Pages

Monday, 14 October 2013

Masih ingatkah lagi pada kami.

 

 

Assalamualaikum. Lamaaaa dah tak ketuk keyboard. Dahlah menaip pakai dua jari je. Haha.

Macam dah akak citer sebelum ni kan, akak super bizi lately. Carik makan, jual nasi lemak tepi kaki lima. So far alhamdulillah. Tak de lah sampai ratus sehari. Tapi akak bersyukur. Apa sahaja rezeki yang Dia beri, alhamdulillah. Sekurang2nya ada jugak yang dapat diusahakan. Dah lama nak mengusahakan sesuatu dgn tulang empat kerat yang Allah bagi. Nak bekerja makan gaji....entahlah....ada ke orang nak employ orang tua yang tak de pengalaman keje langsung ni.

Jadiknya buatlah apa yang akak tahu dan mampu. Masak nasi lemak, goreng samosa, popia....pastu jual.

 

DSC_0290

Camnilah rupanya kedai kecik kali lima akak. Yang dalam bekas polistrin tu mihun dgn mee. Ada hari terlebih rajin akak buat lontong. Kalau ada request dari mat arab pulak, akak buat macaroni goreng.

 

 

DSC_0293

Ni kuih tetap yang mesti ada sebab dah jadi pemula rezeki akak since bulan ramadhan lagi kan.

 

 

DSC_0294

Yang ni namanya crispy cheesy sosej roll. Panjang nama minah ni sebab bahannya pun banyak. Siap ada cheese lagi kat dalam tu meleleh2. Cukup poplar dgn kanak2.

 

 

DSC_0310

Yang ni semua orang kenal kan, donat ball. Akak tak sempat nak buat lubang kat tengah2, maka beginilah seadanya, bulat2 macam dragon ball. Haha.

 

DSC_0314

Yang ni pulak karipap brutal yang dalam hatinya ada taman. Intinya kentang dan ayam.  Baru best makan kan. Tapi tang kelim tu mintak mahaplah....memang brutal.

Akak kalau masak apa2 untuk dijual memang stail macam makan sendiri. Ajinomoto memang tak pernah letak pun sebab tak reti. Arwah mak dgn abah akak dulu pun tak suka jadi memang tak pernah beli.

 

 

DSC_0317

Yang ni nasi lemak sambal kampung. Selalunya yang beli orang cina dan melayu. Diorang suka sebab ada banyak bawang akak letak. Foreigners kebanyakannya tak reti makan nasi lemak ni.

 

 

DSC_0316

Yang ni ayam berempah. Sori gambar tak clear sebab amik gambar guna camera henfon je kan. Selalunya foreign student gemar meratah je ayam ni. Kalau orang cina atau melayu makan dgn nasi lemak.

Semua ni akak start prepare dari pukul 3.30 pagi setiap hari Isnin sampai Jumaat. Tapi ofkos lah popia, samosa dan karipap tu lipat siap2 petang sebelumnya dan simpan dalam fridge. Itupun rasa macam tak sempat je tiap hari. Berlari2 jugak akak dari dapur ke meja makan tu. Dah rasa macam pressure test masterchef pulak.

Tapi walau macamana pun pukul 6.30 pagi dah siap semuanya.

Camnilah tiap hari selagi Allah beri kesihatan dan kudrat. Memang dari dulu akak nak buat macam ni terutamanya bila suami akak retire dari keje kat bank dulu. Tapi arwah mak perlukan perhatian akak tanpa berbelah bagi. Jadi kita fokus pada mak dulu. Ada jugak orang mintak akak usahakan cafe di tepi swimming pool apartment ni tapi akak tahu batas tenaga akak yang bekerja sorang diri tanpa pembantu ni. Takut pulak nanti kesihatan sendiri terjejas. Ada masanya akak tak berapa sihat sebenarnya tapi demi anak2 akak perlu cari rezeki. Doakan akak ya.

 

DSC_0299

Sebelum akak sign off nak jugak share gambar maskot kedai kecik akak. Kucing ni datang dari hari akak mula meniaga.

