Pages

Monday 27 May 2013

Citer cuti dgn mood yang sangat blues.

 

 

Dah start cuti sekolah pun. Akak tak de kemana pun cuti sekolah ni. Hanya tolong farah prepare interview untuk degree course dia hari Ahad semalam. Selebihnya banyak cembeng je akak ni. Teringat sangat kat mak. Selalunya bila mula cuti sekolah, dialah yang paling kerap telefon supaya akak balik dan habiskan cuti sekolah di kampung. Masa cuti sekolah, selalunya akak akan selesaikan banyak urusan mak....carik makanan yang dia teringin nak makan, belikan barang2 dia. Selalunya cuti sekolah tu khas untuk mak. Bila dah asik ingat kat mak tu, meleleh2 air mata. Penyudahnya akak jugak yang tak sihat lepas tu. Tak terbayang hidup tanpa mak tapi itu adalah suatu yang tak dapat dielakkan. Kehendak Allah.

 

Kita yang tinggal ni harus terus menjalankan tanggungjawab. Salah satunya ialah....

 

012 

....MAKAN !!  Ini menu makanan terbaru....butter chicken namanya. Rupa2nya kemain senang nak masak. Tak perlu pakai bawang pun. Perap je ayam tu dgn garam dan halia. Lepas tu gaul dgn tepung jagung dan goreng. Lepas tu untuk sos putih tu pulak, pakai butter dan susu isian sejat FN tu. Nak tambah aroma dia tu supaya wangi letak daun kari banyak2. Memang sedap. Sesuai untuk orang gastrik macam akak ni tapi kena makan moderately jugak pasal ada butter dan susu tu. Akak ni bukan boleh caya bab allergic ni. Kang tetiba je allergic susu.

 

 

245

Kitteh yang kejulingan dan kesunyian. Juling sebab dah memang lahir macam tu. Haha. Tapi cute. Sunyi sebab si Tomey dah hantar balik kampung untuk cuti sekolah.

 

 

343

2 beradik ni memang tak boleh dipisahkan. Tidur pun sanggup bersempit2 asalkan berdua. Hari tu Alang kata dia nak terus bela Tomey di kampung. Macam nak meraung akak dengar. Kitteh pun naik pelik. Dah terlebih orang tua ni agaknya. Aku pun setakat menitis airmata jantan je.

Tapi kan, kalau dah bela ni memang sayang sangat. Tak bolehlah nak lepaskan macam tu saja kan. Ini pun akak dah rindu sangat walaupun belum sampai seminggu Tomey duduk kampung. Siap kira berapa hari lagi Tomey nak balik KL semula.

 

 

051

 014

Sementara tu tatap gambar Tomey puas2.  Lepas tu meleleh2 lagi airmata. Aduoiiiyaiii...

15 comments:

Acik Erna said...

assalam Aidah..banyak2 bersaba yo..Mak Aidah pun tak mau Aidah asek besodeh yo..dia tak suko tu Aidah..kalau dah terngat bona tu..copek2 sedokah bacaan yassin dan fatihah..nanti aidah lak tak sihat..sian alang tu nanti risaukan Aidah..soba yo..acik tau acik boleh cakap yo..Aidah yang menanggung e..tapi untuk alang..untuk Aidah duo beradik..

Dinas Aldi said...

Akak, haritu masa saya pi Brunei, first time saya makan buttermilk chicken, huuu mak aihhhh sodapnya! Tapi nasib baikla Brunei jauh & saya pi sekali tu saja, kalau tidak, kihkih, mau lingkup mesen timbang, kihkih..kihhhh..

~mrs azmi~ said...

meleleh ayaq lioq tgk butter chicken...

makchaq said...

Dah berahun bukakrestoren kucin, baru ni ada ibu kucing bawak 3 anak dia masuk dalam rumah makchaq, kesia bila tengok bapak kucing dok hambat depa makchaq pun bela dalam rumah, n dah boh diluaq tapi beli sangkaq la, bapak kucing tu mai kacau.. . Besaq sikit boleh la lepas kot..

Murni Alfathunnisa said...

Sabaq ya kak aidah. Banyakkan sedekah al-fatihah untuk arwah mak akak.

alolo...juling-juling si kitteh ni namun tetap comey...meh sini meh...muka mintak dimanja ja tu.

saya tak pernah makan buttermilk chicken...nampak macam sodap yo..

tunfatimah said...

as salams Aidah...nk buat mcm mana...bertahun kita dgn mak...tua mcm mana pun kita, mesti rindu punya....
samala dgn si bulus2 ni.....dh mcm anak2 kita, mmg tak bole klu they all x de..biorla klu bole sama2...tp terpaksa la lebih kurang..tomey pun bkn p mana....tp geramnya tgk si bulat2 ni.....sekor2 bdn mcm di pam2...

zard said...

as salam.

haluuuu.. wahh sedap nya butter chicken itu.. blum rasa lagi..if dah rasa mau nak lagi dan lagi dan lagi..hehe.. alahai satu sudah balik hols kat kampung ke? i pun tumpang rindu..

Aidah, bila rindu think happy thoughts yg kelakar2 masa mak masih ada.. :)

Aidah said...

Acik,
Alaikumsalam acik. Bilo sayu tu datang....tak dapek nak ditahan2 acik. Tak buleh boghonti nangieh. Tu yang buek sakit dado lopeh tu. Camano nak buek kan acik. Dah kohondak Allah. InsyaAllah sayo okey, acik. Bilo ado kawan yang sangat amik berat macam acik ni, lapang ghaso e. Timo kasih acik.

Aidah said...

Dinas,
Selalu jual kat tempat mahal2 je kan, dinas. Rupa2nya senang je nak buat. Save duit akak sikit. Hehehe.

Aidah said...

mrs azmi,
Akak cincai je buat tu. Farah tolong gugel resipi. Tak sangka boleh diterima tekak anak2.

Aidah said...

makchaq,
Dah ada ahli tetap kat restoran kucin mak chaq ya. Masa kecik ni depa masih fragile lagi. Bila dah besar nanti boleh ja nak lepaskan mak chaq. Tapi saya rasa dia tentu akan balik semula rumah mak chaq tiap hari.

Aidah said...

Murni,
Kitteh ni memang manja sangat. Kalau akak buat keje kat laptop dia akan duduk bersandar kat laptop tu. Kadang2 sampai lena.
Buttermilk chicken tu sedap dan simple sangat nak masak, dik. Itu keyword dia....'simple'. Hehehe.

Aidah said...

tun fatimah,
Alaikumsalam. Tu lah kan. Tak pernah terbayang hidup tanpa dia. No matter how old we are...we can never be ready for life without our mothers kan.
Kucing pun satu kelemahan I jugak. Cannot bear the thoughts of losing any one of them. Sayang sangat. Dulu masa mula2 bela dah pesan dgn diri sendiri, don't get too attached. Tapi kucing2 ni kiut sangat...camana nak buat.

Aidah said...

zard,
Alaikumsalam. Haluuu my friend. Long time no hear. Tak pe if you busy or penat, i understand. Just take care ya. You're very important to me, my dear.
Thanks for the tip....my mother was the kelakar type. Ada banyak funny moments yang we shared together.

Nini D.. said...

walaupon si kitteh tu juling,..tp dia comel!!