Pages

Monday, 31 October 2011

Bercanda di pantai Blue Lagoon

 

Sebenarnya akak ni malas sangat nak bawak budak2 mandi laut walaupun hampir setiap minggu balik PD. Dalam setahun nak dapat sekali mandi laut pun susah, komplen anak2. Bukannya apa, nanti bila mandi laut, badan dah lah melekit, lepas tu transfer pasir laut tu semua bawak balik sampai rumah. Lagi pun selalunya bila balik PD, sibuklah pulak pergi beli stok barang2 keperluan mak akak untuk seminggu dua. Maklumlah kak wok dah tak boleh drive kereta lagi. Berjalan pun kena guna tongkat kaki empat.

Tapi hari tu, akak kesian beno nengok muka bebudak ni merayu mintak mandi laut. Esoknya akak bawaklah 2 orang anak akak plus 2 orang anak sedara.

076 Seronok sakan budak berempat  ni. Tapi oleh kerana air tengah pasang, akak pun tak masuk sekali, maka mereka hanya dibenarkan mandi di tepian sahaja.

 

073 Hanginnya bebudak ni bila akak tak bagi pergi ke tengah. Tapi diorang tak berani komplen lebih2, silap haribulan En. AHBY suruh kemas dan balik, haru je nanti. 

 

081 Inilah pulak akibatnya mandi di tepian. Pasir masuk dalam poket seluar. Hehehe.

 

092 Kerut muka nampak! Ini mesti kes tak puas hati sebab tak dapat mandi puas2. Tak pe lah, lain kali kita pergi lagi, bukan jauh pun. Tapi kena tengok mood En. AHBY lah ya.

 

 069

Pantai Blue Lagoon ni memang cantik tapi kalau nak mandi, kena datang awal pagi. Kalau lewat, parking pun penuh. Orang pun ramai di pantai tu. Yang paling best kat sini ialah keropok lekor yang dijual kat tepi parking tu. Mak cik tu dah lama  berniaga kat situ, tak silap akak dah lebih 5 tahun. Ada juga dijual karipap dan goreng pisang yang panas2. Tak payah risau kalau tak bawak makanan dari rumah.

Saturday, 29 October 2011

Drama swasta episod 2 : Sembilu itu merobek hatiku

 

Hujung2 minggu ni kita layan drama swasta lah pulak ya. Episod dua pulak. Kalau perap lama2 dalam kepala, lupa pulak akak nanti. 

Sebelum sambung cite, akak buat dulu sedutan episod 1  hari tu, okey.

Bayangkan muka monyok akak yang sangat homesick untuk jumpa mak ayah. Bayangkan pulak muka warden Miss Gong yang garang sambil memandu kereta. Last sekali bayangkan Ah soh yang dah serba salah dan tak senang duduk akak tengok bila Miss Gong cuba menoleh ke tempat duduk belakang kereta. Jeng jeng jeng.

Tetiba Awie nyanyi lagu tema sembilu dalam kepala akak.

" Tak sanggup lagi aku.....mengenang kisah lalu...."

Mulut akak masa ni kumat kamit baca tah ape2 surah macam nak menghalau syaiton pulak gamaknya. Peluh dah mula keluar kat dahi. Yang sebenarnya syaiton tu dah menghasut dalam badan sendiri. Kahkahkah. Tapi menjadi lah pulak doa akak dalam hati masa mulut kumat kamit tu. " Ya Allah, dapatlah hendaknya aku sampai stesyen ketapi dengan selamat. Engkau perabunkanlah mata Miss Gong ni tapi biarlah sikit je rabunnya. Kang rabun sangat tak nampak pulak jalan, nahas pulak aku. Masuk suratkhabar  * Berita panas! Kemalangan kereta menyebabkan Warden Contoh yang sedang seludup keluar seorang Pelajar Contoh tertangkap di stesyen keretapi JB. Seorang ibu ayam juga turut diberkas.* (contohlah sangat akak ni. Kihkihkih) Yang bab dituduh ibu ayam tu akak paling kesian. Ada ke patut ah soh tu tetiba di cop ayam brand.

Akhirnya dalam hujan renyai2 tu ( sebijik macam drama sembilu, mesti ada scene hujan) akak pun sampai di stesyen keretapi. Akak cepat2 keluar kereta, menconcong je masuk kat kaunter tiket. Dalam hati tu sikit punye hoorey, aku dah lepas, aku dah lepas. Ah soh tu agaknya saspen habis sebab Miss Gong belum gerak lagi dari situ. Tapi akak tak risaulah sebab akak tahu ah soh tu mesti pandai cover punya. (dasar melepaskan diri sendiri je tau. Siaaan Ah soh)

Bila Miss Gong dah gerak, akak ucap terima kasih kat Ah Soh. Nak bagi duit upah, duit akak cukup2 je nak beli tiket. Makan pun tak lepas. Ah Soh tu senyum kelat je kat akak. Agaknya dia cakap, " Budak ni tadi kat sekolah cakap demam, tak sihat. Tapi aku tengok elok je berpeluh2"

Lepas tu kitorang buat hal memasing. Dalam keretapi akak tidur2 ayam je. Maklumlah sorang2. Keretapi mel malam, pulak tu. Bertolak pukul 10 malam dan sampai Seremban pukul 4 pagi. Haaa amek kau. Pukul 4 pagi. Sunyi sepi tuuu. Mula2  akak ingat nak duduk je kat stesyen tu tunggu siang. Abah akak masa tu kerja PPD S'ban, tapi rumah kitorang di PD. Takkan nak telefon abah yang tengah syok tidur. Kompom kena hampuk karang. Tapi belum sampai setengah jam akak menunggu di bangku kayu stesyen tu dah ada pulak orang mabuk terhoyong hayang jalan arah akak. Nak ngadu kat stesyen master, tengok dia tengah sedap layan mimpi dalam ofis. Akak pun cabut keluar dan carik public phone. Akak pun telefon mak kawan akak, Auntie Bintang Felem. Kitorang memang gelar dia bintang felem sebab dia lawa dan glamer walaupun kerje dental hygienist di hospital kerajaan.

