Pages

Tuesday 28 August 2012

Citer menjelang raya kita part II

 

 

Sabtu 18 Ogos 2012

Hari ni pagi lagi pukul 4 dah bangun. Nak siapkan sahur terakhir utk ramadhan tahun ini. Sebelum tu panaskan rendang yang dah siap masak semalam. Panaskan sampai kering supaya tak mudah basi.

Lepas subuh, Encik asben ke pasar beli santan untuk ayam golek atau nama glamer dia ni, ayam percik.

070

Peha2 seksi yang sudah sedia utk di mekapkan.

 

068

Bahan2 mekapnya : Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, cili merah besar, ketumbar, jintan putih, jintan manis dan lada hitam. Dah blend semua bahan2 ni, sila asingkan 3/4 darinya utk buat kuah. Yang lagi 1/4 tu lumurkan sesedap rasa pada peha gebu ayam tu tadi. Ooopsss...jangan lupa tambah gula dan garam. Akak dah kena sound dgn mak masa hari kejadian ni. Siap mengeleng kepala lagi, dia cakap;  "Mama ekau ni Farah, memang fail bab lotak garam ngan gulo!"  Haa strict tak strict mentor akak. Tak de langsung markah kesian. Terus fail je gamaknya. Sedih. 

 

077

Akak bersama budak kecik yang menjadi harapan utk memikul tanggungjawab satu hari nanti. Dia ni sorang je nampaknya berminat. Yang lain minat makaaaan je. Nampak tak aksi pantas akak bekerja tu. Gamba pun blur tau. Dasat kan walaupun dah fail 1 subject. Hahaha.

 

082

Dah bergaul dan beramas mesra, biarlah pelakon2 handalan yang dah siap mekap tadi direhatkan dalam bilik khas sejuk ni. Tak payah sejuk beku pun, chill2 je. Dua hari chill2 pun tak pe sebab dah bergaul dgn bahan perap jadi dia tak mudah busuk. Siaplah 3 1/2 ekor yang dalam besen merah tu dan yang dalam plastik utk dipanggang dalam microwave selama 30 minit.

 

084

Sementara tu, pergi masak kuah ayam percik. Proses ni memang kena banyak sabar. Aduii..aduiii..lahabau...kurang asem...opochot memang selalu kedengaran sebab kuah dia ni memang memercik2 ke tangan dan muka kita. Akak siap pakai oven mitt lagi. Itupun dia pandai jugak target lengan kita yang tak cover. Issh..kuah perchik zaman sekarang nii, memang sangat intelligent.

 

Dah siap kuah, rebus nasi impit dan ketupat pulak. Puan Alang pulak sempat masak kari daging sikit dan sambal tumis petai sebelum balik rumah mentuanya. Itu je lah pun menu akak untuk berbuka di ramadhan terakhir tahun ini. Rendang ayam dan kuah kacang tak masuk menu sebab manager restoran tak luluskan masa mesyuarat hari tuh. Nasib baik tak ada bangkangan. Siapa berani nak bangkang sebab manager, akak dan tukang masak pun akak jugak. Tukang rancang menu pun akak jugak. Nampak tak kuasa veto yang tak boleh dipertikaikan lagi tu. Hihihi.

 

112

103

105

Malam raya tu jalan2 pekan Podeksen sambil tengok lampu. Agak2 macam jalan jalan cari pasal jugaklah sebab pekan PD jem sangat masa ni walaupun dah hampir pukul 12 malam.

 

101 

Tapi hati puas sebab harung jem sambil makan eskrim McD.

 

 

451 

196

Lepas tu sampai rumah sambung aktiviti bermain dgn mat tomey dan mat teh ni. Anak2 orang dimanjakan......anak2 sendiri biarkan saja bertapa di gunung ledang sinun. Sapa suruh tak nak geng kan. Diva sangat anak2 Milo tu.

Esok2 sambung pasal citer raya pulak ya.

21 comments:

Acik Erna said...

assalam..aidah.cantik ghupo e pokan podeksen malam2 yo..acik sampi siang yo malam tak ponah..
ha ha..tak buleh tahan akak bilo baco poho seksi tu

Irfa said...

best baca kisah raya org
kisah raya saya pun lom abis karang lagi ni :)

Aidah said...

Achik,
Sobonar e poii jalan2 tengok lampu malam ghayo ni, arwah abang se solalu buek. Tahun ni ghindu amek kek dio, achik. Tu lah pasal poii koluar PD malam tu, layan ghindu...

Aidah said...

Irfa,
Akak dah baca kisah raya Irfa setakat ni. Meriah tu, dik. Siap gi obersi lagi. Akak dok umah je, dik.

tunfatimah said...

sayang u Aidah....cepat kali ni, tak yah i tunggu berhari2.....hahahaha....suka sgt baca blog u......:).
best kan raya kat kg....kgrumah Mak i, rumah taman , so tak la meriah sgt...dh la tu tahun ni , balik nak raya, rumah Mak i kene pecah masuk....so mcm2 la brg ilang, mood kureng sikit....dh bukan rezeki...nk buat mcm mana

Aidah said...

tun fatimah,
Jangan cepat sangat sayang, tun. Bukan boleh caya i ni. Tetiba senyap nanti, berabuk laman rumah.
Rumah kena pecah masuk? I doakan Allah gantikan barang yang hilang tu dgn sesuatu yang jauh lebih baik.Amin. Betul tu. Sangat setuju dgn rezeki ketetapanNya. Bila kita bersabar, pahalanya sangat tinggi banding dgn barang yang dah hilang tu, insyaAllah.

Bonda Ryan said...

kan tun fatimah kan? mmg terseksa betol tnggu update blog kak ida nih..hihi.hari nih pantas dan tuntas..suka sampai senyum sorang2 bila baca blog kak ida nih..mabeles!!!

Dinas Aldi said...

Uuu mak aihhh belum masak laie baru mengacau2 atas dapo pun dah teraso2 kesedapannya kek lidah den ni haa, ehehehhh tetiba ja nak menerai cakap nogori..lulus tak kak? :D

Canteknya podeksen malam2! Kalau macam tu rupanya, cek pun tak kisah stuck dalam jam, boleh tengok lampu cantik & ditemani eskwem sodap :)

Aidah said...

Bonda Ryan,
Hihihi. Takut basi citer ni, dik. Gambar tu pun kalau terperuk dalam kamera pun boleh jadi masam. Terima kasihlah sebab suka layan akak borak. Sementara ada mood ni baik akak up entry copek2.

Aidah said...

Dinas,
Pass dik. Dah boleh cari buah hati oghang nogoghi ni. Hihi. Akak gurau je. Nanti kang marah buah hati dinas kat akak.
Ini kali pertama akak jalan2 tengok lampu malam raya. Selalunya terlentang je akak atas katil, kepenatan. Tapi tahun ni sebab masak part I dan part II, jadi kurang penat sikit. Alhamdulillah.

Murni Alfathunnisa said...

sungguh banyak tugasanmu kakak..yg baca pun rasa penat nk buat segala. apa pun tahniah laa..:-) resipi bahan perap ayam percik tu chek dah take note. tq so much. senang nt nk bbq ayam percik.

Nini D.. said...

kelassss entry raya tahun ni kak..siap dgn cerita berendang bagai..teman yg tak sempat nk amik gmbr tahun nih...stendetlah..kamera bawak tapi charger betapa kat tepeng..mmg kelaut lah jawabnya

Iz said...

Eeee.. omeynyeee dua ekor kenit ni. Tengok akak buat entry raya, saya pun rasa berkobar nak buat entry raya, tapi gambarnye tak banyak. Balik2 gambo muka je. Gambo makanan memang tak sempat nak amik sebab sibuk makan kahkah

makchaq said...

Makchaq lama cuti berblog
masuk2 seronok baca cerita Aidah balik beraya penuh kereta, masak2, jalan2& cerita anak2 bulu berebut baju..

mengamcamnya tengok peha2 ayam tu..

Iz said...

Akak, ada sorang reader akak, dia baca blog saya jugak. Nama dia Hayati Ghazali. Kata dia tak dapat nak komen kat blog akak, tak tahulah kenapa. Dia mintak saya inform akak, hehe :)

Aidah said...

Murni,
Memang penat dik. Tapi puas hatilah sebab anak2 berselera makan. Mak akak yang tak berapa nak ada selera sejak akhir2 ni pun banyak gak makan. Resipi tu mak akak yang selalu buat utk lauk pengantin masa dia muda2 dulu.

Aidah said...

Nini,
Kelass kan. Hihihi. Konon macam bagus je akak ni, dik. Lepas tu nanti senyap balik barang seminggu. Ikut kesihatan. Sihat kita updet, tak sihat tolontang yo lah ateh katil. Hahaha.

Aidah said...

Iz,
Muka sendiri pun pe salahnya iz. Ke muka adik2 baru balik dari boarding school pun boleh gak. Akak layan je citer iz tak kira siapa yang pegang watak utama. Hehehe.

Aidah said...

Mak chaq,
Saya ni mak chaq, sesuka ati je bila nak amik cuti. Bila larat, adalah updet baru, bila tak larat, berabuklah rumah. Itu baru rumah cyber belum masuk rumah sendiri di alam realiti ni. Sangat menyesakkan sebab tak larat pun nak kemas.

Aidah said...

Iz,
Kenapa ek iz? Akak kan kalau bab2 technicalities ni lembap sikitlah dik. Hari tu akak nak komen kat blog sorang follower akak ni pun tak dapat. Dia pi keluar mesej cakap akak tak de akaunlah. Dahlah akak ni memang nak berborak ngan blogger tu. Penyudahnya akak senyap je sebab tak faham.
Pada Hayati Ghazali, terima kasihlah sudi baca blog akak. Nanti akak tanya cikgu tuisyen akak kalau dia boleh tolong godam2 sikit kat blogger ya. Thank you Iz sebab bagi tahu akak ya.

Mak Wardah said...

Bestnyer Aidah raya you...aduih tenguk masakan tu mengancam betul...tapi Al-Fatihah pada yg telah pergi...Take care