Pages

Monday 23 December 2013

Shhh.....ujian sedang dijalankan.

 

 

Assalamualaikum. Dah lama akak tak muncul. Tetiba tengah amik ujian pulak. Ujian apa??

Iyaa...akak sedang diuji Allah sekarang ni. Sangat berat. Tambah berat bila tatkala diuji sebegini hebat, mak tempat akak menagih kekuatan dah tiada.

Tapi akak tak nak komplen lebih2. Sedar diri diuji kerana banyak dosa. Siapalah kita nak komplen kan. Bila umur pun dah meningkat kenalah selalu muhasabah diri kan. Lagipun kita takkan tahu tahap iman kita selagi kita tak diuji. Sedangkan Nabi Muhammad saw, kekasih Allah tu pun diuji, siapalah kita ni pulak. Baru luka kat tangan kena cakar dek kucing dah senget2 muka tahan sakit, tahan sabar. Hehe.

Satu hal yang akak perasan dalam hidup akak ni, Allah selalu bagi cash kat akak. Kalau ada yang tak betul, bersiap sedialah. Jadi akak redha saja. Tapi taklah redha sambil baring2 je kan. Kenalah berusaha jugak cari jalan keluar untuk mengatasi ujian ni.

Cuma tu lah kan. Bila ujian sedang berjalan, blog pulak terabai. Nak buat camana. Fikiran sangat down sekarang ni. Sangat2 susah hati. Airmata pun asik meleleh je terutama bila mengadapNya. Mintak maaf pada semua. Tak dapat akak nak citer secara detail apa yang telah berlaku. Rasa terpencil dan teraniaya bila mak dah tak de sebenarnya. Sekali air bah, sekali pantai berubah begitulah jugak hati manusia. Mungkin satu hari nanti bila semua ni akak dapat tempuh dgn kekuatan dan kudrat dari Allah dengan jayanya, akak akan citerkan pada semua. Mana tahu boleh dijadikan iktibar atau penguat semangat orang lain pulak yang sedang diuji kan.

Akak selalu ingat yang Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya. Tentu ada hikmah di sebalik semua ni. Macam satu ketika dulu bila akak terpaksa pindah dari rumah lama akak. Rumah tu baru je habis bayar. Ingatkan sampai tua tinggal disitu. Buat kenduri kawen anak pun kat situ kan. Tetiba 2 tahun sebelum suami akak bersara, akak jatuh sakit.

Lama jugak sakit. Yang teruknya dekat 3 bulan. Kemudiannya slow recovery hampir 2 tahun. Buat checkup untuk semua penyakit termasuk kanser. Tapi semua negatif. Tapi akak masih begitu. Kadang2 tetiba rasa seperti nak pengsan, berpeluh2. Muka pucat je. Badan pun dah susut. Sentiasa takut sebab penyakit ni selalu datang tiba2 je. Tak de warning....pitam tetiba. Kaki dan tangan pun jadi lemah. Asik menggigil je terutama tangan. Last2 jumpa orang alim. Dua orang yang akak pergi, sorang perempuan, sorang lelaki. Dua2 nasihatkan akak pindah.

Tak ke haru nak cari rumah time tu. Nak berhutang semula. Tapi dalam sakit2 tu akak usahakan jugak dengan suami carik rumah yang termampu kami beli. Lepas tu dapat rumah pencakar langit pulak. Orang ada jugak cakap, apa kejadah dah tua2 duduk apartmen. Tapi orang tak tahu yang kami tak mampu beli rumah bawah ni. Semua rumah kat KL ni mahal2 betul. Ini je lah yang kami mampu. Yang penting mak akak suka sebab lebih dekat dengan PD. Akak pun, bila teragak nak tidur bawah ketiak mak, berdesup je balik PD.

Allah permudahkan untuk kami masa tu. Walaupun masa ustaz tu kata, kami kena pindah, akak rasa macam biar betul. Tak pernah terfikir kot. Rasa mustahil je nak kemas semua. Dahlah akak tengah sakit. Tapi dalam menggigil2 tu, dapat jugak akak pack barang. Anak2 masa tu pun kecik lagi. Farah baru form 1, Arif pulak baru darjah 2. Suami akak pulak pergi keje awal pagi, balik dah malam. Kesian pulak dia letih semua kan. Tapi tu lah akak cakap, kekuatan yang dipinjam Allah. Selesai semuanya. Akak mula jatuh sakit dalam bulan 5 macam tu, bulan 12 dah pindah. Syukur Alhamdulillah.

