Pages

Tuesday 7 May 2013

Pilihanraya kawasan PF 201

 

 

 

200

Ahhhh....udara yang segar. Hari paling baik untuk mengundi.

 

 

 

010

Asal ada kaki empat, berdarah panas dan badan berbulu.....layak mengundi. Kali pertama guna berus dakwat yang lebih besar dari jari pengundi tu sendiri. Hahaha.

 

 

013

Sabar tunggu giliran. Yang sebelah kiri tu, terkangkang2 pulak gamaknya sebab kaki pun nak calit dakwat. Pelik member sebelah tengok.

 

 

009

YB pun mengundi jugak. Pertama kali. Shhh...jangan bagi tahu orang lain. Sebelum ni YB pun tak mendaftar. Hihihi.

 

 

079

Lawan YB. Masih muda belia. Tapi suara dia mengalahkan siren. Cukup nyaring. Biasa kalau berucap pukul 4 pagi tu tak payah pakai mikrofon.......gerenti semua orang terbangun dari tidur. Terus bangun solat tahajjud. Hehehe...ye ke?

Dia ni bukan golongan bangsawan macam YB Seripah Moli tu. Masa kecik kuraaaaaap je penuh kat muka ngan badan. Kira macam memahamilah penderitaan rakyat yang kurang bernasib baik especially kat pasar2 seluruh Mesia ni.

 

121

Dua ekor ni tak layak bertanding pasal baru sangat bermastautin kat kawasan ni. Kalau tanya selok belok rumah pun belum tentu hafal. Silap2 lagu kebangsaan kawasan ni pun dia tak tahu. Yang dia tahu bergusti pagi petang. Penat gusti makan. Lepas makan masuk toilet sembur perfume. Lepas tu tidur. Tu je balik2.

 

 

090

Keputusan pilihanraya berpihak pada YB Seripah Moli. Masa nak angkat sumpah jawatan tu siap pakai tiara dia ni tau. Maklumlah nak tunjuk yang dia bangsawan. Over di situ.

 

079

Ampun tuanku. Patik bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab membimbing rakyat jelata ke arah hidup maju dan bahagia dunia akhirat. Dan patik janji untuk bimbing 2 rakyat pendatang yang sah ni (oopss bukan pengundi hantu tau) untuk belajar mengenal pasir kumbahan supaya mereka tak sembur perfume dalam toilet lagi.

 

 

100

Haiiihhh...camana lah nak buat ni YB. Tanggungjawab besar ni. Bukan senang nak ajar 2 ekor ni dari proses menggali sampai mengkambus. Jalan pergi litterbox tu pun belum jumpa lagi. Good luck YB.

 

046

Di kawasan Teluk Kemang pulak, Tansri Wahau menang tanpa bertanding. Dah tu....dia sekor je duduk kat situ....sape pulak nak mencabar kedudukan. Hehehe.

 

006 

Mantan Presiden yang memerhati dari jauh. Dah tiba masa Milo pencen dari pegang jawatan. Biarlah orang muda pulak ke depan, katanya. Kita yang tua ni lap air liur yang asik meleleh je ni haaa.

Bagi yang selalu tanya pasal Milo.....dia okey je. Selera makan okey cuma nak kena pujuk2 masa makan tu. Air liur dia meleleh2 sampai berjuntaian sekarang ni. Terpaksalah dilap now and again. Cuma akak risau jugak bila dia lebih banyak tidur. Tapi biarlah dia berehat kan. Sakit2 agaknya badan bila dah tua ni. Arwah mak akak cukup memahami Milo ni. Kata mak, "Dah tuo, Da. Memanglah camtu, nak bangun tang katil pun sakit badan."

Akak selalu doakan semoga Milo makin sihat dan panjang umur kerana jasanya banyaaaaak sangat dgn akak selama ni. Sedih pulak...

22 comments:

Nini D.. said...

perghhh...kemain meriah PRU kat sana ye..apasal tak panggil nini sekali kak untuk buang undi?....hehehehee

alahai..lamanya tak tengok milo enteprem....

apepun tahniah utk YB Seripah Moli atas kemenangan..walaupon agak over memakai tiara tapi xpelah..layan ajer..hahaha

Aidah said...

Nini,
Camana nak panggil nini datang. Baru akak nak tepon nini, dah kena cantas....kata akak nak bawak masuk pengundi hantu. Kontrobesi tau. Hahaha. Tahniah jugak kat Dobot ya. Dengar2 menang majoriti besar.

Cik Kiah said...

Assalam Kak,

Kesian Milo..
Saya nak bagi suggestion, akak pernah try tak bagi Transfer Factor kat Milo? Kat US, ramai vet recommend bagi kat haiwan peliharaan yg sedang sakit atau meningkat umur untuk kuatkan daya ketahanan tubuh. Kucing saya 9 tahun, so far takde apa2 masalah lagi tapi saya dah start bagi TF (advanced formula 4life) kat dia. Kat Msia ni, diaorg tak bawak masuk yg utk haiwan punya tapi the dealer bagitau saya, boleh bagi yg utk human punya tapi bagi 1 capsule saja (instead of kalau manusia, sampai 6 caps satu hari). Cubalah kak, mudah2an mujarab utk Milo.

Acik Erna said...

PRU ni yang paling acik suko..aman tentoram..tak do kutuk mengutuk kan aidah..

Dils said...

Lama tak nampak Milo. Kasi kisses! Cian tok Milo. Takpela. Warga emas ni layak berehat.

Kemain lagi 2 ekor tu bergusti. Mesti YB Seripah Moli boring je tengok dari jauh. Macam "eiii bebudak sangat perangai ni okehhh ... " cakap sambil hembus kuku .

Dinas Aldi said...

Kahkahkah adoyai! Letih saya gelak dgn hidung tersumbat, selsema pun mesti nak blogwalk ke sini gak bila nampak ada entri baru.

Tansri Wahau tu, ada ka sapa yg berani cabar dia? Rasanya takda. Menang sokmo la dia :D

.. said...

atuk milo ada ulser dlm mulut ke? kalau air liur asyik meleleh je, selalunya ulser .. and ulser related dgn kidney ... kalau problem kidney, kena bagi diet kurang protein ...

i lost 2 cats aged 10 & 13 sebab kidney problem.

tunfatimah said...

alahai meriahnya...geram tgk sibulat2 tu.....Aidah bila start tukar2 tempat ke PD n KL tu...
At last dpt jugak tgk Milo ghindunya kat dia.....mintak2 dia ok la...

Murni Alfathunnisa said...

assalam kak aidah...

haha....nasib baik saya kat opis..kalau kat umah, confirm dah guling2 tahap gelak ni.

tahniah kat yb seripah moli dan yb tan sri wahau! berjaya menggalas amanah baru..memimpin rakyat jelata. selamat berkhidmat. jangan lupa jenguk2 kebajikan penasihat parti..yang juga mantan presiden, tun milo. kesian beliau tak sihat.

saya pun rindu milo! :-(

Mak Wardah said...

Sakit perut gelak dengan pengundi2 yang tak pasti kategori apa, tapi yang penting mesti ada tiarakan...

Aidah said...

Cik Kiah,
Alaikumsalam cik Kiah. Akak dah pernah try gamat healing sebab ada vet tu suggest elok untuk kucing dah tua. TF ni belum lagi. Mungkin nak try jugak. Thanx cik Kiah.

Aidah said...

Acik Erna,
Alaikumsalam acik. Kan. Poning palo...komplen sano sini....kutuk sano sini. Ponyudah e...kojo tak buek. Rakyat gak yang molopeh.

Aidah said...

Dils,
Tanggungjawab besar tu kan. The two brothers tu bukannya reti bahasa, dik.Hahaha.
Akak dah baca your entries tapi tak dapat komen. Akak paling suka tengok Ajis dah gunting rambut. Nampak makin nakal pulak budak tu. Cium pipi dia untuk akak ya.

Aidah said...

Dinas,
Kat rumah akak ni kawasan kecik tapi pengundi ramai. Kat kawasan Wahau tu pulak besar tapi pengundi tak dak. So keje Wahau sekarang ni makan tido je, dinas. Hahaha.
Get well soon, dik. Kena hujan ke?

Aidah said...

..,
Actually akak paling takut dgn possibilities tu. Ada vet suggest pi x-ray/scan tapi akak takut nak tahu sebenarnya. Sebab vet tu kata kalau dah tua mcm ni, even prolonged a/biotic pun boleh buat dia makin sakit. So buat masa ni akak bagi dia makan apa yang dia nak dan ada selera nak makan dan jaga dia elok2.

Aidah said...

tun fatimah,
Last 2 weeks I balik dan tukar pulak Wahau dgn Tomey. 2 brothers ni kalau berjumpa mmg asik bergusti je tun. Pening kepala YB. Hahaha.
I hope pun dia makin ok.

Aidah said...

Murni,
Tensyen sgt dgn pilihanraya betul2 ni kan. Baik kita buat yang mock punya kat rumah dan gelak ramai2.

Aidah said...

MW,
Tiara tu memang sudah pasti pasal keturunan dia tu kira atas sikit dari yang lain2. Maklumlah 3 kaler. Hahaha.

Cikda said...

geramnya cikda tgk tucin2 akak ni.. kalau anak2 cikda tgk mesti diarang suka gak..
YB seripah tetap menten pakai tiara..hahaha style kena jaga..dah jadi YB ni maintenace tinggi..n YB wahau tu mcm mana dia kempen ek?? leh MTB pulak.. hahahaha..

Nota Cikgu Anum said...

x menahan tgk dua beradik dari teluk kemang tu. muka diorg dompot dan pendek. sgt geram sy tengok. dorg mmg stray cats ke asalnya?

Iz said...

Kat sini Datin Aoi menang tanpa bertanding. Bukannya takde calon lain. Tapi semua tak berani. Sekali Datin tu jegil biji mata je, terus tak jadi nak daftar pencalonan haha..

Suara Kalbu said...

Salam kak,

Meriahnya calon-calon kawasan sini hahahahaha.. Dah lama tak tengok Milo dalam sini. Nampak mcm dah susut sikit badan dia ye kak ? Semoga dia cepat sembuh ya kak.