" Haa, ida, dah sampai ya. Nanti jap lagi auntie datang jemput."

Akak pun kepelikan sekejap. Camana dia tahu akak on the way balik. Ini mesti si Zsa Zsa (anak pun glemer jugak tau tapi ini bukan nama sebenar ya. Harap maklum.), dah telefon mak dia bocor rahsia. Tapi akak tak marah malah terharu lagi.

Akak pun freshened up di rumah Auntie BF dan breakfast sekali. Masa tu dah dekat pukul 6.00 am. Dalam kepala tengah fikir apa alasan nak bagi kat abah akak nanti. Auntie BF dan Uncle Budiman (bukan nama sebenar) tak tanya banyak2 ngan akak. Leganya rasa, Tuhan je yang tahu. Sangat sporting mereka berdua ni. Tak lama lepas tu akak pun ikut Uncle Budiman pergi ofis dia yang sama dengan abah akak cuma lain jabatan je. sampai2 je uncle tu cakap,

" Haa, Suman! Cor tengok sapo ni. Hehehe. Si Aida laghi balik tang JB somalam. Den bawak ghumah den dulu, pagi tadi."  

Aduuuussssss. Uncle Budiman punya intro memang buat kecut perut akak. Tak de beralas lansung. Tetiba terus cakap akak lari cam tu je. Bagilah warning sikit ngan akak ke kan. Abah akak ni memang garang maklum orang penting Jabatan peperiksaan kat PPD tu. Tetiba Uncle Budiman terus jadi tak budiman lagi bila akak dah kena tenung ngan abah akak.

Abah akak terus bukak pintu ofis dia, suruh akak masuk duduk. Dia pulak, bila dah cakap terima kasih ngan uncle tak budiman, terus duduk kat kerusi dia sambil termenung mandang muka pucat akak. * sila layan bunyi cengkerik,   eh, mana ada cengkerik lam ofis. Bunyi mesin fotostat kat luar pejabat tu selama 10 minit*.  SEPULUH MINIT tak bercakap sepatah pun. Pandang je muka kak dengan muka garang habis. Masa ni akak rasa macam nak termuntah, terkucil bagai. Nak kumat kamit baca doa pun takut. Bismillah pun boleh sesat. Tetiba tu, abah akak panggil kerani ke secretary kat luar tu cakap, dia EL hari tu.

" Jom balik. Abah anta kau pegi medical cek-up kat Dr. Ong (bukan profesyen sebenar)."

Gigil betul akak lepas tu. " Apo lak ni. Abah ingat oghang ni gilo ko agak eh!" bisik akak dalam hati. Yaaa, dalam hati sahaja sebab suara memang tak lepas keluar dari kerongkong sebab takut tahap maksima. 

Dalam kereta on the way nak balik PD akak menangis2. Itu je yang mampu dibuat, last resort untuk menagih simpati. Takut jugak kot2 dihantar hospital mental, memang bukan sembilu lagi dah, malah jadi robek rabak semua future akak. Masa ni baru ingat future, masa lari semalam tak ingat pulak kan. Bayangkan akak melabur airmata selama 45 minit dari Seremban ke PD (masa tu tak de highway). Dengan harapan biarlah dehydrate ke kan, boleh Dr. Ong bagi MC seminggu. Akak menangis, abah akak buat derk je merempit dengan kereta proton saga model pertama tu. Nasib baik naik kereta, kalau naik motor, banjir jalan dengan airmata akak.

Sampai di klinik, abah akak dah cool down sikit. Siap boleh joke2 dgn Dr.Ong yang memang kawan baik dia tu.

" You see, my daughter. I just sent her to JB last week. She ran away yesterday without my knowledge. She said she had fever but i think it's more like homesick. Hahaha."

Fuuuuhh! Lega akak bila dengar dia dok gelak2 cam tu. "Selamat aku.", bisik akak dalam hati, yaa, masih dalam hati selagi tak sampai rumah.

Lepas tu tetiba Dr. Ong panggil akak. Muka serius semacam. Akak dah kecut balik dah.Mana tak takut, orang tak de sakit apa2 kan. Takkan doktor tu pun nak di cong jugak.

Tapi nasib baik dia check akak lebih kurang je. Bila check temperature, dia senyum je. Apa tak nya, normal senormal2nya, tiada yang abnormal melainkan normal belaka. Akak masih menten muka sedih macam ayam kuyup kena hujan. Last2 dia bagi MC. Berapa hari akak tak tahu tapi sangatlah tak berbaloinya dapat MC sebab bukan boleh bagi kat cikgu pun. Akak kan  seludup keluar dari sekolah. Takkan nak menyerah diri cam tu je, lepas tu bagi mc dari doktor di PD padahal sekolah kat JB. Mahunya kena tindakan disiplin. Silap2 buang sekolah wo! Tak pernah ada keturunan Hj Othman dan Hajjah Wok kena buang sekolah tau!

Okeylah sambung ke episod seterusnya lah kan. Dah overrun ni. Kang marah produser. Bajet dah lah ciput.

Untuk episod seterusnya akak bagi sikit sedutan okey.

Hari Ahad, mula sekolah pagi tu, guru kelas masuk dengan mengepit buku attendance.