Belum sampai setahun kami pindah, diuji sekali lagi. Abang akak pulak tetiba jatuh ketika sembahyang. Rupanya ada aneurysm. Pendarahan dalam otak. Sebelum tu sihat je, darah tinggi, kencing manis semua tak de. Masuk hospital pakar Damansara. Memula insurance kata boleh cover. Tetiba cakap bukan panel pulak. Neurosurgeon tu pulak kena buat immediate operation pada abang akak. Apa2 hal duit 20,000 kena bayar dulu, baru diorang book OT. Nak transferkan dia ke hospital kerajaan dah tak boleh sebab dia dah tak stabil. Disinilah Allah tunjukkan pada kami hikmah disebalik ujian atas akak tu. Duit jual rumah lama tu kebetulan ada dalam simpanan. Setiap kali admin mintak masuk duit, kami cuba sedaya upaya pinjamkan pada abang. Abang akak terpaksa lalui 3 operation kalau tak silap. Tapi Allah lebih sayang pada dia. Abang akak meninggal lepas 17 hari coma.

Semuanya berlaku ada sebab dan hikmah tersembunyi yang kita tak tahu. Tapi biasalah, kita ni manusia kan. Meleleh jugak airmata, lemah longlai rasa bila diuji. Akak nak mintak tolong kengkawan doakan akak ya. Mohon Allah tunjukkan pada kami jalan keluar dari masalah kami ni. Mohon Allah beri kekuatan pada akak, mohon Allah kasihankan kami sekeluarga. Tolong ya. Dan kalau sesiapa tahu ada kerje kosong kat mana2 tolonglah beritahu akak ya. Badly need a job right now walaupun experience tak de dan degree pulak dah buat pekasam. Tapi kesungguhan tu ada, insyaAllah.

Buat masa ni biarlah akak mengundur diri dulu buat seketika. Mungkin seminggu, dua minggu atau lama lagi. Tiba masanya nanti akak akan berblog semula. Yang pasti akak akan rindu pada semuanya samada yang tinggalkan komen atau silent reader je. Sayang semuanya sampai akhir hayat akak. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata akak yang telah menyinggung perasaan kalian jika ada. Terimakasih semua dan semoga Allah beri pada kalian segala rahmat dan kasih sayangNYA. Amin.

 

Blog akak ni cukup jarang tak bergambar. Jadi moh le kite layan gamba dulu sebelum wattammat iye.

 093

Budak paling notti dalam umah akak sekarang. Pandaiiiiii buat muka kesian.

 

 134

Atuk Milo masih macam tu. Kurang sihat. Airliur tetap meleleh. Saba yo lah.

 

033

Miki yang bertambah geds....rasa nak antar join usrah je budak ni.

 

 

035

Peah yang selalu tensi.....kitteh pandang pun tak boleh. Harommm, hukumnya. Kalu pandang tamparan wanita pasti hinggap. Daaaaann................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

 

 

 

 

 

 

 

554

 .................akhir sekali buat semua yang selalu baca blog akak. Satu keputusan yang dibuat secara tarik tali. Hari ni akak buat jugak sebab tak nak nanti kita tak pernah kenal satu sama lain. Tak naklah bila korang semua nampak wajah akak buat pertama kali dgn kain kapan pulak kan. Jadi inilah akak korang yang pemalu sangat tu. Hehehe.

Okeylah. Sehingga kita berjumpa lagi. Sayang buat semua.

38 comments:

Unknown said...

Asslamualaikum kak...
Subhannallah, akak cantik...
Hehehe..itu je nak bagitau...

tunfatimah said...

As salams Aida,

Tak pernah jemu cek blog u setiap hati. Mmg tertanya2...what happen...cuma doa u sihat and tak de apa2 musibah yg menimpa. Reading your blog today, buat hari rasa sayu and rindu wpun kita tak pernah jumpa. Harap whatever happen, u sentiasa kuat n tabah ...siapala kita klu tak diuji...feel free to share, manala tau klu kami mampu membantu.
Hugs for Milo...reading yr blog n looking at Milo hari ni, mmg jatuh juga air mata...klu la bole dikongsi....
In sya Allah..my prayer will always be with u.

zard said...

