jual kain. Silk store ke namanya. Bergulung2 kain. Tapi itu pun setingkat je.
Abah akak ada jugak bawak pi jalan Seremban sekali sekala. Masa tu pi emporium kat tengah pekan Seremban tu. Itupun tak de jugak escalator. Menapaklah naik tangga. Kadang2 kalau ada urusan ziarah tu jauh jugak perjalanan......sampai KL. Haa kat KL memang ada bendalah tangga bergerak ni. Masa tu kat Ampang Parklah. Takut tau nak memijak escalator tu. Gigil2 kaki. Hahaha.
Sekarang ni dah tak heran sangat. Kat mana2 je ada escalator ni. Bila tak de mulalah rasa nak pitam menapak naik tangga. Tak reti dah naik tangga ni. Rasa macam ' eh pe hal tak buat escalator kedai ni.....tak logik'. Haa kemain kan. Nak menapak setakat setingkat pun dah mengeluh. Kalau boleh kat rumah pun nak pasang satu. Haha.
Tapi kan akak ni bukannya mesra alam sangat dgn escalator ni. Masa akak peknen anak kedua, pernah jatuh kat escalator. Masa tu kat stesyen LRT. Punya tinggi escalator tu. Mulanya mak akak, dia macam lost balance. Akak dah naik dulu. Lepas tu akak dengar dia macam panik kat belakang. Akak pusing nampak dia macam lost balance. Husband akak kat belakang tengah tahan dia dari jatuh tapi mak macam susah sangat nak pegang escalator tu. Akak pun turun kebawah nak tolong mak, macam kira lawan aruslah sebab escalator tu menaik kan. Baru 3 anak tangga escalator tu akak langkah, tetiba akak jatuh. Dahlah sarat mengandung. Memang tak dapat bangun langsung. Setiap kali escalator tu lalu belakang badan akak, akak terasa macam kena lambung. Siap mak akak pun lalu tepi akak dan dia pun tak dapat tolong sebab mak akak pun dipimpin oleh husband akak masa tu. Tetiba ada hamba Allah ni datang dan cakap, "let go off the rail, grab my hand". Akak pun pegang tangan dia, barulah boleh berdiri. Rupanya kalau kita pegang railing tu memang kita tak boleh naik keatas pun. Asik kat situ je dan dilambung2 oleh anak tangga escalator tu. Sampai malam pun takkan boleh bangun punya. Lepas tu belum sempat akak cakap terimakasih, hamba Allah ni dah hilang tak tahu pergi mana. Muka dia pun akak tak nampak. Esoknya akak terus ke sepital check up. Manalah tahu kan. Lebam2 jugak kat kaki dan peha akak. Alhamdulillah kandungan tak apa2.
Citer semalam pun satu hal.
Memula layan gamba dulu. Kitteh yang dah fedup sebab asik ada je papparazi amik gamba. Semalam ada sale kat kedai ni. Akak belikan barang kecik2 si Farah tu. Bayangkan selai bra tu bagi off RM40. Discount untuk semua bra dalam kedai tu. Katanya brand ni tahan lama sikit kan walaupun mahal. Kalau harga biasa tak dapeklah nak beli tapi bila dah potong RM40 tu maknanya selai dapatlah lebih kurang RM39. Lepas tu dapat lagi kad scratch yang bagi additional RM10 off. Tapi itu yang type mahal lagilah.
Tapi kan, nampak tak beg kertas yang dah koyak rabak tu. Bukan Kitteh yang buat tau. Eskalator yang buat. Masa Farah turun tangga tu, dah sampai bawah dah pun, tetiba beg ni tertarik oleh railing escalator tu. Memula sikit lepas tu nak tarik kemain susah dan makin banyak pulak tu yang disedutnya. Akak yang dah kedepan ni dengar suara Farah. Tak sedar lutut sakit...terus akak bongkok dan tarik sekuat hati. Sampai rabak beg kertas tu. Alhamdulillah barang yang dibeli tak masuk sekali ditelan escalator tu. Bahaya sangat. Patutlah akak selalu dengar jari budak kecik tersepit di tepi eskalator tu. Kesian kan. Memang kuat dia menarik. Kalau kudrat budak kecik memang tak lepas. Rupanya kat tepi tu lah yang bahaya. Akak tak sangka rupanya railing tempat kita pegang tu pun boleh buat tersepit jugak. Selama ni fokus kat anak tangga escalator tu je. Hati2 lah ya. Especially kalau kita pakai dress labuh atau jubah kain nipis dan ringan. Boleh je terselit kat tepi tu. Selalunya akak pakai seluar kain lembut tu pun akak kepit jugak kat kaki.
