Pages

Thursday 14 March 2013

Rinduuuuu......

 

 

Assalamualaikum.

Huuuumaaanggggaaiiiihhhh....lamanya tak on lattop. Lamanya tak memblog. Burung pelik kat header ni pun nampak macam dah kurus.......lama tak bagi makan. Hehehe.

 

108

Mak akak, dah akak bawak balik KL....duduk sama2 dgn kami. Senang hati akak sikit sebab mak ada depan mata. Dan biasalah pakej mak. Bila bawak mak kenalah bawak dayang2 pengiring yang 3 ekor tu. Tansri Wahau dan anak2nya.

 

Beberapa minggu lepas memang mencemaskan. Alang akak pun masuk wad seminggu. Pun kepelikan jugak penyakitnya. Doktor pakar pun garu kepala memikirkan. Bila cek darah, scan siap masuk contrast lagi....semuanya okey. Last2 doktor discharge dia dan bagi appointment utk check up every week. Suruh ikhtiar rawatan alternatif lah agaknya tu.

Masa tu jugak akak ke hulu ke hilir menguruskan semuanya termasuk anak2 Alang, Nisya dan Thaqif. Hampir 2 minggu jugak. Mak pulak mula hilang selera makan. Nafas dia pun semakin berbunyi. Setiap kali makan dia tersedak.

Last2 kami ajak pergi scan. Result scan memang meruntun jiwa. Saluran pernafasan mak dah hampir tertutup oleh ketumbuhan. Tulang belakang T3 dan T5 jugak terkesan akibat kanser ini. Dari scan, doktor diagnos penyakit ni sebagai nasopharyngeal carcinoma. Doktor cakap, bila2 masa saluran pernafasan akan tertutup.

Dan hari Isnin lepas, mak menjalani biopsi. Satu bilik tu menangis bila pakar bius terangkan risiko yang amat besar pada mak. Ada kemungkinan leher mak akan ditebuk untuk memudahkan pernafasannya. Mak nampak redha sangat masa ni. Kalau mak tak balik semula, dia pesan supaya kami dua beradik berpakat buat keputusan dalam segala hal. Rumah keluarga di PD tu jangan dibiarkan kosong walaupun dia dah tak ada. Akak masa ni dah tak terkata. Nak cakap apa pun tak boleh. Asik tersedu2 je.

Selepas 2 jam, alhamdulillah tiada komplikasi masa prosedur biopsi tu. Dan syukur sangat sebab Allah beri ilham pada pakar tu untuk buat debulking pada ketumbuhan tu. Maksudnya, dia buang sedikit yang block salur pernafasan mak. Dan surprisingly, bendalah tu cukup senang ditanggalkan. Tarik perlahan dah tercabut. Tak melekat sangat pun pada salur pernafasan tu. Subhanallah. Masa mak masuk OT tu akak bawak anak2 ke surau untuk solat hajat. Kami berserah sepenuhnya pada Allah.

Betullah kata sorang sahabat akak tu. Katanya Allah menduga kita bertalu2 begini sebab Dia nak kita berserah sepenuhnya pada Dia. Tiada siapa dapat memberi pertolongan melainkan Dia. Dan Dia juga akan memberi kita sesuatu yang lebih indah selepas ini. Bersabarlah. 

Dan akak jugak percaya doa dari kawan2 akak di bog ni sangat banyak membantu. Terimakasih tak terhingga. Semoga Allah berikan kalian ganjaran istimewa di akhirat kelak. Amin.

 

118 

Bukan kami je yang perlu bersabar. Kucings yang dah biasa duduk rumah banglo ni pun kena banyak sabar jugak. Hehehe. Maklumlah rumah akak ni sempit. Tapi demi tuannya, kucing2 ni sangat memahami. Terutama si Wahau. Mak akak masuk bilik air pun dia escort. Siap jadi jaga lagi depan pintu toilet.

 

 

014

Ini pulak makhluk Tuhan paling hepi sebab boipren dah tinggal serumah dgn dia. Live in together katanya. Nasib baik dah dispay dan neuter semuanya. Kalau tak, timbul pulak masalah lain yang ada kena mengena dgn contengan arang. Hahaha.

 

 

009

Ini pulak ketua pengawas dalam dorm. Stress sampai kurus badan. Cukup payah nak memantau kegatalan dan kegedikan minah kektus dgn pria2 hangat dari PD tu. Bagi tazkirah tiap hari pun tak lut.

 

 

002

Atuk je yang tak terkesan. Tiap hari dia makan tido, makan tido. Tak pe lah. Dia pun dah cukup bermasalah dgn kesihatan yang tak berapa nak ngam sekarang ni.

Itu je lah setakat ni yang akak mampu citer. Ada rezeki dan kesempatan, kita jumpa lagi ya, insyaAllah.

Result biopsi mungkin akan dapat minggu depan. Dalam berdebar2 tu akak hope for the best. Kalau tidak menyusahkan, akak sangat mengharapkan doa kalian semua ya.

17 comments:

Nota Cikgu Anum said...

alhamdulillah...sng hati nmpk Aidah update n nmpk tgn mak :)

Nini D.. said...

Alhamdulillah....moga result nanti tak seburuk yang doktor jangka.kita doa sama2 kak ye..

kemain ramai rakyat jelata kat rumah..Tan Sri Wahau dah semakin gojess lah kak.

Dinas Aldi said...

In syaa Allah, kami akan terus doakan, kak Aidah. Akak take care ya. Akak nak kena jaga ramai orang tu & jugak kucings lagi, akak kena tabah & kuat & jaga kesihatan akak jugak.

Aidah said...

Cikgu Anum,
Masa sangat berharga sekarang ni cikgu. Tak cukup 24 jam. Bila dan, insyaAllah saya updet. Terimakasih kerana sudi singgah.

Aidah said...

Nini,
Betul tu, dik. Akak pun harap semuanya okey lepas ni. Kesian kat mak.
Haa? Wahau makin gorjess??? Jeles atuk dengar. Hehehe. Akak suka je dgn rakyat jelatas yang makin ramai ni. Meriah.

Aidah said...

Dinas,
Terimakasih dinas. Akak belum berkesempatan singgah blog dinas dan blog lain yang biasa akak singgah. Nanti bila dah dapat susun rutin elok2 akak akan pi ziarah ya.

Acik Erna said...

Alhamdulillah..moga keputusan pun tidak membuatkan Aidah susah hati lagi..In shaa allah..sodeh bacao catatan aidah ni..

NenetPenne (NP) said...

sedih pulak baca kisah ur mum tu... semoga dia sihat...

tapi kucin2 tu comel..cerdik pulak tu....

fird@Station said...

doa untuk Kak Aidah sekeluarga baik2 hendaknya. jaga kesihatan akak juga ye, untuk orang tersayang dan meows2.

Dils said...

Fuh. Penuh rumah kakak. Tapi meriah! Kalau yang penuhkan family2 rase meriah je. Lagi2 campo family bulus sekali.

Alang kak Aidah dah sihat ke ni?? Harap semuanye memang sihat la.

pB said...

Kak Aidah


pB dioakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan Allah dalam semua segi hal

Murni Alfathunnisa said...

In shaa Allah kak Aidah..kami sentiasa mendoakan agar semuanya kembali ok. Lega lah sikit bila mak akak dah duduk sekali..kurang lah sikit kerisauan dan tekanan sebab duduk jauh, kan.
kuceng2 tu peneman..cukup faham masalah omak diorang....tu pun reduce stress jugak tu..nengok karenah diorang.

take care kak aidah..

Bonda Ryan said...

as salam kak aidah, pk yang baik2 je tau. jangan risau melampau, nnt akk yg sakit. saya doakan agar mak akk sihat seperti sediakala dan carcinoma jahat tuh pegi jauh2.saya sentiasa ada dbelakang akk. tiap kali baca kisah sakit mak akk saya terbayangkan perkara sama yang saya lalui 8bulan lepas. semangat kak..teruskan bersemangat..caiyok!!

Juls Julie80 said...

Alhamdulillah ..semoga mak akak dipermudahkan ape2 dugaan utk dia juga utk akak sekeluarga.

Akak mungkin salah sorg insan yg istimewa, sbb tu Allah duga akak dengan dugaan yg bukan semua org mampu hadapi semua tu. Saya pun x tau mcm mana keadaan saya klu diduga mcm akak ni.

Saya doakan semuga kita diberikan kesihatan berkekalan selamanya. Amin

makchaq said...

Allahhuakhbar Aidah.. makchaq hari tu lama tak berblog, masalah internet, terlepas cerita Aidah ni.. terharunya makchaq..

Makchaq doakan mak Aidah diberikan kesihatan dan diringankan bebanannya, begitu juga dengan Alang..
Makchaq doakan juga agar Aidah tabah dengan ujian dan diberikan kesihatan dan kemudahan untuk menguruskan mak..

Mak Wardah said...

Kak, saya hormat akak dek sikap anak yg sgt prihatin...muga syurga buat akak. Ya Allah sembuhkan ibu sahabat blogger ku ini kerana ku tahu akan keikhlasannya dalam menjaga kebajikan ibu kesayangannya. Ameen.

zard said...

As salam. Hi Aidah. How's everything? Hrp ur mom's test result? Moga dipermudahkan segala urusan you sekeluarga. Meriah dayang2 pengiring ada sama ya. Take care my friend.