Pages

Thursday 21 April 2011

Mari Bercuti Seisi Keluarga

Next weekend kak wok, anak- anak, menantu dan cucu-cucu nak ke Kota kinabalu. Mulanya cuak jugak rasanya nak pegi, maklumlah badan dah bertambah uzur tapi anak kak wok yang kedua, cik Alang beria-ia nak membawak kak wok berjalan ke KK. Yang si Ateh , anak ketiga kak wok tu pun sama gak. Cucu-cucu kak wok pulak kalau pasal berjalan sorahkanlah kat dio. Poning lak kopalo ni asyik tanyo; Wan bila nak gi Sabah, wan?

Inilah aktiviti cucu kak wok si Taya di Pulau Manukan.
 Inipun kali kedua, insyaAllah, kak wok ke KK. Kali pertama dulu tahun 2008, dapat jugaklah ke Pulau Manukan walaupun berwilcha! Kali ini mungkin kak wok akan berehat-rehat di hotel saja kot. Sama-samalah kita mohon pada Allah agar rombongan kak wok ni sihat dan sentiasa dilindungiNya.Amin.

0 comments: