Pages

Friday 10 August 2012

Apa khabar orang kampung....

 

 

Hihihi...updet akak masih tetap macam siput walaupun laptop dah sihat walafiat. Apa kes? Tak ada apa2 sebenarnya cuma ramadhan dah tinggal kurang 10 hari ni. Kena pulun sikit bangun malam. Bila kekdah tidur begitu maka di siang hari bateri adalah lemaaaaauuu sahaja. Mintak mahaaaaplah ya.

Hari tu kata nak citer pasal orang kampung kan.

094

Anak lebai yang belum sunat. Paling makmur dalam keluarga lebai wahau. Pantang pegang je. Asal pegang melembik je badan dia. Siap krrrruuh krrruuuh lagi. Jadi rebutan dia ni bila akak sekeluarga balik kampung. Hot item!

 

 

087

Anak lebai wahau no. 2. Bila amik gamba memang tema lelap semedang. Maklumlah juling orangnya. Dia ni mental sikit.....eh bukan sikit, banyaaaak. Sentiasa kompius antara pak lebai tu dgn mak lebai. Walaupun mak lebai memang tak pernah ada dalam hidup pak lebai yang menten solo sejak 4 tahun lepas.

 

 

054

Kompius sesangat nih. Lebai wahau tu muka pasrah lagi redha je nampaknya. Maklumlah di bulan romadhon ni, tak kose nak marah2. Biar je lah dia mengopek. Chhuuuut, chhhhutt...bunyinya, sebatu boleh dengar. Tapi bukan ada susu pun, telan air liur sendiri je sampai kenyang. Hahaha.

 

 

056

Muka high sebab dapat mengopek. Cer tengok kat mulut dia tu, siap ada airliur lagi tau.

 

060

 Dah botak okey, kawasan nenen wahau tu. Siaaaan. Nak letak jadam ke serbuk kopi ke karang wahau jugak yang menjilat sendiri sebab dia ni pun macam blur jugak kadang2. Tak tahu macamana akak nak buat. Puting tu pun dah kemain besar lagi. Mak akak terkekek2 gelak tengok. Sebab memang kelakar tau especially bila tengok muka blur pak lebai ni. Hahaha.

 

069

Mak akak dah tukar nama dua ekor ni. Tak yah lotak namo omputeh tu. Duduk kampung tapi namo komain. Tak sosuai kek tolingo mak. Biar mak panggil tomey2 ngan uteh yo, cukup.

Haa, macam tu lah lebih kurangnya mak akak menggunakan kuasa vetonya. Hahaha. Kesayangan dia betul dua ekor ni. Sanggup bertongkat, gigil2 lagi pergi sangkar bebudak ni tiap pagi mengemas segala tinggalan sejarah diorang.

 

123   

Sihat dan makmur lagi duduk dalam bungalow 2 tingkat wahau. Tangga tu pun tunggang langgang dibuatnya. Mak akak siap suruh akak carikan bidai buat tutup sangkar ni sebab risau bebudak 2 ekor ni kena panas dan hujan. Walaupun sangkar ni letak kat balcony bilik mak tapi bila hari hujan kena jugak tempias tu.

Puteri Peah , Minah Kaktus dan Atuk kat mana agaknya setiap kali balik kampung.

 

 

100

Puteri Peah ni je lah kejenya. Menyorok balik bantal. Perasan semua orang nak kidnap dia. Maklumlah 'tuan puteri perasan lawa'. Anti sosial betul dia ni. Tak boleh dekat. Asal dekat je menyembur. Sampai kering tekak. Lepas tu tak nak makan dan minum. Kadang2 akak kena paksa minum pakai syringe tu. Takut pulak dia dehydrated. Pot dia kat atas katil mak akak sebab mak akak sangatlah sayang kat dia. Sampai je akak di kampung, mak akan mintak Peah dulu sebab nak peluk cium. Tu pasallah Peah perasan macam darjat tinggi dari yang lain. Konon.

 

126

Atuk..biasalah. Membutaaaaa tak hengat! Tempat melepak dia pulak siang2 dalam bilik akak bawah aircon. Malam2 pulak berjimba dgn Saguah dan anak daranya Kerumun. Kadang2 siap buat party karaoke lagi orang tua ni. Sekali sekala balik kampung mestilah meriah sambutan kan. Saguah pulak rajin buat event menyambut kepulangan bff dia ni. Dari kecik Milo dan Saguah tu best friend laga2 pipi tau. Lebai Wahau memang tak boleh masuk geng sebab darjat dia lain sikit. Dengar2nya raya ni Saguah dah plan nak buat joget lambak sambil main bunga api.

 

130

Bila malam berjaga, siangnya dia tido je lah sampai keluar air liur tu.

Macam tu je lah citer kat kampung. Akak?? Akak kehulu ke hilir jadi personal shopper mak. Siap pergi beli carpet lagi tau. Maklumlah mak akak tak larat nak keluar lagi. Minggu ni kena beli comforter baru dia. Mak akak tu memang suka simpan koleksi comforter. Akak suruh dia pakai quilt cover je senang sikit tapi dia tak nak jugak. Tak apalah. Sementara hayat dia masih ada akak akan sedaya upaya layan dia sebaik2nya.

25 comments:

Isteri Encek Bard said...

hahhaha windu atuk dan anak anak beliau.. setiap hari 2, 3 kali bukak tgk ada citer diorang tak.. hihihihi.. atuk2 gevamm sangat

Acik Erna said...

aidah..tomey2 ngan uteh tu tak nak join ko ngan orang kolumpo..
ko orang kolupo tu yang yang somobng..tak nak kawan ngan orang kampung he he..dok lain2 tompek lak..

Aidah said...

Isteri Encek Bard,
Akak ni memang lembap sikit updet, dik. Bateri dah pakai 43 tahun. Lemau sudah. Hehehe.

Aidah said...

Achik,
Orang kolumpo tu, achik poghasan yo lobih. Ghupo ala kadar yo tapi eksen komain ngalahkan kucing kombang bulu.Hihihi.

NurNiezzaRiena said...

Mommy is everything in this world..

Aidah said...

Setuju sangat2. Dialah satu2nya yang akak ada. Abah dah meninggal, mak pak mertua pun dah meninggal jugak...

Akma_cikyong said...

hihi suka tgok muka blur wahau..hihi sgt goeges!haha
eh..kak kucing mak akk sejebik cam Oyen akma lah..huhu

tunfatimah said...

Aidah....mmg ku tunggu2 post citer kat kg...x sabar sgt....tak ku sangka rupa2nya Peah buat hati mak u...amboi kemain lagi...minah kaktus mana merayaunya.....geramnya tgk anak2 omputeh yg dh convert melayu tu....hahahahah....ur Mak mmg lovable la, sanggup dia melayan ramai2 tu kan.....penghibur hati tu, insyaAllah murah rezeki...baju raya they all dh beli ? :)

Aidah said...

Akma,
Memang pun akma, akak tahu tu. Akma mesti sedih bila tengok kan. Sorry ya, dik kalau n3 ni buat akma rindu kat oyen.

Aidah said...

tun fatimah,
Mak i memang sayangkan kucing sejak dulu lagi. Kami pernah bela sampai doploh ekor masa kat kampung. Tapi jenis hippies ni, freedom sana sini. Sekarang ni bela kucing agak berhemah sikitlah. Pergi spay dan sunatkan. Lepas tu buat roll call tiap ptg takut ada yang terlepas cari bohsia atau bohjan pulak. Hahaha.
Baju raya pakai tahun lepas punya je, tun. Kalau ada mood baru boleh jahit baju baru.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Salam kunjungan...

Agak gebu kucing dalam post ni ye.. suka tgk kucing, tapi nak bela, masa plak xde =)

www.shahrulhairy.com

Suara Kalbu said...

Mak oiiiiii...comel comel dan sihat-sihat kucing kat sini hahahahahaha..

Kak, pinjam semua tu boleh ? Nak buat peluk tido kehkehkehkeh

fird@Station said...

seronok betul tengok kucing2 akak. x sabo rasenya nak ngidup kucing kat rumah ni... pasalnya, en. suami allergic sikit dgn kucing. so, lepas rindu kat kucing2 rumah mak-abah saya je la.kucing abah saya, arwah kiko dulu pun jadi kes macam wahau gak. kena nyonyot dek anak2 buah dia. mula2 memang bising mulut dia, dah lama pasrah aje beliau.nak disepak... anak sedare sendiri, kena tunjuk teladan yg baik, hehe.