Lepas ni nak naik lif pulak kot. Tapi lif pun ada jugak citernya dgn akak. Haihhh.... macam2. Bilalah lutut ni nak elok agaknya.
14 comments:
subhanallah.. patut la akak fobia.. cikda pun tak dapat bayangkan mcm mana takutnya bila berdepan dengan keadaan mcm tu.. panik la.
mula mmg ingat beg tu kitteh yg buat..(dah la buat muka comel)
tapi bila tau escalator yg buat... eii takutnya..
nini memang takut sangat kalo naik eskalator dengan cikmat.akak tau ajelah,.dia semedang laghik pandai dari nini.
selalunya ayah dia yg handle..tapi kalo nini jalan berdua aje dengan cikmat..nini kepit dia kuat2..ko nak nangis..nangislah nak.umie hokeh aje dapat title ibu tiri asalkan ko tak jatuh luka.
Takutnya baca cerita Aidah.. yang tersepit tu yang takut.
Kan ada cerita budak
2 tahun yang tersepit kaki sampai remuk tulang kaki dia tu.. Makchaq walaupun tak takut tapi tetap sentiasa hati2, Nafisah tu memang makchaq pegang kuat sampai dia marah kadang2 pegang kuat sangat sampai sakit tangan dia..
assalam Aidah..samo lah kito..acik berani naik pun dah tak boleh buek apo..he he.. maso kojo kek airport subang..memang tak do tanggo lain maso tu..escalator tu je yang ada masa tu..menggigil2 acik naik..nak turun pun menggigil2..tu pun 2 orang mogang an..dah pindah kojo airport klia baru borani sikit..sobab escalator e tu..rato dulu 2,,3 mato e kan..
sekarang ni kok ke terminal one acik tak borani kok tak do yang pogang an..seriau yo raso e he he..ponakut amek acik ngan tanggo tu..sampai acik piki kan..sapo la punyo pandai buek tanggo bergorak ni dulu..menyusah an orang he he.
Cikda,
Memang saspens dik. Akak tak fikir terus tarik je beg tu. Takut jugak farah jatuh sekali.
Nini,
Biarlah dia nangis kan. Janji kita tak menangis sama2 ngan dia nanti. Takut mengenangkan. Akak dulu2 boleh gak pegang budak kecik naik escalator, la ni tak buleh lagi. Kaki sendiri pun tak kuat. Hehehe.
Mak chaq,
Betul tu mak chaq. Saya pun selalu rasa ngeri je bila baca citer kaki budak tersepit. Semalam masa saya tengok cara escalator tu tarik bag tu, baru saya tahu macamana ada budak yang tersepit sampai ke buku lali. Ngeri.
Acik Erna,
Alaikumsalam acik. Saya sekarang ni macam beragah2 pulak nak naik escalator tu. Kaki tak berapa kuat. Lepas tu segalo baghang semuo anak2 pogangkan. Sayo memang semato pogang henbeg yo. Tak boghani.
Saya pun pernah jugak jatuh kat escalator sebab lawan arus nak turun tolong mak saya. Masa tu tah camana mak saya terlepas ke belakang masa naik, selalunya naik sama2. Tapi alhamdulillah dia tak apa2, saya yg lebam lutut.
Takut la jugak tapi lepas tu memang lebih berjaga2.
owh..entry xda kena mengena ngn kiteh pun...hehe
Alamak.. ape saya komen tadi masuk ke. Anyway, kena la lebih hati2 yek. Lagi2 budak2 suke memegang tepi2 eskalator tu. ( mak die pon sama je).
Naseb baik Farah tak jatuh ke or ape.
Dinas,
Sama je kita ni dik. Akak pun jatuh tu sebab nak selamatkan mak. Last2 dia okey akak yang terlentang. Haha.
Naz,
Tak. Tapi biasalah dah carik makan jadi model blog akak. Hihihi.
Dils,
Akak cuma dapat i komen ni je, dik. Nanti Ajis dah besar, mesti dia teruja dgn escalator. Anak akak dulu mmg pantang nampak escalator. Lajuuuu je berlari nak naik sendiri. Padahal jalan pun masih berpimpin lagi.
Post a Comment