Pages

Tuesday 24 July 2012

Bateri lemau di bulan puasa....

 

 

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat puasa. Punyalah payah nak update. Bateri akak lemahlah dik oii. Puas dah ganti bateri tapi bateri yang ganti ni pun lemau jugak. Hehehe.

Bulan Rejab dan Syaaban hari tu pun puasa jugak tapi ramadhan ni lain macam sikit. Sebenarnya akak ni tiap tahun ramadhan datang lengkap dgn pakej dugaan perasaan. Orang berumur macam akak ni pulak emosi pun kemain rapuh lagi. Asik nak mencembeng je. Mengaji cembeng, sembahyang cembeng. Sayu je rasa hati.

 

 

017

Yang tak reti lemau, ialah dua ekor ni. Minah dan Peah. Minah tu kaki cembeng jugak tu. Baru Peah usik sikit dah menjerit, sampai ke luar rumah boleh dengar. Mulut ternganga tu bukan nak gigit Peah tapi dia tengah menjerit tanda tak rela dicabul Peah.

 

013 

Peah pulak sejak dah akil baligh ni sangatlah saiko. Gangguan hormon agaknya. Mulut senyap je tapi bertalu2 digigitnya Minah kaktus tu. Masa ni akak memang kena jadi referee wrestling tu, kasi lerai depa berdua ni. Kalau tak kang ada pulak yang cedera parah.

 

038

Dah penat bergumpal, dia lepak atas kerusi akak ni. Main mainan gantungan tu, sambil skodeng jiran. Alhamdulillah masa bulan puasa ni tak de pulak nampak sotong kurita berjemuran kat swimming pool tu. Mungkin diorang ni cuti summer dan balik negara masing2 kot. Tapi Arab2 masih ramai lagi.

Yang kelakarnya time terawih Arab ni buat stail kat Mekah jugaklah. Masa witir tu baca doa qunut dan doa macam lepas sembahyang tu. Kemain lama, adalah dekat 8 minit. Kalau kita kat Malaysia ni, time malam 15 ke atas je baca doa qunut kan. Ini anak akak Arif lah citer sebab dia yang tiap malam pergi terawih kat surau tu. Siap request nak pinjam bangku sembahyang akak tu sebab lenguh kaki katanya. Kena marahlah dgn akak. Apa hal kecik2 lagi dah lenguh kaki.

Akak setakat ni terawih sendirian di rumah. Belum kesempatan ke mana2 masjid kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Teringat masa sekolah asrama dulu, jarang miss terawih. Sekolah kami dulu belum ada surau besar jadinya sembahyang terawih buat kat gym. Macam sauna lah gamaknya. Habis sembahyang turun dua kilo. Lepas sembahyang pergi koop, kasi top-up balik dua kilo tu. Hehehe

 

 

007

Haruslah ending dgn gambar atuk yang sedang membawa diri ni. Dia ni memang sentap je kebelakangan ni. Tak tahu apasal. Tak nak lagi duduk dalam bilik dgn akak. Masuk setakat nak buat aduan je, kemain kuat dia mengiau macam orang tua mengamuk je. Dah penat merahang dengan suara rock tu, dia keluar balik. Tak faham akak.

Lepas tu, tiap kali Farah balik rumah, mesti dia mengkencingkan selimut atau cadar Farah. Agaknya dia nak letak tanda kot. Akak rasa dia saspek Farah ni sesat agaknya, sebab tak nampak muka sampai 2 minggu baru balik rumah. Tu pasal dia bagi tinggal bau kencing dia kat Farah supaya Farah tahu jalan balik rumah. MANYAK CANTIKKKK LU PUNYA TEORI, ATUK!!! Tensi akak dibuatnya.

Okeylah, selamat beribadat pada semua sahabat. Walaupun dah masuk hari keempat akak naaak jugak mohon maaf jika pernah ada akak tersinggung perasaan ketika menulis ni. Maafkan akak ya.

20 comments:

Suara Kalbu said...