 

DSC_0301

Tiap hari bekfes dgn sepinggan kibbles. Masa mula2 datang dulu dia ni pregnant sekarang ni dah kempis perut tapi anak dia tak tahu kat mana disoroknya. Akak bagi nama kucing ni Pia Zadorra sempena nama popiah. Ada jugak husband dia datang sekali sekala. Yang tu nampak brutal dgn parut luka sana sini. So akak panggil dia Samdol sempena samosa. Hahaha. Ada jugaklah peneman akak.

So sekian dulu ya, sahabat2 sekelian yang akak sangat sangat rindu. Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua. Tahun ni first time akak beraya di KL. Sedih.

P/S Terimakasih pada yang selalu sms tanya khabar akak. Bila mak dah tak de ni akak terharu sangat bila ada orang lain yang ambil berat tentang akak. Nangis.

Monday, 9 September 2013

Laaa.....baru siap baju raya!!!

 

 

Citer horror baju raya sambung balik hari ni. Gara2 tempah baju lambat sangat, rasakan. Dah habis bulan syawal baru siap.

Orang patutnya sedar dirilah kan. Simple2 cukuplah. Kalau takat baju kurung biasa tak de hal mak cik mek nak siapkan dalam 3 hari je pun.

 

163

Dah tahu lambat tempah, naaaaak jugek pesyen peplum bagai. Orang peplum lengan panjang kan. Tapi disebabkan mak cik mek protes, maklumlah orang sibuk beraya, dia kena siapkan tempahan. Haa amek sekali, peplum bertali je uolls! Seksi habis. Arif cakap, ini dah macam swimming suit je ni mama. Tak kisahlah. Janji baju raya kita pink.

 

167

160

Peah punya baju sopan sikit. Masih peplum tapi ada kolar dan off course tak de lengan. Kampung panas kan.

 

 

147

Yang si Kitteh ni, akak beli jersi bola tepi jalan je. Jadilah daripada pakai bra kan. Baju melayu, mak cik mek tak reti buat.

 

 

174 

Miki paling bergaya. Siap dgn henbeg pink. Sedondon sangat. Tapi kesian, raya dah habis. Tak pe lah, raya aji nanti kita raya sakan dgn peplum pink ni ya.

Oops lupa pulak, si Tomey Bam Bam pulak? Owhh...dia dah balik kampung masa minggu kedua raya hari tu lagi. Dijemput oleh Alang. Dengar je nak balik kampung kemain hepi dia. Terbayang2 kegemukan kutu vavi kat ladang.

 

003

Excited sangat sampai tertinggal bra raya dia. Maka bertopless lah dia dikampung sekarang ni. Hahahaha.

Wednesday, 4 September 2013

Kesibukan

 

 

 

Assalamualaikum. Alamak...mintak mahap sangatlah pada sesapa yang usha blog akak. Akak sibuk sangat sekarang ni. Tak sempat nak updet. Citer pasal bra raya tu pun dah tak kelakar lagi.

Rutin akak start dari pukul 3.30 pagi. Lepas tu macam lipas kudung kat dapur...kelentung kelentang. Maklumlah akak dah sendirian berhad jadi manager dapur, tukang cuci pinggan, chef.....semua kasi taruk. Pasal  macha, I crita sama U,  itu I punya daughter ha...sudah sambung study sana Yupiyem.

Hahaha....Farah dah sambung study di UPM sebelah ni ja. Macam jauuuuuuh sangat kan. Over mak dia ni. Dah terbiasa ada helper di dapur selama hampir 5 bulan. Sekarang ni kelam kabut jugaklah.

Akak dah mula projek carik makan kat apartment akak ni dari hari jumaat lepas. So far alhamdulillah. Lepaslah duit pasar seharian. Berapa saja yang Allah bagi, akak sangat bersyukur. Nanti akak citer lagilah pasal tu kendian ......dgn pakej gambar sekali ya. Tak best citer panjang ni kalau tak dak gambar kan.

In the meantime.....di rumah pulak.....haa biasalah kan, bila mak sibuk, anak2 buat hal sendiri.

 

 

002

Balik je rumah, ini yang akak jumpa. Tanda protes. GIVE US REAL FOOD!!!!!, katanya.

Tah sape punya keje lah ni. Bila tanya semua tak ngaku. Buat muka sardin je memasing. 

 

 

015

Yang Peah pulak....buat safe room sendiri. Sejak akhir2 ni cukup suka masuk dalam tong sampah. Yang anak2 akak pulak cukup suka buang sampah di luar tong sampah. 

 

 

 

017

Kitteh dah macam shark kat luar cage. Menggigil si Peah kat dalam tong sampah tu. Lenkali kalau akak pegi meniaga, kena separate kan budak dua ekor ni. Kang tak pasal2 ada yang hilang kesucian.

Itu je lah yang sempat akak citer buat masa ni. Banyak sangat keje yang dah menanti. Jenjalan blog kengkawan pun tak sempat. Sori sangat tapi uolls masih tetap di hati iolls. Doakan akak ya.

Tuesday, 27 August 2013

Citer raya the bebulus gang part two.

 

 

Alhamdulillah semua saluran paip dah clear. Tak de tersumbat atau jam di mana2. Tak de sembelit lagi gamaknya. Lajuuuu je updet part two. Heheheh.

 

Hari ni temanya sentap. Sebab apa sentap? Sebaaaaab kes baju raya lambat antar kat tukang jahit biasa kami kat kampung, mak cik Mek. Dulu2 kalau dua minggu lagi nak raya masih bukak tempahan kan. Zaman sekarang jangan harap. Bulan Rejab lagi dah tutup. Paling afdhol kalau raya haji tu dah siap2 hantar. Jenuhlah nak menten body selama lebih kurang 9 bulan lagi kan.

Tu sebab akak suka beli jubah je. Senang. Paling penting tak de pinggang. Main sarung je.

Ini kes sentap manusia tak de baju raya. Kes kucing belia 4 ekor tu pulak? Pun sama jugak.

027

Baju raya iolls pun tak de uolls. Mama sibuk sangat meniaga kuih di bulan romadhon......sampai terlupa keperluan raya anak2 bebulus. Sedih.

Memang betul pun. Sibuk sangat akak sampai dah tinggal dua tiga hari nak raya baru perasan. Baju deddi masa zaman muda2 dulu besar sangat pulak. Maklumlah deddi dulu kan kemain makmur.

 

027 

Ni jelah yang dapat diusahakan dalam masa 24 jam. Okey pe. Dari tak de kan. Ada jugaklah rupa beruang sarkis. Hahaha. Lagipun raya kat kampung sure panas kan. Jadi baju tak payah. Skirt je dah memadai. Melopong orang kampung tengok. Sape mampu berskirt ropol2 dipagi raya tanpa baju. Miki je yang mampu tau.

 

 

026

 Siap buat ootd lagik. Skirt tu ropol dia dua layer tau. Jangan main2. Ko ada?

 

 

242

Peah ni tak kesah pun tak de baju raya sebab masih mengekalkan konsep naturalist di mana2. My fur is oreddi febulus maa. No need skirt. Yang Kitteh kat depan dia tu masih lagi sentap. Habis tu.....takkan yang jantan pun nak pakai skirt kan. Kecelaruan identiti nanti. Tak sesuweeei sangat tau.

 

 

036 

Tomey bam bam memang marah sangatlah. Apa barang kita yang glemer ni tak de baju raya. Dahlah muka mixed macam pan asian. Takkan nak pakai t-shirt pagoda dgn kain pelekat di pagi raya kan.

Kemain tau. Masing2 tahu nak komplen je dgn akak. Dia tak nampak ke akak sibuk lipat samosa dgn gulung popia tiap petang.

 

 

018

Haa nah, amik kau. Bra raya.  Ini je yang mampu akak buat. Jadilah kan. Daripada tak de. Sampai lelap2 tomey bam bam pakai bra raya. Comfortable sangat kot. Hahaha.

Monday, 26 August 2013

Citer raya the bebulus gang part one.

 

 

Tahun ni memang kelakar betul kekdah mengupdet citer raya akak ni. Seminggu satu je keluarnya. Macam sembelit pun ada jugak. Lama termenung sampai dekat setengah jam, keluarnya ciput je. Hahaha. Banyak sangat makan daging ni. Otak jammed.......mood pun tersangkut.

Minggu lepas dah janji nak citer pasal sekawan haiwan beraya di kampung kan. Hari ni baru tertunai janjinya.

 

011

Muka boring sebab dah tak betah duduk KL.  Bilalaaaaah nak balik kampung gamaknya. Tak sabar2 nak kutip hasil di celah2 semak belakang rumah.

 

301

Dalam kete on the way balik kampung tu mat dua ekor ni tidur dalam carrier jumbo ni. Diorang ni tak dapat lesen nak duduk first class sebab tak de disiplin. Dibuatnya kete tu macam duduk umah sendiri. Ke depan ke belakang ikut sukati dia je. Itu tak pe lagi. Yang buat karaoke 20 lagu berturut2 tanpa henti tu paling tak boleh tahan. Sampai kampung, manusia pun dah boleh faham lirik lagu dia.

 

159

3 ekor ni je dapat tiket first class. Peah tu perasan datin sri. Nak upgred lagi seat dia. Tak kiralah sape yang kena pijak. Akak ingat lenkali nak tarik balik status vip Peah ni. Eksyen sangat. Orang eksyen pun boleh kena tarik balik privilege tau. Biar dia muhasabah diri dulu.

 

028

Sampai kampung je kemain hepi lagi sebab dapat jumpa ayahanda Wahau. Setelah sebulan deddi kesunyian kan. Dengar2 citer ada janda beranak 8 nak kenen2 dgn deddi Wahau ni. Tak tahulah jadi ke tak. Anak2 pun dah besar2 kan....pesalahnya deddi membina hidup baru di kampung dgn mak janda. Hikhikhik.

 

135

Atuk Milo tak kesah pun. Sebab di hari raya tahun ni sibuk layan perasaan sedih, sentap, hiba...semua kasi taruk. Baca sokkabar pun tahun lepas punya.

Badan pun dah tak berapa sihat kan. Kadang2 ingatan tu pun lari jugak alignment. Ditambah pulak lagi dgn kehilangan best fren foebernya, Lebai Saguah. Iya....Lebai Saguah dah hilang. Hari tu ada orang datang servis ekon bilik mak akak. Tah bila masa si Saguah ni menyelinap keluar. Sampai ke malam tak balik2. Sehari suntuk Alang mencari sampai ke rumah mak cik Nam, rumah Pak cik Baharom belakang rumah. Tak jugak nampak kelibat Saguah. Menangis jugak akak kat KL ni bila dapat berita. Sedih. Akak yang selamatkan dia dari kedai Aci depan sepital PD tu. Aci tu nak lelong je Saguah tu sebab antara ramai adik badiknya dia yang paling tak betul. Akak kesian tengok.....langsung bawak balik.

 

 

042

Dah dekat 8 tahun jugak bela. Akhirnya dia hilang tanpa berita. Dia ni pun tak berapa sihat sebenarnya. Masa muda2 dulu suka buat tebiat kunyah selipar jepun. Pantang nampak. Sampai dekat separuh selipar tu hilang. Memang tuk moyang dia ada simpan dendam dgn askar Jepun agaknya.

Masa akak bawak gi klinik doktor pun pernah cakap, Saguah ni punya buah pinggang dah tak berapa nak function lagi. Sebelah dah mengeras, tinggal sebelah je lagi. Selera makan okey cuma badan tu kurus macam penagih dadah sikit. Tapi dia ni kemain setia dgn mak akak. Kalau mak akak duduk kat balcony bilik dia tu pagi2, Saguah ni duduk atas kaki mak. Nak bagi panas kaki mak akak. Baik dia ni.

Alamak tetiba tersedih pulak. Mula2 updet tadi tak berniat pun nak amik tema sedih. Last2 terjebak jugak. Bila dah sedih2 camana nak citer pasal Tomey Bam Bam, Miki Ferbulus, Peah YB merangkap Datin Sri dan Kitteh Juling? Dah tak masuk tema pulak. Esok2 je lah akak citer ya. Hari ni kita bagi laluan pada yang tua2 je dulu.

Monday, 19 August 2013

Citer raya kite

 

 

Hari ni dah masuk hari ke 12 raya kot. Rasa2nya belum lambat lagi nak ucap selamat hari raya pada semua kan sebab kat Mesia ni kita kan raya sebulan kekdahnya. Jadinya selamat hari raya dan semoga segala ibadat kita di bulan ramadhan lalu diterima Allah. Dan paling penting semoga Allah panjangkan umur kita untuk beribadat lagi dan berjumpa dgn ramadhan tahun depan pulak. Amin.

Walaupun sebelum raya hari tu akak lebih banyak cembeng dari gumbira tapi akak tetap jugak balik kampung awal. Hari Ahad tu dah balik PD sebab Alang dah keluar perintah suruh balik. Dia nak ajak buka puasa kat luar. So berduyun-duyunlah manusia dgn geng haiwan ni balik kampung.

 

080 

Sampai2 je depan umah nampak kolam ikan ni. Abang ipar akak yang buat masa awal ramadhan dulu. Akak pun dah lama tak balik. Tetiba balik je nampak tempat best nak lepak sambil menyakat si Tomey bam bam.

 

 

121

Si Tomey ni memang sukaaaaaa sangat lepak dalam bilik mandi. Kadang2 bila kita nak masuk mandi, dia pulak yang berebut2 sekali. So meh lah kita celup sikit tangan dia dalam kolam. Muahahaha.

 

 

127

Dengan serta merta amarah melanda. Kuangjaq sangat tau!

Ellleh...macamlah kita takut dgn amarah dia tu. Dahlah misai jarang2. Bukan hari pertama kat kampung je sesi menyakat ni tau. Adalah jugak beberapa hari. Buat masa ni to be continued je lah ya.

 

 

072 

Sehari sebelum raya tu sempat jugak melemang. Ini jabatan abang ipar dgn Alang. Sampai 39 batang melemang. Dapatlah sedekah sikit kat jiran tetangga kan.

 

 

067

Akak pulak masih macam dulu. Merendang dan.....

 

146

menggolek hayam dan juga......

 

147

merebus nasi himpit.

 

159

166 

Alhamdulillah. Inilah juadah berbuka puasa hari terakhir ramadhan.  Yang dalam bekas plastik tu jiran sebelah yang bagi, sambal tumis. Memang kaw.

 

Citer raya pulak. Hari raya pertama akak round satu nismilan. Momulo daghi Podeksen ko Jolobu. Lopeh tu ko Seghoting, lopeh tu Tanjung Ipoh, toghuih pulak ko Paghoi Jaya. Dah dokek nak maghrib kek Kampung Baghu Podeksen. Lotih litak badan dibuek e. Haa camtulah lobih kughang ghayo potamo. Mintak mahap kalau tak paham. Mesin  translator akak cuti raya sebulan. Hehehe.

 

181

Di jelebu, sempat jugak akak ziarah kubur my eldest sister yang meninggal masa dia umur 4 tahun. Sebelah tu pulak kubur wan akak sebelah abah. Selalunya tak berkesempatan sebab nak cepat balik PD semula. Maklumlah mak akak selalu tak balik kampung sama2 sebab dia dah uzur kan.  Takkan nak tinggalkan dia sorang2 lama2 kat PD tu kan. Tapi tahun ni lain sikit so bolehlah seharian menziarah saudara yang boleh terima kehadiran kami dua beradik.

Kubur mak, abah dan arwah angah akak tak pergi masa raya pertama sebab tak sanggup. Nanti silap haribulan terus lemah longlai kat situ. Akak hanya baca yassin dan doa dari rumah je masa lepas subuh tu. Raya keempat baru ada kekuatan nak pergi. Alhamdulillah raya pertama tu cuma sekali je akak bergenang airmata. Tak boleh nak layan sangat sebab akak ni kalau dah menangis cukup susah nak stop. Terkeluar segala rupa buruk dengan hingus meleleh bagai. Malu. Hehe. Terima kasih pada yang komen entri akak sebelum ni. Memang memberi akak kekuatan sebenarnya. Semoga Allah mengurniakan kebahagian dan kasih sayang pada semua yang ambil berat tentang akak. Mekasih sangat.

Citer raya geng haiwan pulak esok2 ya.

Thursday, 1 August 2013

Please tell me how....

 

 

 

Raya dah dekat kan. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi.

Persiapan akak? Hmmm....tak berapa ada. To be exact tak de langsung. Tak tahu camana nak beraya sebenarnya. Memanglah kita wajib meraikan hari itu setelah sebulan berpuasa kan tapi akak tak de idea lagi camana nak menempuh hari itu.

Buat masa ini fikiran berbelah bagi. Ada rasa macam tak nak balik kampung langsung. Selalunya baru seminggu berpuasa, mak dah tanya bila akak nak balik beraya. Berapa lama cuti raya. Padahal akak hampir setiap minggu balik kampung. Hahaha. Kalau akak duduk lama di kampung, masa nak balik tu mak mesti menangis peluk dan cium akak.  "Puas mak manja dgn ida bila ida lama cuti tapi lepas ni mak sunyi balik", katanya. Tapi tak terucap pulak akak padanya bahawa akak pun sunyi bila balik KL dan tak dapat tidur baring sebelah mak lagi. Terkilan pulak rasa.

Nak masak untuk raya nanti pun tak tahu camana. Selalunya kalau akak masak rendang, maklah tukang merasa garam semua. Mak akak kan pakar rasa hujung2 lidah ni. Walaupun puasa tapi semua lauk tu sempurna rasanya, cukup segala rasa. 

Kadang2 bila dah beli daging tu dia suruh akak siang daging depan dia sebab dia nak tengok. Sambil2 tu mulalah dia tolong akak kupas bawang, halia kunyit bagai. Seronok je masak sebab paling best bila dapat approval dari mak. Hilang letih seharian.

Dulu masa mak masih boleh turun ke dapur, akaklah yang bawak dia pergi beli daging sehari sebelum raya tu. Selalunya lepas solat subuh je, kitorang dah keluar. Gelap lagi. Orang jual daging tu pun pakai lampu generator.  Lepas tu bila dia dah makin kurang sihat, akaklah yang selalu pergi cari daging dgn husband.  Kalaupun dia tak boleh masak, dia tetap temankan akak di dapur.

Tapi sejak 2 tahun lepas, akak tak benarkan lagi mak turun ke dapur sebab nanti dia mesti nak tolong jugak. Lagipun bukan senang nanti nak naik semula ke atas. Kadang2 macam merangkak dia naik setiap anak tangga tu. Arif dan Farah lah tukang bawak sesudu rendang tu untuk mak rasa garamnya cukup ke tidak. Kadang2 amik gambar dalam camcorder lagi sebab nak tunjuk kat dia warna rendang tu. Mak akak memang sangat teliti bab masak rendang ni. Akak tak boleh bayangkan tahun ni akak akan masak rendang tanpa mak. Rasa macam tak kena je.

Kalau boleh nak ramadhan je sampai bila2. Tenang je rasa hati walaupun akak menangis hampir tiap hari di bulan ramadhan ni. Setiap kali lepas solat mesti meleleh2 airmata. 

Hari tu Alang citer dgn akak, ada sorang patient datang klinik dia. Umurnya sama dgn mak, cara jalan cara bercakap macam mak. Masa dia check mak cik tu, tak sedar airmata dia mengalir. Sampai anak mak cik tu pun nangis sebak. Padahal dia tak tahu pun kenapa Alang menangis. Bila dia citer pada mak cik tu dgn anak nya, terus mak cik tu cium dan peluk Alang. Alang cakap bila mak cik tu peluk dia,  terasa hilang rindu pada mak. Macam seolah2 peluk mak, katanya. Teringin pulak akak nak jumpa mak cik tu.

So far akak belum pernah lagi mimpi mak. Tiap malam mintak dipertemukan dgn mak dalam mimpi. Belum ada rezeki lagi agaknya.

Makin dekat nak raya, makin akak rasa serba salah. Sebelum ni akak jugak pernah kehilangan abah dan abang tapi tak seberat kehilangan mak ni. Rindu pada mak ni terlalu berat bagi akak. Tak sanggup rasanya. Tapi Allah Maha Mengetahui. Dugaan yang Dia beri hanya pada orang yang kuat menanggung dugaan tu kan. Akak masih mencari2 kekuatan itu sebenarnya. Lemah sangat rasanya menjelang raya ni.

Jadi boleh tak sesiapa tolong akak......kot2 ada sesapa yang ada cara terbaik untuk akak menempuh hari raya ni. Kali ni akak betul2 buntu.