Komeng dan Jinggo, tali barut akak pulak tengah saspen lap peluh sambil fikir apa nak jawab dengan cikgu.

Akak masih dengan muka muram dan sedih macam demamlah sangat dan sesekali layan citer kartun bila semua orang tak nampak.

Ah Soh sedang mengadap sarapan pagi cakoi dan bubur *toot*.  (apa hal watak Ah Soh ada balik ni?)

Tungguuuuuuu episod seterusnya, hokey!

* lagu penutup ialah dari Ziana Zain : Sekebun cintaaaaa yang  berbunga......*

 

077 Gambar ni di ambil sebelum kejadian. Cuba tengok lengan baju kurung akak tu, tak de makna kalau tak dilipat sampai siku. Tah ape ape tah. Sorry terpaksa crop sebab maklum belum kenal tudung masa jaman ni. Itu idea letak pasu bunga kiri kanan tu mak akak lah punya keje. Orang dodulu kan suke letak tepi kerusi bunga2 cam tu bila amik gambar. Konon macam trendy lah gamaknya. Hehehe.

Friday, 28 October 2011

When Milo met Moli

 

Ini bukan lep story tau. Ini bukan juga kisah fantasi tapi kisah benar yang terjadi hari Isnin lalu. Akak masa tu tengah sibuk di dapur masak hidangan tengahari, ikan jenahak goreng kunyit dan gulai pucuk pegaga berduet dengan sotong. Lepas masak tu akak pun buatlah aktiviti paling dibenci oleh semua orang iaitu membasuh kuali dan periuk. Masa tengah syok sental kuali  sambil menyanyi lagu omputih Siti tu, akak terdengar bunyi anak kucing. Sebenarnya sehari sebelum tu, mak akak dah dengar bunyi anak kucing tu.

" Da, cor kau carik anak kucing tu. Siaaaaaan mak dongar eh, ngiiaaaau yo tang semalam laiie. Sapolah membuang tu agak eh!" (sangat mendayu2 pulak suara mak akak)

Akak sebagai seorang anak yang taat (masuk bakul angkat sendiri) telah cuba mencari sejak semalam tapi tak kejumpaan pulak. Bila akak dengar je bunyi ngiau tu, akak terus tinggalkan kuali kat sinki dan redah semua sudut luar rumah tu.

062 Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Memang kejam bin zalim betul orang yang membuang ni. Kecik sangat anak kucing ni untuk dibuang macam tu saja.

 

010 Petang tu, lepas zohor akak bawak pergi vet. Doktor tu kata, anak kucing ni baru umur sebulan lebih. Gigi pun masih belum keras lagi jadi tak bolehlah bagi makan dry food.

 

011

Bila bagi makan soft food yang dalam packet tu kemain laju dia makan. Lapar betul dia. Entah berapa hari tak makan dan minum.

Doktor tu bagi makan ubat cacing dan spray bulu dia dengan ubat kutu. Bil pertama anak kucing ni di Vet ialah Rm20.00. Kalau kat PD lah tapi kalau kat klinik di Ikano tu mahu RM50.00 agaknya.

Akak memang bercadang nak adopt pun anak kucing ni jadi kenalah pastikan sihat semuanya.

 

056Milo pun tak marah masa akak buat sesi suai kenal dengan Moli, si anak kucing. Sebelum ni menggarang je dia kalau akak bawak kucing lain dekat. Mula mula tu akak cuak jugak nak letak atas perut dia. Manalah tahu kalau di ngapnya. Sekali telan je dah lesap masuk dalam perut. Tapi kali ni baik je perangai Milo. Mungkin sebab anak kucing ni betina kot.

 

059Cukup nyenyak  tidur terselit kat perut Milo tu. Terharu akak. Berat Moli ni sekarang 0.35 kg. Sila bandingkan dengan berat Milo yang hampir mencecah 10 kg. Silap hari bulan boleh penyet Moli tu. Huahuahua. Jangan marah ya, Milo, gurau-gurau membawa bahagia sempena Deepavali, takkan tak boleh. Hehehe.

Thursday, 27 October 2011

Mari mewarna bersama bang long dan kak chik.

 

Aduuuuuyaiii....susahnya akak nak menghapdet belog minggu ni. Line wi fi tak stabil kat PD ni. Bila kita komplen, dia cakap suruh ganti modem. Dah 2 kali kak wok tukar, dik ooiiii. Bukan free, kena bayar RM15o untuk ganti modem baru. Bila dah berbuih mulut bercakap, dia suruh tukar ke unifi. Oooh, itu ke sebenarnya. Hari ni akak nak cari ilham kejap, samada nak tukar atau tidak.

Sementara akak cari ilham, marilah kita meninjau aktiviti kak chic dan abang long. Tajuk aktiviti kita hari ini, adik2, ialah mari mewarna bersama bang long dan kak chic. Maklumlah kan, ada orang cuti deepavali seminggu. Nak pergi beraya makan muruku, sehari pun cukup. Habieh tu, apo nak buek ngan onam haghi lagi tu.

033  Okey, adik2, sebelum mula aktiviti, kita lihat dulu barang2 yang perlu ada. Mula2 cari surat khabar lama dan alas di sekitar tempat kerja kita. Lepas tu sediakan palette dan secawan air. Lilit kain buruk di badan kita, nanti kalau baju kotor, mak marah. Lepas tu senyum pandang kamera. Bolehlah mula mewarna sekarang.

022 Tajuk lukisan kak chic hari ini ialah bebas. Kak chic telah memilih watak angry bird yang sangat poplar masa kini.

034 Bila dah selesai melukis dan mewarna, bolehlah kita lekatkan hasil lukisan kita di peti ais rumah. Bangga sungguh kak chic.

 

036 Lepas tu giliran abang long pulak menunjukkan bakat terpendamnya. Apa lagi, kalau tak angry birds. Akak ni dah nak termuntah nengok angry birds ni. Tak de ke makhluk lain, nak ooi?

 

038 Biasalah kalau dah berdua, sangat meriah dengan bunyi-bunyian. Abang long cakap, kak chic tiru dia. Lepas tu kak chic pulak cakap lukisan bang long tak cantik. Akhirnya tangan masing2 dah siap main tampar2 pulak. Bila kadar bunyi sampai ke telinga kak wok, grandma bebudak ni, siap je lah.

"Huuuiii! Apo bondo eh tu? Dah cukup! Poiie masuk mandi. Simpan sumo tu. Tok sah lukieh laiie. Poning palo den dongar eh! Asyik kolaiie yo duo boghadik. Apo kono eh ni?

Terjemahan : Hey! What the heck is going on? Enough alleddy. Go in and bath2. No more paint2. Give me headache some more. Always fight like cats and dogs. What happen?

Macam itu lah ending tragis aktiviti kak chic dan abang long.  Barang2 seni lukis terpaksa di simpan dalam peti simpanan dan tak tahulah bila boleh dikeluarkan semula. Bergantung pada mood grandmanya kot. Uhuks.

Sunday, 23 October 2011

Jalan2 hujung minggu

 

Semalam akak ke KLCC. Dah lama sangat tak ke sana sebab tak de keperluan pun kan. Lagi pun kalau pergi nanti mesti habis ratus2 jugak . Tapi kali ni terpaksa pergi untuk claim voucher Isetan. Tak claim rugi sebab tarikh valid dia sampai hujung bulan ni, kalau tak silap.

 

052  Memula pegi isi minyak dulu di tingkat 4. Makan nasi lemak ayam di Kopitiam. Sangat mengancam selera dan perut. Sedaaaaap.

 

054 Lepas tu duduk bertapa kat sini  carik buku idaman. Inilah favourite place akak dan Farah. Arif tak berapa suka. Dia nak melekat je kat luar tu macam spiderman buat sarang. Kemudian sibuk nak masuk Studio R kat sebelah tu. Dah tukar nama rupanya, Stadium pulak namanya sekarang.

 

070 Inilah hasil tangkapan akak. Sangat berpuas hati dengan buku2 tu. Bila dah start baca tak boleh berhenti. Majalah pun akak sambar sekali. Tapi sekarang ni kinokuniya ada promo stamp card. For every Rm50 dapat 1 cop. Kalau lengkap 10 cop dalam card tu, kita akan dapat voucher RM50. Dan akak dah pun dapat 4 cop semalam.

 

057 Banyak betul kedai baru bukak di KLCC ni. Kedai kasut ni paling best untuk orang yang suka ballet flats.

 

059 Lama no akak tak ke KLCC sampai tak perasan yang supermarket dah pindah ke concourse.

 

061  Yang paling best di Isetan ialah sushi nya. Sangat fresh. So far yang paling sedap kalau banding dengan sushi di Carrefour dan Jusco. Pilihan akak selalunya mini california roll tu, ebiko, baby octopus dan salmon with mayo. Dah lama tak makan macam mengidam pulak jadinya. Dulu akak nak beli, husband tak bagi sebab masa tu Jepun kan baru gempa bumi dan ada pulak kes reaktor nuklear tu kan. Dia takut kot2 bini dia tetiba tumbuh tangan kat kepala ke kan. Puas akak bagi reason nak beli, dia berkeras tak bagi. Sebagai isteri yang patuh, akak pun telan air liur je lah. Tapi kali ni akak puas hati sebab dapat makan.

 

065Yang ini pulak nachos untuk anak2 makan sambil jalan2. Cheese dip tu yang buat bebudak ni menjilat jari. Akak tak buleh tahan, nak jugak merasa walaupun allergic.

Bila dah selesai menghabiskan duit dan vouchers, akak pun baliklah ke rumah sambil tersenyum lebar. En. Ahby je yang serius mukanya sebab wallet dah ringan. Hehehe.

Thursday, 20 October 2011

Birthday boy.

 

Bulan 9 dan 10 ni memang adalah agak pokai. Dahlah baru lepas raya, lepas tu ada 2 orang budak kecik yang menyambut besday lah pulak. Budak kecik kalau sambut besday memang akan tuntut hadiah punya. Kalau orang besar, setakat wish je dah cukup kan. Lepas tu sama2 lah cakap "It's the thought that counts." Pada hal muka orang yang sambut besday tu kelaaaat je kan. Dahlah semakin tua, orang tak bagi hadiah pulak. Tapi seganlah nak mintak hadiah kan. Kalau budak kecik memang selamba je lah mintak hadiah.

Last 2 weeks adalah birthday Muhammad Thaqif yang ke lapan tahun.

 

006

Tak sempat nak beli kek. Since dia sukeee sangat makan donut, akak belikanlah donuts 6 ketui. Lepas tu letak lilin black-out tu sebatang sebab lilin kek tak de. Hehehe.

 

 

007Alhamdulillah dah 8 tahun budak ni. Kenapa lah akak tak beli 8 ketui kan. Donuts ni beli di R&R highway je.

 

018

Tapi malam tu, mama dia belikan kek spesel. Memang dah ini feberet bebudak sekarang ni. Tapi beli 1/2 kg sebab tak ramai yang minat makan kek ni. Boleh tahan gak harga kek sekarang ni, dekat RM40 untuk sekecik ni.