Nini D.. said...

tak sangka pulak bakal menantu tak jadik pon pandai jaga anak!!........
teserlah keredhaan mukanya bila si Uteh penuh perasaan menyonyot nenen Wahau..oh gojess!!


buat bakal menantu pulak..ingatkan dobot aje ada peranagi kuang asam tido mcm tu..ekau pon ado!!

karaoke nyanyi lagu "Ku Pinang Kau Dengan Bismillah' satu!

Iz said...

Aaaaa yang oren tu, rasa nak penyek penyekkan dia. Agaknya keturunan Ragdoll kot kak. Pandai melembik lembik pulak dia. haha.

Kesian betul tengok Wahau sampai botak tetek dia. Dia tak bagi pelempang ke kat si Uteh tu? Yang Tomey tu menetek lagi tak? Ish Uteh ni, dah beso kot awak tu, kalaupun si Wahai tu mak kandung pun agaknye dah kena terajang dah hahaha.

Peah & Aoi memang boleh geng la. Hidup antisocial. Perasan lawa & ingat semua orang nak kidnap dia. Memang samalah dua ekor ni. Elok bagi duduk berjiran. Haha

Dils said...

Kesiannye tuan Wahau tu. Muka pasrah je. Tapi risau gak kalau luka lelama kawasan tu. Tapi Wahau pon tak melawan. Huhu. Cuba kalau die try kat Atuk Milo? Camne la tuh.

Dinas Aldi said...

Anak lebai belum sunat tu comei sangaaaaaat! Memang patut pun jadi rebutan! Nanti balik kg lagi, tolong peluk cium anak lebai tu bagi pihak saya na :)

Family kak Aidah memang suka kucing na, banyak betul tu haa.

Aidah said...

Shahrul Hairy Shaharuddin,
Memang membela kucing ni menuntut komitmen yang tinggi, dik. Tapi hasilnya berbaloi2. Hilang problem akak bila tengok diorang ni. Tenang...
Terimakasih kerana datang. Ziarahlah akak lagi ya.

Aidah said...

Suara Kalbu,
Kan. Tak sabar nak balik kampung lama sikit raya ni. Diorang tu cepat betul membesar.
Orang kampung kedekut sangat dik. Akak nak bawak KL kejap pun tak dibaginya.

Aidah said...

fird@station,
Jangan tak tahu, dik, anak2 akak dedua tu ada athma. Farah tu teruk sikit sentiasa dgn inhaler je. Tapi sebenarnya bela kucing ni macam alah bisa tegal biasa pulak kat family akak. Memula bela tu dia allergic tapi bila dah lama macam immune pulak. Tapi sekarang ni bila dia dah lama tak balik, mulalah dtg allergic semula bila balik rumah. Tapi Alhamdulillah, makan ubat allergic je insyaAllah okey.
Harap satu hari nanti fird berjaya bela kucing dgn suami yang tak allergic lagi, insyaAllah.

Aidah said...

Iz,
Akak kan sampai ke sudah tak bawak lagi pergi vet bebudak 2 ekor ni. Nak bagi ubat cacing pun belum kesempatan lagi, Iz. Nanti cuti lama raya ni dapat kot, boleh tanya salasilah keturunan bebudak ni.
Wahau masa memula dulu memang bagi penyepak jugak kat Uteh, sakit kot. Si Tomey matang sikit, tak mainlah nenen2 ni.
Boleh akak bayangkan Peah dan Aoi duduk berjiran. Muncung2lah mulut bergossip bagai. Hahaha.

Aidah said...

Dils,
Wahau tu penyabar orangnya. Ececece. Tapi kalau Milo, haaa siaplah tercampak si Uteh tu di flying kick Milo. Milo tu kalau balik kampung macam tokey besar lagaknya dik. Semua orang kena tunduk hormat kat dia. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Macam berani ja bunyi dinas tu nak peluk cium kucing. Sebab tu lah suruh akak wakilkan ya. Hehehe.
Ha ah. Family akak mmg suka sangat kat kucing. Masing2 ada favorite part kat kucing. Akak suka picit kaki dan tangan kucing, Puan Alang suka penyekkan hidung kucing. Mak akak suka semua sebab dia boss. Hahaha.

Naz said...

tak ke mana garang Wahau ngn budak2 tu..surrender je la..

Mak Wardah said...

Ni kalau anak saya nampak, abislah kucing2 tu kena peluk..