Pages

Tuesday 28 May 2013

Miki dan YB Peah

 

 

Kang kalau tak citer pasal 2 ekor ni ada pulak yang sentap. Asik2 the two brothers je nak masuk blog kan. Padahal dua ekor ni dah lama dapat taraf penduduk tetap.

 

079

Si Miki ni sekarang ni makin menjadi2 perangai tamak haloba. Setiap kali Atuk Milo makan wetfood...dia cantas. Tak senang orang tua tu nak makan. Dahlah sakit mulut tak  sudah. Selalunya akak kurung Miki dalam bilik sementara Atuk habiskan makanan dalam pinggan dia tu.

 

 

023

Ada satu hari tu si pentamak ni mencurik keluar dari bilik dan terus menuju ke tin yang dah terbukak tu. Tapi tutupnya taklah bukak habis. Dasar orang tamak selalu rugi kan. Tersepit lidah dia kat tin makanan wetfood tu. Tetiba akak dengar ada kucing tengah meraung. Rupa2nya dia ni. Nasib baik tak putus lidah. Kalau putus......daaaaaah bisu pulak. Sape nak jawab dgn Atuk Milo tu. Ahkaaaak jugak.

 

 

006

Peah pulak. Sejak dah jadi YB ni cukup malas. Setiap hari keje dia terlentang kat tepi tingkap ni tanning kan badan. Lepas tu pantang ditegur. Sentap manjang. Bila dah sentap mulalah dia menyorok bawah katil.

 

 

322

Buat citer sedih di balik langsir.

 

 

321

Cer tengok muka sayu tu. Merajuklah konon...bawak diri tapi setakat balik langsir je pun.

Ini okey lagi. Yang paling tak boleh tahan bila perangai gila dia tu datang balik. Tah apa sawan yang menyampuk. Tetiba je dia tendang2 muka sendiri dan gigit kaki sendiri. Semuanya sendirian berhad. Macam filem tamil pun ada jugak. Kat bawah ni ada akak amik video. Tengoklah sendiri bukti kegilaan Peah.

 

 

 

Habislah YB. Video skandal dah terbongkar. Sape pulak nak jadi YB lepas ni. Paling tak menahan......nak kena buat pilihanraya lagi sekali??? Kuang kuang kuang.

10 comments:

tunfatimah said...

Lawanya si Miki tu..punyala sweet......tp debab kan? tu sbb suka curi Milo punya wetfood.....Milo mesti pattern klu ada yg ngendeng dia beri...sbb tu Miki nak kacau dia makan.
Hahhahah...gelak sakan i tgk video si Peah....tak sangka ada hidden character di sebalik keayuan dia

Dils said...

Comelnyeee Miki tu. Hahah. Tergelak terbayangkan lidah tersepit tu. Tu la kan, derhaka lagi dengan Atuk Milo maw curi makanan.

Sian Milo, lama dah tak nampak. Harap die sihat la ye.

Sedih la saya Uteh and Tomey dipisahkan ni. Sweet sangat tengok gamba tidur berpelukan. Saya takde lagi kucing yang tidur peluk2 ni (sebab setiap kali bangun tidur mesti die orang dah bangun)

Dinas Aldi said...

Selama ni saya memang tertanya2 jugakla camana ghupanya bila si Peah tu dok menyerang diri sendiri. Hari ni dah dapat tengok dah ha. Awat la gamaknya jadi macam tu kan..kesian dia..

Nini D.. said...

kak,..ni nak kene bawak jumpa psychiatrist nih..riso pulak berpanjangan penyakitnya...nini bukak klinik setiap hari..opis hour.akak dtg bawak dengan pakej atuk milo sekali ye..hakhakhak

ntah bila masa amik course psychiatrist ntah..padahal diri sendiri pon lebih kurang.hahahaha

Aidah said...

tunfatimah,
Miki tu memang makin debab, tun. Pantang bau makanan tu, menggila dia. Yang si Milo pulak asik beralah. Nak kena ada bodigad jaga sebelah dia bila makan.
Akhirnya dapat amik video jugak. Hahaha.

Aidah said...

Dils,
Akak risau tengok Miki tu, dik. Kemaruk dia dgn wetfood, yarabbi. Ada jugak yang nak kena hantar rehab ni kang.
The two brothers tu mmg sangat rapat. Sedih tengok Kitteh bila Tomey tak de. Asik mengiau je mencarik.

Aidah said...

Dinas,
Tu lah kan. Akak pun pelik tengok perangai dia. Kadang2 kalau dah terlebih sangat akak pegang dia until dia calm down. Kang ada pulak part yang berdarah. First time akak bela kucing psiko ni dik. Macam2 kan.

Aidah said...

Nini,
Tak boleh dibiarkan, takut melarat kan. Boleh gak nak antar klinik nini. Tapi kira rege sedaralah dik ya. Hahaha.

hmylieen said...

kak, nasib baik tak putusss kaki si peah tu hehehehhe tapi apapun dia tetap comelll!

fird@Station said...

Kak Aidah,
agaknya Peah tu perasan dia anjing kot, hehe. anjing kan suka kejar2 ekor dia. kemain montok Miki tu ye.