Itu aje lah citer birthday boy ni. Semoga besar nanti akan menjadi anak soleh dan berbakti pada ibu dan ayah. Amin.

Weekend ni kena gi carik birthday present untuk dia sebab dia merajuk dan menangis bila akak balik kampung tanpa hadiah untuknya. Kalau orang tua buat camtu boleh tak agaknya. Mahu menyampah lagi orang nak bagi hadiah kan. Sedihhh.

Tuesday, 18 October 2011

Wahau domam

 

 

001 2 minggu lepas, mak akak punyalah risau sebab si gebu ni domam.

"Alahaiii Da, Wahau domam agak eh! Moyok yo mak nengok. Cor kau anta Wahau ni poie kelinik. Ghisau mak nengok eh. Makan tak nak, minum tak nak. Tiduuur yo bawah katil tu haa."

Akak pun suruhlah si Arif  masuk bawah katil amik Wahau. Kalau akak yang masuk, takut tersekat lak nanti. Dah jadi keje nak angkat katil pulak kang.

Dah bawak keluar tu, akak pun tengok lah keinginan bergurau si Wahau ni. Kalau nampak attentive tu, okeylah tapi kalau tak nak lansung, risau gak dibuatnya. Goyang2 sikit pensil depan dia, dia nak jugak tangkap tapi sambil baring je lah. So akak kata ngan mak.

" Tunggu esoklah mak yo. Macam okey ni. Dia kan memang spesies pemalas, makan tidur, makan tidur yo kojo eh."

Mak akak sentap tetiba, " Eh! Tak lah. Wahau tu tak do macam Milo kucing kau tu doh! Kalau tingga ngan mak, mauuu dio gughau, melompek-lompek. Milo tu yo maleh!  Asik buek taik mato yo kojo eh! (tak pasal2 Milo dikutuk oleh omak den. Siaaaaan Milo)

Lepas tu mak akak sambung lagi, " Cor kau ghaso tapak kaki eh tu. Paneh, angka  yo kan." (angaka tu maksudnya macam dedar lah atau panas tapi tak berapa panas, sebutannya macam sebutan bahasa baku ya, anak2 semua)

Akak pun rasalah tapak kaki Wahau, memanglah panas sikit tapi taklah terlampau panas. Tapi akak pujuk mak lagi, biarlah dulu. Nasib baik malam tu dia dah okey sikit. Dan esoknya Wahau dah mahu berlari sana sini.  Lepas tu bila akak masuk bilik mak akak, akak terdengar suara mak.

" Wahau, tok sah lah sakit yo, sayang! Ghisau oghang. Tok sah domam2 lagi lopeh ni yo!"

Mak akak bercakap dengan Wahau lah pulak. Mak akak memang macam tu dari dulu lagi. Dia cukup sayang dengan kucing2nya. Dan kucing2 mak memang macam faham je dengan mak terutama Wahau ni. Bila mak tidur, dia akan naik tidur sebelah mak dan cium2 pipi mak, siap letak tangan lagi kat kepala mak. Bila mak akak ke tandas dengan tongkat kaki empat tu, dia akan tunggu depan pintu tandas, kadang2 dia masuk sekali teman mak. Hehehe tak malu Wahau tengok orang buang air. Ketumbit baru tahu. 

Sunday, 16 October 2011

Nostalgia bunga kampung.

 

 

031

029

 

038

Pernah nampak tak bunga2 tu. Akak kalau tengok bunga2 ni teringat zaman kecik dulu. (sila imagine bayang2 dalam air yang berkocak2 perlahan, wajah seorang perempuan 40an merenung ke atas untuk mode flashback. Lagu back ground ialah lagu Uji Rashid;....oh cik Hail jangan marah, kalau uji bertanya....)

Akak masa ni umur lebih kurang lima tahunlah. Puan Alang pulak 7 tahun. Keje kami di masa lapang ialah main masak2. Makmum kami pada selalunya ialah anak2 jiran tetangga dari quarters forest kat seberang jalan nun. Bila dah cukup korum, mulalah ligat idea bernas, macam bertih jagung masuk mikrowef. Sorang tukang petik bunga2 liar tu, sorang tukang cari tin susu kosong. Akak dan Puan Alang pegi curi beras mak segenggam kat dalam stor. Lepas tu hidup api (mancis senang dapat sebab masa tu ramai orang hisap rokok) dan tanak beras tu dalam tin kosong. Taburkan je lah bunga2 aneka warna tu, konon macam lauk la. Dah masak nasi tu, ada hati masing2 nak makan. Bukan dikira tin tu berkarat bagai. Pakai hantam je makan. Lepas tu puas hati je muka, macam sedap. Siap letak garam tuuu. Haiiih kelakar sungguh. Kadang2 kalau terlebih kreatif, kitorang petik pucuk ubi dan goreng dengan ikan bilis. Bukannye tahu pun mana satu pucuk ubi boleh makan. Sekali lagi main hantam aje. Tapi yang peliknya, tak de pulak keracunan makanan ke atau terkancing gigi ke kan. Mak akak, cik wok tak tahu pun aktiviti ko kurikulum kami ni. Maklumlah duduk kampung, tanah belakang rumah kemain luas. Ada je lah keje kami dua beradik. Bila dah boring main masak2,  cabut gi mandi sungai belakang rumah. Jauh jugak sungai tu, adalah agak2 300m dari rumah. Haaa, tang aktiviti ni memang Cik Wok maraaaaah sangat. Kalau dia dapat tangkap, berbiratlah betis kena rotan.

Those were the days. Rindu sangat. Bebudak akak ni tak merasa kehidupan yang sempoi macam tu. Dengar cerita je lah.

024 Bunga ni pun jadi mangsa akak jugak untuk dipotong2 masuk dalam  beras. Konon serailah tu.

 

026 Bunga ni, tak de sape berani amik sebab bunga ni selalu tanam kat kubur. Pontianak suke. Hehehe.

Saturday, 15 October 2011

Milo Boleh!!!!

 

Weekend ni adalah untuk Milo. Kali ni akak dah nekad nak paksa dia exercise kat taman munge kat bawah tu.  Tak jalan dengan leter sebab dia buat muka sardin je. Nak catu makan pun macam tak de perubahan, masih jugak keboroiannya terserlah di situ.

 

012 Tapiiiiii.....macam ni lah dia. Jalan 2, 3 langkah,

 

053 daaaah terduduk. Lepas tu paksa jugak bangun untuk jalan lagi.

 

008

Adalah lebih kurang semeter perjalanannya,

 

021 daaaaah terbaring.

 

019 Lepas tu suruh jalan kat tempat refleksologi ni. Dia pegi refleksologi perut boroi dia pulak. Mungkin teknik baru untuk menghapuskan lemak di perut kot. Kalau berkesan nanti, akak bolehlah cuba pulak. Akak ni pantang ada method baru untuk kuruskan badan, mesti nak try tapi tak pernah menjadi pun. Macam dugong lah pulak, terdampar kat tempat refleksologi tu karang. Silap2 kena saman pulak nanti sebab mencemarkan pemandangan alam sekitar. Kucing tak pe lah, lagi gemuk lagi kiut. Kehkehkeh.

 

049 Haa, kat sini dia paling suka sebab dah lama mengidam nak makan rumput. Milo ni kalau akak balik kampung, selalu amikkan dia rumput liar bagi makan. Dia sukeeeee sangat sampai tak cukup segenggam. Mak akak kata kucing makan rumput untuk bersihkan perut dia tu. Maklumlah sekarang ni makanan kucing banyak diproses jadi tak de lah fresh sangat kan.

 

033 Bila dah penat sangat tu, apa lagi, mintak dukunglah.

 

036 Tak koso si Farah nak dukung sampai umah, mako naik trolleylah jawab eh.

Mintak2 lepas ni dapatlah turun barang soploh atau doploh gram. Itu saja???  Hehehe. 

Friday, 14 October 2011

Drama swasta episod 1: Sembiluku sembilumu jua

 

Layan jee lah tajuk tu ye. Lebih kurang macam drama sembilulah ni, memula zaman persekolahan kan.

Akak ni masa sekolah dulu sangat berbeza perawakannya. Dulu memang tak kenal tudung, tak kiralah tudung bawal ke, tudung Ikin ke mahu pun serkop mak jah. Kalau pakai baju kurung sekolah tu, lengan baju haruslah dilipat sampai ke atas siku. Tak main lah stail belia, elok lurus je lengan baju tu kan. Bila assembly hari Ahad (Johor punya) barulah turunkan lengan baju tu tapi agak-agak bertahan selama 15 minit sahaja. Kancing baju pun tak pernah jumpa, memanjang hilang setiap hari. Pengawas yang kena jaga kelas kami tu memang kelat je mukanya. Kalau ada geng kami yang jadi pengawas, memang harulah. Selalunya mintak diassign ke kelas tingkatan 1 dan 2 yang masih suci lagi halal. Kalau dah tak de pilihan, terpaksalah buat tak nampak bila member sendiri buat salah.

Itu pasal pakaian. Kalau pasal seludup keluar memang legendlah. Sekolah akak tu memang terkenal sebagai sekolah berasrama penuh yang paling strict. Kalau outing dengan ibu bapa hanya dibenarkan selama 3 kali satu penggal. Dulu penggal (bukan penggal kepala ya, anak-anak), bukan semester macam sekarang. 1 penggal adalah agak-agak 4 bulan kalau tak silap. Manakala outing sekolah pulak hanya SATU kali sahaja satu penggal. Akak ni, yang mak ayah duduk jauh beratus kilometer ni haruslah jadi manusia purba yang tak tengok dunia luar selama berbulan-bulan. Tunggu sahajalah sekolah benarkan outing di penghujung penggal sebelum cuti tu.

Biasanya sebelum outing, warden akan bagi green slip pada budak-budak jakun yang dah tak sabar nak keluar ni. Hampir semua akan dapat slip ini.  Atas slip ni pulak ada ditulis tarikh outing dan tanda tangan warden yang bertugas.

Bila tiba tarikh outing, pengawas skema yang bertugas akan cuba mengisi penuh-penuh bas sekolah ni. Pak cik driver pun memang malaslah nak buat trip doploh kali kan. Maka macam sardinlah kami warga jakun yang konon nak menghirup udara segar bandar JayBee ini, di sumbat dalam bas tu. Bila sampai pondok guard, boleh bayangkan kekdah menyerahkan green slip di situ. Teknik menyelitkan tangan dan hujung jari sangat dialu-alukan masa ni. Memang haruslah ada green slips yang tak diserahkan dan pak guard yang hanya bergaji minima tu pun tak kuasa nak mengira jumlah bebudak yang macam sardin dan tally kan dengan jumlah slip yang dikutip tu.

Haaa di sinilah akak memainkan peranan . Akaklah jadi tukang kutip green slip yang tak diserahkan tu. Esok-esok bila ada yang nak outing sendiri-sendiri tapi susah hamat nak dapat permission warden bolehlah mengadap akak. Apa susah, tukar je tarikh outing kat green slip ni. Nombor 3 pun akak boleh tukar ke nombor 5 dengan penuh prihatin. Cantik elok je nombor-nombor tu (sangat kagum dengan bakat terpendam diri sendiri).

Masa tu akak memang mewah kroni, rasa-rasa macam ketua mafia je. Asal ada yang nak keluar outing mesti carik akak. Perasan macam orang pentinglah kononnya. Tapi biasanya yang nak keluar ni mempunyai sebab-musabab halal dan thoyyiban. Kalau nak berjimba dengan boipren lagilah tak lulus. Ya lah, kang tak pasal-pasal aktiviti tak berpekdah akak ni masuk 'bacaria' pulak.

Akak ni pulak memang lagi legendlah kaedah seludup keluarnya. Maklumlah ketua mafia. Muahahahaha. Pernah sekali akak dan anak-anak buah, Komeng dan Jinggo, telah ber outing ke Singapore. Green slip tu hanyalah untuk ke Komtar JB tapi kitorang ni dah muak sebab asik-asik ke situ je di hantar untuk shopping. Apa kelass, maklumlah dah form five. Lalu kami bertiga telah outing naik bas sampai Komtar ikut trip outing pagi. Sampai situ, naik bas public, masuk Singapore, siap je lah passport memasing. Lepas tu dah agak-agak petang sikit, naik bas masuk JB sampai Komtar dan naik bas sekolah ikut trip balik sekolah semula untuk bebudak yang outing petang. Kalau bab buat muka sardin memang pakarlah sebab selalu sangat kena sumbat dalam bas macam ikan sardin.

Dalam bas, ada jugak kawan busy body yang tanya, "Eh tadi outing trip pagi kan?" Kami selamba je cakap " Laa tadi aku ada duduk belakang sekali, kau je yang tak nampak. Banyak shopping nampak, cantik T-shirt ni, sesuai dengan kulit putih kau, kedai mana kau beli, ?" .  Haa nampak tak teknik menjawab tu, cepat-cepat alihkan topik dan masukkan elemen puji-pujian secara bertalu-talu, gerenti dia lupa soalan dia sebentar tadi.

Lagi satu seludup yang paling berani mati yang akak pernah buat ialah balik rumah dan sesuka hati bercuti selama 4 hari. Masa tu memang akak tak berapa sihat ditambah pulak dengan homesick tahap melampau. Ya, akak tahu, dalam hati yang ganas tu ada jugak homesick.  Nak mintak balik dengan warden memang tak lah. Dah tahu pun jawapannya. "Don't be ridiculous!" atau "Awak gila nak balik kampung tetengah minggu?" Sebenarnya dalam hati akak pun tahu betapa tak logiknya plan akak nak balik kampung tapi apakan daya jiwa yang meruntun, rindu pada mak, abah mengatasi kewarasan fikiranku . (dasat ayat sembilu dari seorang mafia)

Kebetulan petang  kejadian tu akak nampak ada Ah Soh yang sangat familiar di ruang tamu blok asrama. Rupa-rupanya orang kampung akak yang datang visit anaknya yang baru form 2. Lalu kepala akak pun mulalah bekerja keras mencari jalan untuk ikut Ah Soh ni balik sekali.

Akak : Auntie, auntie balik bila?

Ah Soh : Sopluh ini malam.

Akak   : Naik apa, auntie?

Ah Soh : Itu tlen.

Akak    : Pergi stesyen naik apa?

Ah Soh : Ciku..... warden kasi dlive.

Bila dah dapat cukup maklumat, akak  pun tarik anak dia dan cakap suruh kasi pujuk mak dia untuk bawak akak keluar sekali. Tengok muka akak yang dah macam tak boleh blah, monyok macam ayam yang dah basah kuyup kena hujan semalaman, dia pun setuju.

Akak   : Nanti auntie cakap sama itu warden, saya ni auntie punya niece datang sama dengan auntie dari kampung.

Ah Soh tu sangatlah reluctant akak tengok. Kesian dia jadi mangsa akak. Tapi dia play along jugak dengan plan akak. He he. Masa dalam kereta warden, Miss Gong, akak ada jugak dengar warden tanya siapa tu. Tapi auntie ni cekap menjawab dan akak sungguh terharu kerana teknik menjawabnya sama seperti akak menjawab kawan yang busy body masa dalam bas tempoh hari. Dan masa ni juga akak sangatlah bersyukur kerana mewarisi mata sepet dari mak akak. 

Adakah akak akan ditahan oleh Miss Gong ?

Adakah akak berjaya sampai ke rumah?

Adakah Ah Soh berjaya sampai ke kampung halamannya?

Tungguuuuuu sambungan kisah ini di musim akan datang .(melampau, ada season 2 pulak kisah ni)

 

003

Inilah foto zaman sekolah dulu. Cer tengok lengan baju ahkak tu separas siku. Radio mini hi fi kat sebelah ahkak tu cukup poplar masa tu. Canggih beb. Tapi gamba terpaksa di adjust sebab zaman ni zaman freehair. Tak sesuwei.

Thursday, 13 October 2011

My essentials.

 

 

060

Dua beg kecik ni memang selalu akak bawak kalau pegi travelling memana, waima balik kampung sekali pun. Yang warna pink tu isinya ialah ubat2an iaitu pills. Fisherman's friend tu pulak untuk hilangkan rasa loya terutama kalau dah banyak telan ubat. Kalau tak bawak 2 beg ni memang naru (naya+haru) jadinya.

 

061 Dalam beg biru tu pulak penuh dengan segala minyak angin dan balms dan juga ada vicks. Yang bulat leper tu pulak cermin kecik untuk akak menelek muka yang pucat ke apa sebab banyak telan ubat. Hehehe.