Peah tu sebijik kaler macam Bella saya kak hihihihi

selamat berpuasa ye kak

tunfatimah said...

Aidah,
Kita penat tunggu update awak...at last...ikan dh jd peminat tegar u n the bulus tu....tiap2 hari cek...cantikakn si kaktus tu...bulu dia lawa...berkilat2....Peah sebijik Lily i...suka tak reti dia 24 jam...nak kacau org je...time tido lak bom meletup pun tak jaga....Milo tu nape stress, sian la ....tak cukup kasih sayang kot.....sian debab tu...tu yg wee wee kat selimut farah....mesti ada yg tak kene.

U take care ye....i pun terawih kat rumah , sama2 dgn mak i...klu p masjid sian lak dia sorang2 kat rumah...anak i je p masjid...Selamat Berpuasa n sama2 kita doa kan mudah2an Ramdhan ini lebih baik dr yg sebelumnya...

Iz said...

Hahaha atok pun kena gangguan hormon jugak kot. Maklumlah dah berumur. Mungkin anak-anak ada kecikkan hati dia. Tambah-tambah di bulan puasa ni kecik hati dengan anak-anak memang sedih la bagi seorang bapa tunggal cam Milo ni. Wahhh saya backup Milo ni kakk.. hahahaha

Aidah said...

Suara Kalbu.
Ha ahlah ida. Akak pun perasan gak Bella ni sama ngan Peah. Agak2 perangai saiko tu sama tak?

Aidah said...

tun fatimah,
Alamak sorilah tun. Lemau betul nak updet time bulan puasa ni. Terima kasihlah rajin baca tulisan merapus ni. Minah kaktus tu sekarang mmg dah lawa. Kalau banding dgn dulu, mmg tak sangka lah boleh jadi berkilat putih macam ni. Farahlah yang gigih menjaga masa dia alkuraps dulu. Atuk tu pulak mmg serba tak kena sekarang. Dia rasa Farah sorang je faham perasaan dia. Konon... Hehehe.
Amin. Terimakasih atas doa, tun. I belum dapat peluk mak lagi bulan puasa ni. Ingat wiken ni nak balik kampung. Winduu kat mak.

Aidah said...

Iz,
Hahaha. Kemain Iz backing atuk tu. Kalau dia jumpa Iz ni mesti buat drama hindustan, peluk2 kaki mengadu kena dera ngan akak. Hahaha. Kelakar tau dia sekarang ni. Muka moncong macam warga mas tak de gigi je. Lepas tu 24 jam mintak makanan spesel dalam tin tu. Konon kalau hati dah terbelengot tu bolehlah nak mintak spesel kan. Tak de makna..diet tetap diet.

Murni Alfathunnisa said...

Alahai..kesian kakak ku tak berapa sihat..banyakkan sabaq ya kak. saya pun hari pertama & kedua puasa tu memang terlalu kuat cabarannya..dengan sakit 'sesungut'..(tapi bleh puasa lagi)..dengan sakit kepala nya. terawih memang tak sempat nak pi lagi..ni dah angkat bendera jepun pulak...haih. apa2 pun..harap kesihatan akak bertambah baik naa...

milo ni memang pak lawak laa....tak hagak2....ingat farah stail depa agaknya...kuar berjalan sesat nak balik rumah...hehehe...

Bonda Ryan said...

Selalu masuk blog akk nih nak tau pasal atok..hihi, tetiba rasa admirer plak kat duda akk nih...hahaha!!. Erm..lama betol akk tak hupdate..rindu betol ngan atok belahan jiwa kesuma raga nih..peace atok!! :P

fadz said...

hi kak aidah...
selamatberpuasa. Fadz pun letih gak ngan cuaca kali ni.. wahhh rancangan wrestling sentiasa ke udara rupanya kat rumah kak aidah.. heheehe.. ermm kesian tengok muka si milo macam letih posa.. tapi si peah n minah rajin plak wrestling tak reti penat ke depa tu?? well kucing2 fadz semua posa gak... depa sahur sama ngan kami tapi buka posa awal pukul 6... hehehe

Akma_cikyong said...

hihi kak,akma pun da tepu da nak hupdate blog~haha pdhal pkai bateri energizer nie..haha
akk xyah tgok tb lah kak..byk btul drama sebabak dalam umah akk 2..drma org2 berumur (atok) dan drama orang remaja (cik peah n cik kiah)haha..skati jer cikyong gelar dorg kiah ngan peah..haha

Aidah said...