As Salam Aidah, hanya doa yang i boleh titip moga setiap ujian yang mendatang akan ada imbalan yang baik buat you dan keluarga. in sha Allah, kiranya ada peluang di mana-mana, akan i cuba kabarkan.. itu je yang mampu i hulurkan. Alhamdullillah dapat juga tatap wajah yang tulisannya buat i sering ketawa dan muhasabah diri.. do keep in touch sis.

~mrs azmi~ said...

moga akak sekeluarga kuat tempuh segala dugaan yang datang...

peluk kuat-kuat

pilu sungguh tengok keadaan milo.. T__T

zeeda said...

Subhanallah....akak..1st time tgk akk terus nk comment..sbb itew silent reader kenz..akak cantik la..teruja laks tgk...comel mcm kitteh..hehehe...

Teddy Akmal said...

akak......

Bonda Ryan said...

As salam kak..

Rasanya situasi kita sama and saya pun dah mgundur diri dari blogging buat seketika. Kadangkala apa yang kita rasa tak sesuai untuk kita kongsikan kan?. take ur time kak. saya setia tunggu entry dari akk. Saya doakan agar akk melepasi tiap ujian yg sedang tiba ini dgn lapang dada. Kesian jugak tgk atuk milo tuh..tua sgt dah gayanya :(

Sayang akk..
hugs!

Acik Erna said...

Aidah..hilanng raso rindu dapek tengok gamba aidah.aidah kalau la acik dapek tolong ringan kan bobanan aidah...

Anonymous said...

Asslamualaikum Aidah.
Salam kasih, salam ukhwah. Saya daokan segala yang terbaik buat Puan, insya Allah, Ameen.

Unknown said...

salam kak....

seriyesli saya tak caya itu akak. biar betul. mudanya muka akak. gebu dan empuk. hhehehehehhe.

rindu sgt nak baca blog akak, kdang bila lalu dpn rmh akak saya tegur juga lama tak dgr kabar berita. heheheh tegur bangunan je la.

semuga akak kuat. beruntung akak sbb Allah uji orang yang Dia sayang je tau.

salam perkenalan dari

bukan silent reader lg.

Unknown said...

Assalamualaikum Aidah. Sayu rsa hati bila membaca yang Aidah nak berhenti menulis dan tak pasti bila akan disambung kembali. Saya selalu menjenguk blog Aidah, ingin menbaca cerita terbaharu tentang hidup Aidah, terutama sekali tentang anak-anak bebulus. Pasti saya akan rindu sekali kepada mereka. Tentang ujian hidup, setiap orang pasti akan menempuhinya, harap bersabar selalu dan memohon bantuan dariNYA. Harap Aidah akan menyambung kembali catatan Aidah dengan segera. Nanti pasti saya akan tertunggu-tunggu gambar terbaru anak-anak bebulus Aidah.

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah. Kami semua akan tetap terus doakan kak Aidah. Semoga yg terbeban di bahu kak Aidah tu akan diringankan olehNya & semoga kak Aidah akan terus kuat serta sihat semula, amiin.

Akhirnya dapat tengok wajah kak Aidahku tersayang. Saya save gambaq ni ya, kak :)

Dils said...

Saya memula ingatkan.. eh Farah ke tu.. rupanye akak. Lawa akak ni.

Moga akak tabah dan semoga keadaan bertambah baik ye kak.

Kerja ni cuba akak tengok kat internet bab2 part time kerja.

Kirim sayang pada semua anak bulus esp atuk milo. Kesiannye atuk milo.

Aidah said...

Liyana Raziff,
Alamak.....cantik? Alhamdulillah...on loan dari Allah je ni. Hehehe.

Aidah said...

tun fatimah,
My dearest friend, terimakasih sangat atas doa. Memang perit bila diuji. Mula2 tu rasa nak give up jugak tapi bila selalu munajat pada Allah, alhamdulillah I tenang semula. Nanti bila tiba masa insyaAllah i share ya.

Aidah said...

Zard,
Hmmm...kakak yang selalu dekat di hati. Terimakasih banyak2 kerana selalu membantu. Mendengar kata2 semangat U pun dah cukup, na. Tambah pulak lagi dgn amalan doa. You've helped me a lot, sis.

Aidah said...

mrs azmi,
Amin. Itulah yang akak mintak pada Allah. Beri kekuatan pada akak.
Milo memang dah uzur. Dia pun macam akak.....bertahan.

Aidah said...

Zeeda,
Waaahh...terharus akaks. Hehe. Dapat jugak akak kenal zeeda. Alhamdulillah.

Aidah said...