 

063 Ini pulak handbag akak zaman sekarang. Macam bag budak memuda je kan. Terpaksalah camtu sebab dah ada camera gedabak ni. Dalam beg tu yang wajib ada ialah tiger balm kecik, satu plastik ubat, tissue dan purse. Akak memang sangat jarang mekap, lipstick secalit pun susah nak lukis kat muka ni. Tak tahulah kenapa. Bolehlah bayangkan muka pucat akak ni kalau keluar jalan2 gi supermarket, sibbaiklah tak de sape kenal. Hehe.

Mak akak dulu penah gak sound, " Canno oghang tak cakap kau tuo, pucaaaaaat yo muko tu den nengok. Cubolah ubuh lipstick ko, mak ni dok ghumah yo pun bobodak foundation mo. Kau slalu kluar, tapi muko tu tak semonggah den nengok eh. Sibbaik lawa!"  (okeylah....bab cakap lawa tu akak yang tambah2 sendiri. Hehe)

Terjemahan: "Oh ya, ibu sudah tahu kenapa orang memanggilmu kakak tua, wahai anakku. Wajahmu tidak menampilkan usiamu yang sebenar. Alangkah elok jika usiamu boleh dimudakan sedikit dengan secalit solekan? Ibumu ni bukan artis glemer tapi masih tahu memakai foundation L'oreal. Kenapakah anakku tak mahu mengikut bakat ibu bersolek? Tapi jangan risau kerna kamu mempunyai kecantikan semulajadi."

 

 PA131140

Maka semuanya nak disumbat kat dalam tu. Tak boleh berat sangat sebab nanti sakit bahu dan sakit belakang. Dah tak larat nak telan ubat lagi.

 

P/S  Mesin translator akak baru balik dari kampungnya, Switzerland. Lepas tu gi kursus pulak kat Dewan Bahasa tapi macam tak de makna je gi kursus tu kan.

Wednesday, 12 October 2011

Jangan dibawa lari matahari omak den.

 

 

001

Inilah dia gambar sunset dari balcony rumah mak akak, di Teluk Kemang, PD.  Tengah elok fokus matahari di celah2 pokok tu, lalu pulak kereta sport Fairlady ni. Sekarang ni memang nampak jelas laut. Dulu ada kebun getah saja disitu, sekarang semua  dah diratakan untuk buat projek perumahan. Nasib baiklah rumah ni atas bukit, jadi pemandangan laut tu masih dapat dinikmati.

 

 

002

Ramai tetamu yang bertandang bertanya kenapa mak akak tak duduk bilik bawah saja memandangkan dia dah uzur dan tak larat turun naik tangga. Mak akak jawab, walaupun dia dah tak larat berjalan, dia masih mahu meluaskan pemandangannya. Kat balcony ni saja dia dapat merenung laut setiap pagi dan petang, menikmati angin laut, melihat telatah mak ayah yang menghantar anak2 ke sekolah waktu pagi (kat bawah bukit tu ada sekolah). Tak sunyilah dia, insyaAllah.

"Kek bawah tu apo ado? Sunyi den. Cakap sengsoghang lak den kang. Kau nak den nyanyuk ko?"  

Akak dan Puan Alang sangat setuju dengan pendapat omak. Biarlah dia tinggal di bilik atas ni yang pernah dikongsi bersama arwah abah  suatu masa dulu.

Dan mak pernah cakap, suatu hari nanti dia akan tahu waktunya dia harus berpindah ke bilik bawah. Kami anaknya yang tinggal dua orang ni tak nak fikirlah tentang hari tu.

Tuesday, 11 October 2011

Harta Milo

 

Milo ni selalu perasan dia paling lawa, paling kelasss dari kucing lain. Padahal akak kutip je dia tu masa dia kecik dari rumah jiran akak. Masa dulu pernah jugak akak buat jejak kasih antara Milo dan adik2nya yang masih berkeliaran di rumah jiran kat kampung tu. Tapi dia buat derk aje. Sombong pulak tu. Terus tak nak ngaku adik beradik. Maklumlah adik2nya tu comot je dan tak setembam dia. Disembur2nya adik beradiknya.

 

P1010557 Kalau balik kampung, Milo dah tak nak lagi duduk luar kat balcony dengan kucing2 lain.  Dia mesti carik sofa bed dia ni kat dalam bilik akak. Lagi pun bila dah tua2 ni Milo dah tak tahan panas. Mesti nak tidur bawah aircond. Apa kelass nak tidur atas simen kan, Milo.

 

010 Dan selalunya dia kedekuit sikit dengan harta dia ni tapi sejak akhir2 ni dah mula berlembut sikit dengan kucing lain. Kerumun, the latest addition ni boleh pulak share tidur atas sofa bed dia ni. Walau macamana pun, ada 2 benda yang Milo tak boleh share.

 

024Bulu-buluan yang dia dok main tu dan......

 

005 stroller dia ni. Yaa, memang betul, Milo ni malas nak jalan. Dari rumah, turun lif sampai ke kereta, dia akan naik stroller ni. Kitorang pun malas nak dukung, berat sangat. Hehe.

 

011Sebenarnya ni trolley mini untuk shopping, kitorang beli kat Giant dulu. Kalau dah tak larat mengendong Milo ke sana kemari, terpaksalah kreatif kan.  Ya lah, akak balik kampung kerap jugak, kadang2 seminggu sekali. Nak bawak beg pakaian lagi kan. So amat banyak gunanya stroller Milo ni. Kalau suruh jalan sendiri, tak sampai dua tiga langkah, dia dah terjelepoh atas simen tu.  Alahaiiii Milo.