Pages

Tuesday 26 April 2011

NAMA SAYA FARAHATUN NAJIHAH BINTI AB HAMID

 

 

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim manusia. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani.

Setelah beberapa ketika malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalunya 40 hari Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging.

Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untukmenciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya?

Segala-galanya dicatitkan semasa dalam perut ibunya lagi.

P4260004

Inilah rupa Farah dalam perut mamanya. Subhanallah.

Masa lebih kurang 36 weeks, siFarah ni buat perangai tak bergerak-gerak pulak. Kelam kabut mama dan babah ke Klinik Chaudhuri untuk check. Alhamdulillah tak de apa-apa cuma mungkin Farah banyak tidur hari tu. (sampai sekarang pun kuat tidur!).

From that day on mama kena buat hw, chart movement baby untuk  setiap 24 jam. Setelah melalui hari-hari yang bosan di rumah (ya, lectures dah abis,  final project dah hantar), Allah pun takdirkan dah sampai masanya Farah keluar dari perut mama.

 

Hari SABTU, 11 JUNE 1994 bersamaan 1 MUHARRAM 1415H, pukul 12.36 tengahari, Farah pun dilahirkan.

Hari tu mama macam  biasa balik kampung (PD) since petang jumaat lagi. Start sakit dari 2.00 am, mcm food poisoning pun ada gak.

Bila dah subuh masih tak hilang sakit dan ada ‘show’ sikit, kelam kabutlah pakngah yg kebetulan ada di PD drive mama ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur. (ya, sume orang tak percaya babah nak bawak kereta dlm keadaan kekalutannya itu, he he he).
Lama tak lama gak sakit, anak pertamalah kata ko, dan mama hanya ambil pethidine saje ok dan tidak epideural sebabnya pakngah tak galakkan. (tak tahulah kenapa ek). Walaupun pethidine tapi nikmatnya,ya Allah, khayal  ok!

Oleh kerana tak de pengalaman dan kurangnya tenaga, (selepas diorrhea mlm sebelumnya) susah betul nak teran Farah ni. Hampir-hampir saja si Chaudhuri tu guna vacum. (saya sgt  tak puas hati dgn dia ni tapi nak buat cemane, dia sorang je O&G perempuan di Tawakal masa tu).
Alhamdulillah setelah beberapa lama bertarung Farah pun lahir. Atuk telah mengqamatkan Farah. Alhamdulillah.

P4260005

Rupa sapelah budak ni masa kecik. Apesal sekarang ni berbeza no rupa Farah ni?

 

P4260008
Inilah En AHBY dengan first bornnya. Jambang,misai, janggut dan side burn tersangatlah meriahnya.

P4260007
Mama dengan anak perempuannya yang tak sabar-sabar nak disarungkan gown walaupun nampak macam tomboy je anaknya tu kan.

P4260015
Ini lak gambar kak wok, cikgu Suman (dah arwah dah atuk Farah ni) dengan mama yang memakaikan Farah dengan skirt nampak pusat pulak. Hissh tak sesuai tau!

P4260017
Farah dengan arwah Atuk Mak dan Atuk Abah. Antara features yang paling prominent skali kat Farah ni ialah matanya. Terbeliak semacam je kan. Keh keh keh.

P4260020 P4260019 

Rasa diri cute sangatlah tu ya! Ini masa Farah lebih kurang 6 bulan.

 

P4260024
Masa ni posing ala-ala perempuan paling ayu dalam Malaysia tau!

 

Haa gambar bila dah dewasa ni cukup susah mama nak snap. Malu bebeno.

Katanya, Farah yang dulu lain dan dia pun tak faham apesallah suka sangat ambik gambo. Well, for our documented memories, Farah! Nanti bila dah tua tak de gambar nak tunjukkan kat cucu-cucu lak, kan dah nyesal!

P1010452
This is the only solo photo of Farah dalam laptop mama. Inipun gambar candid, sib baik ok kan.

0 comments: