Pages

Wednesday 3 October 2012

Beratnya rasa di hati.....

 

 

 

Assalamualaikum.

Sebelum akak mula bercerita, akak nak ucapkan banyak2 terima kasih dan kasih sayang tak terhingga pada Dinas yang sudi buat n3 khas utk mohon doa buat mak akak. Terimakasih pada reader blog Dinas juga ya.

Hari Sabtu 29 Sept, mak akak telefon bagi tahu yang belakang dia sakit. Senak sampai ke dada. Akak takut jugak kalau2 ada kena mengena dgn jantung walaupun mak akak tak ada masalah jantung sebelum ni. Manalah tahu kan. Tapi bila diberitahu Puan Alang, dia cakap bukan.

Lepas tu akak meneka lagi. Mungkinkah kerana masalah slip disc mak tu yang bertambah teruk. Mak akak memang menghidap penyakit ni sejak 2006 lagi kalau tak silap. Lepas tu Puan Alang check, dia kata pun bukan juga. Sebabnya mak tak mengalami kebas2 di kaki dan tangan. Lepas tu sakit belakangnya tu berubah2 tempat pulak. Kejap di tengah, kejap di kanan sampai ke ketiak, kejap di kiri.

Lepas injection dan painkillers setiap 8 jam, sakit mak masih tak reda. Semakin teruk lagi. Dari hari sabtu dia hanya duduk bersandar di kerusi. Kadang2 bila sakit tu mencengkam, dia tak boleh bersandar pun. Allah...Allah...itu sahaja yang keluar dari mulut mak tika menahan sakit.

Hari Ahad 30 Sept, petangnya lebih kurang pukul 5.30, mak akak telefon. Menangis2 mintak akak balik tolong gosokkan belakang badan dia. Akak terus kemas apa yang patut dan balik. Meleleh airmata masa akak gosokkan belakang badan dia tu. Puas menelan sendu, takut mak terdengar akak menangis. Sedih hati akak tengok kaki mak pun bengkak akibat beberapa malam hanya duduk atas kerusi. Lelap pun sekejap2 je.

Masa tu akak hanya mampu berdoa. Nak tolong macamana pun tak tahu lagi. Lepas tu dgn ilham dan petunjuk dari Allah, akak teringat ttg ustaz Asmad dari Klinik Zamdurrani (rawatan alternatif). Syukur pada Allah kami diberi rezeki buat appointment dgn ustaz ni pada malam tadi.

Dari citer mak akak termasuk sakit di mana dan mimpi2 yang dialami sebelum sakit, ustaz ni cuba diagnos punca sakit mak. Itupun katanya ini hanya dari pengalaman dan pembacaan beliau melalui kitab2 Arab. Masa rawatan tu, kami anak2 diminta sedekahkan fatihah byk2 pada mak. Alhamdulillah setelah belakang mak dirawat dgn ayat Quran, mak akak terasa ringan. Siap boleh berdiri lagi.

Lepas tu mak cuba baring. Kalau sebelum tu bila mak baring mesti dia rasa sakit yang teramat sampai sesak nafas. Tapi kali ni dia boleh baring tanpa sakit. Masa tu kami tak putus2 ucap Alhamdulillah. Mengalir lagi airmata akak. Besarnya mukjizat yang ditinggalkan Rasulullah saw utk kita. Sayang betul Baginda pada kita ni, umatnya. Itulah dia ayat2 Allah. Powerful kan. Terimakasih Allah kerana jadikan ayat2Mu itu penawar utk mak.

Hari ni akak dah balik KL semula. Berat rasa hati meninggalkan mak. Terutamanya bila dia menangis2 peluk akak seakan tak mahu lepas. Berkali2 dia cakap, " Nanti cuti ida baliklah yo, baliklah.  Camano lah mak nanti kalau ida tak do kek kampung."

Masa ni lah yang akak tak dapat cari satu pun ayat yang boleh comfort mak. Berjauhan dgn mak sangat menyeksakan terutama ketika dia sakit. Nak bawak ke KL dia tak mahu. "Susah nanti kalau jadi apo2 kek mak", katanya.

Kalau tak balik KL pulak tak boleh sebab anak sekolah. Berkali2 akak cakap pada dia, "insyaAllah mak dah sihat ni. Dah okey dah ni." Supaya dia rasa confident.

Hanya doa yang boleh akak panjatkan pada Allah agar merahmati mak selalu. Juga doa dari sahabat2. Tak tahulah siapa diantara kita yang Allah paling kasih dan makbulkan doa. Yang pasti kasih sayang akak pada semua sahabat yang sangat prihatin mengirim doa. Semoga mak sihat kembali dan boleh menambah amal ibadat padaNYA dgn lebih selesa. Amin.

 

077

Dua ekor ni  sangat memahami . Malam2 bila akak menangis dalam bilik, dia datang sambil menyapu kepalanya pada kepala akak. Milo macam tak kesah je. Mungkin memendam perasaan sebab balik kampung tergesa2. Tak sempat nak pack  wetfood dia. Hehehe.

 

470

Mungkin dua tiga minggu ni akak perlu ulang alik balik kampung. Mohon Allah beri akak kekuatan supaya dapat terus berkhidmat utk satu2nya mak yang akak ada di dunia ini.

Sebelum sign off akak nak mohon maaf jika akak tak dapat mencuri masa melawat blog2 yang biasa akak singgah. Walau tak singgah, kalian semua tetap dalam ingatan akak.

14 comments:

Dinas Aldi said...

Kak Aidah, saya sangat faham perasaan akak. Saya akan terus doakan mak akak. Semoga akak tabah menghadapi dugaan ni ya.

Nieda said...

semoga beransur sembuh hendaknya

mama maman aka yana said...

Akak.. moga2 mak akak sihat dan boleh beraktiviti macam dulu2 lg.. sian dia kann.. dok jauh nih tu la dugaannya.. moga2 mak akak dlm lindungan ilahi.. insyaallah

Acik Erna said...

assalam Aidah.Insyaallah dengan izin Allah dan doa dari Aidah..dan doa dari kawan2 yang memahami..
Aidah selalu la telefon dan bagi kata2 semangat..insyaallah..moga mak Aidah akan pulih sepenuhnya.
Aidah jangan risau walaupun tak dapat BW..kami semua memahami

Murni Alfathunnisa said...

sabar banyak ya kak aidah..kami semua akan terus mendoakan kesihatan mak dan akak jugak..insyaallah na. jaga diri baik2....semoga semuanya akan baik2 spt biasa...amin.

tunfatimah said...

as salams Aidah, am so sorry about Mak u.....u sabar byk2 ye....kita sama2 doakan dia sihat spt sediakala...tak pe Aida, for the time being ni, selalula balik kg bila ada masa ......mmg at this stage i rasa your presence buat dia rasa lebih sihat n happy.....u sabar n take care, insyaAllah, kwn2 akan sama mendoakan kesihatan your Mak

Iz said...

Moga mak akak cepat sembuh. Agaknya Milo buat tak kisah sebab dia sedih nenek dia sakit kot. Tu yang dia wakilkan kanak-kanak dua tu je tolong pujuk akak.. Hati dia, biar dia rawat sendiri. Eh drama pulak.

Saya doakan mak akak cepat sembuh. Akak pun jangan susah hati.. jaga diri, supaya dapat selalu balik kampung lawat mak tu :)

Bonda Ryan said...

kaka..as tersentuh hati baca post nih, teringat kat situasi as waktu ibu arwah ibu as sakit dan dia meninggal 58hari yg lalu. as berulang ke kl..adakalanya sampai 2x sehari, baru sampai n9..pastu call emergency pulak..larik ke kl balik. setelah semuanya berlalu...as rasa macam tak cukup khidmat bakti yang as dah beri...rasa terlalu sedikit pertolongan dan kata2 semangat pada arwah. Org tua nih klu tak sihat..nak2 ibu, yg rapat dgn kita..dia sebolehnya nak kita ada depan mata dia utk dia ceritakan tiap kesakitan dia. InsyaAllah kak..mak akk akan sembuh, doa jangan putus.

wakgelas said...

moga mak cepat sembuh tuu.. aminn

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah. Saya harap keadaan mak akak bertambah baik ya. Saya akan terus doakan.

zard said...

As salam.

Aidah, Zaph doakan bonda Aidah insya Allah cepat sembuh, aaminn.

tunfatimah said...

Aidah....
How's things ? Mak u mcm mana? Risau gak lama tak dengar kabar berita.....mudah2an, semua ok....both Mak n u are ok...amin

Naz said...

semoga mak akak sihat semula. InsyaAllah

Lady Windsor said...

Salam KAk Aidah,
Alhamdulillah..lega juga bila mak akak dah sihat dan boleh tidur seperti biasa. Kita tak tahu rahsia Allah dan ayat-ayatnya. Masa arwah mak saya terlantar sakit sebulan dan seminggu yang terakhir dia tenat, kami perdengar bacaan surah tertentu kepadanya kerana itu adalah 'terapi' dan rawatan terbaik..syukur dia pergi dengan tenang. Dan mak kak aidah dok sebut Allah tu pun saya yakin sebutan itu memberi kelegaan kepada dia. Untunglah kak aidah masih ada mak, saya pula berasa tak cukup2 jasa saya kepada mak sebab dia pergi cepat, belum puas nak berbakti padanya..