Teddy akmal,
Doakan akak ya. Gonna miss you, dik.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Ha ah. Akak pun perasan jugak, nasib kita hampir sama. Sedih tapi kalau itu yang sudah tertulis pasti ada hikmahnya. Akak yakin....takkanlah Allah nak aniaya kita kan. Bukankah Dia sayangkan kita lebih dari ibu sayangkan anak. Take care, dik. Akak dokan jugak semoga adik sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Aidah said...

Acik,
Acikkkk...sayo dah togaghit2 nak call acik tapi sogan lak ghaso e. Memang boghat ghaso e kek bahu ni acik. Kongkadang ghaso tak topikul. Tapi apo nak buek. Centu lah nasib bilo mak dah tak do. Makin lomah.

Aidah said...

Wan,
Alaikumsalam. Ameen. Terimakasih atas doa.

Aidah said...

mariam ibrahim,
Alaikumsalam dik. Hehehe. Emangnya gebus gebas dari mak kucing sampailah ke anak2 kucing.
Fikiran akak tak menentu sekarang ni. Banyak sangat yang terjadi selepas mak meninggal. Tapi satu hari nanti akak akan blog semula insyaAllah.
Akak memang bergantung pada sifat Maha Pengasih Dan Penyayang tu, dik. That's what keep me going. Thanx dik.

Aidah said...

Roziah Abu Samah,
Alaikumsalam,
Masa memula dulu memang saya rasa terkesan sangat bila bebanan yang dipikul tak mampu dikandung lagi rasanya. Tapi bila selalu munajat padaNya saya lebih tenang dan kuat, Alhamdulillah.
InsyaAllah saya akan menulis semula satu hari nanti.

Aidah said...

Dinas,
Akak sangat beruntung ada adik macam dinas ni. Malah lebih wiser dari akak ni. Malu pulak rasa. Tapi akak tak peduli, nak jugak share ngan dinas. Thanks a lot dik atas segala nasihat pada akak.
Save ja lah, dinas. Sekali tu ja kot akak letak gambaq....malu. Hihi. Nini yang dah lama nak tengok gambaq akak. Selalu sms buat permintaan khas lagi. Itulah, kali ni akak bagi pampang terus. Tetiba nini pulak tak kunjung tiba. Sibuk agaknya mak budak tu. Hihi.

Aidah said...

Dils,
Hehe. Akak ni haa....yang gebus gebas lemak berkrim.
Thanks for the suggestion, dik. Hopefully boleh dapat job yang sesuai dgn kebolehan akak yang tak seberapa ni.
Atuk Milo memang bertambah kurus sekarang ni. Nampak sangat uzurnya. Tapi alhamdulillah makan tetap nak cuma tak sebanyak dulu.

fird@Station said...

Salam Kak Aidah,
aduh, lawanya akak ni. tak sangka muda belia lagi orangnya.

apa pun saya mendoakan akak akan kuat dan terus bersemangat menghadapi ujianNya. InsyaAllah, dengan kasih sayangNya pasti akan ditunjukkanNya akak jalan keluar dari pintu kesulitan itu.

Nini D.. said...

Kak,timekasih tunaikn permintaan nini yg xseberapa tu.insyaAllah kak,doa nini tak putus untuk akak skluarga.ampun maaf nini mohon dari akak spnjg akak berblogging ada kata2 dlm komen nini yg mngguris hati akak.jgn lupakan kami kak ye.walau kita jauh & xpernah bersua muka,kita sama2 doa moga ada jodoh dpt kita jumpa.timekasih utk nasihat,kata2 semangat yg akak selalu bg pd nini.pluk cium nini utk semua bulus2 kesayangan trutama buat mnantu xjadi.bgtau dia...kasih syg umie xpernah kurang utk dia.kimsalam jgk kat yb wahau kak.rindu plak kek dio.kim salam jgk pada farah dan arif..akak jaga diri,jaga kesihatan.insyaAllah,kalo akak perlukan teman berduka dan bersuka..sms aje nini k.salam hormat peluk cium penuh kasih syg buat kak aidah.kasih syg akak nini kenang hingga hujung nyawa.muahh (tisu mana..tisu.uwaaaaaa)

Nini D.. said...

Kak,timekasih tunaikn permintaan nini yg xseberapa tu.insyaAllah kak,doa nini tak putus untuk akak skluarga.ampun maaf nini mohon dari akak spnjg akak berblogging ada kata2 dlm komen nini yg mngguris hati akak.jgn lupakan kami kak ye.walau kita jauh & xpernah bersua muka,kita sama2 doa moga ada jodoh dpt kita jumpa.timekasih utk nasihat,kata2 semangat yg akak selalu bg pd nini.pluk cium nini utk semua bulus2 kesayangan trutama buat mnantu xjadi.bgtau dia...kasih syg umie xpernah kurang utk dia.kimsalam jgk kat yb wahau kak.rindu plak kek dio.kim salam jgk pada farah dan arif..akak jaga diri,jaga kesihatan.insyaAllah,kalo akak perlukan teman berduka dan bersuka..sms aje nini k.salam hormat peluk cium penuh kasih syg buat kak aidah.kasih syg akak nini kenang hingga hujung nyawa.muahh (tisu mana..tisu.uwaaaaaa)

AnggunAyu said...

Salam Aidah,
Akak doakan agar Aidah diberi kekuatan semangat dan ketabahan hati utk mengharungi dugaan yang Allah beri ini. Pasti ada hikmah di sebalik dugaan. Ada sesuatu yg Allah nak kita belajar. Allah nak bagi Aida sesuatu yg terbaik. Yakinlah dik.

Kak Zall

AnggunAyu said...

Salam Aidah,

Akak doakan moga Aidah diberikan kekuatan semangat dan ketabahan hati utk menghadapi dugaan ini. Ada hikmah disebalik dugaan. Ada sesuatu yg Allah nak Aidah belajar. Allah nak bagi sesuatu yang terbaik pada Aidah. Yakinlah dik.

Kak Zall

Murni Alfathunnisa said...

assalam kak aidah...waa...terubat rindu dapat menatap wajah akak. comei okeh!

akak..in shaa allah..kami semua doakan semuanya dipermudahkan untuk akak sekeluarga. jangan putus asa kak..semangat ok. setiap sesuatu masalah, pasti ada jalan keluarnya.

si penulis said...

Salam Kak Aidah,
sy silent reader yg tegar. kita share passion yg sama iaitu Kucing :). In shaa Allah kak, berkat ikhlas akk jaga anak2 bulus tu, Allah buka jalan untuk ujian akk. Ameenn..

p/s: ingat gamba Farah ..rupanya mak farah... awet mudo bertingkek2...hehe

Juls Julie80 said...

Assalam Kak..

jarang selama saya jadik silent reader nih tersentuh bila baca blog orang..sedih itu perkara biasa tp maksud saya tersentuh disini ialah membaca sampai menangis2..blog akak ni dah jadi macam satu kemestian saya nak jenguk wlupun jarang komen2..

Ape2 pun dugaan utk akak dari thn2 sebelum ni sampai la sekarang..saoa sentiasa doakan akak diberikan kesihatan dan kekuatan mengharungi dugaan hidup ni..

jauh di suduh hati saya mendoakan Allah memberikan kekuatan dan semangat luar biasa utk akak menghadapi semua nih. Akak kuat..sebagaimana saya mengikut kisah2 akak update pasal arwah mak akak... Allah syg akak lebih dari kami.. saya percaya akak akan menghadapi semua dugaan ni dengan sebaik2 perasaan redha, tawakal & berserah..

sayang akakk!! tp tak nak dengar ayat last akak pasal kain kapan tu.. :'(

makchaq said...

Salam Aidah

Sayu makchaq baca.. makchaq doakan Allah segera beri kelapangan kepada Aidah sekeluarga...

p.s
nak cakap jugak..
Comei rupanya... kalah peah and the gengs...tak dak sorang pun yang ikut muka Aidah..

mama maman aka yana said...

slm akak.. semoga akak dan keluarga tabah menghadapi segala dugaan... takper kak.. tuhan syg akak.. dia bg clear dosa2 kecik didunia.. insyaallah ada hikmah yg manis utk org yg sabar..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam kak... Apa Khaba skrg..semoga akak beransur sihat... Sy baru start blogging lps stgah tahun senyap sunyi... Baru bc coretan akk ni dan tgk wajah akak... Mcm ni lah sporting leh Kita kenal wajah kak Yg cantik tu.

Sy doa kan akak Akan sihat seperti sediakala dan kuat hadapi ujian dariNYA.
Aminnn....

Irfa said...

maaf baru dtg baca en3 ni
semua orang diuji kak
sy juga sedang diuji
menangis dlm hati hanya Allah je yg tahu, sama2 kita doa mga diberi kekuatan menempuh ujian dunia ni