Murni,
Akak ni dok mengharap puasa tahun ni dapat penuh maklumlah bendera jepun utk umur macam akak ni sesuka ati je nak kibar. Kdg2 separuh tiang kdg tak de lansung.
Atuk tu memang musykil dgn kehilangan Farah. Dah beritahu dia tapi dia yang tak faham. Sape suruh tak sekolah kan. Hehehe.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Duda malaya paling hot gitew. Hahaha. Tapi sekarang ni dia suka cari pasal dgn akak tau. Selalu je mintak dukung. Kot ringan tak pe jugak. Terima kasih sudi singgah blog akak.

Aidah said...

Fadz,
Kucing2 akak ni, time kita sahurlah dia ugut nak memerut. Pukul 4 pagi tu nak buat acara memerut berirama. Maka non-stop lah mulut akak membebel pagi2 buta tu. Time akak buka pulak dia buat cross country keliling bilik. Tak reti penat.

Aidah said...

Akma,
Tu lah pasal akma. Kenapa ek? Agaknya bunyi perut ni mengganggu ilham nak keluar. Hehehe. Akak kadang2 blogwalking je. Tak de mood sgt nak updet dgn kesihatan tak menentu. Wah, ada nama baru si minah kaktus ni.

Acik Erna said...

salam Aidah...yo lah aidah acik pun camtu..mudah bona cembeng e..kenkadang baco blog kengkawan pun boleh borair mato..
nasib baik masuk sini bcao kerenah peah dan minah ni buek an acik tegolak sensorang.

Dinas Aldi said...

Tak pernah jemu saya baca pasal budak 3 ekor tu, kehkeh!

Bulan puasa ni memang rasa sayu la. Saya plak haritu ada cakap yg bila puasa, saya tak ingat makanan tapi asyik ingat air tapi Allah SWT tu Maha Kaya, dah 4 hari puasa ni takda pun saya teringat air walaupun pi kelas mengajar macam biasa berbuih2 mulut membebel. Alhamdulillah. Itupun buat sayu jugak..rahmat dariNya sedangkan saya ni banyak sungguh dosa..

Aidah said...

Achik,
Alaikumsalam achik. Agak e faktor umurlah achik. Makin tuo ni muko tu makin kodut ko bawah. Tu lah pasal asyik nak moncembeng yo. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Akak kan, dinas, selalu rasa kagum dgn cikgu yang mengajar lebih2 lagi bulan posa. Dahlah turun naik tangga kena bercakap lagi dalam kelas. Dgn pening kapla bila anak murid buat hal. Tapi makin susah khidmatnya tu, makin tinggi pulak pahalanya, kan.
Time bulan puasa ni banyak rahmat datang jugak, dik. Kadang2 rasa macam tak deserve pulak tapi Allah sememangnya Yang Maha Pengasih. Kita je yang kena balas kasih Allah ni dengan sebaik2nya kan.

Nini D.. said...

haduuuiii..bakal menantu posing tak boleh tahan..dah dpt ke surat chenta dari gepren jauh ni?..tu pon berjenuh nak boleh amik cap tapak kaki tu..

kak,..jadi referee ada keluarkan kad merah tak?..atau keluarkan kad matrik Farah? :D

Dils said...

Atuk ni saje buat extra kerja di bulan Ramadhan ni. Bersabar je la kan.

Makin lawa si Minah Kaktus ni dari hari ke hari. Comel tul gamba die org lepak atas kerusi tu main mainan. Anak kucing 2 ekor saya tu pon suke melepak atas kerusi gaya camtuh, tapi die org suke main tampa2 atas tu.